9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, March 23, 2011

kucing juga perlu dikasihi

Seharian menghadiri training CPR+First Aid... terbaik!! Training itu sangat menarik! Banyak benda yang My belajar. Hurm, tanpa My sedar sebenarnya kita sebagai orang awam juga mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Oke, tak mahu cakap panjang sebab My akan hapdet pasal training itu esok untuk dikongsi dengan y'ols oke!^_^

 Malam ni My nak bercerita pasal apa yang sedang My tengok kat TV3 sekarang ni. OMG!!! citer pasal kucing!! bagusnya TV3 buat rancangan tu. Yela.. kucing juga tahu rasa sakit.. tahu rasa lapar... Tapi, tengoklah apa jadi dengan kucing-kucing di jalanan tu? orang selalu dok sepak terajang....T__T

My ni nampak je kasar tapi My sangat penyayang oke. Bukan je penyayang dengan manusia tapi juga dengan haiwan-haiwan ciptaan Allah... My ni cepat kesian dengan binatang.. even geli dengan lipas sekalipun, nak pijak dia bagi mati tak sampai hatiii sangat... Kalau tak boleh nak halau lipas lagi sanggup orang lain yang bunuh.. nak bunuh dengan tangan sendiri adoiiiiiiyaiii
Kalau lipas pun My tak sampai hati nak pukul apatah lagi kucin an an.. (tapi kucin My si noty kadang2 My ketuk-ketuk sikit kalau dia nakal hehe tapi pastu pujuk dia balik..;P). Sebab nak buktikan My ni penyayang pada kucing so My bela la... kucing tu datang sendiri kat rumah sewa nih.. masa dia datang kecit lagi.. sekarang dah remaja dah.. perot buncit je... heheh... comel bangat!!! i likeeeeee!

Tengok kat TV3 tadi Zakiah Anas pegi kat satu organisasi ni memelihara kucing-kucing gelandangan... Yang mana kucing yang sebelum ni terbiar dijaga baik di situ... bagusnya mereka-mereka tu an an... Kalau y'ols nampak kucing-kucing terbiar kat luar sana bolehlah hantar kat situ.. ni laman web nya... --> KELIK

Kenapa kita patut sayang kucing? y'ols tahu tak kucing ni adalah haiwan kesayangan Nabi dan sahabat? Pada zaman Nabi dulu baginda ada memelihara seekor kucing bernama Mueeza... Bagi baginda, kucing juga perlu disayangi sama seperti kita menyayangi ahli keluarga kita. Kalau y'ols juga adalah peminat kucing.. y'ols perasan tak? kucing-kucing belaan ni tahu yang kita ni tuannya.. kalau y'ols dah sayang bagi dia makan cium peluk dia.. y'ols biarlah dia merayap luar rumah pagi ke petang ke malam sure dia tetap balik ke rumah y'ols.. Bila y'ols bagi nama pun dia seakan-akan tahu nama dia yang dipanggil tika y'ols menyahut-nyahut namanya... Bila kita belai dia kenyit-kenyit mata je kat kita an an.. tahu je kita sayang dia... haih~.... indahnya ciptaan Allah tu an an...

Yang My kesalkan.. sikap sesetengah orang yang suka maki hamun sepak terajang kucing.. Kalau ada kucing kacau dia tengah makan kat kedai.. di sepaknya kucing itu.. Apalah seekor kucing yang tak berakal itu boleh berfikir... dia yang kelaparan cuma nakkan sesuap makanan untuk perut yang lapar...T_T 

My ada baca kisah kat satu blog ni tentang kucing bernama HERO yang survive setelah diselamatkan oleh seorang lelaki beberapa tahun yang lalu. Dia jumpa kucing tu dalam keadaan yang sangat teruk bila kakinya dipotong oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Papa Hero yang berhati mulia ni lah yang telah ambil Hero tu, rawat dia, bela dia hingga kini.... My kagum sangat dengan beliau.. Nak tahu cerita pegi SINI

Sayangilah haiwan... walaupun ianya seekor anjing dia juga makhluk Allah... Apatah lagi kucing yang halal disentuh dan dibelai-belai an an.. Kalau y'ols kasihkan makhluk Allah yang bernama haiwan ini, ganjarannya besar.. binatang inilah yang mendoakan untuk anda ke syurga kelak... Itu dekat akhirat kelak.. di dunia? InsyaAllah Allah berikan y'ols ganjaran yang tiada nilainya. Pada pembacaan My tentang papa hero beliau menceritakan sendiri bagaimana kehidupan beliau kerana menyayangi haiwan seperti Hero.. Yela, berbuat baik.. Allah balas juga dengan kebaikan an an...

Pada sesiapa yang takut kucing di luar sana cubalah jinak-jinakkan diri anda dengan haiwan kesayangan Rasulullah tu oke.. jangan disepak plak huhu...

till then!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers