9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, October 21, 2010

Hey gurlz, what do you want actually??


Entry terdahulu aku ada sebut mengenai pengambilan KPLI ambilan Jan 2011 yang sedang dibuka bermula 10 Oktober. Seperti yang aku maklumkan, aku dah pun beli No. Pin dari BSN untuk tujuan permohonan. Know what ? Aku belum apply pun. Kenapa? Hurm.. entah. Sebenarnya, aku agak confuse. Tak tahu mana satu arah harus aku tuju. Maksud aku.. apa sebenarnya yang aku inginkan. Bila dah beli No. Pin hari tu, tiba-tiba macam dah tukar fikiran taknak apply pulak. Rasanya macam awal sangat nak apply, let say kalau ada rezeki, dapat, maknanya bulan satu aku dah start kursus la… Lagipun, aku terfikir.. aku btol-btol nak jadi pendidik ke? Boleh ke aku? Hurm.. That’s why aku hold dulu selagi belum sampai tarikh tutup (24 Oktober 2010) sambil itu bolehlah aku fikir-fikirkan kembali sama ada  aku mahu teruskan dengan permohonan atau tidak.

What say you? Patut ke aku apply sekarang.. then kalau ada rezeki dapat pegi interview end of this year, lepas tu aku masuk untuk sesi Januari (kalau dapat lah kan..;P). Lepas tu kursus tu ambil masa setahun. Dalam masa setahun tu ada elaun ke? How much I will get?? Boleh ke aku survive dalam tempoh itu? Macam mana dengan job satisfaction aku? Aku puas dan berpuas hati ke dalam tempoh itu? Haih~ apa yang aku melalut ni pun aku tak tahu. I’ve no idea now.

Aku fikir balik, aku nak apply kPli ni kerana niat aku nak jadi pendidik, atau kerana nak kerja dengan kerajaan? Tapi, tak salah kan kalau aku cakap salah satu sebabnya nak kerja dengan kerajaan. Trust me, most of them yang apply for kPli must have a reason that they wanna be with government too.. exactly..;P  Tapi adalah nak ditegaskan di sini, itu tidak bermakna kami tak boleh jadi pendidik oke. Lagipun kalau apply ni bukan terus kena pegi sekolah then ‘murid2, 1+1= berapa? Sila angkat tangan bla,..bla…”.. kan ke nanti bakal-bakal guru ni akan berkursus selama setahun dalam bidang yang mereka minati sebelum melangkah ke alam perguruan. So, dengan ilmu yang sedia ada tambah lagi dengan kursus selama setahun tu, itulah yang akan dibawa sebagai bekalan untuk mengajar anak-anak didik nanti, haa tahu??  Kalau seseorang tu tak ada minat langsung nak jadi cikgu, takkanlah dia buta-buta je nak apply betol tak? Tak banyak sikit pun mesti ada intention nak jadi pendidik, nak didik anak-anak…bla..bla.. rite? Aku pun dari kecik memang pernah berazam nak jadi seorang pendidik. Cuma, bila dah berada dalam bidang sekarang ni.. which that field  is what I have studied previously, rasa macam tak tahu mana arah yang nak aku pergi. Yela, start ambil business dulu terus blur tak tahu dah what I wanna be after that. Bila dah masuk degree plak, sambung Marketing Course.. ha sudahhh.. makin blur aku dibuatnya. Pandangan masa depan terus blank dan kelam sebab tak dapat berfikir what I wanna be in the future.. huhu.. sadis tak sadis tak..ngee~

Rasanya darah ahli perniagaan tidak ada langsung dalam diri aku mahupun kaum keluarga aku. Huhu. So, apa halnya aku dok amik course Business + Marketing dlu ek??ngee~ Hurm.. tapi, aku tak pernah kesal pun. Aku bersyukur dengan apa yang Allah beri pada aku. Kalau aku tak boleh, takkan aku berjaya melepasi Diploma in Business Studies for 3 years without extend any paper.. Takkan aku berjaya melepasi Bachelor in Marketing for 2 years also without extend any paper. Betol tak? Kalau aku tak boleh takkan aku berjaya harungi macam-macam cubaan sepanjang 5 tahun nak bergelar graduan ni. Hurm, bila diingatkan balik zaman-zaman belajar dulu.. rasa nak ulang balik pun ada.. Tapi tak sanggup dah kowt.. cukuplah sekali hihi. Yela.. yang sukanya.. yang dukanya.. macam-macam ada lah… dan akhirnya, aku sampai juga ke hari ini… (rindunya kenangan-kenangan dulu..)=…)

Dan hari ini…

Aku berada di Wirazone Sdn Bhd a.k.a Malakoff Corp. Bhd yang banyak beri aku peluang sepanjang hampir setahun ni. Mana tidaknya, daripada seorang Trainee dengan elaun ciput, diabsorb plak sebagai Marketing Assistant (temporary) selama 3 bulan dengan salary paras-paras hidung sampailah sekarang aku dah jadi Executive since August lalu dengan salary yang berpatutan dengan kelayakan dan as fresher . (kiranya for this moment berbaloi laa…) Hurm, Aku patut rasa bersyukur dan beruntung sangat berada dalam company ni.. Yela, diserapkan terus as permanent staff adalah satu nikmat yang perlu aku manfaatkan. Kalau aku resign dalam masa terdekat ni rasa macam rugi plak. Plus, rasa macam sia-sia je company hire aku awal-awal dulu. Eventhough it is my right to choose which path in my life. But, aku tak rasa nak pergi lagi, I mean.. aku tak rasa nak meninggalkan company ni lagi. Aku belum buat anything that give impact to this company. Aku belum buat anything that give me a feeling of satisfaction. Yela, sekarang pun aku masih under probation for 6 month, until January ni. Macam tak syok plak kan nak resign waktu terdekat ni? Hurm, So.. what say you? Aku fresher, baru nak belajar the real alam pekerjaan.. dapat peluang yang jarang-jarang orang dapat macam ni, patut ke  aku lepaskan? Kalau aku keluar, banyak mana la sangat experience yang aku dapat kat sini sepanjang hanya almost one year ni untuk digunakan kat luar sana nanti? Orang tak nak tengok setakat experience cabuk macam ni ye tak? Hurm…… I am in dilemma

What do you say if I continue working here? Stay, do work, gain experience, gain knowledge, gain network, etc... As long as people here need me... then I just do it. Once I get better offer out there, then I’ll leave. Isit a right decision? While I’m here, I will consider also about the KPLI. Yeah, I interested to be but not at this moment. Maybe next year? Whose know rite? We will see… (;


Hurm.. aku okay je dengan apa yang aku ada. Tidaklah aku terlalu yakin.. tidaklah aku terlalu berpuas hati. Kira Average la macam tu.. Cuma, apa yang perlu aku lakukan.. bekerja dengan ikhlas..tenang..sabar.. Soon, mungkin akan ada banyak perkara yang I will face to. Buat je kerja as long as apa yang aku buat tidak melanggar hak-hak asasi mahupun individu (ecece berfalsampah plak). Hurm, one more thing is...OFFICE POLITICS. Guest what? You probably can’t imagine there will be people who envy with you and might also say badly about you…behind you…eventhough you should not be treated like that. Biasalah, human being.. Hm, sounds sad right? Can’t you imagine a fresher like me? If such things happen to me... What will I feel? What I will do? Hurm.. dunno. But, as I said the important thing is..just run your responsibility. Ignore the others that benefit you NOTHING. If possible, try to avoid those who kinda like that. BUT..if such things still happen, oftenly.. and you can’t stand with it anymore.. plus,  it might turned your job satisfaction down.. then you need to consider your final decision. Either to stay.. or leave… oke…? CHILL..(=

Oke.. aku dah merepek mengalahkan esei aku masa sPm.. sorry.. ;P Hurm.. okaylah.. Untill we meet again!! 

Fingernote: buhsan tade kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee







Tuesday, October 19, 2010

Lancer Vs Inspira

**Please mind the language (=










Nak Kurus...

Tengahari td masa lunch kat pantry, sedang borak-borak dengan kak Sue datang plak abg Zul M lepak makan skali. Agak lambat dia lunch, sibuk barangkali. Tengok abg Zul dok makan nasi separuh+sayur2an yang agak banyak, kami pun mula bercerita pasal pemakanan, kesihatan. Kebetulan abg Zul ni memang suka bersukan, rajin pergi gym, so untuk aku yang tengah semangat nak kurus ni, terkeluarlah bermacam jenis soalan dari mulut aku.. huhu.

Dalam perbualan kami, macam-macam input dan nasihat yang abg Zul bagi, lebih-lebih lagi untuk tidak mahu menjadi seorang yang g.e.m.o.k.. Hurm.. ada betolnya.. Kurangkan karbohidrat seperti nasi.. Jangan tinggalkan nasi terus. Mulakan dengan pengambilan yang tidak terlalu banyak. Misalnya setiap kali kita makan, ambil separuh je. Pastu ambil lauk lebih. (ok, ini dah lama aku amalkan, kalau makan nasi campur mesti mintak nasi separuh, kalau boleh nak mintak sesuku je huhu). Jangan biarkan perut kosong tak berisi, makan biar dalam kuantiti yang sedikit tapi berulang. Berulang tu jangan makan sampai perut kembung oke..;P

Baiklah, akan aku amalkan apa yang abg Zul sarankan tu. Thanks abg Zul..

Ye.. aku sangat excited nak kurus!! Bukanlah aku terlalu obsess menganggap diri terlalu gemuk hingga rasa nak sangat-sangat kurus. Tapi, aku perlu sedar mengenai pengambilan makanan yang boleh mendatangkan penyakit dan lemak berlebihan. Aku dapat rasa yang badan macam berat sikit sekarang. So, sebelum aku didatangi oleh penyakit-penyakit yang tidak diingini ada baiknya aku jaga kesihatan dan pemakanan bermula daripada sekarang. Kan kan? Badan gemuk, tapi tak sihat tak elok juga kan? So…korang2 janganlah salah anggap niat suci aku ni. Aku nak sihat.. aku taknak sparepart2 ni. Aku nak nampak solid bila pakai baju pengantin nanti.. hehe.. (berangan lebey)

Oklah. Tu je nak kongsi. Daaa..


Fingernote : Haih~ bila la perut ni nak kempis..)=


Friday, October 15, 2010

Bagaimana memilih makanan untuk menurunkan berat badan??

 

Memilih makanan yang sesuai merupakan langkah penting bagi memastikan kandungan kalori atau lemak dalam makanan yang diambil tidak berlebihan. Untuk itu, bagi aku yang suka makan ni, jadual di bawah boleh memudahkan dalam proses nak menurunkan berat badan..hihi (Sumber : Docstoc.com)









Thursday, October 14, 2010

.::takde kerja cari kerja ada kerja tak buat kerja::.

Hurm.. Pelik tak kenapa aku ada masa hampir setiap hari untuk blogging? di waktu pejabat plak tu. The reason is sebab aku tak berapa ada kerja nak buat kat office sekarang ni. Giler bosan. Rasanya dah macam time mula-mula dulu praktikal plak. Bila takde keje memanglah rasa lapang je dada. Tapi kalau dah datang kerja, takde apa perlu dibuat.. lama-lama bosan gak.. tension pun ada. btol tak? Aku kalau takde kerja ni mulalah rasa mengantuk. Nak tersembam dah rasanya muka dekat keyboard ni. Adoyaiiii...

Nak kata takde kerja langsung, kerja tu ada. cuma yang ada sekarang ni apa lah sangat. Masih dalam process cari idea nak siapkan report mengenai drive-thru dropbox. Disebabkan project tu aku ambil alih kerja Kak Nurul sebelum ni, agak susah sikit nak cari ayat-ayat yang sesuai untuk mengarut dalam report tersebut. Takde kerja lagi ke untuk aku? hurm.. haritu macam banyak sangat listed kerja-kerja yang perlu aku buat. Tapi sekarang macam banyak rilex je nih. Banyak sangat masa terluang pun boring gak. dah nama pun kerja kan.. so.. kena lah ada kerja.. tapi aku? haih~ hurm, maybe sekarang tengah tak banyak project, event, takde benda nak buat tu pasal aku pun tak banyak kerja. Yela event pun dah lepas kan.. event lepas ni entah bile. mungkin tahun depan plak. entahla. tunggu je lah apa perancangan Kak Ain mahupun boss, En Ezham lepas ni. Jangan lepas ni tak menang tangan nak buat kerja sudahla..hihi

Huhhh cepatlah petang........... ngantuk dah ngadap laptop nih...ZzzzZzzzzzzzz


Finger Note : Esok meeting dgn Kak Ain n Andy....gulp~




Wednesday, October 13, 2010

I Love Mr Papaya..(",)

Waaaaa betik!!!! yummy~~~

ngee~ entry kali ni saya cuma nak kongsikan kepada anda semua mengenai Buah Betik. Kenapa? Sebab lately ni saya gemar makan buah betik. Puncanya sebab saya ni susah sangat nak 'membuang'.. makan la banyak mana pun jenis makanan, kadang-kadang peram sampai 3/4 hari pun dia tanak keluar jugak. sudahnya, dah tentu dia jadi lemak kan kan. Sebab tu la badan saya semakin mengembang agaknya kan kan. So mari kita salahkan 'dia' sebab tak mahu keluar.. (sayang sangat dia sampai tak mahu berpisah ngeh3) dan menjadi punca kepada kebesaran tubuh badan saya.. heheh. So, seperti yang kita sedia maklum, kalau memakan buah betik senang nak 'buang' kan kan. so, saya amalkanlah memakan buah betik. Tapi ada kesempatan makan waktu lunch kat office je la. yela, kalau duduk rumah mana nak dapat ye tak? pokok betik kat belakang rumah pun takde. Beli kat pasar? alaa.. belum dipotong.. malasla..;P So (tiga kali so dah ni), lately ni bila saya amalkan makan buah betik senang giler kauuuu nak keluar... tapi rasanya saya kena makan lebih dari sepotong la baru proses penghadaman tu berjalan dengan lancar. Sebabnya, sebelum ni pernah gak makan betik tapi sepotong je. Lepas tu sama je tanak pun 'buang'.. Bila lately ni makan beli 2/3 potong haa hamik kauuuu... smooth gitu..;P So, sekarang saya dah jadi penggemar buah betik...(=


Untuk membuktikan yang saya adalah peminat setia kepada Encik Betik, saya telah membuat sedikit kajian mengenainya...


Lets check it out...:


Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama Saintifiknya adalah Carica Papaya.


Betik kaya dengan Vitamin A (Kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin, dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien-nutrien yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan Vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.


Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Ia juga boleh dijadikan jem, jus, perisa untuk aiskrim & puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur...


Menarik kan? (=


Ada lagi sebenarnya info-info lain. Khasiat juga terdapat pada daunnya. Oleh kerana saya hanya makan buah betik so saya kongsi pasal buah betik je la..;P


Jadi kepada anda yang tidak menggemari buah betik, bolehlah anda mula memupuk perut anda untuk menerimanya. Bagus ni untuk usus... wahh lepas ni bolehlah saya kurus kan kan..;P


Okay.. selamat makan buah betik!!! (",)


Finger Note : Esok petang ada pasar bolehlah cari betik sebijik bawa balik rumah. Mulai harini kena rajin potong sendiri di rumah...hihi...


Love...Betik!!!

Tuesday, October 12, 2010

Pengambilan KPLI sesi Jan 2011

Pengambilan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah sedang dibuka untuk permohonan. Hurm.. u all rasa okay tak kalau aku apply? Minat? Hurm.. biasa-biasa je. Tapi sejak dari kecik memangla cita-cita pernah nak jadi cikgu. Asal orang tanya ke, orang mintak biodata ke, cikgu tanya ke pasal cita-cita, apa awak nak jadi bila besar.. aku mesti jawab 'guru'... Mungkin sebab masa kecik dulu aku tengok macam syok je jadi macam cikgu aku tu. Cikgu cakap macam tu kita ikut.. macam ni kita ikut. student tak siap kerja bolehlah denda, rotan diorang wawawa... Lepas tu bila dah besar sikit, dah lepas SPM, dah ambil Diploma, aku minat nak jadi lecturer pula. Yang penting tenaga pengajar la kan kan. yela.. jadi lecturer macam lagi relax je. macam lagi educated je. kerja pun maca tak se stress cikgu sekolah je. Kerja semua suruh student usaha sendiri cari. As student dulu giler nak pecah kepala aku nak menyiapkan assignment yang lecturer bagi. Lebih-lebih lagi dah dekat deadline time tu la terkial-kial nak siapkan. Tambah plak dapat group member yang jenis malas buat kerja, lembab.. hamikkkk... ngee~ tapi lecturer sekarang kena ada MBA ye tak. kalau setakat degree kerja lah kau kat mana- mana Private College. Alaa.. tak mahu nak kerja kat IPTA... (wah kau demandddd). Tapi, perlu ke aku sambung MBA sekarang? Tengok my friend yang further MBA selepas degree haritu pun macam scary je. Bukan apa.. bila fresh masuk master, takde experience.. nah hamik kau.. pecah sikit kepala. Dapat plak MBAmates yang ramai dah ada pengalaman kerja. So kita yang fresh meresh ni agak ketinggalan sikitla (eventhough ada juga benefitnya di mana kita can gain knowledge from them)

So, sekarang.. perasaan nak jadi cikgu tu ada cuma kureng sikitla. Bukan sebab tak minat tapi atas faktor-faktor zaman masa kini. Yelaaa kalau u all notice budak-budak sekarang bukan macam time kita sekolah dulu innocent je. sekarang? pantang ditegur sikit je mak bapak datang. pantang ditegur sikit je mak bapak report polis, panggil media. Macam tu punya gaya baik mak bapak semua tak payah hantar anak-anak pergi sekolah. Ajar je sendiri kat rumah. Kalau cikgu marah tu pasti bersebab. Anak-anak kat luar, kat sekolah mana kita tahu apa dia buat btol tak? ini kerja sekolah dia pun tak pernah check, tup-tup anak kena marah, kena rotan kat sekolah cepat-cepat kau datang ye wahai mak dan bapak.. haih~... Yang tak boleh blah siap panggil HarianMetro mengadu bagi satu Malaya tahu. Hurm.. kalau time aku sekolah dulu, kena rotan dengan cikgu jangan harapla mak atau abah nak datang sekolah marah cikgu balik. Lagi kena marah dengan mak abah adala... Silap-silap kalau mengadu kita yang kena rotan balik dengan abah. whoooaaa... aku pernah rasa wooo dulu... u all pernah ke rasa apa yang aku rasa? ke u all pun kategori manja macam insan-insan yang mencapub dalam paper tu..?;P ngee~
Ok nampaknya dah jauh terpesong kita berbalik kepada Pengambilan KPLI tadi. Sekarang nak jadi cikgu ni more kepada sebab nak masuk Government (opss jaga2 ada yang marah wooo). Tapi janganlah salah anggap, bukan tak minat, bukan tak bersungguh2, bukan takde talent nak jadi cikgu... tapi satu kelebihannya, kalau dapat.. dapatlah masuk kerja government kan kan. Orang kata kerja Government terjamin.. Aku cakap macam ni bukan hape, baru-baru ni ada terbaca dalam paper, surat daripada seorang bekas GSTT yang tidak berpuas hati dengan nasib guru-guru GSTT. Yela.. diorang ada yang kontrak berpuluh-puluh tahun tapi tak diserapkan pun sebagai guru tetap.. Lepas tu suruh gugurkan plak KPLI yang dianggap guru-guru bawah KPLI ni jadi guru bukan atas dasar minat atau pun kesungguhan tapi lebih kepada nak kerja dengan kerajaan. Tang nasib GSTT yang tak terbela tu aku sokong tapi sampai nak menggugurkan KPLI tu janganlah.. Kalau nak mansuhkan pun tunggu sampai aku dapat masuk kerajaan ngeh2...

Nampaknya terpesong lagi ye tuan-tuan puan-puan. Kali ini mari kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Pengambilan KPLI tadi ye. Aku dapat berita pasal KPLI ni keluar daripada kakak-kakak housemate. Yela diorang kan cikgu mestilah tahu huhu. Diorang kata kalau nak apply kena ada scroll. Maknanya dah confirmla degree dalam tangan. Aku ni for sure la memang dah tamat belajar. Cuma scroll original tuh mana dapat lagi. Konvo bulan 12 kowt.. giler lambat.... Tapi takpelah aku cuba je dulu. Harap-harap masa dipanggil untuk Interview (Ceh macam konfem dapat jek) nanti masa tu aku dah lepas Konvo la huhu. Tadi dah mintak tolong akak aku belikan nombor PIN kat BSN. so Lepas ni bolehlah apply. Cuba nasib je...ada rezeki adala...(=

So kepada u all yang berminat nak jadi cikgu dan kerja dengan Government (ngee~) tu bolehlah beli PIN dari mana-mana cawangan BSN brmula dari hari ini okay.. then bolehlah membuat permohonan di http://kpli.moe.gov.my/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Oktober 2010 okay...Goodluck!!! (=

Lebih info sila klik di sini

Finger Note : Majulah guru untuk anak-anak didiknya hihi





Tuesday, October 5, 2010

XS vs XXL

M.A.K.A.N???? Syiokkkknyeeeeeeeeeeeee

Bila sebut pasal M.A.K.A.N akulah orang pertama yang akan angkat tangan.. heheh makan beb.. siapa yang tak suka makan kan kan?;P Haih..tapi aku rasa sekarang ialah masanya untuk aku menitikberatkan soal M.A.K.A.N yang satu ni.. (sudahlah kauuuuu) tengok saja lah badan aku sekarang.. Nak snap gambar pun mesti kena pada cara supaya tidak menampakkan kegedempolan badan aku.. isk sadis kan kan. Huh... lepas raya ni terasa sangat badan dah naik.. Ok fine.. aku tahu lah aku dah memang sedia maklum agak 'besau' kan.. huh.. sedar diri la nih bluek.

Ok berbalik pasal badan naik, lepas habis puasa haritu aku timbang turun 2kg (erk~ 2kg jeeee???) but selepas berhari raya ni.. OMG!!! naik more than 2kg oke!! apa nak jadi ni my?? bak kata ben, 'bila nak sedar ni sayang'?? haha.. sedar memang sedar.. 'kesedaran' tu yang tak sedar..;P haih..tengok tuh bila hati berbicara, menasihat kau taknak dengar kan kan.. main banyak!


Guess what?? cuba tengok sekejap pitcha budak comel kat atas ni. apa dia? ye.. saya tahu saya comel tetapi bukan itu yang ingin saya ingin tekankan di sini ye tuan-tuan dan puan-puan. Baiklah sila lihat gambar di kiri anda.. ye.. saya tahu saya comel.. tapi tak perlula anda puji berulang kali oke.. gambar di kiri anda itu diambil 3 tahun yang lepas.. ye.. ini bukan cobaan.. ini betul-betul oke.. gambar di sebelah kanan anda pula adalah gambar yang di snap lebih kurang 3 minggu yang lepas. ye betul.. waktu raya la tu.. muahaha.. Lihatlah aku dulu dan sekarang. (eh tak banyak beza pun kan kan) Owh lihatlah pipi gebu itu.. kenapa makin mengembang?? isk. aku tak tahulah korang nampak atau tidak perbezaan antara kedua-du a gambar tu, tapi bagi aku si empunya gambar.. tuan empunya badan yang gebu ini.. arghhh aku semakin gemuk!! My!! wake up!! kalau kau tak atasi masalah kedebaban kau ni bermula sekarang kau tengoklah in future.. lagi-lagi kalau kau dah kawin!! (takpe, lepas kawen suh incik hubby anta pi spa.. kelas aerobik bla bla...). ha menjawab menjawab.. haih.. (perasan tak? berbanding 3 tahun lepas.. sekarang aku nampak lebih matang..dan.. shantek...kan kan. hahahaha.. biarlah.. diri aku.. sukati aku lah nak puji diri sendiri pun..bwuuekkk!)


Hurm, bukan tak nak kurus. NAK....NAK SANGAT2!!! tapi entahlah.. susah sangat budak bernama Maizatul Akma ni untuk konsisten pada niatnya untuk berdiet. bukanlah nak berdiet sampai ikat perut kelaparan. at least kau makan la makanan berkhasiat sikit.. kau patut berhenti sebelum kenyang sebelum bunyi burp! ini tidak dah kenyang pun kau sumbat gak. selagi tak bunyi burp amaran kali ke-3 selagi tu kau nak makan kan kan.. hampeh kau My.. Sampaikan semua orang yang jumpa kau semua cakap kau dah 'kembang'.. kau tak rasa apa-apa ke? budget comel sangatla? Ben jangan cakaplah berbuih-buih dah mulut dia duk membebel pasal badan aku ni. isk. (u ni nak i ke tanak ni komen-komen badan i plak <-- hati berkata-kata)
Sebenarnya since last year lagi aku selalu berjanji pada diri dan ben untuk kurus. Bukanlah mahukan potongan badan yang menawan dan cantik (kalau dapat pun ok gak i likeee) tapi, kalau dapat kurangkan sikit spare tyre kat pinggang dan perut ni pun dah cukup baik. Dulu selalu berazam.. 'esok tak nak makan nasi. esok tak nak makan banyak. hari ni last aku makan banyak. hari ni last aku makan kefsi/mCd.." at last?? angan-angan tahik kambing je. untuk kurus aku pernah ambil pil supaya aku senang hadam (sebab aku ni susah sikit nak buang air ok), so bolehlah aku keluarkan 'toksik' tu hari hari. Kalau tidak 3hari sekali pun belum tentu dia nak keluar tau isk jadi lemak gamaknya. tapi sekejap je.. dah lama-lama tu tak makan dah pil tu sebab adakalanya aku tak ambil sebab apa? sebab malas..;P Bukan itu sahaja, aku juga dah banyak kali beli losyen buang lemak la, buang angin la. entah berapa banyak jenis losyen dah aku beli (tak habis pun wawawa)... dan untuk pengetahuan korang aku pernah mencuba Jusmate 5.. ceh konon janji sebelum beli me nda tu nak jaga makan lah hape la.. mahal woo beli 3 kotak terus. last-last apa jadi?? habuk pun tarak. seb ab apa? sebab aku tak konsisten. suka hati jantung aku je nak minum atau tak bergantung pada mood dan tahap kerajinan. sudahnya, tak habis pun kotak ketiga tu. mungkin benda tu boleh mengecilkan sedikit tubuh yang montel tapi ianya tak berhasil pada aku. sudahnya, sampai hari ni aku tak ada ambil atau pakai apa-apa pun untuk kurus. huh...terimalah padahnya sekarang wahai my!



Hurm, bila sebelum pergi kerja nak make up, pakai tudung.. aku tengok cermin.. 'asal la montok sangat minah dalam cermin ni'.. lepas solat kat surau office, masa nak pakai tudung depan cermin aku nampak lagi si minah yang berbadan semangat tu.. ah takutnya! Allah jadikan kau sempurna..comel (perasan sendiri so what?) tapi disebabkan hobi kau yang suka makan, pantang nam pak makanan, kau hasilkan sedikit kecacatan pada badan ciptaanNya tu. apa kau buat? kau makan xhengattt.. bila sedar dah nak meletop baru kau sedar la!! sekarang sesal dahulu pendapatan la minah debab oiiii... (isk sob..sob..) Ok, now cuba kau pikir apa kau patut buat u ntuk buang lemak-lemak tepu dalam badan kau tu?! cuba kau pikir apa kau patut buat supaya kau makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan! cuba kau pikir apa kau patut buat supaya kau katakan TAKNAK kepada makanan-makanan yang akan menambah lagi sparespare dan berat badan kau tu! say NO to makanan free! mentang-mentang orang belanja kau ngap je selalu kan! say NO to makanan sedap+menggemukkan yang dijual murah!! please do that otherwise kau tak kan jadi macam apa yang sedang kau rungutkan sekarang!! Understand??!!!


Ok, sebagai langkah permulaan kepada cita-cita kau yang dah kau azam berabad lamanya ni.. (tapi tak pernah menjadi) apa kata kau baca semua-semua kat bawah ni:


ha kau jangan nak skipped2 pulak ye. ingat aku tak nampak? kau kalau diberi link memang berat lah tangan tu nak click kan kan. takpe2 kejap lagi aku copy paste satu page di entry berikutnya supaya kau baca dari mukadimah sampai Sodakallah... no excuse oke!!

Haih.. masalahnya, boleh ke aku ni? Boleh ke aku melep as pandangan terhadap makanan-makanan lazat? boleh ke aku tahan tengok orang makan sedap-sedap dan kenya ng?? hadoiiii... puasa? erk~ lepas abis puasa Ramadhan n beraya sakan memang susah mak nak puasa kau....pantang nampak orang makan, pantang bau makanan.. kalau puasa pun sanggup berbuka la... naya tak naya kauuuu...isk (baca paragraph ni kena ada tone yang tersendiri oke..)


Hurm... Kenapa aku suka makan? Kenapa aku kuat makan? weh korang tatau ke makan tu satu nikmat? korang tatau ke makan itu membahagiakan? bukan sahaja membahagiakan diri kita.. malah kita bahagiakan perut kita.. kan kan? hurm... Tapi.. kalau lebih makan pun boleh bawa penyakit.. betul.. kau kena berubahlah My.. kala u kau kuat makan.. badan besar tapi sihat takpe.. cuba kalau kau kuat makan.. badan besar.. pastu berpenyakit.. tak ke naye namanya?? Ha sebelum apa-apa jadi pertama sekali kau kena ambil insurance. (erk tiba-tiba plak).. yela.. possibility ada penyakit tu.. tak boleh la dinafikan btol tak? ada insurance senang sikit. katakanlah kau admitted to the hospital.. ada insurance boleh cover duit bil spital ye tak heheh. Kemudiannya, apa yang kau perlu buat adalah:

Hentikan tabiat suka makan makanan-makanan seumpama ini:


Sila Boikot makanan-makanan menggemukkan yang kau suka sangat bedal nih.






DAN.. ibu kepada lemak-lemak dalam badan kau tu my...




NASI!!!



Sila Boikot!! (Erk~ aku rasa yang satu ni macam kurang boleh sikit isk). Kalau orang jemput makan kenduri cane? dah tentulah dia hidang nasi minyak kan kan. xbaek woo tak makan nanti orang kecit hati..;P Hurm, apapun, aku cuba ok... (erk~)


Oleh itu, perbanyakkanlah mengambil makanan-makanan seumpama berikut:





Weh giler kau.. nak suruh aku makan buah-buahan n sayur-sayuran je? hape ingat aku vegetarian ke? (haa merungut merungut!) tak kenyang lorh makan menda-menda ni je isk. ha sebab kau tu memang kuat makan. hape orang bagi makan pun xcukup. takdelah kejam sangat nak menyeksa perut kau yang kebulur tu. kalau rasa nak makan benda berat sikit.. kau jangan makan yang bergoreng, berminyak.. tu semua kalori tinggi kolestrol banyak.. cuba tukarkan menu-menu goreng tu kepada makanan berupa kuah seperti contoh,


Bihun sup!!


Erk~ tapi aku rase selalu je aku order makanan-makanan bersup macam tu. kalau tak bihun sup.. aku order bihun tomyam. hurm.. tapi ada je aku order goreng-goreng pun.. (tu kalau memang lapar tahap gaban kena order sesuatu yang dapat menampung tahap kelaparan aku oke..). Cuba kalau buat sesuatu konsisten sikit cik My oi.. kalau dah kata tak nak makan yang bergoreng-goreng tu.. janganlah makan. ikutkan sangat kehendak nafsu tu. (isk sob..sob..). Ha ni lagi satu:



Boleh follow makanan piramid ni. tapi kadang-kadang bagi aku, piramid ni tak leh pakai gak. tu yang tang nasi tu. sila boikot ok. (at least at this moment!) huhu

Ha ni sebelum terlupa.. makan-makan jugak.. tapi kau My jangan lupa



MINUM AIR SUAM BANYAK-BANYAK OK!!


Last but not least, perkara penting yang perlu kau lakukan juga adalah dengan :


BERSENAM!!


Kalau kau malas sangat nak pergi jogging, buatlah senaman kat rumah. banyak benda kau boleh buat kan kan. buat seat up ke.. lari setempat ke.. aerobik ke.. (bukan senam atas tilam oke!)

Wahai My.. mulai sekarang, sila disiplinkan diri anda.. kalau perlu.. sila lancarkan perang dengan perut anda sekarang! berhenti manjakan dia! Sila lawan nafsu makan anda oke!


Haih~ kalau tak boleh jugak lepas ni tataola isk. Apapun...


GUDLUCK MY!!!!
SAY NO TO GEMOK!!!!!

P/s: Kalau ada kawan-kawan yang ada tips-tips berguna untuk
saya manfaatkan dalam berdiet.. sila-silalah berkongsi oke..(",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers