9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, December 12, 2010

taknakgemuk.com

Hey all..

Me at Perlis ryte now. went to my brother's house. my mom..my dad.. my sister n family.. also my lil brothers were here...(= semalam dah berjalan.jalan.. harini? tatao lagi nak ke mana. since i've just have time until this evening.. my flight to kL is at 5.30pm oke..esok kerja! T_T...

Owh tertanya-tanya apa kaitan entry ni dengan tajuk di atas? hehe tu salah satu kredit for me.. sebab sambil mempromosikan 'taknakgemuk.com' pada u ols..;P Last week i gone thru ke laman web sesawang mengenai diet. owh biasalah i... itu lah keje di kala ada kelapangan..;P Sedang i mencari-cari ilmu mengenai diet dan produk-produknya yang berkaitan, i dipertemukan dengan 'diet atkins'.. err.. u ols dah pernah dengar ke tentang diet ni? i just heard that. tak pernah tahu pun sebelum ni. giler lambat huh... ok then, sedang i mencari pula ilmu-ilmu berkaitan 'diet atkins'.. i dipertemukan jodoh dengan adik dzul..tuan punya webpage taknakgemuk.com. Nak dijadikan cerita.. He is atkiners.. Adakah dia berjaya? Yes.. he did it... tak percaya? u ols boleh go thru kat page dia tu dan lihat sendiri hasilnya...(= 2 hari u.... i khatam page dia.. asal balik keje je i sambung baca huhu...hish.. buku 'membongkar misteri dajjal' pun i belum khatam lagi taw hehe. Antara percaya atau tidak.. i kagum dengan semangat yang dia ada.. the way dia jadikan diri dia seorang yang berada di tahap sedar diri dan mampu disiplinkan diri demi ke arah yang lebih baik.. ye.. ke arah dari seorang gemuk yang hodoh kepada seorang kurus yang hensem...yes.. i admit it...

Since dia dah kurus.. dia pula jadi advisor kepada insan-insan gemuk yang lain.. buktinya? lihat je lah dah berapa ramai followers dia? i yang dah lagi lama berkecimpung dalam dunia blogger ni daripada dia pun takde followers macam dia nyahhh... siap dah boleh beli domain sendiri lagi taw! *jeles* duit dalam nuffnang dia pun dah terisi.. i?? RM0 hahahah... syabas dzul!!! Erm if u see.. followers dia pun dah ramai yang berjaya kurangkan berat badan hasil nasihat dan tunjuk ajar dak dzul nih... itu i kagum tu.. i tengok diorg mampu ikut.. mampu kurangkan berat badan.. mengapa tidak i?? Sedangkan berat i tadelah terlalu besar kalau dibandingkan mereka-meraka yang berjaya rata-ratanya mempunyai masalah obesiti. owhhhh seyes i sangat-sangat jeles u...! i nak cuba.. tapi, mampu ke i? boleh ke i?? erk~ macam tak confident je mak ni nokkkkk....T_T...

Okay before that... pada siapa yang tak tahu apa itu 'diet atkins'.. jom kita view sket pasal menda alah ni oke. Ni pun i dapat info daripada hasil carian di google.. thanks incik google..(=

Atkins Diet ni juga lebih dikenali sebagai 'low-carb diet'... haaa u ols pernah dengar ke orang cakap kurangkan karbohidrat dalam pemakanan? selalunya orang duk risau makan banyak sangat kalori kan kan..
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. oowhhh macam tu rupanya....
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Daripada page adik dzul yang i baca.. ia dipanggil ketosis.. di mana anda menggunakan lemak sebagai tenaga. ianya macam ni, seperti mana yang diberitahu, kita kena kurangkan pengambilan carb dalam diet ni kan? Bila carb dalam badan kita kurang, macam mana kita nak ada tenaga? so.. badan akan detect lemak kita jadikan ianya tenaga (eh btol ke apa i cakap ni? sifu dzul tolong betolkan hehe)...ha lebih kurang macam tuh la.. kalau nak tawu lebih lanjut sila ke taknakgemuk.com ok..huhu
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. hurm... anda yang pernah mengamalkan diet ni (termasuk i) pernah alaminya tak?? kata ya sekarang!!! ;P
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. haaa tengok tu nyah... seumur hidup tue.........
okay... ada sape-sape yang dah tergoda? nak mulakan atkins?? Jom tengok terms and condition yang terdapat di dalamnya... sounds scary tak..;P
Okay, Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
stage 1: Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. Paling minimum temphnya 2 minggu. But if u ols tak puas hati dengan kadar penurunan yang u ols dapat, sila reinduction.. maknanya extend lagi tempoh induction tu. imbas balik, mungkin ada mistake yang u ols pernah buat dalam tempoh 2 minggu induction tu? tanya diri sendiri, 'konfem ke aku tade langgar pantang nih'.. haaa ade ka kan... kantoi sudahhhh..;P
Stage 2: Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan). Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Stage 3: Pre-maintenance
Stage 4: Lifetime Maintenance
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG (eh ape nih), SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Yang anda Boleh Makan:
1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…
3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 8 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
(sumber: melayu dot com)
Haaaaa... u ols sanggup ke??? i ada baca diet ni memang memenatkan.. ada buruknya.. ada baiknya... Ada juga i dengar.. ini kan orang barat yang buat.. kita ni bukan orang barat.. hidup bukan cara barat.. kenapa nak ikut? Hurm.. Wallahua'lam... terpulanglah pada individu untuk meneruskan atau tidak.. yang penting.. nawaitu... Andaikata i nak follow this kind of diet... i nk buat sebab.. i nak cantik... Tapi.. cantik yang sihat!!! bila kita cantik..sihat.. baru semangat kan! Orang tengok pun sedap mata memandang...;P


mari kita mulakan pemakanan yang sihat untuk badan yang sihat... seperti kata adik dzul.. obesiti sifar!! ^_^/


**Kena cari keyakinan diri baru boleh mulakan diet nih. owh my.. sila berhenti makan makanan tak senonoh!!!! T_T

2 comments:

ladyship said...

hye .. atkins juge ye ....

MAIZATUL AKMA said...

hehe. belum mula lagi la ladyship..
baru research2 dulu psl atkins nih.

igt nk start hrni. tp xdan la nk beli mknn...

so..postpone..ngee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers