9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, August 15, 2011

Aku Jumpa Lailatulqadar!!

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi


kehkehkeh~

sumber: email forwarded


nota kaki: ai bizi youuuu petang kang ada management review miting... nak kena tacap presentation...-.-'

8 comments:

Anum said...

marah betul abah kan

Mr.Baiz said...

hakhakhak..aku duk gelak sorang-sorang sambil gelak golek2...kelakar dowh...

mas saari said...

adehhhh...nampak sgt tak dah lama tak pi masjid! hahahahaaa

Yanaa said...

hahaahaa..cite yg dpat mengejutkn semua orang..hik3

YanaMIB said...

haha mmg nmpk sgt xamek tau psl masjid kt kg tu =P

Run Away said...

kahkah...;d...kelakar...;d

beluncas ^.^ said...

hadoii .. kelaka lol . HAHAHAHHAHa

farhan said...

wahaha...kelakar la..tergelak aku baca...igt btul2 ade lailatulqadar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers