9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, October 21, 2011

Walau Apa pun Alasannya....

Seperti yang kita semua tahu, berita mengenai kanak-kanak berusia 2 tahun, Wang Yue yang digilis oleh dua buah kenderaan telah pun tersebar di seluruh dunia. Walaupun dah ramai yang post pasal cerita tergempar ini My tetap terpanggil untuk memberikan ulasan dari lubuk hati My sendiri.
Baru sebentar tadi di Buletin Utama ada mengesahkan bahawa budak malang tersebut telah meninggal dunia akibat otaknya yang gagal lagi berfungsi. Bagi My, biarlah dia 'pergi' daripada menanggung kesengsaraan akibat sikap tidak bertanggungjawab oleh masyarakat disekelilingnya. Ternyata berita ini telah mendapat perhatian seluruh manusia di pelusuk dunia. Masakan tidak sikap mereka yang hanya memandang tanpa memberikan sebarang bantuan adalah suatu tindakan luar batasan yang tidak boleh dimaafkan!

My tak berani nak mainkan dan lihat video penuh tersebut.. cukuplah sepintas lalu mata My melihat bila ianya disiarkan di media elektronik. Tak sanggup rasanya.. Luluh sangat rasa dihati... My percaya, semua ibu-ibu di luar sana pasti lebih merasakannya kerana lebih faham perasaan hati seorang ibu apabila anak kesayangan diperlakukan sebegitu rupa. Nau'zubillah....T_T

Sepanjang berita ini menjadi bualan ramai, My ada terbaca di beberapa blog yang post mengenai sebab mengapa kanak-kanak tersebut dibiarkan sebegitu rupa. Kerana kepentingan diri, nyawa seorang kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa. Terkilan sungguh My apabila pemandu kenderaan yang melanggarnya itu sendiri mengaku dia sengaja melanggarnya sekali lagi kerana memikirkan apa yang bakal terjadi padanya sekiranya kanak-kanak tersebut terus hidup di mana kebarangkalian beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi berbanding dengan nilai hukuman denda yang lebih rendah.
Lebih sedih lagi apabila Wang Yue dilanggar lagi oleh kenderaan lain.. Bertambah-tambah malang lagi apabila lebih daripada 10 orang hanya memandang dan berlalu pergi tanpa memberikan sebarang bantuan!!! Malah lebih busuk ada yang bertindak mengelak daripada 'terlanggar' umpama memandangnya hanya seperti kucing yang dilanggar di tepi jalan!!! 

Tempat kejadian hanya berlaku di jalan kecil.. jarak dengan kedai dan kedua ibu bapanya hanya beberapa meter. Mungkin silap kedua ibu dan ayahnya sebab terlepas pandang kelibat Wang Yue sebelum sedar dia telah pun digilis umpama binatang! Namun... Ianya bukan salah mereka apabila anaknya diperlakukan begitu kejam!!!

WALAU APA PUN ALASANNYA.... Di mana letaknya rasa keperimanusiaan masyarakat di sana?? Di mana letaknya rasa ihsan sesama insan sampai sanggup mementingkan kepentingan diri berbanding nyawa yang tidak berdosa??!! kejamnya kamu!!!

Kalau kamu rakyat Malaysia, walau apa pun alasannya... Letaklah rasa keperimanusiaan itu di tempat pertama jika kamu diberi pilihan untuk bertindak... T_T

nota kaki: sakit gusi bekas surgery. mood macam hampeh!!!

8 comments:

Teratak Hami said...

Tak sanggup nak baca.... sedih!!! Apalah dosa si kecil itu? Camne perasaan orang yang melanggar, melihat insiden tersebut?

Mizz ErMa said...

tergamak betul mereka..apa la sangat dosa budak nih..

aimie amalina said...

sedih kannn
sgt kejaaammmm!
pntgkan diri
huuuuu...

Asyikin said...

law yang sangat tak patut !

SoLy SoLicious said...

Sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia..Bumi ku tercinta

mas saari said...

betul tu!
walau apapun alasannya memang mereka semua tu kejam! ikut sangan undang2 sampai ketepikan sifat perikemanusiaan!

fazrulnoor said...

ade org ckp undang2 kat sana mmg pelek sampai lahirkan persekitaran manusia yang kejam

Eika Arysha said...

sampai skrg,eika masih terbayang2 video tu...eika xleh nk bayangkan klu eika ditempat ibu bapa Wang Yue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers