9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, October 19, 2010

Nak Kurus...

Tengahari td masa lunch kat pantry, sedang borak-borak dengan kak Sue datang plak abg Zul M lepak makan skali. Agak lambat dia lunch, sibuk barangkali. Tengok abg Zul dok makan nasi separuh+sayur2an yang agak banyak, kami pun mula bercerita pasal pemakanan, kesihatan. Kebetulan abg Zul ni memang suka bersukan, rajin pergi gym, so untuk aku yang tengah semangat nak kurus ni, terkeluarlah bermacam jenis soalan dari mulut aku.. huhu.

Dalam perbualan kami, macam-macam input dan nasihat yang abg Zul bagi, lebih-lebih lagi untuk tidak mahu menjadi seorang yang g.e.m.o.k.. Hurm.. ada betolnya.. Kurangkan karbohidrat seperti nasi.. Jangan tinggalkan nasi terus. Mulakan dengan pengambilan yang tidak terlalu banyak. Misalnya setiap kali kita makan, ambil separuh je. Pastu ambil lauk lebih. (ok, ini dah lama aku amalkan, kalau makan nasi campur mesti mintak nasi separuh, kalau boleh nak mintak sesuku je huhu). Jangan biarkan perut kosong tak berisi, makan biar dalam kuantiti yang sedikit tapi berulang. Berulang tu jangan makan sampai perut kembung oke..;P

Baiklah, akan aku amalkan apa yang abg Zul sarankan tu. Thanks abg Zul..

Ye.. aku sangat excited nak kurus!! Bukanlah aku terlalu obsess menganggap diri terlalu gemuk hingga rasa nak sangat-sangat kurus. Tapi, aku perlu sedar mengenai pengambilan makanan yang boleh mendatangkan penyakit dan lemak berlebihan. Aku dapat rasa yang badan macam berat sikit sekarang. So, sebelum aku didatangi oleh penyakit-penyakit yang tidak diingini ada baiknya aku jaga kesihatan dan pemakanan bermula daripada sekarang. Kan kan? Badan gemuk, tapi tak sihat tak elok juga kan? So…korang2 janganlah salah anggap niat suci aku ni. Aku nak sihat.. aku taknak sparepart2 ni. Aku nak nampak solid bila pakai baju pengantin nanti.. hehe.. (berangan lebey)

Oklah. Tu je nak kongsi. Daaa..


Fingernote : Haih~ bila la perut ni nak kempis..)=


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers