9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 5, 2011

PAHALA MENYUMBANG KE ARAH SYURGA, DOSA MENYUMBANG KE ARAH NERAKA

My tertarik dengan snapshot yang dikongsi oleh YanaMIB di mana snapshot asal adalah daripada blog mazeermohamad. Ianya mengenai kemusykilan seorang hamba Allah yang mengemaskini status di facebooknya mengenai ‘aurat’…

Di tanya beliau di statusnya… ‘Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?’.

Maka berikut adalah jawapan-jawapannya…
Kagum betul My dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh saudari Muslimah ni sehingga si penanya tersebut mati kata-kata. Jangan dipertikaikan hukum Allah… Sepertimana yang diperintahkan Allah maka itulah yang patut kita lakukan… cumanya terpulang pada individu tersebut sama ada meninggalkan atau melakukan… Sedangkan dia tahu berdosa kalau meninggalkan suruhan Allah kan?

My pun bukan baik sangat… pakai tudung bukan sempurna sangat… Tapi My masih tahu batas-batas dalam agama. Sebab tu orang cakap melentur buluh biar daripada rebungnya… My bersyukur sebab mempunyai mak abah yang cukup memberi My tunjuk ajar untuk membezakan mana baik dan buruk sejak kecik lagi. So, kalau orang yang tidak mahu menutup aurat pabila telah dewasa salah ibu bapakah? Memang ibubapa memainkan peranan yang penting tapi harus diingat pabila kita sudah akil baligh dosa yang kita lakukan kita sendiri menanggungnya… kita bukan saja menanggung dosa malah kita heret sama ibu ayah yang tidak mendidik kita dengan sempurna.

Ye, belum tentu perempuan yang menutup aurat itu tempatnya di syurga… dan kita manusia juga bukannya penjaga pintu neraka yang berhak menentukan siapa akan masuk ke neraka. Itu semua kerja Allah yang menciptakan kita. Barangsiapa yang ditentukan Allah sebagai ahli neraka maka neraka lah jawabnya… begitu juga sebaliknya dengan ahli syurga.

Firman Allah:
“Adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah) : api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).
Kita yang dhaif ni pun tidak tahu bagaimana timbangan amalan kita di akhirat kelak bagaimana mungkin kita tahu nasib mereka-mereka yang tidak menutup aurat tu. Tetapi kalau ditanya jawapan kepada soalan adakah tidak menutup aurat berdosa? Maka jawapannya adalah BENAR. Benar ia berdosa. Ianya merupakan satu kesalahan. Ia merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada neraka. Tapi pertimbangan di Akhirat kelak bukan terbatas kepada menutup aurat sahaja tapi merangkumi semua kebaikan dan keburukan yang kita lakukan sepanjang hidup di dunia.

Sepertimana hadith al-Imam Muslim:
“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya.
Kesimpulannya, neraka dan syurga adalah hak Allah. Kita menutup aurat tapi adakah kita lakukan kebaikan-kebaikan lain? Solat? Puasa? Zakat? Sedekah? Kalau ada kebaikan-kebaikan tersebut InsyaAllah ada peluang untuk kita ke Syurga. Kita tidak menutup aurat? Kebaikan-kebaikan lain ada kita lakukan? Kalau ada Alhamdulillah… Kalau kurang mungkin kurang juga peluang untuk ke syurga. Tidak menutup aurat je dah berganda dosanya… yang nampak rambut sehelai je dah 70 tahun di neraka apatah lagi menampakkan keseluruhan rambut yang kita tidak terkira bilangannya? Nau’zubillah… T_T

Apa yang pasti, setiap dosa yang kita lakukan adalah penyumbang ke neraka termasuklah tidak menutup aurat. Begitulah sebaliknya, pahala yang kita lakukan merupakan penyumbang kepada Syurga. Jadi kita nak cari yang mana? Dosa atau Pahala? Renung-renungkanlah…

Hukum Allah yang dipersoalkan… jangan dipertikaikan… Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan hamba-hambaNya…

Wallahua’lam…

7 comments:

Pembawa_Wacana said...

Haaa.....terpikir idea giler lagi bab menutup aurat nie... hihi.... Nak buat enri la jap gi....:p

sYafIk-wAy said...

hidup di dunia hanya sementara . dah sah2 lah tunjuk rambut tu berdosa .

zuwaidah said...

hmmmmmmmmm memang mantap jawaban yang diberikan oleh saudari muslimah tu...

Finaz Jaafar said...

kagum dgn jawapan muslimah tu..seyesly dy jwb dgn tenang,pnuh pengisian dan berilmu..

Sunah Sakura said...

perkongsian yang menarik... harapnye lebih ramai yang boleh bercakap macam muslimah tu... dan boleh menerima macam tiny pinky tu..

try gak search nama2 ni kat fb..

saharinasaharudin said...

semoga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.amin :)

Aisyah Aina said...

ni la bila orang yang buat salah tapi tak nak mengaku...nak menangkan diri je :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers