9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, June 2, 2011

cepatnye masa berlalu sekarang kan?

Assalamualaikum.. selamat pagi y'ols..;)

Hari Khamis sudah? esok dah datang lagi Jumaat.. whoooo cepat giler masa berjalan kan? Rasa macam baru semalam masuk 2011.. baru semalam My melangsungkan perkahwinan pertunangan, rasa macam baru semalam ke Vietnam, rasa macam baru semalam balik ke Segamat jumpa Mak Abah... rupanya.. dah lama waktu-waktu itu ditinggalkan...

cepat betul masa berjalan...hurm..

sedar tak sedar dah masuk bulan Jun.. dah setengah tahun dah kan? Tapi dalam setengah tahun apa je pencapaian yang kita dah lakukan? Rasanya macam baru je nak mula kan azam tuh.. tup tup dah bulan Jun.. rasa dah terlambat.. So jadinya tak tercapai lah azam.. sebab rasa macam kalau buat jugak mesti tak sempat mesti tak tercapai... hurm..-.-'

Perancangan untuk diri sendiri sepanjang 2011 nih.. macam tade pun listed. Dekat planner pun berderet dengan kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti company je sepanjang tahun. Kiranya all the things dah listed since earlier. jadinya senang lah what to do next next kan. 

Tahun ni kenduri kahwin je berderet. Rasanya sepanjang setengah tahun ni je dah lebih 5 orang kawan-kawan yang dah menamatkan zaman bujang. Tapi dek kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan ada sesetengahnya yang My tak dapat nak hadir meraikan. Tuhla.. mungkin disebabkan peredaran masa yang semakin pantas maka ianya membataskan pergerakan My... Sampai diri sendiri nak kahwin pun tak sempat..-.-'

Bercakap soal kahwin, ikutkan My dah nak kawen kot in June ni. heee...  bukanlah pernah menetapkan tarikh sebetulnya tapi pernah bercadang nak mendirikan masjid bulan ni. Tapi, My tak mahulah tergesa-gesa. Bukanlah sebab tak sedia atau nak melambat-lambatkan perkara yang baik, family pun kalau boleh suruh segerakan sebab orang kata tak elok bertunang lama-lama ni kan. Tapi tuh la.. Kadang-kadang rasa tak sempat pun nak buat perancangan perkahwinan tuh. Nak nak aktiviti company dah listed sehingga hujung tahun.. tambah pula kawan-kawan ramai nak kawen tahun ni.. Jadi tak nak lah nanti bertindih tarikh  tak sedap plak kan.. jadinya, My bagi lah kawan-kawan jalan dulu...;D takpe, buat apa nak tergesa-gesa.. ada jodoh kawen la kan. Lagipun nak kawen bukan benda senang.. mana nak fikir pasal kenduri.. jemputan.. mak andam.. photographer segala.. tu semua kena buat persediaan rapi tuh..

n yang sadisnya, kursus kawen pun My belum pegi lagi oke.... -.-'... demmm.. cakap pasal kursus kawen baru My teringat. Lepas ni kena segera pergi cari mana-mana tempat yang ada anjurkan kursus perkahwinan.. got time kena pergi jugak ni... hehe

haih~ moralnya, masa itu ibarat emas.. kita kena betul-betul hargai masa.. gunakannya dengan betul.. barulah tak kelam kabut macam My ni.. rasanya banyak dah masa terbuang macam tuh je....hurm..-.-'

adoii sakit perut... 

ok bai.


**terdetik nak buat account fesbuk lagi satu.. banyak sangat lah email masuk, noti pun penuh dek kerana blogger page.. hehe.. so, kalau My separatekan fesbuk tuk blog satu personal satu oke tak ek? tapi takut tak terjaga plak ada dua fesbuk. hurmmmm

4 comments:

msredcheesecake said...

cik my,
cepat je masa berlalu.kejap je da meningkat umur kita.oleh tu cik my, kalau da ready tu cepat2 je kawen...hheeee

... said...

wa'alaikummussalam..


▂ ▃ ▅ ▆ 60%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄


ha! rasa macam baru semalam kitorang panggil adik ni, akak~
usop dengan ujang la ni~

=p

oh! sibuk dengan kerja..
utamakan mana yang perlu. betul~
bagi kawan setel dulu bab kahwen. nanti tanya pengalaman. dari pengalaman orang lain menguruskan kehidupan berumahtangga la kita boleh berusaha menjadikan apa yang kita dah tahu, menjadi lebih baik.

wah! kursus kawen pun belum pergi..?
apa daa..kawe seawal 18 tahun dah pergi..tapi tak kawen2 lagi..
haha... takpe la..nak menjadikan diri lebih baik, kawen lewat pun takpe. jangan boros nak kawen je~

salah la..emas sekarang dah murah. boleh beli dengan wang ringgit. masa itu ibarat umur. umur dah tua, kerepot. kerepot2 pun, kena la pula osteoporosis.. ha! kan bahaya tu! tu belum campur lagi osteoarthitis rheumatoid masa muda2.. haa.. tu la..ber-internet kaw2 lagi tak hingat dunia~ maka~
berhati2~

Entri terbaru :

kerap melayari internet boleh menyebabkan penyakit arthritis

terima kasih..huhu~ =)

... said...

buat je dua akaun fb~
adik pun buat dua je kak~
serabut tengok..lagi pun, orang yang takde blog, cara berfikirnya, lain kan~

privasi mereka~

Cik Ecah said...

heeee xlamer lg nak jadi isteri org dah yea..:)

tu la..pejam celik pejam celik dah tgh taun... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers