9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, September 21, 2010

Syawal 1431/2010 - Raya Bermakna (",)

Hello everyone!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Maaf Zahir Batin!!

Raya sudah... sekejap je kan kan? Rasa macam baru semalam start puasa Ramadhan.. erm, bila puasa tak sabar nak raya.. bila dah raya macam sekejap je berlalu Raya tu. kan kan? rindu pula rasanya nak berpuasa Ramadhan lagi... rindu nak bangun sahur.. pergi bazaar.. terawikh.. shopping baju raya... kan kan? Bila dah raya sekejap je rasa nikmat beraya tu.. haih~

huhu.. setelah dua minggu Raya baru berkesempatan untuk
post entry.. ini pun curi-curi masa sekejap. sekarang tengah agak sibuk dengan kerja-kerja di office. Al maklumlah Unit Head sedang menikmati cuti selama hampir sebulan di German, so, segala tanggungjawab telah diserahkan kepada anak-anak buah di bawah penguasaannya termasuklah aku.. hurm..

My Project sekarang adalah bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti bersama anak-anak yatim yang akan diadakan pada 2 Oktober 2010 (Sabtu akan datang). Jadi, untuk menjayakan Program tersebut ada beberapa perkara yang perlu aku lakukan. Aku ni seorang yang sangat pelupa jadi wahai MY... sila take note perkara-perkara di bawah:

  • Skytrex Adventure, TPM Shah Alam, get invoice - Payment done
  • Invitation Letter to Rumah Amal Peribadi Mulia, Kajang - Done. 33 orphans will participate
  • Cash Memo - Done (Cash will be given by Kak Nurul)
  • Tentative - Done. To be confirmed by Head Unit
  • List of Staff and Duties - Done. Email to be sent to all Wirazone staff. **Send thru Reminder(Calendar)
  • Orphanage Insurance Coverage - Inquired to company Insurance Agent, Sterling Brokers. We've not covered this kind of activities. They advised to take Personal Accident Insurance. Waiting for quotation.
Ok My.. dah buat checklist di atas jangan terlupa lagi ye. Hari tu dah terlupa pasal Insurans. Nasib baik Azrol ingatkan kalau tidak sampai kesudah laaaaa...huhu. What next? Erm, Owh ya minggu ni masing-masing tertekan sikit sebab hari Khamis dan Jumaat ni Auditor dari SIRIM nak datang audit. Ianya bertujuan untuk renew licence yang akan expired coming Oktober. Jadi Department masing-masing kenalah bersedia apa yang patut termasuklah aku dan Kak Nurul. Aku duk la risau pasal Customer satisfaction Survey tu. haih~ mintak-mintak segalanya berjalan dengan baik....Amin...

Ok kita stop bercerita mengenai kerja. Raya baru 2 minggu beb.. kita cerita pasal Raya ok? hihi. Bukan ape.. Aku agak gembira sebab Raya kali ini agak bermakna sikit. Takde lah macam tahun-tahun yang sudah, cuti seminggu Raya pun bukan dapat buat apa sangat pun. Kawan-kawan pun xdapat nak jumpa. So, Tahun ni gembira sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan sekolah. huhu.

Raya pertama, 10 Sept 2010 aku ada kat rumah mak abah je. Since Mak Abah dah ada Anak Menantu dan cucu so tahun ni kami decide untuk beraya di rumah sahaja. Mulanya Abah nak sangat beraya di kampung halamannya kat Taiping, Perak. Tapi dah dipujuk-pujuk oleh mak.. akhirnya abah akur... huhu.. Lagipun, kami dah tak ada Datuk atau Nenek di sana. Tapi adik-beradik abah ada lagi tu yang dia beriya nak balik agaknya. Tapi Abah dah beritahu nak balik minggu depan sebab sepupu aku kawin. Baiklah abah...huhu. Ok berbalik pada hari Raya yang pertama. Hari Raya Pertama cuma ada Mak Abah, Aku, Adik-adik, family Kak Lia dan Angah je dekat rumah. Itupun, pagi-pagi lepas Solat Raya tu Kak Lia dan family dia pergi ke rumah mertua kejap hantar makanan. Angah pula tengahari baru ke rumah Mak Abah sebab malam tu tido rumah mertua. (Akak n angah rumah mertua diorang dekat-dekat je dengan rumah mak abah). So pagi Raya lepas solat tu tinggal aku, mak abah dan adik-adik je. Itupun tak lama lepas tu adik-adik pun membawa diri merayap entah ke mana... tinggallah aku dengan mak abah isk... kitorang gambar satu family pun tak dapat nak capture tau yela sebab semua tak dapat berkumpul sama. posingla aku sorang2 dengan mak abah dan adik.. huhu...



Raya Kedua, 11 Sept 2010 kami sekeluarga pulang ke Kluang (kampung mak). Petang tu ada Mesyuarat Koperasi Keluarga. Kami pergi balik hari je sebab esoknya aku dah kena balik KL jadi ingat malam tu nak lah beraya dengan kawan-kawan. Pagi sebelum gerak ke Kluang Faieez ada text tanya ada kat mana. Ha tu mesti nak beraya rumah aku tu. huhu. So berbalik kepada kampung, dapatlah aku berjumpa dengan pakcik, makcik dan sepupu sepapat. Know what??! Semua orang duk tadah tangan minta angpau!! Dahlah adik-adik sepupu aku ramai.. aiyak~ then takpelah since ini tahun pertama aku beraya tidak lagi sebagai pelajar aku pun hulur-hulur la kat diorang sekadar yang termampu amik berkat sikit gaji pertama hihi. Tapi sedih, pakcik makcik semua buat dunno je kat aku. Takde siapa dah yang hulur duit raya macam dulu isk... mentang2 aku dah kerja isk takpe2...





Malamnya, aku sampai rumah tatkala jam dah pukul 9pm lebih. Punyalah
rushing masa balik tu, beriya suruh Along bawa kereta laju nak kejar masa punya pasal huhu. Bila dah sampai cepat-cepat aku call Faieez beritahu yang aku dah balik huhu. Nasib baik diorang baru beraya beberapa rumah. Then 9.30pm tu diorang datang beraya rumah aku. huhu. Yang datang malam tu Faieez, Haris, Esyem, Nik, Md Nuur, Aidah, Ecah dan Ekin. Aku kenal diorang sejak sekolah rendah. Ada di antaranya yang aku kenal masa sekolah menengah. Walaupun Diorang sama kelas masa form 3 je tapi kitorang semua baik-baik je. Faktor yang membuatkan kami baik mungkin kerana adanya Facebook. huhu... Takde facebook takdelah kami dapat jumpa balik each other. Itu apa yang baik aku nampak kat Facebook la. (walaupun hakikatnya Facebook lebih banyak buruknya). Thanks la korang sebab datang rumah walaupun dengan paksaan haha (eh aku paksa ke? korang tak rasa terpaksa kan kan?;P ). Lepas tu aku pun ikut diorang pergi beraya ke rumah Ridhwan, Surayah, Afza dan Ecah. Balik rumah jam dah pukul 1 am. hihi. semua orang dah tidur masa aku balik.










Raya ketiga, 12 Sept 2010 aku tak ke mana-mana pun. Sebab petangnya tu aku dah nak balik ke KL.. apakan daya.. hidup di perantauan...kenalah pulang untuk bekerja isk. Tak puas rasanya bercuti raya hari tu. Pagi tu sempat jumpa dengan kawan baik sebelah rumah je, Edil yang sedang sarat mengandung... huhu.. dijangka deliver awal bulan 11. Apapun, aku kembali bekerja tiga hari je hihi. Raya ke-6 akan pulang semula berhari raya...yeeehaaaaa....!!

Raya ke 4, 5 dan 6 (13,14,15 Sept) berdendang perantaulah kami di dalam office isk. Masa 1st day masuk keje tu yang datang tak silap 9 orang je termasuklah HOC kami Encik Ezham... hihi. Thanks En Ezham sebab belanja kitorang makan kat Chili Espresso huhu. Aku order Chicken Chop..;P walaupun pagi tu dah bedal Nasi Lemak heheh...;P dan masa tu En Ezham kata as farewell untuk Kak Nurul yang bakal meninggalkan Wirazone Coming october..); i sangat sedih....);... Will gonna mish u babe...sob..sob...




Petang Raya ke 6, 15hb Sept aku gerak balik semula ke Segamat! Yeay! masa tu keluar office awal dalam 3.00pm hihi jahat tak? Bukan apa masa tu drive kereta so nak gerak lambat takut sampai malam plak. So, mintak la jasa baik Kak Nurul, dapatlah aku keluar awal hihi. Sampai rumah around 6.00pm... giler laju aku bawa walaupun renyai2 haha... **jangan amalkan oke!!! Malamnya, kawan-kawan datang beraya huhu. kali ni group lain plak. Emy, Amri, Ayid, Syafiq Mokhtar, dan Anuar. Ramai lagi rupanya kawan-kawan aku kan? huhu.. Friendship forever lasting oke!!!


Raya ke Tujuh, 16 Sept 2010 (Hari Malaysia!) pagi-pagi lagi aku dah bangun. kemas-kemas rumah.. tolong mak memasak. Motif?? sebab ada tetamu istimewa nak datang huhu. As usual, seperti tahun-tahun yang sudah.. My loved one..Ben, nak datang beraya la apa lagi huhu... cuma bezanya 2 tahun sebelum ni dia datang sorang atau dengan kawan-kawan. kali ni dia datang bawa mak dan bapak la.. hihi... Bukan apa , dah lama kenal, ap a salahnya bawa mak bapak dia kenal dgn mak abah aku kan kan? sekurang-kurangnya mak abah tahu asal usul ben tu, anak sape... n yang paling penting kami memang serius.. huhu. Soal jodoh, serahkan pada yang Esa.. Andai ditakdirkan dia tu untuk aku... Alhamdulillah....doakan je lah kami disatukan dengan ikatan yang halal kelak...(",)....


So, orang tua kami dah kenal.....hihi... **Kredit to my sista yang masak nasi ayam & rendang and my mom yang masak lodeh dan sambal kacang...aku tolong sikit jek huhu

Petangnya, lepas Ben dah balik aku dan kawan-kawan pergi Open House rumah Fadzillah. Konvoi sama-sama dengan Maya, Malis, Faieez, Haris, Pulah, Ann, Ecah, dan Wati. Masa nak kuar dari rumah Fadzillah budak-budak ni plan nak ajak pergi Melaka main bowling.. erk~ giler hape dah petang nih. plan punya plan.. akhirnya semua sepakat nak pergi Melaka.. Okayla.. aku on je. yela bukan selalu dapat jumpa korang kn kn.. Apapun, happy giler malam tu. group aku menang sebab ada Faieez haha. apa yang penting kita enjoy!!! pakai baju raya pun layan gak bowling haha. Sampai rumah malam tu dah dekat pukul 1.00am... erk~ semua dah tido daa.... (esoknya abah tanya balik pukul berapa.. alamak kantoi~ )









Raya Ke lapan, 17 Sep 2010 bangun pagi tu takde buat apa pun. Bangun pun a bit lambat sebab penat berjalan semalam hehe. So pagi tu cuma lepak-lepak je, main dengan Aiman huhu.. dahla susah nak jumpa anak buah sorang nih, so sementara dia masih ada kat sini baik aku cium dia puas -puas huhu. Petang tu dalam pukul 2.30pm Emy call ajak beraya. erk~ sebenarnya dah janji dengan dia masa dia datang beraya hari tu memang nak pergi beraya pun hari ni. hihi dahlah aku belum mandi lagi. what???!! dah nak pukul 3pm ko tak mandi lagi???? errr bukan selalu oke...;P So, aku pun cakaplah kat dia aku on jek. musim-musim raya ni ke mana-mana kawan ajak aku tak pernah tolak sebab as i said, bukan selalu dapat jumpa kawan-kawan kan kan. waktu hari raya ni lah kita dapat jumpa. dan yang paling penting adalah Friendship is forever lasting! never end oke!!

Jadi selepas itu aku pun bersiap-siap. agak lama juga aku tunggu budak-budak ni. Yela amy kata nak tunggu Kamisah datang. ok then aku tunggu je lah. dalam Pukul 5pm jugak lah rasanya baru nampak batang hidung dorang huhu. Dorang datang beraya rumah aku dulu. Lepak-lepak dalam setengah jam.. dorang ajak gerak ke rumah Mastira pula. Aku suruh dorang jalan dulu since my Brother, his wife and son, Aiman dah nak gerak balik ke Perlis. Abah pun ikut sama sebab nak pergi kenduri sepupu aku tu kat Perak. Kiranya abang singgah sana jugak la. Tinggal lah mak kat rumah huhu mak kena kerja so tak boleh lah ikut. So, lepas abang semua dag gerak baru aku menyusul ke rumah Mastura...









Lepak-lepak rumah Mastura jam pun dah nak pukul 7pm. So tak sempatlah nak ke rumah yang lain-lain. So, kitorang decide jumpa balik lepas maghrib. Kamisah and the geng lepak-lepak rumah aku sementara tunggu maghrib. Around 7.45pm lepas solat kitorang pun bersedia u ntuk keluar. Dengan dua kereta kami bersedia untuk reverse dari garaj. Mula-mula Kamisah Keluarkan kereta dia dulu. Lepas tu aku pun tariklah gear reverse.. tekan minyak... Dummmmmmmmm!!!!!! OMG!!! Damn!!!!!! dengan terketar-ketar aku pun keluar dari kereta. oke fine!! pintu kereta Kamisah (Viva Elite yang baru keluar Se bulan oke!!) kemek gara-gara hentaman dari kereta yang dipandu oleh aku. Aku tengok-tengok bumper kereta aku ok je. Tak ada apa-apa lah tu. Ya Allah.. macam mana boleh jadi macam ni???? aku dah gabra... Kamisah jangan cakaplah... adoyaiii... lepas tu Mak keluar da ri rumah. Mak pun suggest lah satu Pomen kereta kat kampung aku tu. Tapi terfikir masa tu bukak ke bengkel tu? nak ke dia tolong? Mak suruh cuba dulu.. okaylah.. dengan masih terketar-ketar aku bawa Kamisah dengan kereta kemeknya ke bengkel tu. Tengok macam ada orang. bengkel sah-sahlah tak bukak kan. Aku beri salam.... bla..bla..bla...mintak lah sangat tolong kat dia cari jalan macam mana aku nak buat...)=... Since Kamisah nak balik Shah Alam pagi-pagi esoknya kenalah aku buat apa-ap a yang patut. Fuhhhh.. nasib baik abang pomen tuh nak tolong. Dia kata boleh tolong keluarkan balik yang kemek tuh je lah. kalau nak balik pada asal kena le tak situ lama. ok lah bang... dari tak buta apa. ni pintu pun dah tak boleh bukak dari luar. At least dia buat sesuatu sementara si Kamisah nak balik Shah Alam dan aku cari jalan kembalikan kereta idamannya itu...fuh! Sementara nak tunggu kereta tuh kitorang sempat lagi pergi beraya oke! haha. aku masih trauma. bawa kereta dah menggigil semacam. tapi kawan-kawan punya pasal aku gagahkan diri ikut jugak. Kami sempat ke rumah Maya, Zali, Leza, Emy, Ayid, dan Awien. uii banyak juga tu hehe. Lepas rumah leza aku pergi bawa Kamisah amik kereta dia. sebelum kitorang sambung beraya eloklah mereka-mereka tu balik dulu dah malam-malam tu kan. (duk kampung sebelah). Lepas habis beraya rumah Awien, aku dengan Mas sempat ke rumah Faieez. Dia ada text sebelum tu ajak beraya lagi, tapi aku dah keluar dengan geng-geng lain terpaksa lah tak dapat ikut. orang ramai k awan nak buat camne kan hihi. takpelah aku pun dah spent time dengan dorang sebelum ni. Tapi, sempat juga lah pergi ke rumah Faieez jumpa mak baru dia ngee~









So....malam itu merupakan malam terakhir aku berjumpa dengan diorang.... sebab esoknya ramai yang dah nak balik ke perantauan semula... Thanks korang!!! Seronok sangat beraya dengan korang!!! Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan ok!! (",)

**Kereta Kamisah telah selamat di baiki dan dipulangkan kepada tuannya 3 hari selepas itu. Thanks to ben yang tolong ambil kereta kamisah kat Shah Alam dan hantar kereta tu pada pomen untuk dibaiki.. hihi. Tak pasal-pasal keluar RM200++!!! isk~


Raya ke Sembilan, 18 Sept 2010 ada agenda lain pula. huhu. hari itu merupakan hari perkahwinan salah seorang kakak senior masa aku sekolah arab dulu. Kak Mardhiah... Dia pernah sama dorm dengan aku dan miera. Bangun pagi tu aku bersiap-siaplah apa yang patut. Call miera pukul 9am baru bangun nak bersiap. Call basry dan loqman pun baru bangun. Aku da pesan dekat dorang j angan gerak lambat sangat nanti sampai kenduri tu lewat. Tunggu punya tunggu... tak habis tunggu dekat rumah aku tunggu pula dorang dekat simpang jalan nak ke Muadzam tu. Lambat giler!! aku dah baran dah masa tu! nasib baik pikir raya...kawan-kawan.. kalau tidak memang dah berangin satu badanlah aku...dah pukul 2.30pm lebih baru dorang sampai. so gerak lah kami ke Selancar 3... Sampai sana dah pukul 3pm... know what??! orang kampung semua dah nak kemas meja makan. malu ko.. takkan nak duduk makan pula kan? adoiii.. takpelah masuk dulu jumpa pengantin. perut dah la lapar giler. at last kami tak makan pun. segan pula nak pergi cari makanan walaupun ada orang menjemput. takpelah. jumpa kak diah je pun dah ok. (tapi perut sanat lapar...isk..). adalah dalam setengah jam kat situ, dah puas bergambar, salam-salam kami pun beredar.


Kami xhabis kat situ je.. lepas tu kami (aku, miera, loqman, basry, dayah, nurul, capang) sempat singgah beraya ke rumah Balqis! one of my best friend too!!! huhu. Try call dia semalam tapi tak dapat. jadi kami redah je lah rumah dia. Thanks God dia ada kat rumah huuuu.. besar suda h anak dia. last aku jumpa Balqis masa dia deliver anak dia tu la huhu. Ok kemudian kami juga sempat singgah rumah hajar.. sama sekolah arab kami semua ni. Hajar pun bakal berkahwin Oktober ni. Dengan anak Dato' ko!!!! untung btol dia hish....


Kerana kelaparan tak dapat makan kenduri kami terus ke bandar segamat mencari tempat lepak yang sesuai untuk menjamu selera huhu. Aku bawa dorang makan kat Mawa De' Village dekat Segamat Baru tu. Burppppppppp masing-masing kekenyangan hihi. Thanks to Fais @ Capang sebab belanja kami makan hoyehhhhhhhhh.... Kami beredar setelah posing sepuas-puasnya hihi.... Thank kat korang jugak!! lepas ni entah bila kita jumpa lagi kan? Gonna mish u guys!!!!










Raya ke Sepuluh, 19 Sept 2010 sesudah Subuh aku kemas-kemas barang nak balik K.L. Nak gerak awal sebab takut petang nanti jam, lagipun masa tu memikirkan kereta kamisah yang tak settle lagi. Pagi itu sewaktu aku sedang mengemas barang-barang masuk dalam kereta.. aku dapati bumper kereta ada sedikit keretakan dek pelanggaran dengan kereta Kamisah malam sebelumnya. masa tu, pagi-pagi lagi dalam pukul 8am aku dah gerak balik ke Kuala Lumpur. Kesian pula tinggalkan mak dengan adik-adik kat rumah. petang dan malam tu pula dahlah ada marhaban. aku dah pesan kat dek dan tolong mak apa-apa yang patut.



Sudah jatuh ditimpa tangga... itulah yang aku dapat gambarkan keadaan aku bila kereta
breakdown tatkala aku sedang berada atas highway.. sebelum RnR Seremban aku dah rasa kereta tu lain macam. tiba-tiba aircond dah tak panas. pastu aku macam ada dengar bunyi angin. aku berhen
ti dekat RnR Seremban, matikan enjin... (sempat keluar beli buah duku oke)... bila aku tengok macam tak ada apa-apa aku pun gerak balik... ah sudah! keluar bunyi pula kat enjin lepas keluar RnR... kenapa ni?? dengan rasa cuak yang sangat-sangat aku matikan aircond, matikan radio dan bukak tingkap. terus aku masuk lane kiri sekali. adoyaiii aku dahlah tak tahu hape pasal kereta. kena plak rosak kan memang gabra la... apa yang aku buat masa tu bawa kereta perlahan-lahan. mula text ben beritahu kereta lain macam. dia tanya sebelum gerak check air tak?? (erk... tak kowt...).... ah sudah... tak tahan aku dengar bunyi enjin dia. cepat-cepat aku masuk Hentian Nilai... betol-betol sampai enjin mati koooo.... sempat ke tepi jalan je tak sempat masuk parking. nasib ada ruang kereta/bas nak lalu. aku dah gabra! terus call ben! nak nangis pun ada. dia dah marah ckp nape tak check air dulu. itu mesti overheat... erk~ mana aku tahu...)=... lepas tu aku ikut cakap dia suruh biarkan dulu kereta sejuk. nanti baru check air. aku dengan terketar-ketar pegi la toilet... beli air.. dan duduk memikirkan nasib.. isk.. dahlah 2 malam sebelum ni langgar kereta kamisah. hari ni kereta pula breakdown... apalah nasib diriku yang malang...)=.. bertimpa-timpa ujian datang..haih~

Ben suruh cari number PLusline.. aku dah pening mana nak jumpa number tu kat RnR? nak tanya p
ekerja-pekerja kat situ segan la pula. terlintas kat hati call kawan aku shah minta tolong carikan kat internet. dalam pada masa sama aku beranikan diri tanya kat salah sorang pekerja kat situ. kebetulan plak dia tu bekas pekerja workshop.. yang tak boleh blah dia takut-takutkan aku pula cakap kereta tu mesti rosak teruk. ceyt! dengan bantuan mamat tu, aku bawa dia ke kereta setengah jam kemudian.. Shah pula dah bagi aku number Plusline. tapi aku hold dulu. dengan bantuan pekerja-pekerja RnR yang ada kat situ dorang tolong tolak kereta aku masuk kat parking. hihi... malu siottt tapi dah gabra punya pasal aku tak pikir dah kemaluan semua tu. diorang tolong tengok-tengokkan kereta.. isi air bagai... sampailah diorang jumpa punca... owh hos bocor rupanya... (owh ye eh..)... si mamat tadi tu dah mula la cakap itu rosak la ini rosak la... sebelum aku termakan dengan kekencingan dia baik aku cal Plusline... 10minit lepas tu Peronda Plus sampai... dia tolong potong hos.. dia kata untuk sementara je. Nanti sampai KL tukar. pergh.. masa tu lega giler... aku bawa kereta semula... aircond pun dah sejuk balik.. aku pikir dah ok lah tu. bawa pun dah masuk lane kanan sekali. bawa punya bawa.. sebelum smpai tol sg besi.. tiba-tiba aku tengok Temperature dah naik balik. ah sudah!! kenapa pula ni?? aku call ben.. cuak. ben suruh berhenti check air. aku pun berhenti kat petronas selepas tol. boleh eh aku pergi isi refill air tu sampai penuh. (sebab lepas tu ben kata mana boleh isi penuh nanti air tak boleh pam masuk! ceyt)... aku dah tak tahu nak buat apa. ikut lah cakap ben. bawa perlahan-lahan. Aku start enjin dan gerak semula. omg! temp makin naik. dah nak sampai merah pula tu. aku dah gabra tak tahu nak berhenti dekat mana. jalan dah la sibuk jalan pun tak strategi nak berhenti. aku try juga bawa slow sambil on double signal. ah sudah!!! keluar lagi bunyi enjin tu!!! Aku dah tak boleh tahan! terus aku berhenti kat tepi jalan (bangang tak dah lama duk kL tapi tak tahu nama jalan??) dan terus call ben datang tempat aku. aku cuak. gabra. macam nak giler. matikan enjin. bukak sikit tingkap... dan tunggu ben. dekat setengah jam juga lah tunggu. Ben mencari-cari lokasi aku sebab aku tak tahu nama jalan. aku cuma beritahu je lah tempat-tempat yang aku lalu sebelum tu. Akhirnya sampai juga ben dengan Lee. aku diam je. lepas tu dia bawa kereta ke Caltex berdekatan. dia buka enjin. Radiator dah retak. ngee~.... dia call Allianz Insurans kereta dan suruh orang datang tarik. sejam tunggu seh baru datang!!... aku dah nangis sebelum tu nasib baik ben tak marah. isk. sorry sayang...)=


Okay sekarang kereta sedang tersadai di rumah. ben dah bukak radiator untuk ganti dia punya head tu. (tah aku pun tak tahu menahu) ini aku cakap berdasarkan penjelasan dia la hehe... Haih~ apalah nasib... nasib baik dah beraya jadi benda-benda ni kalau sebelum raya alamat memang
tak bole beraya lah aku. yela.. dah melabur kat semua-semua ni mahunya nak beraya? isk.... semua sudah selamat. aku dah pun selamat sampai kat rumah petang tu. bayangkan gerak 8.00am pukul 4.00pm baru sampai kL isk. Tapi.... lepas Asar tu kitorg sempat pergi Open House dekat Selayang hehe... chumel kan???;P So, ini je gambar yang kami sempat ambil untuk Raya tahun ni... huhu... bolehlah daripada tak ada kan...;P Thanks for everything sayang.. I Love You More Than Words Can Say....(",)






Haaaaaa.... agak-agak ada ke yang baca entry ni sampai habis?? giler kental ko yek baca entry aku sampai sini.. haha.. so amacam?? besh tak raya aku? sakan kan kan?? sedih ada.. gumbira ada... macam-macam adala! apapun terima kasih banyak-banyak kepada crew-crew produksi.. (erk macam buat filem pulak) yang telah menjayakan Raya aku pada tahun ini... tanpa kamu Rayaku pasti tidak bermakna huhu...

Love all of you!!!!

Selamat Hari Raya!!!

So sekarang masa untuk meneruskan kerja oke! Banyak benda perlu diselesaikan untuk bulan ni. erm.. Kak Nurul dah nak berhenti.. aku?? sampai bila agaknya boleh bertahan? bukan apa.. bila duduk dengan hamba-hamba Allah yang busuk hatinya.. rasa macam xgembira plak. tapi, kalau aku keluar dari sini.. mana aku nak pergi ye? hurm..entahla....


** Update Resume


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers