9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, September 2, 2010

Isu Terbaru Laman Sesawang

Hari ini aku dapat update isu-isu terbaru (seperti biasa, aku rasa aku paling lambat tau kot hihi) so, agak-agaknya korang semua dah tahu ke pasal cerita ni?

Isu 1 : Pagi ni dapat email mengenai seorang rakyat Singapura yang berketurunan Melayu dan sah2 lahirnya daripada kalangan Islam seperti kita. Insan tersebut bernama Masitah Zaini (seperti yang tercatat pada facebooknya). Haa nak tahu apa yang menarik nak dikongsikan pasal minah ni? Cuba korang view image2 di bawah ini:



SILA KLIK PADA IMAGE UNTUK VIEW YANG LEBIH JELAS



SILA KLIK PADA IMAGE UNTUK VIEW YANG LEBIH JELAS



So.. ape pendapat korang? Nau'zubillah... Terkedu lidah aku masa mula-mula dapat email mengenai isu ini. Rasanya, ini tahap dah keluar dari landasan yang benar atau dengan bahasa senang tapi agak seram di dengar..MURTAD... Am i right??

Aku pun tak tahu nak cakap apa. Nak komen panjang2 siapalah aku kan.. So, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita... Jangan lupa dari mana kita datang.. ke mana dan kepada siapa kita akan kembali. Moga-moga saudari Masitah Zaini diberikan petunjuk..dan kembali kepada Allah yang satu.. Amin..

Ilmu Tanpa Amal --> Sia-sia
Amal Tanpa Ilmu --> Sesat
So, jangan jadi orang yang berilmu tapi sesat dengan sia-sia....


Isu 2 : Hurm yang ni pula isu mengenai 'rasisme'. Aku pun kurang pasti mengenai ni since benda ni baru lagi tahu masa berfesbuk tadi. Ni pasal minah Chinese yang bernama Katy Lim Li Lian. Dengarnya dia penyokong kuat@peminat Namewee yang juga sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Hurm, menyentuh soal Namewee, aku tertanya2 sejak dari tadi, siapa Namawee ni? kenapa dekat media asyik sebut pasal dia je? Serius aku tatau langsung yang Namewee ni pernah muncul sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan isu-isu sensitive. Dan dari pembacaan aku, kali ini dia muncul lagi tetapi dengan versi yang berlainan. boleh siapa2 ulas lanjut mengenai Namewee ni?? (tapi serius aku rasa marah giler tengok video dia duk maki hamun TNB Muar tuh ish2).

Ok berbalik kepada minah Chinese si Katy Lim Li Lian tadi ni. Bapak jahat sangat jari dia nih type post macam tu di fesbuk. hishhhh... entahlaa... Korang huraikanlah sendiri lepas tengok image di bawah ni.. i'm DONE! Moga2 si Minah ni terima balasan yang setimpal suatu hari nanti! tahla tak tahu nak percaya atau tidak. yela, mana tahu ada orang saja mahu pecah belahkan sesama kaum.. who's know right? Wallahua'lam..


Huh.. tahla.. Lately ni perasan tak? macam-macam perkara tak elok jadi pada dunia kan? tak payah tengok jauh2 kita yang duduk kat Malaysia ni pun.. lepas satu...satu.. belum reda satu masalah.. masalah lain pula yang datang. Allahuakbar... dah nyata sangat tanda-tanda dunia ni dah nak sampai penghujungnya... bila aku kenang-kenang.. bila aku pikir-pikir.. aku realize that kita semua perlu bersedia.. bersedia untuk kehidupan Akhirat kelak.. Ya Allah.. nak dihitung dosa-dosa aku selama hidup kat bumi Mu ini.. tak terhitung rasanya... dosa-dosa yang aku sedar... dosa-dosa yang aku tidak sedar.. Astaghfirullah... Kadang-kadang aku terkenang hamba-hamba Allah masa kini yang sudah jauh sesat dari landasan yang benar... bagaimana agaknya? Ya Allah... Bantulah hamba-hambaMu yang lemah dan hina seperti kami ini... Takut bila fikirkan balasan Allah pada kita kelak.. AstaghfirullaaahalA'zim..... Moga-moga kita semua tergolong di kalangan hambaNya yang taat, soleh dan solehah...Aminn...

Renung-renungkan dan selamat beramal.....~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers