9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, August 14, 2011

BERPAGI-PAGI

ihsan google

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith maksudnya:
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi
Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
Dimakruhkan tidurmu –wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang berakal.
**************************************************************


Kebanyakan orang semua tahu tidur lepas subuh tu mewarisi kepapaan... tapi kenapa dia tetap buat? (termasuklah yang menaip ni pun*kadang-kadang...-.-')... Asal lepas Subuh je tidur. Itulah akibatnya sebab sayang benau dengan incik tidur tu kan. Masa sesaat yang dibazirkan selepas Subuh pun dianggap sangat berharga... Sesudah lelap, matahari atas kepala baru nak bangun...;D *saya lettew....-.-'

Tapi tengoklah, kadang-kadang je My tidur lepas Subuh... Yela dalam seminggu kan ada 7 hari... kalau 5 hari My bekerja konpem lepas Subuh My tak tidur dah sebab terus bersiap-siap ke kerja. So, weekend yang 2 hari tu je lepas Subuh My tidur..;D Itupun tengoklah kalau malam sebelumnya tu My tidur agak lambat memang lepas solat subuh je terus bantai qada' tidur . Kalau tak My memang akan berjaga at least sampai siang sikit baru lah sambung tidur. 

Untuk mengelakkan tidur lepas subuh biasanya My habiskan masa dengan online la. Takpun My tadarus Quran, takpun My basuh segala baju atau mengemas rumah sampai licin tahap boleh cermin muka hehe. Then selepas tu barulah My sambung sikit tidur tu. Bukan apa korang... 5 hari seminggu dah kekurangan tidur sebab bekerja kan. Tidur pun tak tentu masa... letihnya lagi. So masa weekend ni je lah yang ada untuk My qada' kan tidur. Kira balas dendam lah selepas penat 5 hari berturut-turut kerja.... rehatkan badan..;)

Tu ok lah My bangun subuh taw. Ada orang tu langsung tade solat subuh dalam kamus hidup dia. ape kes? Janganlah macam tu. Solat 5 waktu tu kan wajib... Kalau susah bangun subuh kenalah train diri tu supaya boleh bangun. Kalau nak gi kerja kita boleh je terjaga pagi takkan nak solat tak boleh kot? Ke saja-saje tak boleh ni? 2 rakaat je sayanglah kalau kita gagal laksanakan perintah Allah yang satu ni...;) My, Alhamdulillah susah nak tinggal solat subuh paling tidak pun ter'gajah' sebab tak sedar bunyi jam hehe. Bukan apa bila tak bangun subuh tu rasa semacam je dalam diri... tak sedap hati so walau mengantuk macam mana pun My cuba lawan and bangun ambil wuduk. So, pada korang yang rajin tinggal subuh tu latih-latih lah diri bangun subuh pasni k? ;)

Hurm.. semalam My masak bihun goreng tomyam untuk berbuka. bleh lah.. not bad... cuma masin sikit biasalah puasa kan tak bleh nak bajet masinnya tu hehe. Harini My plan nak masak spaghetti and kuih melaka. Dah beli pun bahannya. Spaggheti festime nak try buat. Kuih Melaka kalau buat ni kira kali kedua lah. Hehe saje je berlatih masak kang nak kawen senang... Bila lagi kan nak masuk dapur kalau bukan time weekend camni. Kalau hari bekerja memang tak lah hehe... Korang masak apa hari ni? Ke masak kat bazar Ramadhan je? hehe... Nanti My kongsikan masakan Bihun goreng tomyam tu kat korang k?;)

Eh dah sianglah.... dah boleh tidur...;D  till then!~

notakaki: anyone ada resipi spaghetti sos tomato tak? mehla share... gelabah nak buat petang kang ni..-.-'

5 comments:

alif haris said...

berpagi2 sy tido har har har :D

H.J said...

nasib baik pagi ni tak tido lagi..aaha

♥ cik kieranaa ♥ said...

hari ni sy tdo afta subuh!
sbb penat sgt bt keje smlm. huhu..

len kali try xmo tdo!

Aisyah Aina said...

selalu hari2 ahad macam ni la bangun lambat...haha

mas saari said...

akak lepas subuh memang tak dpt nak tido...huhuhuhuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers