9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN TERAKHIR SLOT SAMARINDA DI TV3

Ramadhan Terakhir merupakan Drama yang baru sahaja ditayangkan di slot samarinda di TV3 selepas 'Annisa' melabuhkan tirainya sebelum ini. Biasanya My ni tak gemar sangat melayan samarinda ni. Citer Annisa yang pada awalnya My tak tengok akhirnya melekat juga di pertengahan sehinggalah penamat. Penamat yang agak hiba tapi masih di tahap berpuas hati..huhu

Kali ni 'Ramadhan Terakhir' tak tahulah best ke tak. Dahlah tak berapa suka dengan pelakon Tasya Shilla tu hehe . Tak suka bukan hape sebab dia kan pendatang baru... pastu mula berlakon asyik pegang watak antagonis jek tu yang menyampah tu.. Itu maknanya watak yang dibawakannya berkesan le. Cumanya agak janggal sikit melihat dia membawakan watak baik dalam Ramadhan Terakhir ni hehe. 

Malam tadi My pertama kali menonton Ramadhan Terakhir ni, dah ketinggalan 3 episod rasanya minggu lepas tah hape My buat tah terlepas tengok..-.-' Apapun, Meh tengok sinopsis Ramadhan Terakhir ni,

(sumber: SINI)
Mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mampu bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Yang lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
Hurm, jalan cerita sounds nice kan. Cuma pelakonnya je tak berapa menarik perhatian hehe. Tapi sesuailah dia buat cerita ni di bulan-bulan mulia ni kan kan. Bukan tade pun manusia macam ni kat dunia nyata ni betul tak. Bagi pengajaran sikit pada kita-kita yang sentiasa leka dengan dunia ni.
So, balik terawikh bolehlah layan Samarinda ni. Antara barisan pelakon yang membintangi Ramadhan Terakhir adalah Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna. Harap-harapnya My boleh layan lah cerita ni macam Annisa sebelum ni hehe. Jangan lupa saksikan setiap malam Selasa-Khamis jam 10.30pm di Tv3 oke!;)
okbai.

4 comments:

mas saari said...

akak pun suka tengok cerita ni...tapi menyampah sikit ngan watak Mazni tu!

| SUE | said...

owh ada cerita baru ye...tk prasan..tasha shilla ada?... i like! comey la dia...

SiS NaD said...

Salam...

Baguslah encik Hisham tu... Tapi Sis memang suka cerita ni... Best sanagt2... Sakit hati tengok mem besar tu...

YanaMIB said...

oke xtgk pn cite ni..haha sebok memasak di dapur *nmpk sgt rajin kan?* muahaha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers