9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, April 29, 2011

Tazkirah Jumaat - Sah ke Solat ekspress? hurm.. jangan mencuri dalam solat..

KALAU ANDA ORANG ISLAM.. SILA BACA HINGGA HABIS

(sebelum My mula, kalau My silap di mana-mana isi di sini harap perbetulkan ye..0_o)
Sila setting kan mood anda ke mood kerohanian.. sambil diiringi selawat ataupun lagu-lagu nasyid ciptaan Rabbani, In Team, Hijjaz dan yang lainnya…

Alhamdulillah.. dipertemukan lagi kita di hari Jumaat yang mulia ini. Harini Ustazah My nak berbelog mengenai SOLAT.. Ha, sebelum tu nak tanya, y’ols solat Subuh tak pagi tadi? Yang buat.. Alhamdulillah.. yang tak buat? MasyaAllah… perbaiki diri lagi oke.. ^_^. Pabila dikejut jangan belasah plak hamba Allah yang kejut tu ye..Ops..0_o Yang tade siapa nak tolong kejutkan sediakanlah 2/3 alarm clock.. tak cukup jugak tambah lagi sampai 10 alarm oke..kat pasar malam berlambak jual. Kena! Kena belajar bangun pagi. Baru ada ciri-ciri suami dan isteri yang  soleh dan solehah.. tak gitu...?

Pernahkah y’ols.. tengah-tengah solat nih.. especially masa tengah solat bersama hamba-hamba Allah yang lain contohnya solat di surau kampus ketika menghadiri kuliah.. solat di masjid.. ataupun ketika solat di surau office.. atau di mana-mana pun dan ada hamba Allah yang lain solat bersama anda.. eh bukan berjemaah ye.. Yang solat bersama anda tapi solat nafsi-nafsi (sorang2).. Pernahkah y’ols rasa tidak kusyuk bila hamba Allah yang solat sebelah anda tu melakukan solat ekspress.. err.. ini tidak ada kena mengena dengan bas ekspress ye kawan-kawan. Haa.. pernah tak pernah tak? Y’ols tengah solat ni, tapi y’ols notice yang hamba Allah sebelah y’ols yang tengah solat tu solat ekpress.. ahh senang citer dia solat terlalu laju! Kalah ERL Express yang nak ke KLIA tu..

Lagi tak khusyuk bila y’ols rasa pelik sebab.. ‘eh rasa-rasanya tadi aku yang solat dulu.. aku baru nak tahiyat awal apesal dia dah tahiyat akhir?? Laju giler dia ni solat’.. haa.. tak pasal-pasal kurang pahala solat..-.-’ y’ols rasa.. sah tak solat hamba Allah tu? Y’ols rasa sempurna tak rukun solat hamba Allah tu? My selalu tertanya-tanya.. macam mana pembacaan surah.. rukuk.. sujud.. I’tidal dan segala perbuatan di dalam solat seseorang yang solat terlalu laju macam tu. Yela, My pelik. Laju nye dia solat.. baca surah apa sekejap sangat? Time ruku’, sujud tu.. takkan baca sekali je kot bacaan tu? Toma’ninah buat ke tak? Kan ke toma’ninah salah satu rukun solat?


Okay sebelum tu mari kita lihat satu video.. Ini salah satu contoh hamba Allah yang solat ekspress. 

Maaf ye.. video ini dipertontonkan bukan tujuan untuk memalukan. Tapi sebagai pengajaran untuk semua.. Persoalan sama ada solatnya diterima Allah atau tidak.. itu urusan dia dengan Allah.. jangan dipersoalkan oke..0_o Sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui akan sesuatu...


oke kita sambung lagi...
Ini pencurik di rumah org bukan dlm solat ye..-.-' (amik dr google)
Y’ols tawu tak solat ekspress ni dikategorikan sebagai apa? Pandai… inilah yang dinamakan ‘mencuri dalam solat’… Apa maksud mencuri dalam solat tu?

Solat yang dikerjakan dengan tidak sempurna iaitu dengan tiadanya toma’ninah. Disebut oleh Rasulullah sebagai nuqratud dik (solat seperti ayam yang mematuk-matuk)

Y’ols tahu apa itu toma’ninah? Mestilah tahu kan.. Takpe, dah tahu pun mari kita refresh kembali:

Toma’ninah ialah berhenti sekejap. Paling minima ialah dengan kadar satu tasbih. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta toma’ninah). (Riwayat al-Bukhari).

Toma’ninah ni semua orang tahu kan, ada dalam rukun solat? Jom kita refresh pulak rukun-rukun solat:
  1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
  5. RUKUK DENGAN TOMA’NINAH, membongkok 90 darjah.
  6. IKTIDAL DENGAN TOMA’NINAH, berdiri betul selapas rukuk.
  7. SUJUD DUA KALI DENGAN TOMA’NINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  8. DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD DENGAN TOMA’NINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Okay kalau anda lihat rukun-rukun solat di atas, terdapat 4 tempat di dalam solat yang perlukan toma’ninah iaitu:
  1. Rukuk
  2. I’tidal (bangun daripada rukuk)
  3. Sujud
  4. Duduk di antara dua sujud
Apa akan jadi sekiranya y'ols tidak melakukan toma'ninah di dalam keempat-empat rukun solat ini? Rukun Solat ni kan perkara wajib yang kita perlu lakukan di dalam solat.. makanya wajiblah kita buat.. bila perkara wajib kita tak buat apa hukumnya?? ha tahu pun... TAK SAH! Ertinya tidak Sah Solat serta terbatal dan perlu dibuat semula. 

Okay.. mari kita bersangka baik. Mungkin orang yang solat laju tu nak cepat.. So, dia hanya membaca Surah al-Fatihah di dalam solatnya serta tidak membaca bacaan ketika rukuk dan sujud. Yela, bacaan surah-surah lain itu kan sunat.. bacaan dalam ruku' dan sujud itu juga sunat.. bila sunat, tak wajib buat kan? So, bila bacaan-bacaan tersebut ditinggalkan maka sempatlah toma'ninah dan SAH lah solatnya. Mungkin itu yang cuba dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang solat ekspress ni tak?? Hurm.. tapi takkan setiap kali solat pun dia nak buat secara ekspress ek? Takkan setiap masa dia kena bersegera? Takkan setiap kali solat dia ada hal lain maka perlu solat ekspress? Kot ye pun Islam itu mudah kerana memudahkan kita, takkan semua benda kita nak ringkaskan?  Ye.. solat dia mungkin SAH.. akan tetapi.. Hamba Allah ini dah meninggalkan sesuatu yang amat bernilai bagi dia nanti.. sederhana di dalam solat maka sederhana juga lah bekalan di akhirat nanti ye dak? hurm... entahlah... 

Y'ols biasa dengar dan tengok tak kat TV3 especially bila waktu Zohor dan Asar..? Takde Azan kan? Tapi biasanya dia akan bacakan hadith dan riwayat kan? Pernah dengar yang ini?

Nabi s.a.w. bersabda:“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat.  Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: mereka tidak ruku' dan sujud dengan sempurna." [H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]
Masih terngiang-ngiang kat telinga My sebab TV3 dah selalu sangat ulang kan? Tapi pernah tak kita amati maksudnya yang sebenar-benarnya? Inilah yang My cerita kat atas tu... Meh baca cerita di zaman Nabi ni: 







Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.


Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) karena terburu-buru.


Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :


“Apakah kalian menyaksikan orang ini?
Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad”
Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.


”Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda.


Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merusak gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa.


Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.


Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.


Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).



Kenapa Allah dan Rasullullah SAW mencela dan mengancam perbuatan tersebut, sehinggakan disamakan dengan mencuri? solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandungi makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung. Meninggalkan toma'ninah merupakan bukti bahawa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan perkara itu juga termasuk penghinaan.


Jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri.. Kalau kita tergolong daripada golongan seperti ini.. berubahlah.. nak ke mana solat laju-laju?? Kan ke lebih elok kita solat dengan sempurna agar pahala yang kita peroleh juga sempurna malah dilipatkaligandakan.. tak mahu ke?? Jangan tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang rugi...


Renung-renungkan.... 


Sebelum kita akhiri tazkirah meh layan video besh ni... Layannn~


Singer:Sami Yusuf
Song: Asma Allah

Salam...wbt....^_^


sumber: Ustaz Naim, iLuvIslam, solat.info


21 comments:

mas saari said...

akak pernah tengok org solat camtu...
mmg laju...tak sampai 1 minit pun dia solat!

enuLwanie said...

teringat plak keluarga sy setiap mlm wt taalim(mcm tazkirah).
abah baca kitab yg ada psl fadilat solat,puasa, kisah para sahabat.

Along Usop said...

ngeee.. kecik2 dulu2 slalu buat.. :P

mynameismy said...

@Mas Saari

tahnye. giler an an.. haih~

mynameismy said...

@enuLwanie

same here! tiap2 kali maghrib pas jemaah abah slalu bace quran tuk kami then buat tazkirah... rindu nk balik kg! uwwaaa...!

mynameismy said...

@AlongUsop

haip! jgn buat lagi pasni!

padlie said...

rasanya solat express ni meletihkan..
tengok pun letih, apalagi buat..

terima kasih atas tazkirah :)

... said...

as salam..
adei..

kenangan lalu

>__<

Pembawa_Wacana said...

Laju takper...asal jangan tinggal rukun solat dan syarat sah solat... Yang video tu kalau diikutkan.... tak ikut rukun solat....sebab takde thoma'ninah dalam sembahyang...

najihatussolehah said...

mmg ada org yg laju sgt smayang..x tau la apa yg dia baca smpai cepat sgt..


muhasabah buat diri...

si gadis ungu said...

pernah tngk kwn solat cepat..kita yg tngh smbhyng pn jadi tak kusyuk tengok di laju sngt..hehe..
thx tuk tazkirah yg bgs ni..thumbs up.!:)

www.fierapirot.bolgspot.com said...

memang pun belum tentu kite solat byk2 Tuhan terime kite..lau xsembah yang lagilah dasyat...hurmm...akak terpikat dengan header blog...singgah and follow akak..

fiera said...

akak cube tekan??=)

mynameismy said...

@padlie

kan kan? rugi je buat mcm tuh..T_T

mynameismy said...

@Pembawa_Wacana

yup. u true bro.

mynameismy said...

@si gadis ungu

lainkali perli je kwn tu.. 'eh cptnye ko solat? ape yg kau bace?'
hehe..

nuanza said...

akak pun penah perasan...dia sujud, rukuk, kalau bg akak, x sempat nk baca apepun, dia dh siap berdiri..

Awatif ^^ said...

pernh juga nmpk org solat laju2..
sgt pelik.

bguslah ur entri ni beri kesedaran..

OreO HitaM said...

Gila laju dia solat

nunui Joe said...

samalah.. ad org tu 2minit solat 4rakaat. Khusyuk ke x itu antara dia dgn Allah sajalah.. Terima kasih atas entry ini ya :)

NSJ3108 said...

salam..x boleh tgk pulak video ni..hihi,kecian~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers