9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 18, 2011

My kembali bekerja. dah nak raya harap abah sembuh cepat

Salam korang... long time no see..;)

My baru sahaja selesai bersahur... ratah ayam golek yang tak habis masa berbuka kat highway semalam hehe. Alhamdulillah... rezeki Allah... kalau tak My sahur kurma+air masak je...

My selamat sampai KL malam tadi around 9.30pm macam tu la.. Yang tak tahu ke mana My menghilang 2 hari tak hapdet belog boleh tengok entry INI. My pulang ke segamat melawat abah yang sedang sakit. Masuk harini 3 hari dah abah check in di rumah kedua, hospital. Sampai sekarang masih belum tahu apa punca abah jadi macam tu. 3 hari lepas abah mengadu terlalu penat... So akak bawa ke bahagian kecemasan hospital, doktor suspect ada bleeding dalam perut jadinya abah kena tahan wad. Tak tahu sampai bila mungkin agak lama sebab doktor nak pantau dari masa ke semasa sampai bleh tahu apa masalah yang abah hadapi...
T_T
Dah 3 pain darah masuk kat badan abah haritu... abah tak boleh makan apa-apa... Buang air pun atas katil... Kadang-kadang je abah turun ke toilet dengan bantuan emak. Sian abah... kena cucuk sana cucuk sini... sekejap-sekejap nurse, doktor datang tengok abah... cek itu cek ini...

Kami adik-beradik semua balik haritu kecuali abang yang di Perlis. My emergency bercuti dan terpaksa bercuti 2 hari sebab tak larat nak balik hari. Balik ke Segamat hari tu pun My naik train tak larat nak drive sendiri. Semalam kebetulan enchek tunang bercuti so dia yang ambil My dari KL. Lepas tengok abah kami balik KL sama-sama. Giler terasa lapar oke... Walaupun bukan My yang drive hehe.. Kami singgah di Bazar Ramadhan kat area Negeri Sembilan then berbuka kat RnR di Highway Lekas. Berbekalkan ayam golek dari Segamat dan air soya+tebu beli di bazar kami order nasi+sayur kailan ikan masin kat kedai di RnR tu... Dapat je nasi tak pandang kiri kanan dah... Sudu pun campak tepi pakai tangan je oke.. puas giler dapat makan..-.-' ngeh3.... macam setaun tak dapat makan..-.-'
-.-'
huarghhhh... harini baru hari Khamis rupanya. Kena kembali bekerja... fikiran masih fikirkan abah dan emak. Dapat tidurkah abah malam tadi? Mak dah beberapa hari ni tak bekerja. Temankan abah di hospital. tidur pun duduk. Disuruh amik kerusi malas tapi dia kata tak selesa sebab nurse kuar masuk je cek abah. hurm... Kalaulah My boleh stay lama di sana n jaga abah...T_T

Hurm, apapun My doakan moga abah cepat sembuh.. Dah nak raya ni kami nak abah sihat so bolehlah kita beraya bersama-sama.. Amin... 


Anyway... back to work! Walaupun badan masih terasa penat namun My perlu gagahkan gak diri ke office.. Harapnya tak mengantuk lah harini hehe. Nampaknya banyak cerita yang My dah terlepas walaupun baru 2 hari tak berbelog kan hehe. Sorrylah tak dapat nak belogwalking.. InsyaAllah kalau berkesempatan My qada' harini oke..;)


Till then!


**berita terbaru pagi ni... abah kena masuk darah lagi hari ni... T_T... Ya Allah permudahkanlah kami Ya Allah... berikanlah kesihatan yang baik buat abah kami...T_T


footnote: thanks for all comments yang tak putus-putus support me and doakan abah sembuh! thanks!;)

13 comments:

MamaEma said...

semoga abah my cepat sembuh dari penyakitnya dan dapat beraya dengan keluarga...

^^nu[dd]yra^^ said...

chayok2 My....semoga My n family terus tabah

Anum said...

semoga abah anda cepat sembuh
amin

eqbalzack said...

salam my,

abg eq terharu baca entry ni. semoga ayah cepat sembuh ok.
terima kasih singgah blog abg eq..
kad raya 'cyber' tu untuk semua followers/reader eqbalzack.com.
abg eq alu2kan untuk letak kat blog ok...
selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba...

laskar pelangi said...

my, harap makin tabah hadapi hari2 mendatang..insyaAllah abah my cepat sembuh :) amin

mas saari said...

sedihnya... my sabar ok!
akak doakan moga abah my cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala...bykkan doa ye!

diana said...

kuatkan semangat.
semoga ayah my cepat sembuh ..
banyak kan berdoa ye...

YanaMIB said...

my jgn sedih2 dpn abh lak tau..kena jd pembakar semgt utk abh my lwn sakit dia..hope abh my cpt sembuh =)

Fadzli Amir said...

Salam kenal..
Semoga abah cepat sembuh, sementelah raya dah dekat...boleh beraya bersama...Aminn

noradzlina.kamdani said...

semoga abh MY cepat sihat dan bole berhari raya kt umah dgn family...

beluncas ^.^ said...

kami semua mendoakan ayah my cepat sehadd . amin~~~

Syahir Ramli said...

smoge ayah my cepat sembuh... amin :)

Teratak Hami said...

Akak doakan semoga Ayah MY cepat sembuh :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers