9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 27, 2010

Budget Raya 2010


Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita dah berpuasa 16 hari kan? waaahh sangat cepat masa berlalu. rasanya macam baru semalam mula Ramadhan.. mula bangun sahur.. mula ke bazaar... tup2.. what? 16 days already?

Hurm, setakat ini berpuasa Alhamdulillah.. takdela rasa tak tahan sangat macam puasa ganti huhu. Lagipun mungkin sebab kerja pun balik awal.. break pun takde so takdela terasa sangat kan. kalau bulan-bulan tak puasa biasa puasa macam ni kan bagus kan? boleh jugak kurang-kurangkan lemak di perut ni heheh. (tapi time puasa ni macam lagi banyak je aku makan!!!)

haih... bila puasa sudah nak bertemu penghujungnya, sudah tentulah orang semua sibuk memikirkan hari raya kan? baju raya nak beli berapa pasang.. kasut raya nak heel berapa inci.. kuih raya nak tunjuk-tunjuk berapa macam.. duit raya nak bagi berapa RM...(errr...bagi???)

ok fine... this year is my first time rasa macam ni. rasa seram ada..(takut kopak kena pow).. rasa teruja pun ada, sebab... raya kali ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang yang berkerjaya.. hihi... yela, sebelum ni berapa tahun daa aku beraya sebagai seorang pelajar... 3tahun Diploma dekat Bangi.. tiap-tiap kali raya aku tidak perlu pikir sangat cost perbelanjaan raya. ada duit loan cukup makan pakai sendiri untuk hari raya sudeh... kadang2 dulu mak la tolong tempahkan baju (dah lama tak tempah baju sejak masuk degree sebab tak sempat+malas so baik beli siap jek), bab2 lain aku tak pikir pun.. nak bagi anak2 buah duit raya? lagi la tak pernah fikir sebab aku belum bekerja (so no money no talk la kan). sebaliknya, aku yang menadah tangan minta ongkos raya daripada ibu2+ayah2 kepada anak2 buah tu hahaha (biasanya abg2, akak2 dah get ready sampul raya untuk aku siap tulis nama lagi..;P).. lepas habis Diploma aku further pulak degree dekat Shah Alam so memang harapan untuk dapat duit raya lagi memang sangat cerah la masa tu kan. tahun lepas kalau ada pun aku cuma belikan mak kuih raya 2/3 macam je untuk mak huu.. n pernah jugaklah sekali tu masa tu pocket tengah full aku berjalan kat sekitar KL termasuk jalan TAR dan Masjid India untuk belikan pakaian untuk mak abah dan kakak2 aku..(err kenapa aku belikan untuk kakak2 jek ek, abg2 aku?adik2 aku? oo maybe tak cukup budget kot masa nih hahaha)

Nak dipendekkan cerita (tapi macam dah panjang jek bercerita erk).. tahun ini dengan rasminya aku rasa aku telah pun keluar daripada carta2 di dalam kamus hidup abang2 dan kakak2 ku untuk dapat ongkos raya daripada diorang.. (takde ke..isk)... sebabnya.. dah bekerja kan..so..aku rasa dah sampai masanya aku pulak la yang kena memberi ongkos raya... adoiiyyaaiiii.. kenapa lah bila tiba raya kena bagi duit ek.. hiii... so, memandangkan bulan ini pulak bulan pertama aku bekerja (agak risau jugak lah kot2 gaji tak masuk), banyak perkara yang telah menjadi agenda dalam pemikiran aku. baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya.. jalan raya balai raya eh pobondo ekau mengarut ni... ah yang penting semua raya lah. Alhamdulillah... gaji dah masuk semalam..terima kasih Wirazone@Malakoff..=).. tapi tak dapat full payment (mungkin sebab tak cukup sebulan). takpelah janji ada kan kan? huhu.. so... bila dah confirm berisi apa lagi.. kenalah buat list kan kan.. (dah buat list beberapa kali ok)...

so sebelum aku terover budget baik aku listkan balik. chek it out!

  • Perbelanjaan Raya:
Baju Raya - RM200 (Around 4/5hb Sept baru pegi shopping Shah Alam+KL)
Kasut Raya - RM100 (Murah2 sudahlah.. nanti nak pegi shopping singgah sogo skali)
Tudung Raya - RM50 (budget 50 dlu sbb tudung da byk, agk2 tade y matching baru beli br)

Kuih Raya :
- RM24 x 2 = RM48 : Kuih Pistachio , beli drpd officemate, Kak Fini
- RM8 x 4 = RM32 : Maruku bwg putih + Ikan, beli drpd officemate jugak, Kak Rozana
- RM20 x 2 = RM32, RM15 x 2 = RM30 : Chips Choc + Kuih Tart Gulung, beli drpd kwn kpd housemate
- Lain2 kuih akan difikir2kan kalau jumpa lagi yang berkenan tatkala bersoping
Pemberian Duit Raya :
- Bagi Adik2, Bagi Anak2 Buah + anak2 orang = Budget RM250
- Bagi Mak Abah = RM300

  • Perbelanjaan Tetap

Sewa Rumah - RM200
Bil Api + Air - RM35
Broadband - RM75
Bil Telefon - RM75
Touch n Go - RM50
Credit Card - RM150
Kereta - RM300
Lain2 - RM100
Alamakkkk!! banyaknyeee... apa yang boleh di cut dari senarai di atas ni ye? macam takde yang boleh di cut je hihi. apapun, tatkala bershopping raya tu beringat2 sket wahai cik My ye. Jangan boros!!!! (mintak2 byk sale!!!) Hurm, napelah hidup perlu guna duit? isk...

Oleh kerana niat suci aku untuk bercuti panjang tatkala Raya nanti di reject sekeras2nya.. so esok aku akan balik Segamat... nampak gaya shopping raya akan bermula dari sana... (jangan rambang mata my..kang sok sume ko nak grab). huhu... Tak sabar nak balik!! berpuasa dengan mak abah.. rindu nak bangun sahur makan nasik panas mak..! pastu nak ajak mak jalan2 bazaar..soping2..!

Planning hari raya masih samar2.. hari raya yang available only 1day.. hari apa aku nak pilih dari 13hb - 17hb tu ek... adoi.. nak tak nak terpaksalah jugak datang kerja pada hari raya ke-4!! omg!!! masih mood raya!!!! isk... dendang perantau la aku jawabnya... ;( Redha je lah dengan nasib yang ditentukan oleh manusia yang sama tarafnya dengan aku di sisi Allah.. cuma mungkin dia diberikan keistimewaan lebih daripada aku kerana kedudukannya.. (di dunia)... Nak buat macam mana..redha je la...;(

Ingat raya kali ni nak la lepak dengan kawan2 lama. masing2 plan nak beraya sama2.. tahun lepas pun aku tak dapat jumpa dengan diorang. isk...

Inilah nasib hidup di perantauan.... Sabar ye my... chill!!!


Footnote: Esok balik Segamat bus pukul 9 malam... aiyak~


3 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

hahah...giler byk blanje
nk duit raya gk bleh? haha

putribongsu said...

mak datok..siap list details!
jgn lupa masukkan forerro roche utk i dlm list sbg hadiah raya

MAIZATUL AKMA said...

ghouse: tahnyeee...hehe padahal cuti raya dpt sehari jekkkk. isk.

putribpngsu: ngeh3... haha.. kn smlm dah dpt dua jenis.. nk jugak ferrero.. smlm tanak sebut nak ferrero...;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers