9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 7, 2011

Aku Pantang Betul kalau….

Jangan ingat orang mengandung je ada pantang… My pun ada pantangnya jugak taw haha… Tataolah My ni mungkin cepat melenting cepat marah atau hape… Tapi memang tak boleh belah kalau insiden-insiden macam kat bawah ni terjadi!

Curik Parking

Entry ni dah lama nak buat sebab insiden ni baru terjadi 2hari sebelum raya haritu. Dek kerana bizi nak  beraya My pendamkan dulu. Nah! Nak ceghite ni 2 hari sebelum raya tu My keluar window shopping dengan mak. Sah-sahlah masa tu masih puasa kan.. Cuaca plak panas terik.. Singgah sebuah pasaraya ni nak cari barang sket. Punyalah ramai orang pusing punya pusing parking pun penuh… Sampailah My jumpa satu kete ni nak keluar parking.. Dalam hati lega lah sebab dapat parking. So My pun bagi signal ke kiri nak masuk parking tu. My tengok ada orang Q kat belakang My.. Rasanya muat je sebelah My ni nak lalu.. Ok takpe untuk lebih memudahkan My ke kiri sedikit untuk memudahkan orang tu lalu. Tup tup…. Bila kete siap keluar parking… orang yang tadi belakang My tu lalu sebelah terus masuk parking yang My dah siap sedia tunggu tu!!!!  Perghhhh pantang betul akuuuuuuu!!!
Masa tu hangin satu badan jangan cakapla.. depan mak My menyumpah van yang curik parking tuh…!!! Dahlah masa tu cuaca panas.. My plak puasa.. penat tahu! Bleh plak orang curik parking My. Orang tua oke… satu kerabat dia ada dalam van tuh. Ahhhh My tak kire! My horn van tu tapi yu know what? Diorang buat bodoh nak mamp jek… Buat muka tak bersalah keluar van n pergi membeli belah. Demmmm!!!

Nasib baik tak lama pastu ada orang lain nak keluar parking so My dapatlah parking tapi masa tu hati tengah hot lagi jangan cakaplah.. Kalau simbah petrol konpem terbako punyeee… Dalam hati memang dah sumpah seranah van tadi. Keluar je kereta.. dengan hangin satu badan.. My nampak family yang curik parking My tadi tu. My pun apa lagi… sound tepek ahhh…

“Tak nampak ke tadi saya tengah beratur nak masuk parking tu?? Lainkali jangan BIADAP sangat!”… Diorang tercengang.

Terus My blah dengan muka merah padam menahan marah teramat sangat. Kalau My tak sound memang tak reda marah tu. Tak tahan der bikin wa panassss jeeee!!!! Grrr

Potong Q!!!
Kalau jalan tu elok-elok ada satu lane jek ko pi pandai-pandai tambah bagi dua lane pehal. Dah lah jalan kampung lagi mahu buat onar memotong barisan! Perghhh pantang betul lah akuuu…! Apa dia ingat dia sorang tensen jalan jammed?? Sabarlah sikit kot ye pun jangan nak pentingkan diri sendiri! Menyusahkan orang! Agak orang macam ni tade rasa bersalah ke? Tak nampak orang punya susah payah beratur dalam kesesakan yang dia? Sanggup mencelah ke tepi semata-mata nak elak jammed tu. Palotak dia…! Bila kereta dah mula bergerak time tu la kau mula nak masuk lane balik. Kena kat haku jangan haraplah nak bagi chance!

Orang tak tepati masa

Ni lah dia kalau dah nama janji melayu… Berjanji cakap pukul 9 pagi dah get ready nak gerak kau 9 pagi baru nak mandi? Perghhh aku pantang betul lahhhh… My ni tak suka menunggu n buat orang menunggu kalau tade sebab munasabah. Sebagai contoh nak keluar dengan kawan… janjinya pukul 9 pagi tu dah keluar rumah… Tapi tup tup tengok pukul 9 pagi baru nak mandi? Tak pasal-pasal aku la nak kena tunggu kauuu??? Grrrr…


Kapel membuat onar di khalayak ramai

Haaa yang ni ada terbaca kat belog YanaMIB tadi. Memang betul pun... grrr pantang betul akuuuu... Annoying giler oke kalau nampak kapel yang gelenyah macam ni. My pun bercinta jugak tapi takdelah sampai nak kena beraba-raba cium-cium.. goli dennn.. Nak pimpin tangan pun segan taw...! Bukanlah nak kata My baik tak pernah pegang tangan dengan enchek tunang tapi berpadalahhh... Nak pelok-pelok depan orang ramai pekejadahnya wehhhh... Bukan apa, bila tengok kapel-kapel buat gini di khalayak ramai.. My naik menyampah.. geliii... tu pasal sendiri tak berani buat sebab tahu kalau orang tengok berbulu.... So, baik berkelakuan macam orang dewasa sikit oke! Takdelah orang sakit mata tengok...0_o

heeee~

Ada lagi kot benda-benda yang My pantang betulllll… Tapi tak hingattt kena terjadi dulu baru boleh ingat hehe… Korang camne plak??? Ada tak pantang-larang macam ni? Bikin panas je kannnnn…

Kalau ada lagi pantang larang ni kita sambung lagi part II ye…

Ok bai ada meeting. Till then!

7 comments:

noradzlina.kamdani said...

he he he..bab parking kereta tu akk mmg xbole tgk org buat camtu..hangin beb...
tang potong q tu pun..mmg berbakul2 akk sumpah seranah..ye lah..mcm dia sorg jek yg nk cepat..tp klu cuba fk positif, mgkn diorg nk TERBERAK kot...tu yg nk cepat jek keh keh keh

man said...

sudah byk terjadi...

ANISA said...

pernah jugak kena pasal parking tuh...bengang tu tak yg ckp la..hahaha

SoLy SoLicious said...

erk..xde pnglaman bwk kete..haha.. btw, sape x bengang kalo ade pemandu mcm tu..huhu

Teratak Hami said...

Akak pun sama2 bengang dengan kes2 kat atas tu. Dulu pernah terkena kes parking, geram punya pasal, lepas akak dpt parking lain, akak gie calarkan dengan kunci, kereta orang ambil parking tu. Ada ler bebrapa kereta pernah kena. Now dah tobat ??!!!

nikaviolet said...

betol larh my...mmg sgt annoy dgn org yg potong que...kite boleh baris leklok dorg boleh hati panas pulak tak boleh tahan...ape kes...

kayrul-shah said...

banyak betul la pantang my nie..yang bab parking tue memang rasa macam nak turun jer keta dan jahanamkan kereta yang curi parking tue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers