9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, October 13, 2010

I Love Mr Papaya..(",)

Waaaaa betik!!!! yummy~~~

ngee~ entry kali ni saya cuma nak kongsikan kepada anda semua mengenai Buah Betik. Kenapa? Sebab lately ni saya gemar makan buah betik. Puncanya sebab saya ni susah sangat nak 'membuang'.. makan la banyak mana pun jenis makanan, kadang-kadang peram sampai 3/4 hari pun dia tanak keluar jugak. sudahnya, dah tentu dia jadi lemak kan kan. Sebab tu la badan saya semakin mengembang agaknya kan kan. So mari kita salahkan 'dia' sebab tak mahu keluar.. (sayang sangat dia sampai tak mahu berpisah ngeh3) dan menjadi punca kepada kebesaran tubuh badan saya.. heheh. So, seperti yang kita sedia maklum, kalau memakan buah betik senang nak 'buang' kan kan. so, saya amalkanlah memakan buah betik. Tapi ada kesempatan makan waktu lunch kat office je la. yela, kalau duduk rumah mana nak dapat ye tak? pokok betik kat belakang rumah pun takde. Beli kat pasar? alaa.. belum dipotong.. malasla..;P So (tiga kali so dah ni), lately ni bila saya amalkan makan buah betik senang giler kauuuu nak keluar... tapi rasanya saya kena makan lebih dari sepotong la baru proses penghadaman tu berjalan dengan lancar. Sebabnya, sebelum ni pernah gak makan betik tapi sepotong je. Lepas tu sama je tanak pun 'buang'.. Bila lately ni makan beli 2/3 potong haa hamik kauuuu... smooth gitu..;P So, sekarang saya dah jadi penggemar buah betik...(=


Untuk membuktikan yang saya adalah peminat setia kepada Encik Betik, saya telah membuat sedikit kajian mengenainya...


Lets check it out...:


Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama Saintifiknya adalah Carica Papaya.


Betik kaya dengan Vitamin A (Kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin, dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien-nutrien yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan Vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.


Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Ia juga boleh dijadikan jem, jus, perisa untuk aiskrim & puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur...


Menarik kan? (=


Ada lagi sebenarnya info-info lain. Khasiat juga terdapat pada daunnya. Oleh kerana saya hanya makan buah betik so saya kongsi pasal buah betik je la..;P


Jadi kepada anda yang tidak menggemari buah betik, bolehlah anda mula memupuk perut anda untuk menerimanya. Bagus ni untuk usus... wahh lepas ni bolehlah saya kurus kan kan..;P


Okay.. selamat makan buah betik!!! (",)


Finger Note : Esok petang ada pasar bolehlah cari betik sebijik bawa balik rumah. Mulai harini kena rajin potong sendiri di rumah...hihi...


Love...Betik!!!

3 comments:

putribongsu said...

Helo Ms Papaya!

Setuju2 tp pisang pon ok gak.
Cuba la kopi guara saya! Pasti perut kempis. hehehe..

putribongsu said...

Helo Ms Papaya!

Setuju2 tp pisang pon ok gak.
Minum lah kopi guara saya. Pasti perut kempis. hehehe...

MAIZATUL AKMA said...

muahaha...

Tapi sy tak menggemari pisang..
kalau bagi banana split mgkin sy boleh ptimbangkan..;P

sy akn cube rase kopi guara tu.
kalau tekak boleh terima gaji masuk sy amik sekotak.. ngee~

sekian~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers