9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, November 10, 2010

ZAKAT PENDAPATAN

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).

Sekadar mahu berkongsi. Actually, dah lama timbul kesedaran mengenai Zakat Pendapatan ni. Kesedaran di sini bermaksud tersedar daripada kealpaan dalam tanggungjawab sebagai Muslim dan Hamba Allah. Suatu hari sedang aku lepak-lepak dengan seorang rakan tiba-tiba ternampak sepucuk slip di mana ianya merupakan resit bayaran Zakat Pendapatan. *tersentak. Lantas aku bertanya kepadanya mengenai zakat yang dibayar tersebut. Dia cakap, dia pun sedar mengenai Zakat Pendapatan melalui ibunya setelah ditanya “kamu dah bayar zakat pendapatan?”. Berterima kasih kepada ibu yang mengingatkan kemudian dia pergi ke pusat pungutan zakat berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Setelah ditambah ditolak dibahagi.. maka wajiblah ke atasnya untuk mengeluarkan zakat pendapatan. Maka dia pun mula membuat pembayaran bagi pendapatan semasa dan tidak lupa untuk mengqada’kan pendapatan-pendapatan yang sudah kerana sikap kealpaan yang lalu. Alhamdulillah…

“Dan dirikanlah solat serta tunaikan zakat. Apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, pasti kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan”. (al-Baqarah; 110)



Hurm.. syukur aku sedar mengenai perkara ini di waktu aku masih mentah dalam dunia pekerjaan. So, kalau aku buat kira-kira pun, katakanlah aku wajib membayarnya takdelah banyak sangat yang kena qada’ kan kan. huhu. Walaubagaimanapun, ingin di highlightkan di sini, Zakat Pendapatan ni sebenarnya bukan sahaja diwajibkan kepada orang-orang yang sudah bekerja. Malah, kepada pelajar-pelajar yang mendapat tajaan-tajaan biasiswa daripada mana-mana institusi, ataupun pelajar-pelajar yang mendapat elaun ketika praktikal, ataupun sesiapa yang bekerja sementara/kontrak di sesebuah syarikat, mereka ini juga diwajibkan zakat ke atasnya sekiranya melebihi nisab.

Aku dah mula bekerja sejak akhir tahun lepas bermula sebagai Practical Student. So, adakah aku diwajibkan membayar zakat sejak dari tempoh itu? Untuk tidak rasa musykil dan sesat jalan, lantas aku pun menggoogle institusi-institusi pungutan zakat untuk mengutarakan persoalan tersebut. Pada mulanya aku ajukan kepada Lembaga Zakat Selangor, tapi, disebabkan aku menetap di Kuala Lumpur maka dinasihatkan aku ajukan persoalan berkenaan kepada Lembaga/Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

“Bagi zakat pendapatan ianya tidak ditetapkan hanya individu yg bekerja sahaja malahan pelajar2 yg telah menerima biasiswa atau wajib mengeluarkan zakat sekiranya wang yg diterima telah melebihi nisab atau syarat wajib zakat. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan agar pihak tuan merujuk terus di Pusat Zakat Wilayah memandangkan pihak tuan menetap di Kuala Lumpur.”

Setelah digodek-godek laptop terchenta maka aku pun jumpa lah laman web dan tanpa segan silu mengutarakan persoalan tersebut. Kerana penjelasan mereka seperti di atas yang aku kurang jelas dan faham, maka pihak Pusat Pungutan Zakat tersebut telah menghubungi aku sendiri baru-baru ini untuk menjelaskan dengan lebih terperinci. Hihi susah-susah je call..;P

Dalam perbualan kami dia menjelaskan bagaimana untuk membuat pengiraan zakat.






Macam mana nak kira zakat pendapatan? Sebagaimana yang aku faham, ada dua cara (mungkin ada lebih?) nak kire. Pertamanya, dengan cara seperti di atas ni di mana:

Pendapatan Kasar Setahun (sebelum ditolak dengan EPF, Socso, etc) ditolak dengan perbelanjaan Diri setahun (di mana ianya telah ditetapkan iaitu sebanyak RM9000), Bilangan Isteri (Telah ditetapkan RM3000 seorang), Bilangan anak (telah ditetapkan RM1000 seorang), Perbelanjaan kepada IbuBapa setahun (Ikut berapa jumlah yang anda biasa beri sebulan kemudian darab dengan 12bulan), KWSP (jumlah sebulan darabkan dengan 12bulan) - 11% Cuma diberi sebagai contoh, Caruman ke organisasi yang membayar zakat (bergantung pada individu yang terlibat sahaja, macam aku takde la).

Kemudian, hasil tolakan tadi bezakan dengan jumlah Nisab yang telah ditetapkan iaitu RM9300, sekiranya ianya melebihi jumlah tersebut maka anda diwajibkan untuk mengeluarkan zakat, jika jumlah tolakan tidak melebihi jumlah nisab maka anda tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk mengeluarkan zakat.

Bagi anda yang diwajibkan membayar zakat, iaitu jumlah tolakan tadi melebihi jumlah Nisab, maka langkah seterusnya adalah darabkan dengan 2.5%, maka jumlah tersebut adalah jumlah bayaran yang perlu anda bayar untuk setahun. Kalau nak tahu berapa bayaran bulanan Cuma perlu bahagikan dengan 12 bulan. Maka jumlah tersebutlah yang wajib anda bayar. Jika anda bayar kurang daripada jumlah tersebut maka tidak sempurnalah zakat anda. Kalau lebih, Alhamdulillah…huhu…

Kepada yang tidak wajib mengeluarkan zakat di mana jumlah pendapatan bersihnya tidak melebihi jumlah nisab, dia tidak wajib mengeluarkan zakat tetapi digalakkan mengeluarkan zakat mengikut kemampuan. So, agak-agak nak rasa keberkatan tu bolehlah keluarkan zakat tidak kira berapa jumlah pun yang anda mahu keluarkan..seikhlas hati..(=


Cara keduanya pulak, tayah tolakkan dengan perbelanjaan setahun, hanya darabkan jumlah pendapatan kasar setahun dengan 2.5%. Tapi for sure ramai yang guna cara satu huhu...

Senang je kan? Senang2 jugak tapi aku mase mula-mula nak fahamkan punyalah susah. email jangan kata la berapa kali dah hantar kat pusat zakat tu huhu, tak cukup dengan email, aku call plak. Aku rasa confirm staff Pusat Zakat tu dah cam aku. ‘customer bermasalah untuk faham’ haha.

Oklah. Kepada yang dah mula bekerja tu.. yang gaji berlebih2 tuh, dah bayar zakat pendapatan ke belum? Bermula sekarang allocate lah pendapatan bulanan anda untuk membayar zakat. Yang dah lama bekerja tapi tak pernah keluarkan zakat.. maka beringat-ingatlah sebab di Akhirat kelak anda akan disoal. Yang tak pernah keluarkan zakat ni mungkin dia terlepas pandang, atau tak ada pengetahuan mengenai zakat.. tak mengapa. Dapatkanlah nasihat daripada pusat-pusat zakat berhampiran anda dan keluarkanlah zakat. (Kalau anda wajib anda kena Qada’ zakat-zakat yang tak pernah berbayar tau).

Ok itu je yang nak aku kongsikan. Moga-moga kerja dan pendapatan yang kita lakukan diberkati olehNya.. InsyaAllah… bekerjalah dengan hati yang ikhlas.. keluarkan zakat.. maka, lebih keberkatan yang kita akan perolehi. Percaya atau tidak.. anda tak akan rasa yang wang anda tidak mencukupi untuk menampung  kehidupan seharian anda. Yela, seringkali kita dengar (even diri sendiri pasti pernah merasai) orang selalu merungut duit tak cukup, duit cepat habis.. betul tak? Cuba kita muhasabah diri.. ke mana kita salurkan rezeki-rezeki yang kita dapat.. Ada kita bagi pada mak ayah kita? Zakat? So.. sume tu kena kita titikberatkan, jangan ambil ringan… Okay! (=

Sekian… Wassalam…


Finger Note : Ini baru Zakat Pendapatan belum lagi masuk Zakat Harta, Emas, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham, KWSP, Fidyah... haa.. dah bayar zakat ke kowang...(=



2 comments:

Muhsin Nor Paizin said...

Alhamdulillah. Satu post yang berinformasi.
Jenguk2 lah page saya bagi mendapatkan info pasal zakat juga :)

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian.saya pun br tersedar selepas 4thn bekerja :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers