9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, December 6, 2010

Ma'al Hijrah 1432

Hello guys… Did you know that tomorrow is a public holiday? Wahhh.. kalau cuti siapa yang tak tahu kan?;P Tapi u ols  tahu tak esok merupakan tahun baru Hijrah? Takkan la tak tahu kan? Dah nama pun cuti Awal Muharam..huhu. Biasanya masyarakat kita tanam azam baru masa tahun baru masihi je. Ha ni kang nak masuk 2011 time tu la u ols nak tanak azam baru.. azam baru kan.. So, apakata bermula esok u ols tanam azam baru di dalam Tahun Baru Hijrah pulak..(=  So, dah ada azam baru ke?

Bila sebut pasal Hijrah, apa Hijrah terbaik yang u ols dah lakukan sepanjang tahun 1431H ni? Atau.. mungkin masih ramai yang belum berhijrah kepada yang lebih baik? Ke.. u ols dah rasa tahap u ols sekarang adalah yang terbaik dan tak perlu berhijrah ke arah yang lebih baik? Hurm.. Wallahua’alam… u ols saja yang tahu apa yang u ols lalui dan inginkan..jadi, fikirkanlah sebaiknya..^_^/

Oke harini I berniat nak intai kembali sejarah-sejarah di sebalik Maal Hijrah. People nowadays cuma memperingati Tahun Baru Masihi walaupun hakikatnya u ols tahu tak bahawa hari-hari kita dihitung mengikut kalendar Kristian? Apa boleh buat.. the whole world memang jadikan kalendar tersebut sebagai Kalendar Universal. Tak salah.. tapi, apakata kita renung kembali.. imbas kembali sejarah mengenai kewujudan Kalendar Hijrah dan memperingatinya sebagaimana kita memperingati hari-hari lain..(=  So bila kita hafal dan tahu tentang Kalendar Hijrah takdelah kita sekadar ingat bila Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban je kan.. hehe.. Jom imbas kembali Sejarah dalam Islam..:

Kalendar Maal Hijrah / Peristiwa Maal Hijrah

Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Usaha untuk mewujudkan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.


Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a. Isi kandungan surat itu meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang pelbagai yang selama ini digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.



Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.



Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil daripada itu, Kesatuan Arab menjadi lebih sistematik, lebih bersatu-padu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat.


Antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan daripada cengkaman Rom dan Masjidil Aqsa didirikan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Demikianlah sejarah Maal Hijrah.

Esok tanggal 7 Disember 1432, bersamaan 1 Muharam 1432H… Ayuh.. kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang..

Mulakannya dengan bacaan Doa Akhir Tahun dan Akhir Tahun oke…^_^

Doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram..
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)


AMALAN-AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARRAM
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:
·        Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
·        Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
·        Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
·        Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

·        Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
·       Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
·       Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
·    Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
·        Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
·         Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
·        Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
·        Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
·       Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
·        Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
·        Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
·        Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
·       Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
·       Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




Salam Ma'al Hijrah




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers