9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, November 29, 2010

Mari Bertukar kepada Maybankard Visa Debit!

Owh hai.. entry baru lagi.. *_*/.. ..  err.. ye, aku tahu tajuk entri di atas patutnya dah ada sejak 2008 lagi.. hehe. Kenapa? Yela sebab Maybank dah offer debit kad dia sejak 2008 lagi kot… tapi aku baru apply hari ini. (tu pun pasti bersebab kan kan) huhu. Ala takpe.. masa baru-baru keluar dulu orang mungkin tak ramai yang percaya. Dan tak silap aku masa mula-mula dulu belum ada penggunaan secara atas talian atau secara online, di mana kita hanya boleh gunakan secara offline iaitu on the sport masa nak guna sebagai contoh kat mana-mana kedai yang anda kunjungi, macam tu la lebih kurang. Sekarang, ramai yang dah terdedah dengan debit kad ni. Sesiapa yang baru nak apply akaun untuk Maybank pun terus dapat Debit Visa Card ni tak perlu lagi Maybank Bankcard yang tak berapa chantek tu hihi. Owh mungkin juga aku adalah antara orang-orang yang ketinggalan sebab sure ramai yang dah tukar kepada visa debit ni. Huhu. Takpela….

Sebenarnya dah lama nak apply. Salah satu sebab, nak gantikan kad maybank lama yang dah kusam tuh. walaupun berisi tapi nampak tak semangat je bila bukak purse tengok kad tu mati segan hidup tak mahu hihi.. (padahal takdelah buruk sangat pun…asal boleh guna lagi kan… owh mahap Maybank Bankcard lama ku….T_T..). So, pendek cerita, baru harini berkesempatan nak pergi kaunter dan bertukar kepada yang lebih berguna dan bermanfaat. (owh mahap lagi Kad lama ku.. T_T..) err tapi sebenarnya buat hrni bukan sebab niat lama tu (hakikatnya niat lama nak apply tu dah lama berkubur) tapi atas sebab urusan bayaran bulanan Insurance.. errr.. aku baru je apply Insurance semalam.. Next entry nanti aku cerita pasal Insurance ni pulak oke (mesti baca!). So, dengan adanya Insurance ni bolehla buat penolakan setiap bulan. Bagi dia number card je. Compared to auto-debit daripada akaun bank kita, every month Maybank akan tolak RM1 daripada akaun. Kalau thru visa debit ni Maybank tolak RM8 je per year. Perbezaan RM4 tu pun bernilai juga kan? ^_^…

U ols tahu? Banyak kelebihan kalau ada kad debit ni. Tak macam Credit Card, Debit Card fungsi dia lebih kurang macam prepaid card handphone. Ada nilai bolehlah kita membuat panggilan, sms dan sebagainya. Kalau ada nilai tapi tak boleh buat panggilan tu maknanya baki anda telah expired oke..;P So, berbalik pada Debit Card tadi, kalau ada duit dalam akaun anda makanya bolehlah anda gunakan untuk pembelian dan pembayaran. Tak payah susah-susah berhutang pakai Credit Card. Dengan interestnya lagi kan kan. In case of emergency, u ols tak ada cash, terlupa nak keluarkan duit dari ATM Machine, boleh la jadikan Debit Card ni sebagai pilihan ke-2.. Besh kan? ^_^/

Antara kelebihan lain mengenai Maybankard Visa Debit ni adalah :

*Tak perlu bawa cash yang banyak untuk berbelanja

*Boleh control perbelanjaan u ols. Sebagai contoh, biasanya kalau kita beli secara cash katakanlah barangan tu bernilai RM46.35, kita bagi RM50, balance lagi RM 3.65 tu kita buat belanja sesuka hati. So dengan adanya debit card pengiraan perbelanjaan adalah tepat sebab baki tadi tersimpan rapi di dalam akaun..^_^/

*Tak perlu berhutang. Contoh? Credit card lorh.. kalau u ols guna cc perbelanjaan susah di kawal. Yelah, u ols boleh guna sesuka hati selagi belum capai tahap maximum penggunaan. Tambah lagi dengan interest. Lepas tu u ols kena jugak keluarkan duit simpanan tu untuk bayar balik apa yang u ols dah guna.. betol tak? Mesti serabut pikir macam mana nak habiskan hutang credit card tu kan kan? hee~

*Boleh guna untuk pembelian secara online.

*Tiada yuran tahunan mahupun interest! *_*/

*Boleh digunakan tatkala u ols terdesak takde cash lupa nak withdraw duit dari ATM. Ada juga orang kata eleh pakai maybank card yang biasa tu pun boleh je beli buat isi minyak, shopping bagai. Tapi tu semua kena masukkan pin number kan kan? Secure ke kalau orang lain boleh nampak apa yang u ols tekan tu? ;P So, thru debit card u ols hanya perlu sign je macam pakai credit card..*_*/..

*Boleh action sikit dengan kawan-kawan yang tak ada atau tak tahu pasal debit card..;P (errr.. dun try dis..)

Okay.. tu je. Berminat? Tunggu apa lagi.. kunjungilah mana-mana kaunter cawangan maybank berhampiran anda. Cakap je nak apply visa debit nanti dia bagi u ols form. Isi, bagi kat kaunter, dia process dalam masa 10 – 15 minit then siap!!! Bayar RM12 je (normal price kalau kita apply card replacement). Lepas tu baru boleh SMART SHOPPING! Ho yeh….*_*/ 

Ops! tunggu dulu! belum habis lagi. Kalau u ols baru nak apply, dah apply, jangan lupa aktifkan Visa Debit Kad Maybank u ols di Maybankard Secure Online Shopping Registration untuk urusan transaksi secara online. Tak tahu macam mana? U ols hanya perlu melakukannya dengan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u. Tak tahu juga macam mana? owh aku memang baik hati sebab bagi u ols A-Z.. Senang je. Follow this step oke :

   1. Masuk ke akaun Maybank2u u ols.click here


   2.Klik pada Maybankard Secure Online Shopping Registration























3. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik Submit
4. Done!! mudah kan??

So... what are you waiting for?Apply Now! ^_^







2 comments:

utusanstudiosenivisual said...

Assalam...

tq kerana keluarkan artikel yg sangat berguna nih. Boleh sy shopping Macbook pro dengan harga discount! :D

mynameismy said...

welkam!;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers