9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar, Nor Aishah sah putus tunang

Khabar angin mengenai pertunangan Ally Iskandar dan Nor Aishah yang dikatakan bertemu jalan penghujung akhirnya disahkan oleh tuan badan sendiri di dalam akhbar hari ini. Ternyata ikatan pertunangan yang dibina selepas lima bulan tidak dapat lagi diselamatkan kerana baru sedar mereka tiada persefahaman.

Ally Iskandar dan Nor Aishah sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka penghujung tahun ini namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila memutuskan pertunangan mereka. Perbincangan mengenai hal ini dikatakan berlangsung dengan baik apabila keluarga Ally datang berkunjung ke rumah keluarga Nor Aishah untuk memutuskan pertunangan mereka Sabtu lalu. Namun hubungan kedua-dua belah keluarga masih baik walaupun mereka tidak lagi bergelar tunang kerana kedua belah keluarga mereka telah lama kenal.

Ally mengenai Aishah yang juga naib juara program reality Gadis Melayu musim pertama sejak 2008. Hubungan mereka mula serius 3 bulan sebelum membuat keputusan mengikat tali pertunangan 11 Februari lalu. Bagaimanapun majlis pertunangan mereka gagal dihidu media apabila pasangan ini memilih untuk mengadakannya di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang secara tertutup.

Nota kaki My:

Inilah yang dikatakan ‘tiada jodoh antara kita’… sepertimana yang My kata di entry sebelum ini di SINI, tempoh pertunangan ni lah merupakan masa untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat. Yela ada sesetengah pasangan mungkin semasa sebelum bertunang belum menunjukkan sifat sebenar… So bila dah bertunang barulah kita lebih mengenali hati budi masing-masing. Ternyata dalam tempoh lima bulan ini Ally dan Aishah menunjukkan tiada persefahaman antara mereka dan Alhamdulillah perhubungan itu berakhir dengan cara yang baik… Tidak ada yang melatah tak tentu pasal… rilex sudah kan

Apapun semoga kedua-dua mereka ini tabah. InsyaAllah akan datang akan dipertemukan jua dengan calon yang telah diciptakan untuk mereka seperti yang tercatat di Luh Mahfuz… ;)

Sumber: Berita Harian


5 comments:

officially19 said...

erk,lagi seorang.tapi baguslah settle cara baik.takde gaduh-gaduh or main serang-serang.=D

Anum said...

mungkin tiada jodoh mereka kan
yng penting cara mereka menamatkan hubungan tanpa permusuhan

cantekk said...

bagus la, putus tunang..dpd bcerai Allah tak suka..

YanaMIB said...

seeloknya dirahsiakan psl pertunangan =)

cik_nini said...

tunang sorok sorokkan, kawen hebah hebahkan. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers