9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 18, 2011

"Akak ada nampak guli adik?" | REVIEW FILEM FLAT 3A

REVIEW FILEM FLAT 3A


Pengarah
Azhari Mohd Zain

Penerbit
David Teo

Genre
Seram

Barisan Pelakon

Adey Syafrien sebagai Anas
Intan Ladyana sebagai Fiqah
Syasya sebagai Ratna
 Ery Zukhairi sebagai Ustaz Wahyu
Khaty Azean sebagai Emak Fatin

Sinopsis

Mengisahkan mengenai Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah, segala perbuatannya sering menghantuinya. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila kanak kanak yang dijumpainya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?
sumber: thebestfilms

Review Penulis:

Cerita bermula dengan sepasang kekasih yang terlanjur dan akhirnya menghasilkan benih tak berdosa. Atas desakan kekasih yang dicintai Fiqah menggugurkan kandungannya dengan menelan pil pemberian Anas kekasihnya. Akibat trauma dan tidak tahan dihantui kisah silam Fiqah dengan bantuan kawan baiknya Ratna, berpindah ke sebuah rumah murah di Flat 3A. 

Di rumah tersebut Fiqah masih dihantui dan sering diganggu. Malah kanak-kanak bernama Fatin juga sering menghantuinya tanpa diketahui dari mana asal-usul kanak-kanak itu, sehinggalah suatu hari, sewaktu Anas datang ke Flat berkenaan dia juga diganggu oleh bayangan kanak-kanak tersebut. Rupa-rupanya sebelum ini Anas mempunyai kaitan di sebalik semua ini... Dia pernah mengenali Kang Suman pemilik rumah berhantu berkenaan dan pernah berjumpa dengan kanak-kanak bernama Fatin itu.. Tapi kenapa? untuk apa? Apa kaitannya? Ratna pula, daripada siapa dia menyewa rumah terbabit? Kenapa Ratna tidak pernah diganggu??

Tengok sendiri kat pawagam.  Mahal-mahal den beli tiket nak beritahu y'ols ending? kirim salam..;D

Hurm.. citer ni bagi My biasa je. Yang tak munasabahnya, kat perumahan flat tu takde orang lain yang duduk ke? Time orang suspen dok menjerit-jerit tak nampak satu kelibat pun penduduk flat lain.. Takkan diorang pekak sampai ada orang jerit kat pun tak dengar kan.. Yang ada semua barisan pelakon je.. Makcik and akak sebelah rumah tu pun tak muncul-muncul dah... tak logik langsung..-.-'

Lepas tu konfius dengan suasana yang kejap siang kejap malam.. Mula-mula ke kedai masih siang tiba-tiba balik flat dah malam.. tak logik tak logik..-.-' 

Korang kalau nak menyewa rumah nak ke rumah yang dah macam rumah tinggalan bertahun-tahun dengan sawang-sawang dan barang-barang yang menyeramkan dalam rumah... nak? Macam mustahil je ada orang nak menyewa rumah macam tu punya rupa.. buruk giler oke.. tak logik betul..-.-'

Jalan cerita macam tak berapa menarik tapi part-part nak bagi orang terkejut and rasa nak menjerit and cabut bijik mata bagi tak nak nampak semua tu ado... haha.. My pejam mata hoke.. lagi-lagi part kanak-kanak nama Fatin tu memang menjadi... Dia lah pelakon terhebat dalam citer ni sebab berjaya buat orang meremang bulu roma hoho..

Yang menyeramkan bila Hantu Fatin ni nyanyi:

Satu satu... Fatin sayang Emak...
Dua dua... Emak sayang Fatin...
Tiga tiga sayang sama sama...
1 2 3 sayang selamanya.......

Pergh.. masa type lirik lagu Fatin ni pun terasa-rasa macam dia kat sebelah. demmmmm~

My bagi 2.5/3 untuk filem ini. Cukup lettew....;D

Nak tengok pi pawagam sekarang!

9 comments:

Penggemar Coklat said...

kalau ada $$ lebih nak tengok gak tp tgh tunggu crita Hanna dgn plakon mr.bean tu ditayangkan..hohoho

fa said...

fa xkn tgk cerita hantuu.. menakutknnnn.. hehehe

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Nk tgk jgk! Urm..

Marya Hana said...

huhu. pengarah die my lecturer.. :)

msredcheesecake said...

cik my,
kat flet tu suasana gelap, macam malam.... betul ke seram? termimpi2 tak? fatin.... hheee

jika berminat jemput join segmen, tengs yea...

http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/07/life-blogger-tak-happening.html

Qaseh dalia adelia said...

tgk sikit2 dah lah .. malam ni g toilet sape nak teman ..

mas saari said...

ermmm...cam tak best je!
tapi akak suka tgk cerita hantu ni..

putribongsu said...

woiii fatin kat sbelah tu watpa?? teman tdo ke?

Mama Zara said...

adehhh..nyesal lak baca review citer hantu ni...

sebab part lagu yg fatin nyanyi tu...gegirl mama sukaaaa ya amat nyanyi lagu tu...huhuhuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers