Ini hapdet 2 minggu lepas punya
citer. Ke Melaka dengan family in law. Saje lepaking or can be a family day
also. Bape tahun dah tak jejak Melaka tu. Banyak sungguh pembangunan sekarang.
Remember when I was 17th… kena sertai PLKN di Kem rekreasi Ayer Keroh.
Masa tu panggilan pertama siri kedua. 3 bulan ibarat 3 tahun lamanya. Seronok
memang seronok dapat jumpa kawan-kawan baru but then… kalau yu ols duduk dalam
kem tentera tau lah macam mana. Bangun seawal pukul 5 am untuk berebut bilik
air untuk mandi. 6.30am dah kena berkumpul.. warming up… then followed by activities
sehinggalah tengah malam. Kalau masa tu dijadualkan bertugas tak bolehlah masuk
bilik tidur sebaliknya pakai baju celoreng biru tu dan stay kat sekitar kem
berkawal.. Kalau buat silap kena marah kena maki depan-depan orang ramai. Yang jadi
jurulatih semua bekas-bekas tentera can u imagine how they are? Bape banyak
airmata ni turun jangan kira lah dahlah My ni cengeng haha… -.-
Ok lupakan pasal PLKN… apapun My
rindukan kenangan-kenangan itu. How fast time flies… =)
Back to trip to Melaka. Kitorang
stay kat chalet. Can be Dhia’s first outing jugak kot untuk aktiviti-aktiviti
macam ni. Dhia masuk kolam juga first time haha. Dia boleh buat muka kering
hoke sikit pun tak takut n nangis. Siap membebel lagi bila rendam dia dalam
kolam hehe. Kalau mandikan dia kat rumah pun dia tak pernah menangis.. she love
water.. hehe. Lepas berendam masuk bilik dah siap-siap tukar baju semua terus
lena alololo siannya. Tapi lelap kejap je hee.
Malam tu Dhia mengamuk kat kedai
makan. Satu Melaka dengar dia melalak haha. Mungkin penat sangat agaknya
masakan tidak travel dari KL-Melaka.. dia tidur pun kejap-kejap je. haruslah
penat. Balik je bilik malam tu tidurkan dia… nyenyak sampai pagi… agak-agak dia
merengek haus My ‘sumbat’ je lah kenyang dia tidur balik hehe. Alhamdulillah
Dhia senang dibawa berjalan. Tak perlu berbuai kalau ke mana-mana. Kalau ke
mall.. soping lah berjam-jam dia seboleh-bolehnya menahan penat dan mengantuk
hihi..
Dhia is growing and growing
everyday… bila dukung pun dah semakin terasa semangatnya… fuhhh… balik Melaka
haritu pun flat giler sakit-sakit badan sebab dukung dia lama sangat. Masuk
carrier mengamuk kerimasan… nak taknak terpaksa bergilir dukung dengan daddy. Menyesal
tinggal stroller kat rumah.. -.-
Minggu depan Dhia dah boleh start
solid food yeay! Mommy tengah eksaited kumpul resipi and all the things yang
perlu untuk homemade solid food Dhia… hehe.. Next entry kita stori mori pasal
ni ye.. =)
Till then!












