9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, June 30, 2011

Wardina berehat dua bulan daripada mengacara MHI gara-gara blogger

Berita yang tidak asing lagi, mengenai Wardina Saffiyah yang semakin menular dan hangat diperkatakan gara-gara dia menghadiri satu majlis anjuran Parti Pembangkang baru-baru ini. 

My agak lambat sikit hapdet pasal perkara ni mungkin sebab My takde 2 hari lepas kerana balik ke kampung atas pemergian nenda terchenta. Jadinya, My cari dan gali di laman-laman akhbar dan sesawang apakah punca atas kemelutan yang berlaku. Oooo... atas sebab itukah Wardina dikecam? Adakah kerana itu Wardina ditohmah dengan bermacam-macam tuduhan?

No wonder lah kelibat Wardina tak kelihatan sebagai pengacara MHI minggu ini. Tak pasti hari terakhir dia mengacara pada hari Isnin baru-baru ini atau minggu lepas. Yang pastinya 2 hari ni dia memang takde. My memang peminat setia MHI. Setiap hari semasa bersiap ke kerja My akan pastikan televisyen di buka untuk menonton MHI. Pelik, semalam M. Zul mengacara bersama Ally Iskandar. Harini Ally Iskandar bersama Nurul shuhada pulak. Biasanya Wardina ada.. Tapi ke mana Wardina? Bila baca tentang kemelut yang melanda dirinya baru My tahu cerita sebenar..
MHI TV
Gara-gara Wardina pergi ke Program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya Ahad lalu, ada mata-mata yang melihat dan telah memfitnah akan kehadirannya ke program itu dengan politik tanah air. Sedangkan Wardina sendiri pada awalnya tidak tahu program tersebut adalah anjuran Parti Pembangkang sebaliknya dia dijemput oleh seseorang individu untuk mengadakan ceramah mengenai keibubapaan.  

Akibat daripada itu, ada sesetengah blogger yang telah menulis artikel berunsurkan fitnah dan mengatakan dirinya turut terlibat dalam aktiviti politik bersama Parti Pembangkang. Yang menyedihkan Wardina adalah apabila gambarnya ketika tidak bertudung dulu disebarkan dengan kata-kata nista dan hina.

Sudahnya, Wardina telah membuat keputusan untuk berehat selama dua bulan walaupun pada awalnya pihak TV3 tidak bersetuju bimbang masyarakat akan beranggapan lebih buruk akan tetapi masyarakat harus faham Wardina sedang mengalami tekanan dan tidak mampu menggalas tugasan dengan sempurna.
MHI TV3
Hurm… kesian kak Wardina. Tak pasal-pasal kena sembur. Sedangkan sebelum ini dah banyak kali beliau bekerjasama dengan badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) tak pernah pun timbul sebarang isu dan salah faham tetapi kenapa kali ini ianya menjadi isu pula? Saja je diorang ni nak provoke hal-hal yang tak sepatutnya menjadi isu sedangkan Wardina orangnya bergaul sengan sesiapa sahaja. Salahkah beliau ingin menyampaikan dan menimba ilmu bersama masyarakat? Ini lah manusia.. buat baik salah.. buat tak baik lagi lah salah kan…-.-’

Buat blogger-blogger yang berkenaan, henti-hentikanlah menulis entry yang berunsurkan fitnah tu. Kalau kamu buat, lagi dapat dosa je. Yang dapat pahala? Wardina Saffiyah gak. Kamu nampak ke apa yang dibuat Wardina ketika Majlis tu? Tu tu yang sebarkan gambar tu… tu lah orang pertama yang dapat dosa besar sebab memfitnah tuh. Sebabkan kamu, orang buat entry.. orang yang baca pun terhasut sama disambut plak dengan komen-komen yang menyokong… haih~ dah jadi fitnah berantai tawuuu… Tak reti dosa pahala ke?  Sedih betul la..-.-’

Dah-dah, pegilah delete entry yang ada unsur-unsur fitnah tu. Kang tak pasal-pasal kena saman plak. Kak Wardina bagi tempoh 14 hari je y’ols… kalau tidak tindakan terpaksa diambil. So, berwaspadalah. Nanti bukan kamu je dapat nama busuk.. blogger-blogger lain yang tak bersalah pun dapat nama. Yela, dalam statement beliau kan sebut kepada ‘blogger-blogger’ yang menulis………… haaa.. kan ke ada perkataan ‘blogger’ di situ… Sentap jugak lah baca sebab kita pun blogger jugak walaupun kita tak buat keje-keje kotor tu kan…-.-’…

Daripada membuat tohmahan dengan cerita-cerita yang kamu tak tahu hujung pangkal ada baiknya kamu dok diam je. Jangan buat apa-apa jangan respon apa-apa takdelah bertambah berat bahu kiri kamu tu kan.. Tak salah nak jadi blogger.. nak buat entry.. Tapi berpada-pada lah.. dan isi tu pun biarlah BERSIH…

Haaa haa.. bukan perhimpunan BERSIH oke… haip!

Buat Kak Wardina… diharap bersabar ye.. Sesungguhnya Allah sentiasa di sisi hamba-hambaNya yang teraniaya… Ada baiknya kak Wardina berehat dan tenangkan fikiran. Moga-moga isu ini cepat reda… dan Kak Wardina pun cepat-cepatlah kembali ke MHI… rindu nak tengok Kak Wardina mengacara…T_T

#okbai

Sumber: Utusan, Google

6 comments:

iPai said...

kesian kak wardina .. wuuu ..

msredcheesecake said...

Cik my,
Kesian wardian...msred rasa dia tu baik..takyah lah kita susahkan hidup dia kan...

Ibnu isa said...

dugaan tu..

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/sam-lisa-surihani-artis-termahal-di.html

Pembawa_Wacana said...

Kesian kakak aku....:'(

forever love said...

ptt la takde dalam MHI.. hurm.. tuela.. dah salah gunakan pltform blogspot nie..

Cik.Tedy said...

urmm cian kt wardina kn..x pasal2 kene fitnah..pemfitnah tuu semua x int kew dosa memfitnah lebiy besar dr dosa membnuh..aduhai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers