9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 18, 2011

JUVANA EPISOD AKHIR TV3 | 9 MALAM

Kepada pengikut setia Drama Juvana di TV3 setiap hari Isnin, 9 malam..  Jangan lupa saksikan malam ini Episod 13 yang merupakan episod akhir Siri Juvana!!!

Drama Juvana yang mendapat rating penonton lebih 2 juta kini sudah sampai penghujungnya. Pastinya peminat-peminat Juvana tidak sabar untuk menyaksikan episod kemuncak drama ini malam ini.

Drama Juvana Episod yang lepas menyaksikan Daim dipulaukan oleh kawan-kawannya kerana menjadi punca kekalahan mereka dalam pertandingan debat. Daim yang sengaja memberi kekalahan sebelum itu terdengar perbualan di antara Guard dan Warden Raja. Di dalam perbualan tersebut Daim terdengar Guard mengugut sekiranya dia tidak dibayar lebih tinggi dia akan membongkarkan mengenai Warden Raja yang telah menggunakan dana sekolah untuk kepentingan diri sendiri.
Daim kemudian mengesyaki Warden Raja tidak membawa rakaman suara pengakuan Kedah mengenai pembunuhan ibunya ke muka pengadilan dan ia disahkan apabila dia hampir bertanyakan kepada Datuk mengenai hal tersebut. Berikutan itu, Daim sengaja memberi kekalahan kepada sekolah tersebut supaya Warden Raja mendapat malu.

Daim telah menceritakan hal tersebut kepada Cikgu Zakiah dan kawan-kawannya namun didengari oleh Botak sebelum dia melaporkan hal tersebut kepada Guard dan Warden Raja. Daim dan kawan-kawannya dikurung dan dibelasah dalam kurungan. Cikgu Zakiah yang mendapat tahu hal tersebut cuba menghalang tetapi Warden Raja melarangnya mencampuri urusan mereka.
Belum sempat Cikgu Zakiah hendak keluar untuk mengadu kepada pihak berkuasa dia telah dipengsankan oleh Cikgu Azmee yang disangkakan baik.

Apakah seterusnya yang akan berlaku? Adakah Cikgu Zakiah akan diapa-apakan oleh mereka? Selamatkah pelajar-pelajar yang ditangkap?



Teaser episod terakhir memaparkan Botak berhasrat untuk membunuh Daim demi menutup kerja jahat Cikgu Raja & Cikgu Azmee. Teaser tersebut telah membuatkan ramai peminat Juvana berspekulasikan pengakhiran drama tersebut. Antara teorinya :
  1. Daim mati dibunuh oleh Botak ketika bergelut nak bebaskan Cikgu Zakiah.
  2. Daim berjaya melepaskan diri, manakala Cikgu Zakiah menjadi mangsa kerakusan Cikgu Azmee.
  3. Daim & Cikgu Zakiah berjaya menyelamatkan diri, manakala Cikgu Raja, Cikgu Azmee & Botak telah ditahan polis. Oh, pengakhiran yang sangat cliche.
  4. Botak sebenarnya baik & bekerjasama dengan Tony untuk memerangkap Cikgu Raja & Cikgu Azmee.
Apa pun, itu sekadar teori. Tak sabar rasanya nak tengok apa yang terjadi kepada Daim & Cikgu Zakiah dalam Juvana, pukul 9 malam ini di TV3.
(sumber: Oh! Bulan)
Apapun, jangan lupa saksikan malam ini di TV3 tepat jam 9 malam!!! Yang bekerja macam My sila balik awal hohohoho..;D

#okbai

7 comments:

Nabila Huda said...

memang x sabar nak tengok..

waN Mohd Salim said...

ps suke tengok film ni huhuhu

putribongsu said...

baiklah mari blk awal

Mira R. said...

okay, tak sabar nak tengok kesudahannya macam mano. wewewew~

azam said...

best jugak ni.....xpe nanti ada juvana2

RATU QASEH SAIFUDIN said...

xsabar nk tgk malam nnti..

Cik Mira said...

haaa tak saba nk tunggu malam ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers