9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 21, 2011

COUPLE bukan tiket untuk mendedahkan aurat kepada PAKWE


Assalamualaikum yu ols!! Selamat pagi! Tak kira nak curik masa sat hapdeting belog hehe…

Pagi ni masuk office serabut kapla tengok workstation bersepah mengalahkan tongkang pechah… -.-’ Document sana sini… telap kuih raya yang dah kosong pun tak reti-reti nak buang grrrr… Takpe itu menunjukkan den begitu jitu dan bersemangat dalam melakukan kerja. Lalala~ Oke sat lagi take time cleanup all the things! Tak boleh tengok menda bersepah-sepah ni… -.-’

Oke takmo mukadimah panjang-panjang so kita straight to the point. Nowadays seperti yang kita lihat dah banyak trend-trend muslimah yang boleh diikuti oleh perempuan yang berhijab. My sendiri tak mahu ketinggalan… Kalau ada trend terbaru yang My rasa sesuai maka My akan mencubanya juga. Selagi tak tersasar dari niat utama untuk menutup aurat tak salah. Nak ikut trend? Nak kelihatan lebih selesa? Nak up-to-date? Tak salah… Yela kang orang kita ni tak alert pada arus pemodenan persekitaran ye dakkk… errr tersasar sudah… Apapun, tak salah selagi niat utama kita tu tidak terkeluar dari senarai…

Tapi! Ada juga yang pakai sebab ikut trend. Yeke? Sebab tudung tu cantik maka dia pakai… sebab dia rasa dia cantik bila bertudung maka dia pakai so orang akan puji dia cantik dia baik dia blab la… semua positip la. Bukan sebab dia takut balasan Allah… Bukan sebab dia fikir azab nampak sehelai rambut 70 tahun kat neraka… Tapi dia fikir kerana kecantikannya… yang dia tak sedar… cantik tu pun nikmat yang datang dari Allah… kan kan.
pinjam gambar ye banggggg eh kakkk...;D
Bila ada niat macam tu so terjadilah adegan-adegan yang tak diingini… Pakai tudung… ye dia pakai tudung bila keluar bekerja bila keluar bersama kawan-kawan bila ke kuliah… Tapi! sewenang-wenangnya membuka aurat di hadapan teman lelaki yang belum tentu sah akan jadi suaminya. Apa kes?? Tu belum tengok yang letak gambar tak bertudung dengan boipren kat fesbuk… -.-’… Kat luar semua orang kenal dia ni jenis bertudung tapi tengok gambar?? Demmmm… Kan dah menimbulkan prasangka buruk oleh orang lain… tak gitu?

My bukanlah nak memburukkan mana-mana perempuan sejantina My… tidak… Peringatan ni untuk diri sendiri jugak… Korang sedar tak? Sebenarnya dengan abang ipar, adik ipar lelaki kita pun kita kena menutup aurat??? So, sebenarnya banyak lagi kekurangan yang ada pada diri kita ni… Kepada yang tak segan silu dedahkan aurat kepada PAKWE terchenta tu toksahlah buat lagu tuuu… Jangan pakai tudung sebab trend je… jangan pakai tudung sebab nak cantik je… jangan pakai tudung sebab… apa-apa je la. Tapi depan PAKWE? Kot ye pun memang takde segan silu nak tunjuk aurat kat pakwe toksah lah buat bagi semua orang nampak… -.-’ bukan apa, tak pasal-pasal yang suka jadi tak suka… yang baik semua dah hilang… tak syok la kan……

Sekian~

9 comments:

Anum said...

betul2, anum setuju
fikir-fikir kan la

Diana @ bilakukatacinta said...

pssst: pic tu...lokasi dia cam kenal je? kat pahang ke..??

Teratak Hami said...

Alahai, tergoda tengok gambar cik abang 3 orang tu .. hehehe

mas saari said...

kat opis akak pun ramai camtu, kat opis bertudung litup tapi bila jumpa kat luar bukan main seksinya...tudung entah hilang ke mana!

Atiqah Wadiah said...

ayu nyerr anak dara 3 org tuh..hehe :)

pakwe said...

macam muka usop rosli jer yang kanan sekali?
berat gila template blog ni. buang la mana yang tak patut. widget facebook yang pop up tu pun kasi buang la. berak gila. 50 kb kena bazir untuk lihat mendealah tu.

fazrulnoor said...

pmpuan ni kan skrg sggup buat ape je untuk pakwe..takut khilangan ..urm..ntah la..jgn la mcm tu wahai kaum hawa ea

SoLy SoLicious said...

nan ipar2 pun sy pakai tdung...

YanaMIB said...

ramai jmpe org cemni..yana ada wat entry psl ni especially psl ipar2 tu kan..pehtu siap ping kt fb tag sume sedara mara and kwn2 rapat..klu dorg xnk ikut xleh nk wat apa lah kn..janji tanggungjawab menegur tu dh lepas =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers