9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 7, 2011

RENTETAN SYAWAL 1432

Tahun ni terlalu cepat terasa Ramadhan pergi kan… Bila Ramadhan pergi… Syawal pun datang… Nah… Syawal pun terasa sesaat waktu… Tak puas rasanya mengadap mak dan abah… Tak puas rasanya gelak tawa dengan teman-teman sekolah… Tak puas rasanya rasa nikmat berhari raya tu… Tak puas tak puas tau tak???!!!

Walaupun pada awalnya My sangat bosan dan terasa nak balik segera bekerja namun rupanya hari raya My tahun ni cukup bermakna! Dahlah cuti lama nak mampp pastu dapat plak jumpa dengan kawan-kawan sekolah… memang heaven tak hengat laaa kannn…! Nak nak mungkin ini Syawal terakhir My beraya sebagai seorang perawan erkkk… Mungkin tahun depan dah berumahtangga mana tahu kan?;D

Oke takmo cakap banyak meh baca rentetan peristiwa Hari Raya My tahun ini…

Beberapa hari sebelum raya
My pulang berhari raya di kampung halaman terchenta di Segamat, Johor. Sampai seawal 10 pagi… sempat keluar shopping 2 hari berturut-turut… Kemas rumah bagai nak rak… Migrane datang tak semena-mena.. penat barangkali… -.-’

Hari Raya Pertama


kalau pakai utk bergambar je mmg nampak serabai..-.-'
Pagi raya tak ke mana-mana… My pakai baju raya sekadar untuk bergambar.. -.-’… Yang ada pagi raya cuma keluarga abang, angah dan adik-adik. Akak beraya rumah mertua tapi dekat tengahari tu dia ada datang hantar juadah. Along balik petang tu… Petangnya, beberapa orang kawan perempuan ajak beraya. Dapatlah 5 buah rumah…

Hari Raya ke-2



Tiba-tiba dah tak rasa raya… sebab boring giler… cis. Sepanjang hari memang tak ke mana. Petangnya je mak abah ajak beraya di rumah sedara sorang ni dekat area negeri sembilan tak jauh dari rumah. Petang tu jugak kawan-kawan roger nak memulakan misi beraya malam raya ke-2 tu. Apalagi… Malam tu lepas Isya’ My keluar beraya dengan kawan-kawan… Geng raya tahun lepas jugak hehe… Dapatlah beraya lebih 3/4 buah rumah… Tak kering gusi kitorang asyik ketawa je… haih… Entah tahun depan dapat beraya sama lagi ke tidak… T_T

Hari Raya ke-3
(alamak mana gambar! lupa nak snap!!)
Harini tak keluar dengan kawan-kawan. Sebaliknya, My ikut family pulang ke kampung mak di Kluang, Johor. Lagipun ada perjumpaan keluarga di sana. Lepak-lepak, makan-makan… Hampir Maghrib baru gerak balik ke Segamat. Sampai Segamat berhenti kedai makan… Order  makanan pukul 9, dekat pukul 10 baru dapat… Itupun tak sedap! Sendiri masak lagi sedap… grrrr sakit hati betulllll. Sampai rumah bersihkan diri then terus tidur… penat ya amat…

Hari Raya ke-4






Misi Raya diteruskan lagi bila geng-geng raya My text ajak pergi majlis bertunang Zura n open house di rumah Fadzillah… Sempat jugak ke kampung sebelah ke rumah 2 orang sahabat lain. Maghrib jugaklah baru sampai di rumah hehe…


Malamnya, Misi raya diteruskan lagi dan lagi! Kali ni memang best giler sebab ramai sangat kawan-kawan sekampung yang turun beraya. Yang dah bertahun-tahun tak jumpa pun My jumpa balik! Memang seronok giler lah… ^_^…



macam gambar kelas dah haaa
Keje kitorang gelak tawa sokmo… Asal gi beraya je macam bawa angkatan kumpulan nak buat marhaban haha… Tahun ni pecah rekod paling ramai turun beraya!!! ho yeh ho yehhhh

Hari Raya ke-5


Geng Raya kami ke Negeri Melaka plak!! Seawal 9.30 am pagi kitorang dah gerak… Perancangan awal nak ke kenduri kahwin seorang kawan lama di Umbai, Merlimau. Kitorang pergi 2 kereta… Dek kerana tersampai awal di Melaka kitorang plan nak beraya ke rumah kawan-kawan yang ada kat Melaka. Teringat ada sorang bekas guru kelas masa darjah satu(1994) dulu yang My jumpa di Facebook, My trylah contact dia. Dapat number dari fb dia huhu.

Nak dipendekkan cerita… kebetulan dia ada di Melaka. Apalagi kitorang terjah lah gi jumpa dia yang kebetulan ada di rumah kakak dia di Tiara Golf Resort. MasyaAllah dah tak jumpa since 1999… Baru la ni jumpa balik… Dialah guru pertama kitorang masa tahun 1994 dulu… Dulu kitorang kecik comel lote jek sekarang cikgu dengan anak-anak murid dah sama besoooo hehe… Seronok sangat jumpa cikgu!!!!
Lepas tu barulah kitorang gerak ke kenduri… Agak dah terlambat jugaklah sebab sampai kat rumah kawan tu pun dah pukul 3pm orang pun dah tade… heheh.. Tapi nasib baik makanan ada lagi…;D Lepas makan, borak-borak… photoshoot then baru kitorang gerak…

Baki masa yang ada kitorang sempat singgah rumah kawan kepada kawan sorang ni di Masjid Tanah dan Klebang. Giler kau jauh memusing satu Melaka nak ke sana…! Kawan punya pasal ku redah jua…

My drive balik ke rumah malam tu around 8.30 pm tak silap… Geng-geng perempuan terpaksa berpisah dengan geng-geng lelaki sebab diorang ada misi lain. Diorang ke KLIA hantar sorang kawan nak balik Sibu (mengajar di sana) sementara My bawa balik kawan-kawan perempuan balik rumah… Agak risau jugaklah sebab tak pernah drive malam kat kawasan hutan belantara tu kan… Nasib baik banyak kete lalu lalang… Tapi sakit gaklah mata nak menahan sebab kete banyak sangat kat lane sebelah tuh… -.-’
Alhamdulillah… sampai rumah sebelum 11 malam… Walaupun penat tapi rasa berbaloi…

Hari Raya ke-6

Ikutkan hati nak sambung tidur sampai ke petang… Tapi kat rumah ada marhaban masa ni. Tak tahulah korang tahu ke tak marhaban tu apa. Kalau kat johor ni orang suka berkumpul then gi rumah ke rumah buat marhaban.. Pastu ada la makan-makan… So, rumah Mak My buat marhaban hari ni. Jadinya dah kebetulan My bercuti lagi ni My lah yang patut tolong mak apa-apa yang patut kan

Bangun pagi tu My bawa mak ke pasar beli barang-barang sket. Balik rumah terus masuk dapur sediakan apa-apa yang patut. Menu hari itu adalah bihun tomyam. Tugas My? Buat dadih. Hoho… Banyak jugak buat… Licinnnnn orang makan… siap tapau bawa balik heheheh…;D

Habis marhaban kul 3pm My kemas-kemas… cuci pinggan mangkuk segala… Lepas Asar bantai tidur sampai Maghrib… Wallawehhh giler flat badan… Malam tu pun tidur je keje My… penat ke Melaka hari sebelumnya tu pun tak habis lagiiiiii

Zzzzzzzzzzz

Hari Raya ke-7 : The End

Tup tup… dah habis cuti??? Isk sob sob… Rasa macam baru semalam My balik pulang beraya tiba-tiba dah kena balik KL… terkojut gaklah jiwa lara nih…T_T…

Pagi tu My bangun awal… Kemas-kemas rumah sket apa yang patut… Lepas tu basuh kete yang kotor dek kerana raya hoho… Packing barang dan bersiap-siap… Around pukul 2pm gerak balik ditemani seorang kawan yang tumpang sama.
mintak tukar kunci kete nihhh
Seperti yang My jangkakan… sebagaimana yang terjadi pada tahun lepas… tahun ni kereta break down lagi!! Boleh tak baru sesuku perjalanan tiba-tiba My tekan break tak ada! Mahu tak gabra… Bila My tekan-tekan 2/3 kali baru ada break. Means that My kena pump2 dulu baru ada break. Terus call encik tunang tanya apa nak buat. Dia kata boleh je sampai KL tapi kena pump2 lah break tu n pandai main hand break.
Tunggu abang pomen betulkan kete..-.-'
Kalau dekat highway My rasa takde masalah My nak bawa tapi masalahnya masa tu My ada kat kawasan perkampungan n jauh lagi nak masuk highway… So, bila jalan  jammed kat depan ada kereta jadi masalah pada My… Untuk langkah keselamatan My ke bengkel berhampiran… Nak tak nak kena tukar Master Pump… Terbang 100++ bagi kat abang pomen tuh… demmmm…! -.-’


Selamat sampai kL around 6pm... Sampai lambat terpaksalah melalui jammed yelaa orang ramai dah start keje kannn... hehe...


Malamnya badan masih terasa penat enchek tunang ajak gi beraya rumah pakcik dia.. sabo je laaaa.... -.-'


What next??? konpem lah open house melambak pasni kan...;D


Anyway, tahun ni raya cukup bermakna bagi My... bukan apa, mungkin tahun depan dah tak beraya bujang lagi... InsyaAllah dah berdua.. dah berlaki laaa... So, mungkin agak terbatas sikit untuk berjimba-jimba bersama teman-teman macam sebelum ni... isk sob sob... Gonna mish yu friends!!! InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi....;)


 Till Then!!

13 comments:

^^nu[dd]yra^^ said...

amboi beraya sakan yer mai....dasyat !

^^nu[dd]yra^^ said...

amboi beraya sakan yer mai....dasyat !

^^nu[dd]yra^^ said...

amboi beraya sakan yer mai....dasyat !

Ku Azhar said...

meriah gle!!!!! gud2 :D

Teratak Hami said...

MY raya sakan nampak. Apasal dah sampai Melaka, tak singgah rumah akak?

Enjoy jer tengok budak2 muda beraya. Tapi ada 1 gambar konvoi reramai tu, korang pergi beraya jgk ke? Berpeluh agaknya tuan rumah tengok tetamu yg ramai.

Kawen nanti jgn lupa jemput.

YanaMIB said...

ni mmg entry qada + jama' nih..hoho beraya dan berkenduri kawen..mmg heaven prot kan =)

Anum said...

bestnya tgk gambar2 raya dia
nie mesti guna camera mahal kan

mas saari said...

sakan gila beraya!
akak raya pertama sampai raya ketiga je pergi beraya...
raya keempat dan seterusnya dok sibuk kemas rumah kat kampung tu! huhuhuuu

KAMIHIDUP said...

meriah sakan semua. :)

asamasin said...

gojes!

MamaEma said...

rayakan sebulan...mestilah kena raya sakan kan...okeylah dpt juga jumpa kawan2...

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kak My comel sgt bila pakai shawl. :D

IEQAH said...

superbly meriahhh :)
salam aildiftri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers