9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, June 8, 2011

Demam NORA ELENA | SLOT AKASIA TV3

NORA ELENA… Drama yang sedang hangat diperkatakan hari ini selepas ASMARA II. Ianya merupakan slot akasia di TV3 yang ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis pada jam 7pm-8pm.
Drama Nora Elena adalah kisah yang diadaptasi daripada novel berjudul Kasih yang Suci, karya seorang penulis bernama Meen Zulaikha di mana ianya diterbitkan oleh Karangkraf. Tapi My tak pernah pun lagi baca novel ni. Lama kot tak baca novel hehe.

Drama ‘Cinta Antara Kita’ sebelum ni My tengok gitu-gitu je. Takdelah berapa eksaited sangat. Mungkin sebab pelakonnya yang tak berapa nak sedap mata memandang kot.. ops! Eh tapi betul hape. Pelakon pun memainkan peranan yang penting dalam sesebuah cerita kan kan. Kalau sebelum ni My tak kisah langsung kalau terlepas beberapa episode Akasia tu tapi this time… tanak terlepas satu babak pun!! Wallawehhhh..:D

Kalau orang demam tengok drama Asmara II yang ditayangkan setiap malam Selasa sebelum ni, My rasa demam lagi orang tengok drama Nora Elena ni. betul tak betul tak. Hehe. My ni jarang sangat dapat tengok cerita-cerita time maghrib ni sebabnya kadang-kadang balik kerja betul-betul time maghrib tu so balik je terus mandi solat segala kan.. so memang takde masa la nak mengadap tibi. Sampailah satu hari ni My tengok drama ni dah sampai part dia kawen. Masa tu kat rumah enchek tunang. Baru balik keja la tu tapi melekat kejap depan tibi. Masa tengok tu My doklah tanya dengan adik dia.. diorang ni kawen tak cinta sama cinta ke. Eh seth tu asalnya bukan Islam ke.. eh itu.. eh ini… sampai adik tu naik buhsan..-.-’
Pehtu situ sana sini heboh dok katakan pasal drama ni. Pelik. Yang lelaki dok giler dengan Nora Elena. Yang perempuan dok giler dengan Ahmad Seth Tan… Bloggers jangan cakaplah… Sana Nora Elena Sini Nora Elena.. demmmm~… pekejadahnya nihhhh????

Sudahnya tak puas hati. My pun pergilah ke tonton.com.my. Tengok dari mula-mula episode 1. Tak puas lah tengok dah separuh jalan kan. oke. baru 1, 2 episod tapi…

OMG!!!!!!!!! I fall in love!!!!!!!!

Mungkin disebabkan oleh jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakon yang boleh tahan… makanya ramai yang jatuh cinta…hehe. Kenapalah Aeron Aziz ni comel sangat dalam drama ni!!!!!!!!! arghhhhhhhhhhh!!! (hysteria)
arghhhh!!! *pengsan~
Drama ni diterajui oleh Aeron Aziz yang membawakan watak Ahmad Seth Tan dan Siti Saleha sebagai Nora Elena. Bagi My, kedua-duanya sangat bijak membawakan watak mereka. So suweeettt oke. Siti Saleha tu sesuai betul jadi Nora Elena. Aeron Aziz apetah lagi. Cumanya, kalaulah Aeron Aziz tu belum kawennnn… kan syiok hehe. Alah ape ade hal. Janji kau hensem kau pandai berlakon. Orang tak ingat pasal kau dah kawen d luar cerita kan. Yang orang bayangkan adalah Seth Tan bersama Nora Elena.. ho yehhh…!!! (woi cover skettt keterujaan tuh grr)

My dah tengok sampai episod sepuluh. Dah tak heran dah drama tu dah sampai episod 19 harini kat tibi. Yang penting My nak tengok satu persatu episod. Nak tengok dalam keadaan tenang tanpa ada iklan, buffering segala. Baru ada feel..;D Nasib baik ada tonton.com.my tak perlu risau kalau terlepas di tv3 hehe… Sekarang ni kalau ada masa terluang je konfem terus ke tonton.com.my!!
tenkiu!!!! muah muah!!
Y’ols pun suka tengok tak?? Hehe. Tak layan?? Rugi lorhhhh… errr… bukanlah My terlalu taksub just suka-suka je.. bukan reality pun janganlah marah...grr…-.-’…

Errr.. ingatkan nak tulih sinopsis sekali. Tapi macam dah panjang je. Tulih kat entry lain je la.. hehe.

Agak-agak y'ols drama ni bleh lawan drama Adamaya, Nur Kasih, Lagenda Budak Setan tak? heee~

Nota kaki: wahhh lepas ni Siti Saleha setanding Lisa Surihani la kan hehe..


10 comments:

Isteri Encek Bard said...

adeh penyakit baru nie

Faztee Danisha said...

sy pn bnyk ktinggln epsd cite tu..start tgk snin minggu lps..terus jatuh ht kt cite ni..sngt rugi..skg ikuti perkembangan dia:

dpt novel nora elena
jom kenal ngan nora elena
Tsinopsis novel KYS-nora elana

mas saari said...

akak tak layan sangat cite ni...tgk sekejap2 je! tak taulah best ke tak..

Akulah Pak Lan said...

adeh..Nora Elena lagi..haha

Farah Shamsudin said...

Saya kadang2 je layan.. ikut pada masa..

YanaMIB said...

kita dah jatoh centa dgn seth tan!! miahaha~ omg! beliau sgt ensem! ^_^

KAMIHIDUP said...

cerita ni hot sebab aeron. saleha ni tak cantik sangat, tapi oklah. :)

fyna said...

fyna x tgk..tp ramai yg kate cite nih besh..
tgk la ujang...da obses da...
:)

Pembawa_Wacana said...

Tak tengok pun.....huhu. GA boleh masuk lagi..hihi. Ke dah masuk ek? Tak cek pun lagi....hadoi....

kayrul-shah said...

tension bila tengok kat tonton..naper lembab sangat erk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers