9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 27, 2010

Budget Raya 2010


Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita dah berpuasa 16 hari kan? waaahh sangat cepat masa berlalu. rasanya macam baru semalam mula Ramadhan.. mula bangun sahur.. mula ke bazaar... tup2.. what? 16 days already?

Hurm, setakat ini berpuasa Alhamdulillah.. takdela rasa tak tahan sangat macam puasa ganti huhu. Lagipun mungkin sebab kerja pun balik awal.. break pun takde so takdela terasa sangat kan. kalau bulan-bulan tak puasa biasa puasa macam ni kan bagus kan? boleh jugak kurang-kurangkan lemak di perut ni heheh. (tapi time puasa ni macam lagi banyak je aku makan!!!)

haih... bila puasa sudah nak bertemu penghujungnya, sudah tentulah orang semua sibuk memikirkan hari raya kan? baju raya nak beli berapa pasang.. kasut raya nak heel berapa inci.. kuih raya nak tunjuk-tunjuk berapa macam.. duit raya nak bagi berapa RM...(errr...bagi???)

ok fine... this year is my first time rasa macam ni. rasa seram ada..(takut kopak kena pow).. rasa teruja pun ada, sebab... raya kali ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang yang berkerjaya.. hihi... yela, sebelum ni berapa tahun daa aku beraya sebagai seorang pelajar... 3tahun Diploma dekat Bangi.. tiap-tiap kali raya aku tidak perlu pikir sangat cost perbelanjaan raya. ada duit loan cukup makan pakai sendiri untuk hari raya sudeh... kadang2 dulu mak la tolong tempahkan baju (dah lama tak tempah baju sejak masuk degree sebab tak sempat+malas so baik beli siap jek), bab2 lain aku tak pikir pun.. nak bagi anak2 buah duit raya? lagi la tak pernah fikir sebab aku belum bekerja (so no money no talk la kan). sebaliknya, aku yang menadah tangan minta ongkos raya daripada ibu2+ayah2 kepada anak2 buah tu hahaha (biasanya abg2, akak2 dah get ready sampul raya untuk aku siap tulis nama lagi..;P).. lepas habis Diploma aku further pulak degree dekat Shah Alam so memang harapan untuk dapat duit raya lagi memang sangat cerah la masa tu kan. tahun lepas kalau ada pun aku cuma belikan mak kuih raya 2/3 macam je untuk mak huu.. n pernah jugaklah sekali tu masa tu pocket tengah full aku berjalan kat sekitar KL termasuk jalan TAR dan Masjid India untuk belikan pakaian untuk mak abah dan kakak2 aku..(err kenapa aku belikan untuk kakak2 jek ek, abg2 aku?adik2 aku? oo maybe tak cukup budget kot masa nih hahaha)

Nak dipendekkan cerita (tapi macam dah panjang jek bercerita erk).. tahun ini dengan rasminya aku rasa aku telah pun keluar daripada carta2 di dalam kamus hidup abang2 dan kakak2 ku untuk dapat ongkos raya daripada diorang.. (takde ke..isk)... sebabnya.. dah bekerja kan..so..aku rasa dah sampai masanya aku pulak la yang kena memberi ongkos raya... adoiiyyaaiiii.. kenapa lah bila tiba raya kena bagi duit ek.. hiii... so, memandangkan bulan ini pulak bulan pertama aku bekerja (agak risau jugak lah kot2 gaji tak masuk), banyak perkara yang telah menjadi agenda dalam pemikiran aku. baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya.. jalan raya balai raya eh pobondo ekau mengarut ni... ah yang penting semua raya lah. Alhamdulillah... gaji dah masuk semalam..terima kasih Wirazone@Malakoff..=).. tapi tak dapat full payment (mungkin sebab tak cukup sebulan). takpelah janji ada kan kan? huhu.. so... bila dah confirm berisi apa lagi.. kenalah buat list kan kan.. (dah buat list beberapa kali ok)...

so sebelum aku terover budget baik aku listkan balik. chek it out!

  • Perbelanjaan Raya:
Baju Raya - RM200 (Around 4/5hb Sept baru pegi shopping Shah Alam+KL)
Kasut Raya - RM100 (Murah2 sudahlah.. nanti nak pegi shopping singgah sogo skali)
Tudung Raya - RM50 (budget 50 dlu sbb tudung da byk, agk2 tade y matching baru beli br)

Kuih Raya :
- RM24 x 2 = RM48 : Kuih Pistachio , beli drpd officemate, Kak Fini
- RM8 x 4 = RM32 : Maruku bwg putih + Ikan, beli drpd officemate jugak, Kak Rozana
- RM20 x 2 = RM32, RM15 x 2 = RM30 : Chips Choc + Kuih Tart Gulung, beli drpd kwn kpd housemate
- Lain2 kuih akan difikir2kan kalau jumpa lagi yang berkenan tatkala bersoping
Pemberian Duit Raya :
- Bagi Adik2, Bagi Anak2 Buah + anak2 orang = Budget RM250
- Bagi Mak Abah = RM300

  • Perbelanjaan Tetap

Sewa Rumah - RM200
Bil Api + Air - RM35
Broadband - RM75
Bil Telefon - RM75
Touch n Go - RM50
Credit Card - RM150
Kereta - RM300
Lain2 - RM100
Alamakkkk!! banyaknyeee... apa yang boleh di cut dari senarai di atas ni ye? macam takde yang boleh di cut je hihi. apapun, tatkala bershopping raya tu beringat2 sket wahai cik My ye. Jangan boros!!!! (mintak2 byk sale!!!) Hurm, napelah hidup perlu guna duit? isk...

Oleh kerana niat suci aku untuk bercuti panjang tatkala Raya nanti di reject sekeras2nya.. so esok aku akan balik Segamat... nampak gaya shopping raya akan bermula dari sana... (jangan rambang mata my..kang sok sume ko nak grab). huhu... Tak sabar nak balik!! berpuasa dengan mak abah.. rindu nak bangun sahur makan nasik panas mak..! pastu nak ajak mak jalan2 bazaar..soping2..!

Planning hari raya masih samar2.. hari raya yang available only 1day.. hari apa aku nak pilih dari 13hb - 17hb tu ek... adoi.. nak tak nak terpaksalah jugak datang kerja pada hari raya ke-4!! omg!!! masih mood raya!!!! isk... dendang perantau la aku jawabnya... ;( Redha je lah dengan nasib yang ditentukan oleh manusia yang sama tarafnya dengan aku di sisi Allah.. cuma mungkin dia diberikan keistimewaan lebih daripada aku kerana kedudukannya.. (di dunia)... Nak buat macam mana..redha je la...;(

Ingat raya kali ni nak la lepak dengan kawan2 lama. masing2 plan nak beraya sama2.. tahun lepas pun aku tak dapat jumpa dengan diorang. isk...

Inilah nasib hidup di perantauan.... Sabar ye my... chill!!!


Footnote: Esok balik Segamat bus pukul 9 malam... aiyak~


Tuesday, August 24, 2010

Maher Zain

Semasa di office selalu aku dengar En. Ahmad mainkan English Song nyanyian penyanyi yang sama. sedap suara dia. teringin bertanya siapakah gerangan yang menyanyikan lagu itu tetapi lidah kelu tidak boleh berkata-kata hehe. Lately ni tiba-tiba dengar pulak dari corong speaker Kak Nani nyanyian dari suara yang sama. ah lunaknya suara dia.. jatuh hati pun ada huuu... sekali lagi, malu bertanya... jadi aku pun sesat jalan... erk~

sampailah ke hari ini ketika aku sedang melayari facebook ternampak satu video yang di share oleh seorang kawan. video tu berbackgroundkan lagu dari penyanyi yang sama!!! omg..! lantas aku terus ke pemilik asal video berkenaan mana tahu dapat tahu nama penyanyi bolehlah aku download lagu2 dia huhu. Haaa tu dia!!! hamikkkkk ubattttt.... sekali adala nama dia people duk comment dekat dalam tu.

MAHER ZAIN....

sedap kan nama tu? huhu. orangnya pun boleh tahan...hurm.. tapi perkara pertama yang aku suka pada dia adalah suara dia yang besh tuh. lagu2 nasyid yang dia bawa semua best. aku dah download dah pun huhu. so besok dekat office boleh lah aku lawan speaker En Ahmad dan Kak Nani..;P


Hurm aku tak pasti dia berasal dari mana. cuba jugak cari biografi dia tapi tak berapa faham sebab banyak sangat nak baca so aku tak dapat tangkap point2 yang penting tuh hihi. so sapa2 yang kenal dia bolehlah bgtau sikit biografi beliau. dia ni memang penyanyi nasyid ke? dari mana ek ek.

apa yang pasti lagu dia.. suara dia memang best. so memang sesuai lah dengar waktu2 bulan Ramadhan ni kan hehe... so siapa2 yang nak juga download bolehlah search di google huhuhu....


Klik di sini untuk salah satu lagu dari Album 'Thank You Allah' yang bertajuk 'InsyaAllah'

Happy searching, downloading and listening!!! =)


** cuba menggunakan bahasa melayu dengan baik tapi macam hampeh jek...erk~




Friday, August 20, 2010

FW: Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan

From Episod Sebuah Perjuangan by Nasrudin Hassan


Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala .Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .



SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .


JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Thursday, August 19, 2010

::Berita Terkini Lagi Sensasi : Salleh Gregor Samsa::

Isu terkini laman sesawang -----> ~Salleh Gregor Samsa~
Ever heard this name? erk~ ak xpnh la pulakkk.. sape ek ek.. jgn kate artis.. menteri.. org2 di kalangan raja pn mukan nih.. kn kn.. so..siapakah dia? anak siapakah dia? keturunan apakah dia? pagi ni aku ada dapat email dari member pasal isu nih. dalam email tuh adala attach skali dengan image di bawah ni.. bila aku preview.. bace.. n teliti each of words in there... MasyaAllah....ini macam orang pun ada ka??haih~ dunia oh dunia.. macam2 benda lah sekarang ni... dengan masalah persekitaran yang berleluasa dek masalah pembuangan bayi.. dekat laman sesawang pun xkurang jugak panas isu2 nya... belum pun habih orang duk memperkatakan pasal si Azita yang hina Johor keluar plak isu baru. sebelum2 ni pun banyakla isu2 macam nih.. cuma dah ditelan waktu je.. (yelaaa mulut org kan.. duk pot pet pot pet lama2 dah penat diam laaaa)... so skrg ni orang duk bising pasal benda nih. aku pun rasa yang paling lambat tahu sebab aku pun baru tahu hoho... bila aku google dah ramai dah duk story mory pasal mamat Gregor nih. (aku nih mmg slalu lambat lorh dgn isu semasa isk)..



Klik pada image untuk view yang lebih jelas lagi nyata

Sepandangan aku... dia pun melayu kot.. n Islam macam kita.. ini andaian aku berpandukan nama dia tuh la.. kalau dah nampak nama 'salleh' tu sah2 lah Islam kn kn.. bangsa? boleh jadi melayu.. boleh jadi keturunan Arab.. boleh jadi keturunan Pakistan.. suku2 bangladesh pun boleh jadi what...kn kn.. tapi cuba tengok pada post comment dia tu. Islam ke tu?? Seorang Islam patut ke post sebegitu rupa? Nau'zubillah... yang sadisnya, kawan2 dia pun seolah2 mengiya2kan komen2 dia tuh. kira sekepala jugak laaa... kalau dah subahat sekali.. kira sama2 dah terpesong lah tu kn kn...

macam mana nak di hitung ek kalau orang yang beragama Islam yang indah lagi suci tanpa was2 ni... tapi dia post komen macam tuh? dosa memang sah2 la dosa kn.. tp.. murtad ke dia? tak berani plak aku nak komen dengan lebih lanjut mengenai ni... so, seharusnya... perkara2 macam ni kita patut usulkan kepada yang layak... sebagai contoh seorang ustaz.. Ulama' ke.. suruh dia ulas... bukan ape.. untuk kita2 ni jadikan pengajaran... n moga2 tiada yang terikut atau termakan dengan komen2 yang dia post tu. bahaye wooo.. lemah2 iman... mustahil orang xboleh termakan dengan statement2 dia tu... so berhati2 lah ye kwn2...

Hurm lepas ni ada jugak ke insan2 yang nak open fesbuk group for this guy? 'blacklist Salleh Gregor Samsu'... heheh... biaselah kan.. pantang ada isu2 hangat kat fesbuk confirm akan ade yang start bukak account... pastu ramai la yang datang duk LIKE and komen..... dalam pada si insan yang memang berdosa yang menjadi mangsa pembukaan akaun tersebut, secara tak langsung... insan2 yang turut sama komen di situ pun turut membuat dosa... ape taknye... sebagai contoh kes Azita yang aku sebut tadi nih, tengok je la page tuh and komen2 yang ada di dalam nya... manusia2 yang beragama Islam, majoritynye melayu seperti kita heboh duk kutuk sesama manusia...sesame Islam... kot ye pun marah... xperlu lah keluarkan kata2 yang tidak patut... dah tentu budak Azita tu dah mintak maaf... tapi mereka2 tu masih tidak berpuas hati and keep on comment word2 yang tidak sepatutnya... bukankah dosa itu dah berbalik pada mereka?? Nau'zubillah.... So... akan adakah group/page fesbuk untuk sedare Gregor nih? (name ala2 Mat saleh gitu)... same2 kita nantikan hihi... (henti2kan lah...)

Sebaiknya, kita usulkan perkara terlampau ni kepada yang pakar lagi Arif... dari kita yang jahil nih bukak account and komen2 xtentu pasal, menambah dosa je kan? lebih2 lagi bulan2 pose nih... hindarkanlah.... sebaiknya kuasa dua, marilah kita same2 muhasabah diri... mintak Allah hindari kita dari gejala2 seperti di atas... tetapkan Iman kita... teguhkan Iman kita... n yakin bahawa kita sedang berada di Landasan yang tepat lagi benar... tiada yang benar selain yang sebenar2 nya.. (ok da setart merepek kerepek)...

Islam is the way of Life... dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT.....

ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!



*Renung2kan dan selamat berpuasa...;)



Monday, August 16, 2010

Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi?


**Di petik dari email yang di forward oleh rakan2 seIslam...



Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi
sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lag
u baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi ole
h sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak bendayang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far .. Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang
tak tahu apa itu illuminati boleh lah k
e web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal .. Ada
complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni

.. Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita
yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu
Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca
buka minda .


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
“I know that we are young. And I know you may love me. But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk
kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki.
Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga silluminatist tak guna .
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .“She hides true love En su bolsillo. She’s got a halo ’round her finger, Around you.” Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi diamenyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan . Selepas sahaja lirik tu..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitupemujaan syaitan..

salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan . Untuk memuja dan menyeru syaitan .

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by
inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hal

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan . Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando . I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..

I’m not your babe I’m not your babe , Fernando . Waktu menyebut perkataan Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti . Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers