9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 4, 2011

KASIH ALIA SLOT AKASIA DI TV3

Drama Kasih Alia di Slot Akasia TV3 yang menggantikan Dewa Cinta dah pun bermula sejak beberapa hari ni. Sempatlah jugak tengok. Macam best sebab barisan pelakonnya ramai. Dewa Cinta sebelum ni tak layan pun tengok-tengok macam tu je ending dia pun tak tahu macam mana hehe…

Kasih Alia mempersembahkan barisan pelakon seperti Sheila Rusly, Fida, Yatt, Zairina, Shaarnaz, Feeya dan Irma Hasmie. Episod awal-awal ni diorang belum muncul lagi sebab masih di zaman kanak-kanak yang dihujani dengan pelbagai dugaan.

Bagi My drama ni lebih kepada konflik kekeluargaan di mana Sheila Rusli sebagai isteri pertama dan Zairina Zainoordin sebagai isteri kedua. Sheila Rusli yang derita kerana sikap suaminya yang kaki perempuan banyak bersabar kerana terpaksa sendirian menjaga tiga anaknya sebelum dia didatangi oleh dua orang anak kepunyaan madunya yang meninggal dunia dalam kemalangan. Akibat perasaan marah dan dendam Anis (Sheila Rusli) melayan mereka tidak seperti yang diharapkan. Ketika ketiadaan suaminya mereka dimarahi dan dipaksa tidur bersama orang gaji. Kedua-dua beradik tersebut kemudiannya ditinggalkan di tempat awam sebelum mereka dibawa oleh orang yang tidak dikenali yang rupa-rupanya merupakan ketua sindiket peminta sedekah.

Begitulah sedikit sebanyak sinopsis Kasih Alia. My tak sabar nak tunggu diorang membesar hehe. So, tengah-tengah nak berbuka tu bolehlah sambil-sambil tengok cerita ni….;)  Setiap hari Isnin-Khamis 7-8pm ye. Jangan tak Maghrib pulak..;D

okbai~

8 comments:

Aisyah Aina said...

layan jugak...best cerita ni :D

cik ana said...

cik ana pun layan jugak cite ni..
mmg xsabar tgk diaorg besar.. hehe =D

Rtp Farra Arisha said...

pelakonnya boleh tahan mantabbbb kan? :)

msredcheesecake said...

tengah berbuka bole layan drama lagi...hjheee

BeloG MTT said...

Cite ni boleh tahan jugak.. :)

sYafIk-wAy said...

best best best , itu ucapan ak untuk cte nih . hehe .

gedek! said...

Poster cantik...

simple

Yanaa said...

cite nie agak sapen g2..hee..tp bulan2 puse nie susah kit nk tengok full..baise laa time kul 7 tuu busy ntuk berbuka kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers