9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, September 23, 2011

SOFFIYA SLOT AKASIA DI TV3


Drama Akasia, Kasih Alia telah pun melabuhkan tirai Selasa yang lalu. Puas gak tunggu bila nak sampai ke penghujung episod hehe bukan apa lama-lama jadi bosan plak lepas sorang, sorang mati…-.-’… Slot Akasia diteruskan lagi dengan bermulanya episod baru berjudul “Soffiya”. Tengok promonya sahaja macam dah jatuh cinta lebih-lebih lagi bila ianya dibintangi pelakon utama Nur Kasih, Tiz Zaqyah.


Drama Soffiya dibintangi oleh Tiz Zaqyah sebagai teraju utama iaitu Soffiya, Fizo Omar sebagai Ilyas, Izara Aishah sebagai Fiona dan Azhar Sulaiman sebagai Kamal.

Soffiya mengisahkan mengenai Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering mengalami masalah kesihatan. Titik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri. Sejak kejadian itu kehidupan Soffiya mula berubah apabila lebih suka menyendiri dan selalu murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara dan baru mula mengenal erti cinta.. namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.
Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Sila tonton Slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam hehe. Kalau tak sempat menonton sila tonton di tonton.com.my…;D
Hurm, macam besh je bunyi nya tapi My tak suka bila cinta melibatkan 2 orang yang punyai pertalian macam ni adoiii macam mana lah agaknya ending cerita ni kan? So, make sure yu ols jangan ketinggalan oke walaupun My ada tertinggal sikit masa episode pertama cerita ni heee… yela buat time maghrib mana nak dan… -.-’
Boleh tak nak request kat TV3 ubah Slot Akasia ke waktu lain?? Cerita time-time camni semua menarik tapi waktunya sahaja tidak sesuai… Jadi, tolonglah pertimbangkan ye tibi 3!!!
Till then!


6 comments:

Anum said...

anum suka cerita nie
mesti nak saksikan every evening
x suka bapa dia jahat

Diana @ bilakukatacinta said...

cerita ni boleh layan tau?..tp siapakah cinta pertama dia? dan siapa suami dia yg jutawan tu?...

mas saari said...

suka gak!
geram tengok perangai bapaknya yang macam syaitan tu..

Yanaa said...

wah!!! cm menarik jep cite nie..p x dpt tengok dh skunx nie..dh masuk ue balik dh..huk2..kasih alia pm xtw ending dy cm ne..:(

CikPuan Fara said...

assalam my. lama tak singgah blog my. fara rasa cite kasih alia tak logik sbb asek mati je. ptt tukar tajuk "kasih alia"- "siri kematian keluarga" huhu =.=

cite soffiya ni cam best tapi geram tgk bapak dia. adoi asek emo je tgk slot akasia ni heheh. kan bagus kalu tukar ke 6.30-7.30 cam dulu. waktu magrib panjang sket..

Ogy Labouchee said...

skang ni penceritaan soffiyya ni maca slow sikit....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers