9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, October 12, 2010

Pengambilan KPLI sesi Jan 2011

Pengambilan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah sedang dibuka untuk permohonan. Hurm.. u all rasa okay tak kalau aku apply? Minat? Hurm.. biasa-biasa je. Tapi sejak dari kecik memangla cita-cita pernah nak jadi cikgu. Asal orang tanya ke, orang mintak biodata ke, cikgu tanya ke pasal cita-cita, apa awak nak jadi bila besar.. aku mesti jawab 'guru'... Mungkin sebab masa kecik dulu aku tengok macam syok je jadi macam cikgu aku tu. Cikgu cakap macam tu kita ikut.. macam ni kita ikut. student tak siap kerja bolehlah denda, rotan diorang wawawa... Lepas tu bila dah besar sikit, dah lepas SPM, dah ambil Diploma, aku minat nak jadi lecturer pula. Yang penting tenaga pengajar la kan kan. yela.. jadi lecturer macam lagi relax je. macam lagi educated je. kerja pun maca tak se stress cikgu sekolah je. Kerja semua suruh student usaha sendiri cari. As student dulu giler nak pecah kepala aku nak menyiapkan assignment yang lecturer bagi. Lebih-lebih lagi dah dekat deadline time tu la terkial-kial nak siapkan. Tambah plak dapat group member yang jenis malas buat kerja, lembab.. hamikkkk... ngee~ tapi lecturer sekarang kena ada MBA ye tak. kalau setakat degree kerja lah kau kat mana- mana Private College. Alaa.. tak mahu nak kerja kat IPTA... (wah kau demandddd). Tapi, perlu ke aku sambung MBA sekarang? Tengok my friend yang further MBA selepas degree haritu pun macam scary je. Bukan apa.. bila fresh masuk master, takde experience.. nah hamik kau.. pecah sikit kepala. Dapat plak MBAmates yang ramai dah ada pengalaman kerja. So kita yang fresh meresh ni agak ketinggalan sikitla (eventhough ada juga benefitnya di mana kita can gain knowledge from them)

So, sekarang.. perasaan nak jadi cikgu tu ada cuma kureng sikitla. Bukan sebab tak minat tapi atas faktor-faktor zaman masa kini. Yelaaa kalau u all notice budak-budak sekarang bukan macam time kita sekolah dulu innocent je. sekarang? pantang ditegur sikit je mak bapak datang. pantang ditegur sikit je mak bapak report polis, panggil media. Macam tu punya gaya baik mak bapak semua tak payah hantar anak-anak pergi sekolah. Ajar je sendiri kat rumah. Kalau cikgu marah tu pasti bersebab. Anak-anak kat luar, kat sekolah mana kita tahu apa dia buat btol tak? ini kerja sekolah dia pun tak pernah check, tup-tup anak kena marah, kena rotan kat sekolah cepat-cepat kau datang ye wahai mak dan bapak.. haih~... Yang tak boleh blah siap panggil HarianMetro mengadu bagi satu Malaya tahu. Hurm.. kalau time aku sekolah dulu, kena rotan dengan cikgu jangan harapla mak atau abah nak datang sekolah marah cikgu balik. Lagi kena marah dengan mak abah adala... Silap-silap kalau mengadu kita yang kena rotan balik dengan abah. whoooaaa... aku pernah rasa wooo dulu... u all pernah ke rasa apa yang aku rasa? ke u all pun kategori manja macam insan-insan yang mencapub dalam paper tu..?;P ngee~
Ok nampaknya dah jauh terpesong kita berbalik kepada Pengambilan KPLI tadi. Sekarang nak jadi cikgu ni more kepada sebab nak masuk Government (opss jaga2 ada yang marah wooo). Tapi janganlah salah anggap, bukan tak minat, bukan tak bersungguh2, bukan takde talent nak jadi cikgu... tapi satu kelebihannya, kalau dapat.. dapatlah masuk kerja government kan kan. Orang kata kerja Government terjamin.. Aku cakap macam ni bukan hape, baru-baru ni ada terbaca dalam paper, surat daripada seorang bekas GSTT yang tidak berpuas hati dengan nasib guru-guru GSTT. Yela.. diorang ada yang kontrak berpuluh-puluh tahun tapi tak diserapkan pun sebagai guru tetap.. Lepas tu suruh gugurkan plak KPLI yang dianggap guru-guru bawah KPLI ni jadi guru bukan atas dasar minat atau pun kesungguhan tapi lebih kepada nak kerja dengan kerajaan. Tang nasib GSTT yang tak terbela tu aku sokong tapi sampai nak menggugurkan KPLI tu janganlah.. Kalau nak mansuhkan pun tunggu sampai aku dapat masuk kerajaan ngeh2...

Nampaknya terpesong lagi ye tuan-tuan puan-puan. Kali ini mari kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Pengambilan KPLI tadi ye. Aku dapat berita pasal KPLI ni keluar daripada kakak-kakak housemate. Yela diorang kan cikgu mestilah tahu huhu. Diorang kata kalau nak apply kena ada scroll. Maknanya dah confirmla degree dalam tangan. Aku ni for sure la memang dah tamat belajar. Cuma scroll original tuh mana dapat lagi. Konvo bulan 12 kowt.. giler lambat.... Tapi takpelah aku cuba je dulu. Harap-harap masa dipanggil untuk Interview (Ceh macam konfem dapat jek) nanti masa tu aku dah lepas Konvo la huhu. Tadi dah mintak tolong akak aku belikan nombor PIN kat BSN. so Lepas ni bolehlah apply. Cuba nasib je...ada rezeki adala...(=

So kepada u all yang berminat nak jadi cikgu dan kerja dengan Government (ngee~) tu bolehlah beli PIN dari mana-mana cawangan BSN brmula dari hari ini okay.. then bolehlah membuat permohonan di http://kpli.moe.gov.my/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Oktober 2010 okay...Goodluck!!! (=

Lebih info sila klik di sini

Finger Note : Majulah guru untuk anak-anak didiknya hihi





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers