9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, March 25, 2011

Tazkirah Jumaat - Amalan-amalan Sunat Jumaat


Adakah y’ols tahu? Banyak kelebihan yang Allah kurniakan pada Hari Jumaat, penghulu segala hari. Sebab itu kita dituntut untuk mempersiapkan siri bagi menyambut kehadiran Hari Jumaat. Yang sebaiknya, kita raikan Jumaat dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut.


Mandi sunat di awal pagi, berhias, dan memakai wangian
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari ini ( jumaat ) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. Jika dia memiliki minyak wangi, maka hendaklah dia memakainya." ( Riwayat Ibn Mjah dan Sanad Hasan ). Ops tapi harus diingat para wanita jangan pakai berlebihan sehingga mendatangkan rangsangan pada lelaki bukan mahram oke.. hehe

Memotong kuku
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rahsia memotong kuku mengikut Sunnah Rasullah adalah
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Namun hari yang paling afdal memotong kuku adalah Isnin, Khamis dan Jumaat

Membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat dan malam Jumaat
Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." ( Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi )

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)

Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat

Sabda Baginda s.a.w. maksudnya, "Perbanyakkan selawat kepadaKu pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaKu satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." ( Riwayat al-Baihaqi )

"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Memperbanyakkan doa

Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,

"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).



Bersegera menghadiri solat Jumaat.

Terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut:

waktu masuk ke masjid, seolah-olah berkorban:

Awal waktu - seekor unta
Waktu kedua - seekor lembu
Waktu ketiga - seekor kambing kibas
Waktu keempat - seekor ayam
Waktu terakhir - sebiji telur

Berusaha untuk duduk dekat dengan Imam semasa solat Jumaat

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda Baginda yang bermaksud, "Hadirlah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syuga meskipin ia memasukinya." ( Riwayat Abu Duad dan al- Hakim )


Wahhh banyaknya pahala yang boleh kita dapat dengan melakukan amalan-amalan sunat ni kan?

Moga kita mendapat keberkatan di hari Jumaat yang penuh Baraqah ini...^_^

Renung-renungkan dan selamat beramal~

10 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

heheheh.. suka entry ni.. belog besttt.. dah la suka komen yuyu. belog simple.. <3 <3 kena follow ni~

mynameismy said...

@___@ (yuyu ke tuhhhh??????!!!!)

tenks comellll!!!

Ujang9897 said...

YUYU tu nyah..lalalala


ini yg byk orang tinggl hari jumaat..tp senang jer dpt pahala free..=)

mynameismy said...

erk..
pahala tu terbuang jugak sebab doase tggl jumaat y berlipat kli ganda tuh..
rasekan

('',)kapie_art'sLover('',) said...

HAI3.. SINGGAH N FOLLOW CNI.. :) SELAMAT HARI JUMAAT.. :)

mynameismy said...

selamat2!;)

starangkor said...

soly2011
bigbigshowgay2011
sex2011twt
khmergirlshow2011
bangyaicity2011.blogspot
angkorstarly.blogspot

Dda Ly said...

thanks for sharing..saye baru potong kuku pg tadi..:)

meh ke rumah..
~hampir kehilangan kerana kelalaian~
keep in touch ye..♥♥♥

mynameismy said...

same2!;)

GiveAsh said...

banyak sungguh fadilat jumaat ni kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers