9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, December 19, 2010

T E R P A K S A



Dengan rasa berat hati ak terpaksa melepaskan noni pergi…pergi meninggalkan aku dan noty yang bersendirian kini. Walaupun pemergian itu bukan pintanya.. bukan atas kerelaannya.. tapi aku T E R P A K S A… maafkan mummy noni…T_T…
Gambar terakhir Noni sewaktu menumpaskan lipas..T_T..
Sudah jadi kebiasaan noty n noni buang air kat tempat yang aku sediakan. Dah berpack2 pasir najis aku belikan untuk diorang. Diorang dah biasa pun buang kat situ. Tapi lately ni si noni buat hal plak. Buang merata-rata di atas lantai. Dah bagi warning dia buat lagi. Kencing pulak kat atas bantal baru kak hada. Nasib baik bantal tu belum berbuka plastiknya. Masalahnya dia buang 2 kali kat situ walaupun aku dah cuci dan hilangkan baunya.  Haih…~

Kalau dia buang atas lantai dalam rumah.. hatta kencing sekalipun.. aku masih boleh maafkan.. aku sanggup bersihkan.. buang najis.. mop lantai... tapi noni aku letak di luar rumah sebagai denda. Untuk berlaku adil aku biarkan kedua-duanya di luar malam haritu.. kesian syg mummy.. sejuk ye sayang.. pagi semalam lepas subuh aku bukak pintu.. laju je diorang masuk rumah.. sian syg mummy…T_T…

Pagi semalam dia buat hal lagi. Kencing kat tempat yang tidak sepatutnya. Haih.. hangin sungguh aku dibuatnya. Aku marah noni sampaikan setiap kali aku nak dekat mesti dia lari sebab takut kena marah. Lepas tu aku biarkan diorang main kat luar. Haih bila biarkan kat dalam buang merata. Bila letak kat luar dia si noni jadikan rumah aunty sebelah tu plak sebagai sasaran. Adoyaiii… mengamuk aunty si noni membuang kat rumah dia.. aiyak~~~ sorry aunty!
Berganding bahu sama2 menumpaskan seekor lipas..chumelnyee~
Aku dah tak boleh blah. Kalau ikutkan hati aku, aku biarkan je dulu kot2 2 hari ni dia terlupa ingatan sikit. Bolehlah dimaafkan. Tapi aku ni jarang ada kat rumah, weekdays keje malam baru balik. ada waktu lama pun time weekend2 camni tu pun kalau keluar malam gak baru nak balik macam mana?? So, daripada aku sakit telinga sakit mata melihatkan perangai si noni, adalah baiknya aku ambil tindakan awal.. 

Aku bercerita dengan ben.. dan ambil keputusan sebagai penyelesaian. Sudahnya, pagi semalam masa aku nak keluar ke sentul dengan ben… aku bawa noni sekali dalam kereta..Aku peluk cium dia sepuasnya. Sampai di pasar borong berdekatan.. aku lepaskan noni keluar dari kereta. Aku lihat dia berlari… itulah kali terakhir aku bersama noni… Aku terpaksa hantar dia ke situ… Huh… sorry sangat2 noni!! Ya Allah, maafkan aku.. aku rasa bersalah sangat2…T_T…

Malamnya aku balik rumah..noty dah tercenguk depan pintu.. mengiau2 bila nampak aku balik. Lapar barangkali. Aku siapkan makanan noty.. termasak lebih lupa akan ketiadaan noni lagi di rumah… Sejak noni takde, noty manja sangat dengan aku. Selalu sangat meleset2 dengan aku.. tidur atas riba aku minta dibelai... Malam tadi pun dia tidur dengan aku.. Dia sunyi barangkali.. Selalu dia akan tidur dengan noni di luar bilik. Biasanya bangun pagi noty agresif bermain dengan noni.. Tapi kini…….
Love this moment damn much!
Aku pun rindu dekat noni. Rindu dengar dia mengiau bila aku terkunci pintu dan tertinggal dia di luar…rindu dengan geselannya bila minta dibelai… haih~ dah makan ke noni? Takutkah dia dengan orang-orang yang tak dikenali? Sejukkah? Aku risau!

Kesian noty….Lepas ni kalau mummy g keje noty sekor2 je kat rumah.. nak kawan dengan temok? Noty tak biasa dengan temok…temok pun bukannya suka duduk dekat rumah….hurm…

Maafkan mummy noni… noty…T_T


4 comments:

putribongsu said...

eh ape punya layout da comment kat atas kepala... kan dah tersalah komen tmpt lain...adooooo....

hmmm....

mynameismy said...

hahahahah...
tuhla lenkli tgk btol2..;P
ni layout len dr yg len nih..;P

fiq. said...

my faveret game!!!

mynameismy said...

fiq: err.. u mean sudoku?? huuu u tersalah komen post la..;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers