9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, September 9, 2011

Caj Perkhidmatan 6% bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar mulai 15 September 2011


Demmmm.... tiba-tiba ada service charge plak untuk prepaid prabayar??? Malas nak cakap banyak yu ols baca je lah isu yang dah hangat jadi bualan ramai. Berita pun dah kuar nih. 

Haa gasaklah korang gi beli topup banyak-banyak sebelum 15 Sept ni huhu... nasib baik den pakai bil untuk number digi tuh. Maxis je guna topup... lepas ni alamatnya memang jarang le nak topup... silap hb buang terus number tu huhu...

Service charge bertambah2... gaji tak naik-naik pun... nak makan hape??? makan roti lolllll......

sumber: Hotlink

Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Cukai perkhidmatan berkenaan sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ini adalah menurut undang-undang cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang berikut.

1. Apakah cukai perkhidmatan yang dimaksudkan di sini?
• Cukai perkhidmatan ini adalah cukai penggunaan dan dikenakan ke atas para
  pelanggan, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang cukai perkhidmatan.
• Undang-undang cukai perkhidmatan memerlukan syarikat-syarikat telekomunikasi
  mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar yang dinyatakan ke atas perkhidmatan
  telekomunikasi yang diberikan, termasuklah tambah nilai prabayar dan pek permulaan.
• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai
  perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.
• Bermula 15/9/2011, syarikat-syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai
  perkhidmatan pada kadar 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan.
• Berkuatkuasa 1 Januari, kadar cukai perkhidmatan adalah 6%. Sebelum tarikh 1 Januari
  2011, kadar tersebut adalah sebanyak 5%.


2. Mengapakah syarikat anda mengenakan cukai ini sekarang sedangkan syarikat anda telahpun
    menanggung kos tersebut selama ini?
• Menurut undang-undang cukai perkhidmatan, tambah nilai prabayar dan pek permulaan
  adalah tertakluk untuk dikenakan cukai perkhidmatan. Cukai ini adalah sama seperti yang
  dikenakan pada pembelian makanan daripada restoran dan hotel-hotel, sebagai contoh.
• Perkhidmatan prabayar merupakan satu-satunya perkhidmatan di mana cukai
  perkhidmatannya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi, dan bukannya pelanggan.
• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai
  perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.
• Sebelum ini, caj panggilan prabayar dan SMS adalah pada kadar yang lebih tinggi dan
  ianya telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Contohnya, sebelum ini
  semasa perkhidmatan ini mula diperkenalkan, pelanggan perlu membayar RM0.60
  seminit tetapi hari ini, kadarnya adalah serendah RM0.12 sen seminit. Manakala bagi SMS,
  kadarnya telah menurun daripada RM0.20 kepada serendah RM0.01 dan MMS sebelum ini
  dicaj RM0.50 dan sekarang serendah RM0.10.
• Selain itu, pelanggan kini menikmati pelbagai promosi seperti masa berbual percuma dan
  kredit bonus sebagai sebahagian daripada faedah menjadi pelanggan prabayar.


3. Dengan kadar cukai perkhidmatan yang baru ini, berapakah yang perlu saya bayar?
• Cukai perkhidmatan sebanyak 6% ini akan dikenakan pada peringkat jualan bagi setiap
  pembelian tambah nilai prabayar mudah alih dan pek permulaan.
• Sebagai contoh, apabila anda membeli tambah nilai prabayar mudah alih bernilai RM10,
  anda perlu membayar sebanyak RM10.60 dan akan menerima kredit prabayar bernilai
  RM10. Tambahan sebanyak 60 sen tersebut adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan.
  Sila merujuk jadual berikut untuk lebih keterangan. 

Semua harga produk Internet termasuk pek SIM Internet prabayar, kit permulaan Internet prabayar dan Hot Tiket Internet TIDAK TERTAKLUK KEPADA CUKAI PERKHIDMATAN YANG BERKENAAN.


4. Adakah cukai perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas semua pek permulaan dan tambah nilai
    prabayar mudah aiih?
• Ya, berkuatkuasa 15 September 2011, semua pek permulaan dan tambah nilai prabayar
  mudah alih adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% KECUALI kit permulaan, kad
  sim dan hot ticket Internet pra bayar Maxis. 

5. Adakah saya masih boleh menambah nilai di semua saluran yambah nilai prabayar mudah alih?
     Ya, kecuali penambahan nilai melalui
     • ATM
     • Perbankan Internet
     • Mesin Deposit Tunai
     • Kiosk Pembayaran Elektronik
     yang tidak boleh dilakukan buat masa ini sehingga diberitahu kelak.

6. Jika saya tinggal di kawasan bebas cukai, adakah saya masih dikenakan cukai?
     • Pembelian pek permulaan dan tambah nilai prabayar mudahalih di kawasan bebas cukai seperti
       Labuan, Langkawi dan Tioman adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan 6%.

sumber: Celcom

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
1. What is service tax?
  • Service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.
  • The service tax laws require the telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including prepaid reload and starter packs.
  • However, the telcos have been absorbing the service tax since the introduction of the prepaid services in 1998.
  • Effective 15 September 2011, the telcos will be charging customers service tax for purchases of prepaid reloads and starter packs.
  • With effect from 1January 2011, service tax rate is 6%. Prior to 1 January 2011, service tax rate was 5%.

2. Why are you charging this tax now after absorbing it all these years?
  • In accordance to the service tax laws, prepaid reloads and starter packs will be charged with applicable service tax. This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels, for example.
  • Prepaid service is the only service whereby the service tax has been absorbed by the telcos, not by the customer.
  • Prepaid call and SMS charges were more expensive then and have progressively dropped over the years. For example, customers used to pay RM0.60 per minute when the service was first introduced but today it is as low as RM0.12 per minute. As for SMS, it has dropped from RM0.20 to as low as RM0.01 and MMS was previously RM0.50 and now it is as low as RM0.10.
  • In addition, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit of being a prepaid customer.
3. How much will I pay now with the service tax?
The 6% service tax will be charged on top of the prepaid reload and starter pack at point of sale for every purchase.

For example, when you purchase RM10 prepaid reload, you need to pay RM10.60 and will get prepaid credit of RM10. The 60sen is the service tax.

The service tax will be remitted to the Government.

4. Will service tax be charged on starter packs and every mobile prepaid reload channels; i.e. epay, etc?
Yes, starter packs and reloads will be charged the 6% service tax effective 15 September 2011 regardless of channels.


5.Will I still be able to reload at all the mobile prepaid reload channels?
Yes, exept for any reloads via:
  • ATMs
  • Online/Internet banking
  • Cash deposit machines
  • Electronic payment kiosks
until further notice.

6.Does this charge apply to prepaid broadband?
Current service tax laws require telcos to levy service tax on prepaid upon sale. As actual utilization of reload cannot be ascertained at the point of sale, total reload / starter pack price will be subject to service tax.

Nevertheless, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit for being a prepaid customer.



7 comments:

Anum said...

macam2
nak tak nak kena la bayar
anum guna prepaid maxis

Izzatie said...

jom ramai2 buat mogok or petition! hehehehe .

BeloG MTT said...

Nak tak nak kena juga, kita nak guna kan.. =..="

asamasin said...

dorg x pkir ke org yg gune prepaid nih adelah orang yg kurg berkemMpuan n org yg bjimat?xde menteri yang gune prepaid oit...!!!!



nota kaka:pasal nh,ape pon xbley..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kita sebagai rakyat biasa hanya dapat merungut j la.. nak wat cm ne.. telah dikuatkuasakan.. hehe

Efa :) said...

Kerajaan nak ambik duit rakyat macam ni lah -.-'

Ihsan Arifin said...

ape lagi mogok lah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers