9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, June 3, 2011

Tazkirah Jumaat - Hindari diri daripada MENGUMPAT

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar anda dan Iman? Diharap semuanya baik-baik je..

Ini entry otopublish. Di saat y’ols membaca entry ni My mungkin sedang berada di UiTM Shah Alam, bersedia untuk bertempur dalam perlawanan futsal..;D Harini My bercuti.. replacement esok public holiday.. y’ols? Heee tu yang beshnye keje kat company My ni.. sabtu public holiday jumaat otomatik cuti.. apetah lagi kalau public holiday jatuh hari Ahad kan hehe..

Sempena hari Jumaat penuh barakah ni My nak post sikit je. ini merupakan sambungan kepada entry tazkirah Jumaat lepas berkenaan mengumpat. Boleh rujuk entry INI. penting tu untuk y’ols baca, sebab My tahu y’ols pun tak lari daripada melakukan kesilapan yang sama..;D

Kalau minggu lepas My beritahu mengenai dosa mengumpat dan dosa itu hanya akan diampunkan oleh orang yang kita umpat maka minggu ni My nak senaraikan pula bagaimana untuk menghindarkan diri daripada mengumpat.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.

  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

  • Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain

  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Jadi, hindarilah diri kita daripada memperkatakan mengenai keburukan orang lain dengan:

  • Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

  • Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

  • Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

  • Jauhkan diri daripada orang-orang yang memperkatakan mengenai keburukan orang lain. Kalau anda tidak boleh menjauhkan diri atas dasar nak jaga air muka mereka jangan mengiyakan atau menidakkan perkara yang diumpat itu. Cuba!!
  • Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
  • Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Moga kita terhindar daripada dosa-dosa besar ini. Amin…

*************************************************************

Harini 1 Rejab y’ols!! Ada yang puasa?? Besar pahalanya kalau berpuasa bulan Rejab nih. My cuti so tak bolehlah puasa ngee lagipun tengah sports kan. next weekla. Jom puasa!!

Bersabda Rasulullah saw maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Sekian… ~

Sumber: SINI, SINI, SINI

2 comments:

... said...

as salam..

... said...

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

jadi, kurangkan mengumpat secara tak sedar. ok2 stop panggil akak

=)

yols tu pekebenda?

perkara yang mendorong tu, selalu nampak dalam maharaja lawak.hehehe..

hari ni jumaat ke? bukan sabtu?huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers