9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, February 6, 2011

Cuti Panjang di Perantauan….

Bagi yang bekerja seperti I semestinya cuti CNY selama 4 hari ni diklasifikasikan sebagai cuti panjang. Lain pula bagi yang masih bersekolah mahupun menuntut di IPT di mana y’ols mempunyai cuti panjang khas bagi mengklasifikasikan ianya betol-betol cuti panjang u’ols seperti cuti penggal (yang bersekolah) mahupun semester break (bagi yang menuntut di IPT).. ahhh.. jelesnya dengan u’ols… rindunya zamanku itu setahun yang lalu..T_T… Cuti y’ols memang tersedia ada.. namun bagi I yang telah bekerja seharusnya membahagi dan menggunakan cuti 17hari setahun sebaik-baiknya… y’ols semestinya boleh dapat 17hari itu dalam sekali cuti sahaja dan mungkin akan dapat lagi 17hari lagi di tahun yang sama..malah..lebih dari itu mungkin…ahh jeles memang jeles…T_T..

Tahun lepas I cuti CNY pun lama jugak waktu tu I praktikal di sini. I spent my whole holiday with my family. We’ols lepak kat rumah kakak I di Batu Pahat. My mom, dad and all other siblings turun sana. We’ols BBQ sekali u…ahh rindunya waktu itu.. but this year.. CNY I di sini..di bumi Kuala Lumpur.. I keseorangan di rumah sewa…bersama noty si kucing terchenta… sunyinya.. sayunya.. sesekali mengalir jugak airmata terkenang ibu ayah di desa…uuwwwaaaa….

Walaupun tak pulang ke kampung halaman.. tapi I berteman di sini.. I ada ben.. I ada family dia.. but tu lah, family orang lain tak sama dengan family sendiri kan. Bila dah balik rumah, sorang-sorang, rasa rindu sangat-sangat…hurm…

I ni dok sedih-sedih pehal? Orang dah bagi kau cuti yang kau tak balik kampung pekejadahnya? *suara sumbang mula kedengaran. Erkkkk~ I bukan tak mahu balik. Tapi y’ols tahu kan.. Seperti yang I maklumkan di entry sebelum ini, sekarang bukan ke musim banjir di selatan tanah air nun? n yang sadisnya kampung halaman I yang paling worst banjir oke. Haih~ So, untuk keselamatan I dinasihatkan untuk tidak pulang. Pertamanya, nak drive I tak berani sebab jalan licin.. n mungkin dalam perjalanan di mana-mana nanti ada jalan yang ditutup sebab banjir. Tak ke naya? Plus, bila balik semula ke KL for sure jam teruk kalau I drive. Lenguh kaki yo.. Keduanya, nak balik naik train, train ke selatan semuanya dibatalkan la nokkkk…! Ketiganya, nak balik naik bus?? I tak Tanya plak bus jalan ke tak. Tapi kan ke tengah banjir.. nak ikut mana plak bus tu nanti? Dah lah I fobia dengan bus. Keselamatan beb… So, ku putuskan…. Tinggal saja di bumi KL ini…………………………..

Walaubagaimanapun, cuti I tidaklah I biarkan tidak terisi. Walaupun ada ketikanya I rasa sunyi, I tetap manfaatkan cuti dengan aktiviti yang ada.. Apa dia?? Whole Thursday I spent time ke Pangkor menghadiri majlis pertunangan kawan baik. Pagi Friday baru sampai KL, flat habis… Friday tu spent time dengan bantal dan tilam je la hehe. But I sempat mencuci segala pakaian kotor yang ada. Whole day banyak habis masa kat rumah mak ben makan-makan then tengok tV… ben pun kepenatan yela dia sorang-sorang drive daripada pagi..kesian hehe.
Saturday morning I wake up late at 10 am. Tadelah lewat mana pun kan hehe. Then cuci baju yang dah pakai semalamnya tu. Dah janji dengan Kak Sue nak hangout sama-sama pergi jalan TAR. Janji lepas zohor so kemas-kemas dulu apa yang patut. Lepas menjamu selera di rumah mak ben (seperti biasa hehe), ben drop by I kat stesen komuter. Setengah jam jugak tunggu Kak Sue di sogo. I terawal sangat keluar rumah hehe. Dahlah menstrual pain masa tu.. adoyaiii.. segera cari pil supaya mood shopping tidak terbatas! Wahh banyak tudung murah-murahlah kat situ! Owh no… I kalah see all the foods there….@_@.... Penat berjalan kaki terasa lenguh. Tak pakai heel pun kaki flat…isk isk… Lepak-lepak at mamak minum air buah RM5 yang tak sedap langsung + roti bakar RM3 2 keping yang boleh I bikin sendiri di rumah!! Baik I beli je food kat pasar tu, sedap.. murah! Takpe2… pasni tak jejak dah restoran ‘Insaf’ tu.. memang ‘Insaf’ tamau gi muahahahah… Before balik we’ols redah hujan pegi pasar semula, beli foods and tapau bawa balik rumah. Train penuh… sabar je la..T_T…

Malam tu I tak kemana pun, keluar cari makanan si noty then balik lepaking di rumah ibu ben je. Beli junk food and goreng makan di rumah tengok TV huhu. Layan ‘Biarkan Aku Menangis’ di TV3… rindu sama mak di kampung halaman….uuwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Today??? Sepanjang siang I duduk menyendiri di rumah je. Basuh cadar telekung, towel dan segala pakaian yang ada.. mentang-mentang dah ada washing mashine membasuh je la keje I  hehe. Cuma keluar makan tengahari di rumah si dia then balik rumah.. sambung tidur sampai ke petang hehe. Malam tadi I keluar makan je.. balik rumah tengok tV, blogging this entry… and pasni tidur…… ahhhhh… esok keje? Macam ni la.. bila dah cuti lama mood nak kerja pun tade…… Sila bersemangat!!!

*Tengok calendar. Bila lagi cuti?? Ahhhaaa… 15hb, Maulud Nabi.. errr… do I entitle to take Annual Leave?? Since I confirmed on 2nd Feb last week, do I have right to take y AL now after probation of 6 month?? Hurm, ingat cam nak take leave 14hb… so bolehlah I ganti cuti CNY balik kampung jumpa my mak and abah…T_T… Berikan aku kekuatan ya Allah….. Ye… anda akan rasa sebegini kalau ur superior is kinda like…..nice but strict perhaps? Entahlah…

Till then y’ols…! ZZzzzzzzz

1 comment:

putribongsu said...

nnt kite jenjalan lagi ye...seronok2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers