9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, November 25, 2010

Diet Mengikut Islam


What’s on your mind? (bak kata incik fesbuk hihi) mesti u ols pikir tak habis-habis dak my ni dengan entry dietnya kan kan… jari je yang diet.. badan? Erk~ tutop citer! Okay guys harini I nak kongsi dengan u ols pasal diet jugak.. Cuma,  kali ni I nak citer pasal diet mengikut Islam. Ye… dalam Islam pun ada cara untuk berdiet oke..;P

U ols sedar tak sebenarnya dalam pemakanan kita sehari-hari kita tak boleh pakai bedal je. Kerana itulah macam-macam penyakit timbul di kalangan masyarakat kita di antaranya seperti kencing manis, sakit jantung, keracunan makanan, lumpuh dan sebagainya. So, dekat sini I nak bagi tahu kat u ols tentang ilmu yang memang seharusnya dikongsi ni. (again, terima kasih pada incik google..ngee~). Tak tahulah korang pernah dengar atau tidak mengenai ni sebab ada di antara senarai di bawah yang I pernah dengar tapi jarang I amalkan.. ngee~

& Jangan makan SUSU + DAGING : Haa.. maksudnya di sini u ols tak boleh makan daging bersama susu sebagai contoh u ols tengah makan nasi berlaukkan daging dendeng (ahh sedapnye!) lepas tu u ols minum bersama air susu dutch lady rendah lemak (budget boleh kurus la tu bluekk). Ha tak boleh tau. Tapi I tak jumpa lah apa reasonnya. So, kalau u ols teringin nak minum susu tu u ols minumlah beberapa jam kemudian oke..(= sebaiknya minum je lah dengan air putih…lebih afdhal..;P

& Jangan makan DAGING + IKAN : Haa.. I pernah dengar pasal benda ni. Rasanya dalam Quran ke Hadith (tak pasti) ada sebut mengenai ini. Maksudnya di sini samalah seperti yang di atas tadi. Jangan makan kedua-duanya dalam waktu yang sama. Sebagai contoh u ols masak daging dendeng (again!), ikan masak singgang (paling senang haha), dan sayur kalian (saje nak sedapkan suasana makan anda) untuk makanan tengahari. Haa.. yang tang sayur tu takde masalah langsung tapi yang ikan bersama daging tu tak boleh makan bersama oke. Kalau boleh jangan campurkan makan makanan laut dan darat. (seperti ayam bersama sotong, daging bersama udang, dll). Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion ( - ), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan merosakka usus kita. haaa. Tu yang tak eloknya tu. Plus, I pernah dengar orang cakap jangan bagi anak-anak u ols makan macam ni lebih-lebih lagi yang sedang belajar sebab ianya tak bagus untuk otak. 

& Jangan makan IKAN + SUSU : Yang ini sama je yang macam kat atas tu oke.. jangan makan ikan bersama susu.. (= Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu sebab akan cepat mendapat penyakit. 


& Jangan makan AYAM + SUSU : Sama jugakkk.. jangan makan ayam bersama susu..(=


& Jangan makan IKAN + TELUR : Jangan makan ikan bersama telur…


& Jangan makan IKAN + DAUN SALAD : alamak sayur pun ada tersenarai la… hihi…


& Jangan makan SUSU + CUKA à Susu dan cuka? Err dalam makanan mana yang ada cuka ye?


& Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL à Haa.. yang ini kebiasaannya ada masyarakat kita amalkannya. Termasuklah I ngee.. tapi takde lah selalu…Yela kadang-kadang ada majlis makan-makan pernah jugak I minum koktail buah bersama susu soya (soya tu pun sejenis susu kan kan?). So sape-sape biasa minum koktel tu buang-buangkanlah amalan tak berapa baik tu oke..hihi.

Haa itulah antara-antara info yang I peroleh. So lepas ni tak payahlah u ols nak berhempas pulas pergi gym, jog bagai kan kan.. ngee~

Eh eh nanti dulu. I belum habis lagi.. ada lagi ilmu yang I nak kongsi dengan u ols ni. Rugi tak baca sampai habis taw..;P Jom tengok bawah…

        


                         

& Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu kemudian baru makan nasi : Berbeza dengan masyarakat kita di mana kebiasaannya kita akan makan nasi dulu betul tak? Sebab ramai yang anggap buah-buahan sebagai pencuci mulut dan ianya sangat elok dimakan setelah makan nasi…padahal.. makan buah selepas makan nasi (tak sepertinya nasi sahaja. Apa2 jua makanan berat dan berkarbohidrat) hanya akan membuatkan perut anda kembung kerana dipenuhi udara… haaa.. patut pun u ols ramai yang buncit kan kan..;P  Kita disarankan makan buah terlebih dahulu sebab buah lebih cepat hadam bermakna ia tak akan jadi toksik dalam perut. So kalau ianya terhadam terlebih dahulu, so ianya bolehlah dicernakan dahulu (cerna = u’ukkk : tone cakap denagn  budak kecit huhu). Akan tetapi kalau kita makan nasi terlebih dahulu, kemudian baru makan buah, makanya buah tadi akan jadi toksik kepada badan sebab pabila hadam ia tak boleh nak keluar sebabnya kita dah makan nasi dahulu sebab nasi tu susah dan lambat nak hadam.. ada paham?? Sila baca berulang kali kalau anda lambat pikap..;P I tambah lagi sikit oke..sikit je. Makan buah sebelum makan nasi ni merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Did u know? Rasulullah tak pernah sakit sepanjang hidupnya sebab baginda menerapkan cara hidup yang sihat, salah satunya makan buah sebelum nasi.

& Tidur 1 jam selepas makan tengahari : Oke.. I ada terbaca ni. Biar betul? Dah makan.. pastu tidur? Sejam plak tu? Adakah ini juga Sunnah Nabi? (anyone pls??) hurm.. tentang ini I tak berapa pasti sebab I tak jumpa huraiannya yang lebih lanjut. Tapi I tak pernah amalkan (eh eh tak pernah ke.. kalau cuti ada je I tidur kan kan? ngee~) Apapun, kalaulah ini benar seperti yang dinyatakan, I tak boleh lah buat kot. Yela.. dah nama pun kerja. Lunch is only 1 hour. Celah mana plak I nak curi-curi tidur kan kan? haih~ memang tak dapatla…….


Jangan sesekali tinggal makan malam. Barangsiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda : Uik??? Ini pun I tak pernah dengar nih? Anyone pls siapa-siapa yang tahu tolong explain. Biasa yang I dengar, jangan makan selepas pukul 7. bermakna, tak boleh makan malam la kan kan? So, apa ceritanya dengan kenyataan di atas ni? Hurm…. Interesting..

eh.. ada lagi ada lagi....!

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
* Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud) sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya.
* Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi saw juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
SUNNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW :
1. Makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sendok. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.

2.
Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.


3.
Duduk dibawah, bukan di bangku dan dimulakan dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu nampan bisa untuk empat orang.


4.
Jangan tinggalkan sebutir nasipun, kerana nasi ini berdzikir.
Okay readers! renung-renungkan dan selamat beramal....^_^

1 comment:

Anonymous said...

Hey! I'm at work surfing around your blog from my new iphone! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Keep up the excellent work!

my web blog - best reviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers