9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, June 14, 2011

Kuih Melaka a.k.a. Onde-Onde

Sebenarnya nak hapdet pasal ni dari haritu lagi. Asyiklah lupa hehe. Sabtu lepas sewaktu semua orang sedang hangat menunggu perlawanan Piala FA di antara Ganu dan Kelate My pula bertungkus lumus membuat kuih Melaka a.k.a onde-onde di dapur dengan harapan segera siap agar My tak ketinggalan menyaksikan perlawanan huhu..

My ni bukanlah tak pandai langsung memasak. Mungkin sebab My jarang masuk dapur makanya tak semua jenis masakan My reti nak buat. Biasalah duduk membujang ni kan rasa tak berbaloi nak masak untuk sorang-sorang. Nak nak balik keje dah maghrib makanya memang tak lah memasak tu kan. Walaupun My tak berapa nak pandai memasak tapi My rajin mencuba! Tengok je resipi mesti My boleh buat Cuma sedap dengan tak sedap je laaa… ngee~

So, kalau sebelum ni My cuba buat Kek Batik, Bihun Singapore dan Bihun Sup Utara.. kali ni My cuba pulak buat Kuih Melaka. Ada orang panggil onde-onde. Huhu. Jom-jom tengok resipi kejayaan My nih:

Bahan-Bahan

Tepung Pulut
Susu Cair
Pewarna
Gula Melaka/Merah – dipotong dadu
Kelapa Parut
Air

**sorrylah lupa nak ambil gambar bahan-bahannya 

Cara-Cara:

1) Tuangkan tepung pulut ke dalam bekas. Tuang air sikit-sikit dan gaul sampai jadi doh yang tak melekat kat bekas tu. 
Tak melekat pada bekas!
yeay! tak melekat pd tangan juga! berjaya!
Part ni mula-mula den konpius sket. Yela tak pernah buat kan. Boleh plak My terletak air banyak macam nak buat jemput-jemput. Lepas tu adunan tu jadi melekat bila digaul.. grrrr… text Putri Bongsu tanya camne, ooooo senang je.. tambah tepung bagi dia sampai jadi tak melekat. Usaha punya usaha.. uli punya uli akhirnya menjadi juga!!! Yeay! Baru nak give up time ni hehe

2)Masa duk gaul-gaul tu campurkan 2-3 titik pewarna dan susu cair pehtu uli hingga rata.

Biasanya kuih Melaka ni kaler ijau. Tapi My nak try ikut Putri Bongsu buat kaler merah ngee~. So, My titikkan pewarna perisa rose.

besar senanya kan..-.-'
lapik plastik!
3. Lepas tu agak-agak dah sebati dah tak lekat-lekat dah boleh buat bolat-bolat makanya mulalah membuat adunan kuih Melaka. Ambil sejemput pastu kasi bulat dan leperkan dia kemudian isi gula Melaka yang dah dipotong dadu. Cantumkan dan buat sampai jadi bulat macam bola pingpong. Sebelum dimasak tanak bagi melekat letak atas bekas/pinggan yang dilapik plastik. 
4. Rebus dalam air mendidih sampai kuih timbul dan biar masak sekejap. Pehtu baru angkat dan toskan. 
5. Golek-golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

6. Siap!!! Ngeeee~ ni kueh melaka ke kuih sagu ni??-.-' mahaplah My tak reti budget agak terbesar sikit hehehehe.. Lagipun nak cepat habeskan sebab nak tengok bola masa nih..;D First timer takpe2 dimaafkan... hehehe.. Inilah kuih Melaka versi XXL! ho yehhh

Dah siap apa lagi.. jamulah kat bakal mak mertua yang dok rumah depan tuh!!! ngee~


TQ pada Putri Bongsu untuk resipi Sajian Kebahagiaannya.. hehe

p/s: pasni nak try masak apa plak ye?? hurmmmm

9 comments:

KAMIHIDUP said...

KAMi suka yang warna hijau. :)

Подтверждаю said...

as salam..
apa daa warna pink. warna hijau lagi sedap apa. warna pandan~

ni rompak mana gambo ni pakcik mat punya ke? hahaha~!

forever love said...

wah.. atq mmg plan nk buat pun.. hihi

mas saari said...

montelnya onde2 dia!
akak suka warna hijau atau guna pulut hitam..

Dayana AZ said...

nampak sedap wrna pink :D yumm

http://www.herstoriie.com/2011/06/hidup-meriah-dengan-hadiah.html

kak my, :) thanks!

Cik Ezy said...

kalo kaler ijau baru nmpk onde2 kot..
ekeke..
tp comel jgk kaler merah..

Gen2Merah said...

wahaha.. saya memang suka makan kuih.. nyum nyum
salam ukhuwah salam kunjung mengnjung ya (",)

msredcheesecake said...

CIK MY,
SGT SUKA KUEH NI...MSRED PANGGIL KELEPUNG...TATAU LA MANA DAPAT NAMA TU...MEMANG LAYAN....KALAU MSRED BUAT SENDIRI GULA MELAKA NYA LETAK SEBANYAK YG BULE...KEEE

waN Mohd Salim said...

laaaaaaaaa nak jugak kek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers