9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, November 20, 2010

Perot Kau Boncit!!



Owh haii.. hello.. hari ni cuti takde buat apa-apa.. basuh baju sudah.. kemas rumah sudah.. bagi kucin makan pun sudah.. fesbuking? Masih berfesbuk..ngee~ dah buhsan berfesbuk, teman-teman pun naik boring nak post komen. Berdating? Owh itu tidak mungkin sebab minggu lepas dah bantai marathon tengok 3 movie dalam masa dua hari. Beruntunglah I kalau ada yang nak ajak dating minggu ini...=,=…

Okay cukup. Sekarang tengah bosan. So daripada tak buat apa, bosan, adalah lebih baik I menimba ilmu dengan pembacaan. Baca novel? Owh mahap sudah lama tak menjengah novel-novel terkini, tak macam dulu-dulu novel tebal-tebal tahap buku marketing masa study di UiTM pun sanggup baca sampai tengah-tengah lewat malam. Buku-buku pelajaran? Owh sudah tentu tidak. I sudah pun menamatkan pelajaran May yang lalu. (bukankah menuntut ilmu itu sampai ke liang lahad? Erk~ insap..) buku-buku Ilmiah? Ngee~ sebenarnya nak ditekankan di sini kalau bagi I buku untuk dibaca.. I rasa jangan kata setengah jam, 10 minit pun belum mampu bertahan. Jangan kata dengan cara berbaring, even secara duduk di atas kerusi pun belum mampu bertahan. Apakah? Ya.. mata..  ahh.. lemah betul kalau bagi bab-bab membaca kat I.. confirm.. TERLELAP! Seriously.. I dah cuba banyak kali.. membaca di atas tilam sambil berbaring.. ok fine.. I terlelap.. lepas tu langsung letak tepi terus buku tu, swith off light then masuk tidur hihi. Kononnya tanak terlelap kalau baring so I try membaca sambil duduk bersandar di kerusi.. omg! I terlelap juga oke! Even I tak bersandar pun.. mata I akan automatic terlelap then tersengguk-sengguk oke. Padahal before that elok je segar-bugar lepas tu tup tup jadi mengantuk tahap gaban. Langsung letak tepi lagi buku tu dan masuk tidur.. ngee~ Kesimpulannya, daripada sejak puasa I baca buku ‘Membongkar Misteri Dajjal’ tapi sampai la ni tak habis-habis baca lagi, klimaks pun belum sampai kikiki… (nice book oke!).

Okay nampaknya I dah melalut sampai 2 paragraph. Mintak mahap. Itu bukan tujuan utama I post entry ni tapi sebenarnya I nak kongsi daripada apa yang I dapat dengan membaca. Untuk elak daripada mengantuk dengan membaca buku, I cuba plak membaca daripada laman sesawang (tapi kadang-kadang pernah juga terlelap di depan lappy haha kecuali gossip artis je mata I bulat oke.;P.. ). So, hari ini apa yang I baca? Ah huh! Dari tadi I google mengenai tips-tips kesihatan. Tapi apa yang I nak tekankan kat sini adalah mengenai ‘masalah perut boncit’. Ye.. perut boncit oke.. (tak payahlah nak suruh haku repeat untuk kali ketiganya huh). I tawulah yang post entry ni pun muncit so tak payahlah nak perli-perli oke. Bluek~ (eh tapikan I rasa macam dah kempis sikitla lately ni..;P )

Ala.. perot muncit.. sapa je yang tak muncit kan kan. even orang tuh ramping macam plywood pun cuba usha sket tang perot mesti spoil. Trust me! (eceh tanak kalah gak tuh). Orang yang memang takleh/susah gemuk jek yang tak muncit.. (jeles! Sigh~). Tapi mostly korang-korang ni mesti ramai yang muncit kan kan? macam I…;P (ye..shaye admit sob sob..), entahlah I pun bingung macam mana lagi nak buat supaya perut ini kembali kempis…macam dulu-dulu ( owh sudah lupa bila perut I tak macam ni isk). I tak makan ke, makan ke, same je.. ahh.. sekarang I dah bosan dengan perut ini ada tak mana-mana kedai yang jual perut laen? Tolonglah bagi I beli uwwaaa… Okay sudah tolong jangan melencong lagi. Tadi I google tentang masalah perut muncit ni. so macam-macam petua yang I jumpa (tapi kebanyakan page sama je I tengok tu mesti plagiarism punya kes tu tak terkecuali I lepas ni haha)

So, ilmu ni baik untuk dikongsikan. Daripada apa yang I baca ini yang I dapat. So, tips-tips berikut sangat sesuai bagi mereka yang merasakan dirinya boncit+boroi+boyot.. so bolehlah amalkan otherwise people will claim that you’re pregnant.. aiyokkkk..;P Lets check it out!

à Minum Banyak Air : uik? Yeke? Memanglah I tahu kalau nak kurus nak sihat banyakkan minum air, tapi I tak tahu la plak dengan meminum banyak air boleh kurangkan perut boncit.. how?? Menurut hasil bacaan yang i dapat, bagi mereka yang perut boroi+buncit, sepatutnya mereka (ye termasuk shayeeee) minum lebih banyak air untuk membuang toksik di dalam badan. Plus, pengambilan air yang banyak membantu mencairkan sodium di dalam tubuh sehingga ia mampu meningkatkan jumlah air yang akan keluar dari system tubuh. Minum banyak air juga menjamin fungsi hempedu untuk mengeluarkan toksin dengan lebih berkesan. Bagi mereka yang diet, minum banyak air sangat digalakkan sebab jika badan kekurangan air banyak bahan makanan yang sukar dicernakan oleh tubuh dan ini akan menyebabkan perut bertambah buncit! Waaa.. patutlah I susah nak ‘buang’.. (oke tak dinafikan I susah nk minum banyak air).. and perasan tak? Patutlah mostly produk-produk menguruskan badan menggalakkan penggunanya mengambil air yang banyak.. hurm…

à Makan perlahan-lahan :  ops.. makan perlahan-lahan? How? I makan dah la laju. Err laju itu tidak bermaksud gelojoh oke. Tapi biasanya kalau I makan, habis makan tu taklah lama. Maknanya memang I tak makan perlahan. Makan perlahan yang dimaksudkan di sini adalah nikmati makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sila kunyah dengan perlahan-lahan sebab makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas langsung akan membuatkan perut anda menggelembung macam belon. Ahaha. So sila hentikan sikap pelahap anda oke..;P tapi janganlah makan lambat sangat tahap siput bab1.. (nak je haku lempang lembab sangat makan tuh!). erm, tapi kan kalau diikutkan Nabi s.a.w pun makan perlahan, buktinya? Baginda kunyah 44 kali. Sunnah tue... so, kita disarankan untuk kunyah 44 kali (at least 30 kali tapi kalau nak ikut Sunnah eloklah kunyah 44 kali). Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan. ho yeh..so mari kita amalkan!

à Ambil Sarapan : Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air. Err.. betik banyak kandungan air tak? Sebab I kan suka makan betik.. heee~

à Kurangkan Pengambilan Garam : Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung. Ohooo so.. u ols kalau masak tu tolong jangan cempak garam banyak sangat oke. Scukup rasa sudeh…

à Bersenam : Bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik. Whoooaaaa… ni yang paling berat skali nih. Bab2  bersenam ni janganlah bagi kat I.. adoyai… I pernah pergi jogging dekat Frim beberapa minggu yang lepas. Tapi tengokla, sampai la ni takde pegi lagi. Hehe. Entah agaknya lepas ni tahun depan baru jogging lagi.. -__-… takde geng la mahu pergi. Ben? Kadang-kadang dia ada kerja mawunya dia pergi jogging. Hurm.. kalau I dancing je muleh tak? I ada dance mat? Haa tuh senam juga what.. ngee~ tapi betollah kalau kita bersenam rasa sihat sikit badan tu. bila dah lama tak bersenam.. alahai..

Walaubagaimanapun, I ada tips-tips tambahan di mana ianya sering kita dengar dalam kehidupan seharian. Err tak tahulah u ols penah dengar atau tidak. Antaranya :

à Jangan Mandi selepas Makan : haa.. korank pernah dengar tak? Mana tawu mak-mak, atok nenek ke or kawan-kawan pernah cakap kat korang.. ‘ nak makan gi mandi dulu kang da makan baru mandi boncit plak perot tuh’.. Eh betolla u ols.. tak pecaye ke? Try la.. u ols makan puas-puas. Then u ols pergi mandi tengok apa jadi kat perot tu.. T_T

à Jangan Minum Berdiri : Erk~ tak pernah dengar jugak ke? Orang kata, kalau minum jangan berdiri. I pun tak tahu why and how. But orang kata, ni orang kata la yek I tolong sampai kan jek.. minum berdiri boleh jadi penyebab perot boncit.. oohhhooo.. konpem I tak minum berdiri lagi yo… lagipun, kalau minum berdiri tu bukan ke nampak kurang sopan sket. Kan kan? heee~

Oke.. itu antara info-info yang I dapat. But I percaya ada lagi tips-tips lain yang boleh membantu u ols. Kalau nak sila google sendiri ye..;P Pada u ols di luar sana yang mengalami perot boncit seperti I.. ( ye.. sedar diri..isk), bolehlah ambil langkah2 berikut untuk mengurangkan/menghilangkan (boleh keeee....;P) perot boncit itu..

à Bancuh air teh tanpa gula, perahkan limau nipis atau limau kasturi, amalkan minum setiap hari. (kalau anda rajin dan konsisten mungkin berhasil!)
àGilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan ke perut setiap hari .
à Kurangkan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolestrol yang tinggi!

Selamat Mencuba! (Kepada diri sendiri juga! T_T )


4 comments:

putribongsu said...

wahh i kagumm uuu...hahaha..

bila kita nak pegi gym ni uuuu...hihihi

MAIZATUL AKMA said...

muahaha..

gym????!!! i tunggu greenlite dr u jek nyah.. (dah lame menanti isk)

Azrul Hafiz said...

hehehehe... jom ke gym ramai2.. hehehe

MAIZATUL AKMA said...

azrol: erk~ kamu pun ade..;P agagaga kami mampu pegi gym seblah tu jek.. u kn dah ad trainer..;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers