9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 12, 2011

Juadah Bazar Ramadhan

Weeeeehuuuuuu!!! Pejam celik pejam celik. Pap!dah hujung minggu. Kejap je kan kan. and tanpa kita sedar kita dah 2 minggu berpuasa!!! So fast huhhhh… korang penuh ke puasa? Yang lelaki tade alasan untuk korang untuk tidak berpuasa oke. Yang smoking tu time nil ah korang nak berlatih supaya lepas raya nanti dapatlah korang at-least kurangkan smoking. Kalau boleh berhenti terus lagi baik…;) Yang perempuan tu mesti tak sabar nak tunggu peyed sebab jeles tengok kengkawan yang tengah peyed mamam kan kan haha

2 minggu puasa My dah bosan tengok makanan kat Bazar. Jemu pun ada sebab bazar Ramadhan macam tak semeriah dulu je. Makanan semua same je plak tu. So, My lebih suka bertukar-tukar bazaar. Kalau semalam My beli kat area dekat-dekat rumah hari ni My ke tempat jauh sket dari rumah. Bila banyak pilihan makanan baru ada mood nak makan hehe… Tapi bila dah banyak variety makanan konpius lah plak tak tahu nak makan apa…-.-’

Bagi orang yang belum berkahwin duduk membujang macam My ni memang kirim salamlah dapur nak berasap. Lagi-lagi kerja kan balik dah pukul berapa tak dannya nak masak. So, bazar Ramadhanlah jadi tukang masak untuk juadah berbuka puasa. So, bila orang lain yang masak ni faham-fahamlah nak kena tengok-tengok bukan setakat tahap kesedapan dia tapi juga kebersihan kedai dan cara diorang masak. Bukan apa kot lah tercemar tak ke naya macam berita baru-baru ni kanak-kanak mati akibat juadah dari bazar Ramadhan… haih~
ihsan google
Sejak dengar berita kematian kanak-kanak tu My fobia betul setiap kali ke bazar. Nak-nak plak My ni jenis penggeli orangnya… pantang nampak benda mencurigakan konpem My tak nak beli hehe. Sebagai contoh orang yang buat murtabak… kan ke nak buat murtabak tu sepenuhnya menggunakan tangan… nak-nak plak yang buat tu import khas dari Bangladesh memang terbaik dari ladang la kan…;D Haaa… My ni kalau nak beli murtabak My tengok dari atas bawah orang yang buat tu… material yang diorang gunakan pun My tengok… Ada tu macam My geli-geli je nak beli memang My tak singgah pun… kembang tekak dibuatnya.

Bukan itu sahaja, gerai-gerai yang menjual lauk-lauk pun nak kena tengok yela lalat, langau kan suka hinggap… Ada kedai dia memang jaga kalau ada lalat dihalaunya tapi ada tu dia buat tak tahu je. boleh? Lalat ni kalau dah hinggap kejap je keluar telurnya… buatnya sebelum lalat tu hinggap situ dia datang daripada longgokan sampai? Najis? Ape kes?

Haaa… so sebelum membeli belah di bazar eloklah diperhatikan keadaan gerai tu oke… Tengok sekali keadaan sekeliling takut sebelah gerai dia tu tempat pembuangan sampah je lagi naya…-.-’ Ada peniaga tu memang menitikberatkan soal kebersihan tapi harus diingat ada juga peniaga yang mementingkan keuntungan daripada kebajikan pelanggan-pelanggannya…

Jadi… berhati-hatilah! ;)


sekian khidmat pesanan masyarakat dibawakan oleh MyLifesStoryBlog. okbai~

5 comments:

Aisyah Aina said...

kadang2 ada je peniaga yang tak jaga kebersihan..takut nak beli :D

beluncas ^.^ said...

thumbs up ! i pun memilih kalo beli makan luar ... erkk ! tapi skg neh i lebih prefer masak sendiri kat ruma dari beli kat kedai .. jimat pun jimat . bersih tuu opcoss ~~ hihiie

mas saari said...

akak pergi bazar cuma beli kuih je! kalau beli lauk pauk tu akak lebih prefer beli kat cafe di ofis...lebih bersih dan terjamin..

keroro gouro said...

nak wat caman, peniaga tw nak untung ja...
hal2 lain mcm kebersihan ka, kualiti maknan ka, suma tolak tepi...

azman said...

Tak per masih bujang hehehe..dah khawin sok kena lah masak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers