9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 25, 2011

RAYA DULU DENGAN RAYA SEKARANG


Heee… sekarang ni sehari sekali je My hapdet belog terchenta… Bukan apa, hati sekarang dah ada kat kampung je ni… Nak hapdet belog pun dah ketandusan idea ngee~ Korang tak eksaited ke weh nak raye nih!!! Nak nak plak My dapat cuti seminggu kan haruslah eksaited woooooooo

Tahun ni My beraya kat kampung halaman di Segamat. Yela mak abah pun dah ada menantu, cucu kan haruslah raya pertama ada di rumah… Tahun ni giliran abang yang tinggal diperlis beraya kat rumah. Kakak yang tinggal berdekatan dengan mak abah giliran beraya rumah mertua plak tapi tak jauh pun area Segamat jugak. kak Ngah My plak memang tiap-tiap tahun beraya di rumah sebab mak abah sebab mertua dia pun duduk kampung sama dengan mak abah so tayah gado-gado nak balik mana dulu hehe. Abang My yang sulung belum tahu dapat balik ke tidak sebab masa raya nanti mak mertua dia kena masuk wad.

Hurm… Kalau dulu masa mak abah belum ada menantu, cucu… Kitorang akan pulang ke kampung mak di Kluang, Johor atau kampung abah di Taiping, Perak. Kalau ada budget lebih sikit kitorang balik dua-dua kampung kalau tidak gilir-gilir lah tahun ni dah ke Perak tahun depan mungkin tidak. Ke Kluang 3 jam je dari rumah tiap-tiap tahun boleh pergi. Masa My kecik dulu My ingat lagi beberapa hari sebelum raya My dengan abang akan pulang lebih awal ke kampung. Naik bas… Sampai simpang nak masuk kampung… Atok dah siap menunggu dengan kereta Datsun 120y kaler putih dia tu. Lepas tu My follow atok n nenek pergi Surau berterawih…
google~
Haih… rindu betul saat-saat itu… Time hari raya meriah sangat… Pakcik makcik bagi duit raya… Lepas tu jalan pusing kampung dengan sepupu beraya sama-sama… Time kat rumah My pun macam tu… Dah 2 minggu raya pun masih bersemangat berjalan gi beraya… Jauh jugaklah My berjalan masa kecik dulu… Masa tu dapat 30 sen pun dah rasa besar sangat nilainya. Jalan jauh dari rumah pun tak terasa. Huih… dulu betul-betul rasa lah makna Hari Raya tu… Raya pun rasa lama sangat…

Tapi sekarang? Hambar. Atok dan nenek dua-dua belah mak abah pun dah tiada… T_T… My pun dah jarang pulang ke kampung masa raya pertama… Biasanya kitorang akan ke sana setelah beberapa hari beraya itupun balik hari… jarang tidur di kampung. Duit raya? My dah keje ni konpemlah tak dapat kan adik-adik sepupu tadah tangan mintak kat My ada la…-.-’…

Sekarang budak-budak pun dah jarang gi beraya… Budak zaman sekarang dah segan nak bertandang rumah orang… Kebanyakan orang pun dah malas nak terima budak-budak datang beraya… Asal nampak budak-budak nak datang rumah cepat-cepat tutup pintu… bila orang bagi salam jawab dalam hati je buat-buat rumah macam takde orang… ceyt.. -.-’…  Hari raya sekarang pun dah tak terasa sangat dah sekarang… 3/4 hari beraya dah terasa abis beraya… Lepas tu sebulan tu kejap je berlalu.. Betul-betul dah tak rasa meriah macam dulu… T_T

Uwwwaaa seyesly… rindu betul dengan zaman beraya masa kecik dulu… zaman-zaman 90-an… meriah sangat! Main mercun, bunga api pun tak jadi satu kesalahan… T_T

Korang rasa macam mana? Betul tak betul tak?

5 comments:

YanaMIB said...

mmg beza raya skrg and dulu..tp bg yana skrg pn still meriah cam dulu..sebln raya tu ada je lah jemputan rmh terbuka..haha best dapat makan! nyum nyum~ =)

Anum said...

ye la sis
anum rindu zaman raya dulu2

mas saari said...

raya dulu2 memang best..dapat duit raya dan dapat main bunga api!

CikPuan Fara said...

betul tu My. beza betul raya sekarang dgn zaman 90an raya. dulu fara dgn sepupu sepapat beraya keliling kampung. lumba sapa dpt duit raya paling byk. mlm raya paling best. main bunga api, mercun. sekarang dah tak mcm dulu.. sekarang dah dewasa, masing2 dah kawen, ada yg da ada anak.. rasa bulan ramadhan jauh lagi seronok dari raya :)

kayrul-shah said...

rindu raya dulu2 masa kecik..kalau kuih raya rumah orang yang kita pegi tue sedap..siap tapau masuk dalam poket lagi..hehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers