9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, January 1, 2010

++Tragedi Tanpa Diduga++

Hai readers.. sudahkah kamu membaca suratkhabar hari ini? Bacakah kamu suratkhabar yg lepas2 baru-baru ini? Jika tidak di suratkhabar, adakah kamu melihat dan mendengar berita2 di kaca tV? Berita apakah biasanya yang menjadi tajuk utama dalam berita2 itu??Berita apakah yang biasanya kamu lihat terpampang di muka depan suratkhabar?? Nau’zubillah…tidak sanggup untuk aku mendengar apatah lagi melihat walaupun hanya melalui kaca TV mahupun suratkhabar. Tidakkah kamu sedar, berita yang sering menjadi tajuk utama di TV dan suratkhabar adalah mengenai KEMALANGAN-KEMALANGAN JALANRAYA yang boleh dikatakan berlaku saban hari!!!! Tidak kira masa…tempat…! Subhanallah….kemalangan2 itu bukanlah kemalangan kecil..kebanyakannya melibatkan kemalangan2 ngeri..dan sudah pastinya mengakibatkan mangsa2nya terbunuh. Sejak di alam praktikal ni, aku rajin membaca suratkhabar (sebab setiap hari company aku bekalkan suratkhabar pada setiap staff-hmetro,bharian,stars,nst), so setiap hari sebelum memulakan tugas atau ada masa terluang aku akan membaca suratkhabar,kalau tidak pun aku akan membacanya secara online. Sadisnya bila aku lihat saban hari pasti ada berita mengenai kemalangan jalanraya, kadang2 bukan satu malah banyak kejadian yang berlaku di berlainan tempat dalam masa hanya satu hari! Yang paling menyedihkan, kemalangan2 tersebut walaupun cuma pelanggaran kecil pasti ada yang maut. Terlalu banyak berita kemalangan jalanraya yang aku baca sampai kan aku tidak boleh mengingati semuanya (tidak terkira). Tapi, aku nk review balik antara kemalangan2 ngeri yang menjadi tajuk utama berita2 di akhbar HANYA sepanjang Disember yang aku rasa kita sume sedia maklum tentangnya..


1 Disember – ‘Tiga sekeluarga Maut nahas’

Kemalangan ngeri ini berlaku di Kota tinggi di mana seorang warga emas bersama anak perempuan dan cucunya terbunuh selepas Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh sebuah Proton Persona dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan. Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Persona dipandu seorang wanita berusia 26tahun, dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. Keadaan itu menyebabkan pemandu Proton Persona menggesel Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan sebelum merempuh sebuah lagi Perodua Kancil dinaiki 5 sekeluarga di mana 3 daripadanya yang maut. Akibat pelanggaran itu, ketiga2 mangsa, Hasnah atan, 54, anaknya, norhaszura mohd zainal, 25, dan cucunya, ahmad fariq Aqil Mohd Zaini, 2, disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT). 2 daripada 5 sekeluarga yang terselamat adalah pemandu yang juga suami Hasnah, patah kaki dan cucu mereka lebam di dada manakala pemandu Proton Persona dan Perodua Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan…! Kegembiraan 5 sekeluarga itu menghabiskan masa bersama dengan bersiar2 dan membeli belah berakhir dengan tragedi kerana KECUAIAN pemandu lain! Sangat menyayat hati apabila ahli keluarga yang menunggu di hospital tidak dapat menahan kesedihan apabila seorang demi seorang mangsa disahkan meninggal dunia……

2 Disember – ‘Maut kereta putus dua’

Dalam kejadian kira2 jam 11.05 malam, pemandu kereta Perodua Kancil, Muhammad Mohd Rashid, 25, maut apabila kereta yang dipandunya terputus dua dengan bahagian belakangnya diseret sebuah lori tangki kosong, sejauh 22 meter di batu 7 jalan seremban-mantin. Dikatakan kereta yang dipandu mangsa terperosok ke bawah lori tangki berkenaan hingga menyebabkan bahagian depan kenderaat berat terbabit turut hangus. Kejadian berlaku apabila pemandu kereta dikatakan hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum kenderaannya memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan lori.

6 Disember – ‘Bas terbalik, warga emas cedera parah’

Kemalangan ini berlaku di Kilometer 434, lebuh raya Utara-Selatan pada jam 10.30malam sebelumnya. Difahamkan, bas tersebut membawa seramai 20 orang penumpang termasuk pemandunya dan dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Shah Alam. Kejadian itu berlaku apabila bas ekpress milik syarikat Roadways itu tidak dapat dikawal lalu terhumban ke dalam gaung. Akibatnya, warga emas berusia 63 tahun cedera parah manakala lapan lagi dirawat sebagai pesakit luar. Bas tersebut dikatakan telah terseret ke atas penghadang jalan raya sebelah kiri sejauh 50 meter sebelum terhumban ke dalam gaung. Warga emas yang parah tersepit di tempat duduknya dan bomba mengambil kira2 30minit untuk mengeluarkannya. Pemandu bas berkenaan ditahan untuk disiasat kerana didapati MEMANDU SECARA BERBAHAYA!!

7 Disember – ‘Maut dari langit’


Suasana di pusat beli-belah KB Mall, Kota Bharu tiba2 gempar dan kelam kabut pada 4.45 ptg, 6 Disember ekoran dentuman yang sangat kuat. Orang ramai menyangkakan ianya adalah gempa bumi atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku namun sangkaan mereka meleset apabila mendapati sebuah kereta tiba2 bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall mengakibatkan 2 maut manakala 2 yang lain cedera parah.

Mangsa, Siti nor Amira Shamsuddin, 19, maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, berada di tingkat bawah menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan. Ketiga2 mangsa merupakan pelajar Kolej Kejururawatan di Kota Bharu.

Dalam kejadian itu, dikatakan sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat 3 (atas sekali) bangunan itu telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat 2 yang dipenuhi orang ramai.

Sebelum itu kereta tersebut dinaiki oleh 3 orang, 2 perempuan dan seorang lelaki dipercayai mengalami kerosakan dan diletakkan di tempat letak kereta berkenaan. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai sabri telah menolak kereta tersebut dan mengarahkan rakannya, nurain, 19, untuk memandu kereta,di mana dia tidak mempunyai lesen dan TIDAK TAHU MEMANDU! Sementara seorang lagi dikenali sebagai nurul aikah hanya memerhati dari luar. Ketika menolak, enjin kereta tiba2 hidup menyebabkan ianya meluncur laju lalu merempuh system pengudaraan bangunan itu sehingga terjunam jatuh ke tingkat bawah. Nurain hanya cedera dan sabri pula menghilangkan diri!!

11 Disember – ‘PENGANTIN 3 JAM’

Kemalangan yang tidak diduga ini menyayat hati aku…Bayangkanlah, cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan. Turut terbunuh adalah kedua ibu bapanya, dan seorang rakan juga merupakan jurukamera. Kejadian berlaku di Kilometer 7 jalan Kangar-Padang Besar pada pukul 1 ptg, dikatakan kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas sekolah yang membawa 27 penumpang. Keempat2 mangsa terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu bapa pengantin lelaki, Abd Kadir Awang, 53. Dua lagi mangsa, ibunya, habsah Othman, 58, dan rakan, Mohd Farhan Musa, 18. Manakala pemandu dan semua penumpang bas tidak mengalami kecederaan. Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira 5km

‘Menantu hairan menantu sentiasa nak cepat’ – keratan akhbar 13 Disember.

ALOR SETAR – “Arwah kata hendak balik cepat sebab hendak solat Jumaat di Perlis. Memang nampak kelainan pada arwah sebab semuanya dia hendak buat dengan cepat termasuk akad nikah.”

Demikian cerita Siti Aishah Baharom, 58, ibu mentua kepada Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, selepas menghadiri majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan kelmarin.

Menurut Siti Aishah, mereka terkilan kerana arwah menantunya itu tidak sempat melihat pelamin selepas majlis akad nikah berlangsung walaupun beberapa kali diajak oleh isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23.

“Pada hari itu juga, arwah kelihatan agak pendiam berbanding kebiasaan,” katanya yang masih sugul ketika ditemui di Taman Kancil Fasa 3 di sini semalam.

Teh Afifah pula hanya sempat menjadi pengantin selama tiga jam apabila suaminya, Mohd. Ariff maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas sekolah yang turut mengorbankan bapa dan ibunya, Ab. Kadir Awang, 53, Habsah Othman, 58, dan rakannya, Mohd. Farhan Musa, 18.

Dalam pada itu, Siti Aishah memberitahu, Teh Afifah seperti tidak seronok beberapa hari sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.

“Anak perempuan saya ada cakap dia susah hati dan dia tidak lalu makan serta mengalami sakit badan beberapa hari sebelum itu.

“Sebagai seorang ibu, saya dapat lihat wajah dia seperti tidak seronok seperti bakal pengantin lain. Mungkin itu petunjuk akan berlaku sesuatu, cuma kita sahaja yang tidak tahu takdir Allah,” ujarnya sedih.

14 Disember – ‘Tiga beranak maut kemalangan’




"Kakak Zarena dan Mohd. Shahrizan tercampak keluar dari kereta manakala abang ipar dan Shahzuan terperangkap dalam kereta yang keempat-empat tayarnya ke atas."

Demikian cerita Zaili Ramli, 32, adik kepada Zarena, 43, yang menyaksikan kemalangan yang meragut nyawa suami Zarena, Sabtu Che Mek, 46, serta dua anak mereka, Mohd. Shahrizan, 16, dan Shahzuan, 13, di Kilometer 35.6, Jalan Kluang, Ayer Hitam, Johor malam 13 Dis. Dalam kemalangan itu, Zarena cedera parah.


Ketika kejadian pada pukul 8 malam, kakak, abang ipar Zaili serta dua anak mereka dalam perjalanan memindahkan barang-barang rumah dari Melaka ke Kluang, Johor. Keluarga Zarena akan berpindah ke Kluang, selepas suaminya yang bekerja di Penjara Bandar Hilir, Melaka ditukar bertugas ke Penjara Kluang.


Mereka dikatakan berkonvoi menaiki 3 buah kenderaan dari Plaza Tol Ayer Ker

oh bermula pada pukul 5.40 petang sebelum tiba di susur keluar Plaza Tol pada pukul 7.35 malam. Selepas mengisi minyak, mereka meneruskan perjalanan dan kereta Zaili berada di belakang sekali dengan diselangi 3 buah kenderaan lain. Sebuah lori tangki minyak mengekori kereta Perodua Kancil dipandu Sabtu. Selepas meneruskan perjalanan kira-kira 10 minit, isteri Zaili, Nur Atirah Wan, 31, menjerit kerana terkejut melihat kereta dipandu Sabtu seolah-olah dilanggar lori tangki minyak tersebut.


21 Disember – ‘Maut depan pengantin’

Mohd Rafiuddin Arif Noor Azman, 23, yang selamat diijabkabulkan pulang ke rumahnya di Taman Seri Gombak tetapi keretanya rosak ketika dalam perjalanan. Sejurus itu, dia meminta rakannya, Mohd Sayuti Jamaluddin,23, datang membantu tetapi dalam kejadian 4.30 pg itu, tiba2 kereta dipandu Sayuti terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar tepi sebuah lori sayur berhampiran Taman Wahyu, KL. Sayuti mati ditempat kejadian manakala pengantin baru itu hanya cedera. Mohd Rafiuddin yang sepatutnya melangsungkan persandingan di rumah keluarganya membatalkan majlis tersebut, sebaliknya mengadakan majlis tahlil untuk rakan karibnya yang terbunuh.

22 Disember – ‘Tiga beranak maut tersepit’


Pada ulang tahun kedua perkahwinan, pasangan suami isteri, Benyamin yaakub, 30, dan Normah Md Isa, 29, serta anak mereka, Ilnur Balqis, 9 bulan maut dirempuh lori tanah dalam kemalangan melibatkan 5 buah kenderaan di simpang 3 lampu isyarat Jalan Ibrahim-Kodiang, Jitra Kedah. Kejadian berlaku pada pukul 5 di mana 3 beranak terbabit meninggal di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta proton Wira mereka yang hampir hancur keseluruhannya.

Othman Bakar, 50, penumpang kereta Naza Sutera koma manakala isterinya yang memandu dan pemandu lori cedera ringan. Sementara itu pemandu serta penumpang 2 buah lagi kereta lain tidak cedera.

Lori tanah dipercayai mengalami masalah brek, hilang kawalan sebelum bergesel dengan Proton Wira (bukan kereta mangsa yang maut) di depannya sebelum memasuki jalan bertentangan. Pemandu lori cuba mengelak drpd merempuh balai polis lalu merempuh Proton Wira mangsa dan Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Akibat perlanggaran itu, kereta Naza Sutera itu tercampak kira-kira 10 meter manakala Proton Wira itu diheret lori sejauh 20 meter sebelum kedua-dua kenderaan itu melanggar pula sebuah Perodua Kancil dan merempuh kedai makan di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.

Ketika kejadian, 3 beranak terbabit dikatakan merancang untuk keluar makan sempena ulangtahun perkahwinan mereka namun hajat mereka tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang menyayat hati!


26 Disember – ‘PEMANDU BAS MENGAKU TERLELAP’

Aku terpanggil untuk berkongsi ‘Tragedi Tanpa Diduga’ ini setelah melihat kejadian ngeri yang sekali lagi melibatkan bas. Alangkah sedihnya apabila kita yang tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan 2009, menerima berita yang tidak di duga apabila bas ekspress dua tingkat ‘Sani Ekspress’ remuk tertusuk besi penghadang jalan dalam nahas yang mengorbankan 10 penumpang di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Plaza-Tol Jelapang pada awal pagi 26 Disember yang lalu.

Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia MENGAKU TERLELAP ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express yang membawa 48 penumpang, sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang! Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian R&R Tapah.

Siasatan awal mendapati PEMANDU ITU TELAH MENGAKU MENGANTUK DAN TERLELAP SEMASA KEJADIAN!


Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam 25 Dis sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi 26 Dis sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.

Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang 26 Dis.

Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.

Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar.

Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut ANGKARA KELALAIAN PEMANDU BAS YANG TERLELAP!


28 Disember - 'Van terbakar-4 Beranak maut'

Empat beranak maut dan dua lagi cedera parah apabila van yang dinaiki terbakar dan meletup dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak di Tangkak. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, tiga daripada mangsa mati rentung akibat tersepit di dalam van yang dinaiki manakala seorang lagi maut akibat cedera parah. Tiga mangsa yang rentung ialah Ong Buu Siong, 46, dua anak lelakinya, Ong Zhen Hui, 7, dan Ong Zhen Zhee, 6.Kemalangan tersebut berlaku ketika keluarga malang itu yang berasal dari Jalan Kim Kee, Muar dalam perjalanan ke arah Tangkak dengan menaiki van Nissan Vanette.


Hurm...demikianla kronologi kes2 kemalangan jalanraya sepanjang HANYA Disember...itupun cume sbahagian daripadanya... ade lagi kes2 kemalangan yang aku xmasukkn... haih~ kemalangan berlaku di mana2...kire mase... dalam hal ini..

siapa yang harus dipersalahkan??

kdg2 kite bw kete baik2 pn...disebabkan org lain kite terjerumus.. kdg2 mmgla ade sesetengah org bw kete mcm nk hapee...die igt jalanraye tu bapak die punye gaknye...adoyaiiii...

dan aku....

semakin cekap memandu...da drive blk smpai segamat pun... tp, bile bace2 brite mcm nie..fobia plak rasenye... ak jd takut nk bw motor kt jalan2 besar sbb nie la... tp..naek ape pn..klu benda nk jd..ttp jd kn...tahlaaaa....

kdg2 bile ade org mati kemalangan, salah org lain...org akan kate...'dah ajal'....hurm... aku tak pasti sejauh mane benarnye kate2 itu...ye...aku tahu...ajal mati seseorang tu telah ditetapkan...mmg benar... tp care bagaimana ajal dia dtg pun telah ditetapkan ke? si polan bin polan tu mati tarikh sekian sekian...dengan cara sekian...sekian... isit?? hurm...Wallahua'lam... kalau kita lihat di akhbar skrg... hari2 ade je org mati... mati kemalangan, mati kena bunuh.., mati kena rogol, lemas, kena tembak polis, hukum gantung....hurm...nape ye?? itupun salah satu dunia dah tua ke?? im not sure... aku mungkin tidak berapa arif untuk mempersoalkan tentang ini....

apapun...

itulah taqdirNYA....

yg pergi tetap pergi....

moga keluarga2 mangsa tenang hadapi dugaan...Allah lebih sayangkan mereka yg telah pergi...

Moga roh 'mereka' dicucuri Rahmat.....

Al-Fatihah......~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers