9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, September 12, 2011

Tiada cukai 6% tanpa kelulusan Kabinet – jaminan kerajaan

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.

Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D'Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas



sumber: Bernama 


nota kaki: Nampaknya 15 sept ni tiada caj 6% lah kan... heheh. saje je tuh saspen je lebey.. ada agenda tersembunyi ke? lalalalala~

2 comments:

mas saari said...

mintak2 tak jadi terus...

Hanif Borhan said...

ada suara2 dok kata...
ni mmg dah dirancang...
nak electionlah katakan...

wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers