Persiapan Perkahwinan : Checklist


Sebelum mengadakan sesebuah majlis perkahwinan, kita kenalah buat perancangan rapi supaya segalanya berjalan dengan lancar sepanjang hari bersejarah itu nanti. Tak terkecuali diri My sendiri… Walaupun lambat lagi tapi perancangan awal patut dititikberatkan. Terutamanya yang memerlukan tempahan awal dan mengambil masa 2/3 bulan untuk sempurna siap. So, di kelapangan My yang ada selepas waktu kerja My akan survey dan buat budget untuk hari bahagia My nanti… J dan supaya My tidak lupa, My kongsikan checklist perkahwinan My di sini untuk rujukan bakal-bakal pengantin lain seperti korang juga hehe. jom cekidaut!

Permohonan Nikah

Ahhhaaa..Ini merupakan perkara yang paling penting untuk persiapan perkahwinan! Kalau semua checklist di bawah ni tak buat makanya tak bolehlah My nak kawen. So, untuk selamat My kena pastikan semuanya complete!

·  Hadiri Kursus Kahwin
·  Sijil Kursus Kahwin original & salinan
·  Ambil Borang Nikah di Pejabat Agama
·  Surat Akuan Bujang
·  Ujian HIV
·  Borang Kebenaran Nikah (Enchek Tunang)
·  Salinan IC wali (abah)
·  Salinan IC 2 saksi
·  Sijil nikah Mak & Abah original & salinan
·  Isi Borang Nikah
·  Booking Jurunikah

Oh lihatlah.. Dalam banyak-banyak ni baru 2 je yang selesai…-.-’ hehe takpe-takpe jangan serabutkan kepala otak.. Majlis lambat lagi.. Seelok-eloknya dah complete semua dokumen, sebulan sebelum tarikh nikah baru pi hantar ke Pejabat Agama.

Barang Hantaran

Barang hantaran ni bukan wajib pun, sekadar mengikut adat sahaja.. yang wajib hanyalah Mas Kahwin ye kawan-kawan. Tapi kalau takde barang hantaran macam tak lengkap plak majlis perkahwinan tu kan hehe. So, My sudah tentulah tak ketinggalan untuk menyediakannya. Setakat ini, hampir kesemua barang hantaran telahpun My dan enchek tunang sediakan. Kitorang buat hantaran 7 berbalas 9… erk.. banyak sangat? Errr bukan apa korang, haritu masa bertunang kitorang awalnya plan nak buat 5 berbalas 7 sahaja tapi last2 minit ada barang lebih plak, lepas tu ada plak yang nak sponsor jadinya kitorang buatlah lebih jadi 7 berbalas 9. So, untuk selamat kali ini kami sediakan je 7 berbalas 9 juga untuk hantaran.. Takpe, kalau rasa tak tahu nak bagi apa boleh bagi hantaran berbentuk makanan… janji ado…J

Hantaran Pengantin Perempuan kepada Pengantin Lelaki
·Sireh Junjung
·Al-Quran + Sejadah
·Wallet + belt
·Toilettries
·Kasut
·Jeans + T-shirt
·Kek
·Coklat
·Buah-buahan
google~
Hantaran Pengantin Lelaki kepada Pengantin Perempuan
·  Mas Kahwin + Cincin
·  Sireh Junjung
·Kasut + Handbag
·Telekung + Sejadah + Al-Quran
·Toiletries
·  Kek
·  Buah-buahan

Kalau part hantaran nak bagi kat perempuan, takde masalah. My petik je nak ape heheh tapi yang lelaki ni dahlah kita balas kat dia kemain banyak pening gaklah mula-mula tatao nak bagi apa. Barang untuk perempuan rasanya dah okay cuma yang jenis makanan, sireh tu boleh lah disediakan dekat nak majlis nanti. Barang-barang untuk bakal suami tu ada yang tak complete lagi. Bukan apa, enchek tunang ni tak suka sangat barang-barang bagi kat dia, kalau boleh nak semua makanan je. ape daaa… puaslah pujuk dia jom beli itu beli ini.. Itupun adalagi yang tak beli tu… sket hari lagi la gi beli.

Majlis Resepsi

·Mak Andam

Menggunakan khidmat Andaman sudah menjadi perkara lazim dalam sesebuah majlis perkahwinan. Seumur hidup sekali wooo mestilah nak kelihatan cantik ye dak? Haaaa part ni adalah antara mula-mula yang My survey. Jenis My takdelah cerewet sangat. Janji make up ok, baju ok, harga ok.. My on je. Lagipun My tak dan nak selalu balik johor tu gi survey semua mak andam. So jumpa 2/3 tempat pun ok lah. My dah pun decide nak ambil mak andam mana. Dah deal pakej yang macam mana. Untuk majlis My nanti dia akan tempahkan baju baru khas untuk My…. Yeay! J

·Pengapit
google~

Buat masa ni My decide nak ambil member baik since form 1 ni sebagai pengapit. Si kawan baik ni juga adalah teman serumah My hehe. Tapi tatao lah dia boleh atau tidak. Bunyinya macam segan-segan je nak jadi pengapit My.. silap-silap kang My sendiri kipas diri sendiri hehe. Takpe, part ni nanti My confirmkan dengan dia balik sama ada mahu atau tidak… J

·Caterer

Ahhaaa…Part masak memasak ni bukan keje My.. semua ni My serahkan sepenuhnya pada mak dan abah. Lagipun, My tak pakai caterer sebaliknya masak sendiri secara bergotong royong dengan orang kampung…mak abah duduk di perumahan felda so aktiviti memasak, rewang merewang ni dah jadi tradisi sejak dulu lagi… Lebih mudah dan seronok… J

·Photographer
google~
Luckily, akak My ada kawan dengan photographer. Tak pernah lagi lah guna khidmat dia tapi lihat pada pengalaman dia sebelum ni oklah… Lagipun dapat harga murah sebab kawan kakak haha…

·Kek Kahwin

Kek untuk majlis makan beradab My belum dapat lagi tapi dah start survey-survey jugak. Plan nak buat 3 tingkat. 1 tinggat kek span 2/3 kg, 2 tingkat lagi letak cupcake. N My nak habiskan kesemuanya! Hehehe…

·Doorgift

google

Haiyohhh… bab ni yang My tengah pening sekarang ni.. yela, survey punya survey banyak sangat sudahnya rambang nak pilih mana satu… -.-’… nantilah decide.



·Kad Kahwin

Survey punya survey akhirnya My dah pun menempah kad kahwin. Alhamdulillah.. InsyaAllah lagi sebulan baru boleh dapat… Korang nak ke? Hehe. Kalau My bagi kad jemputan konfem datang ke? Majlis rumah My di Segamat tau…J

·Berinai

Hurm, part berinai ni pun kena ambil kira jugak. Tak pakai inai bukan pengantin lah namanya kan. Tapi masalahnya dari mana My nak dapatkan pokok inai tu. Kalau kecik-kecik dulu My tahulah mana nak cari tapi sekarang pokok inai tu pun dah tak ada…-.-’ My cadang nak suruh orang buatkan. Nak buat sendiri takut tak menjadi plak. Inai haruslah merah menyala baru semangat nak bersanding hehe. Malam berinai?oh mungkin tidak. Cukuplah sekadar buat majlis khatam Al-Quran… J

·Kanopi

  Hurm, bab kanopi ni tak jadi masalah sebab dekat kampung My tu ada beberapa orang yang ada buat khidmat kanopi ni. So, tinggal nak booking n beritahu scallop kaler apa je nanti.. J

·Kompang

google~
  Takde kompang tak meriah lah majlis sesebuah perkahwinan tu kan kan. Part ni pun tak perlu My risau sebab duduk area kampung ni tak susah nak dapatkan perkhidmatan kompang. Cumanya kena booking je lah bukan apa takut ada bertindih tarikh dengan majlis orang lain plak kan… hehe eksaited nya My bayangkan diarak dengan bunyi kompang… J kalau duduk bandar dah jarang jumpa yang pakai traditional kompang sumenya pasang CD bunyi kompang je hehe tak besh tak besh.

·Penunjuk arah/Signboard

  Haaa.. part ni jangan ambil mudah.. yang duduk bandar kat perumahan tu pun perlu ada inikan yang duduk kat pedalaman ni kan.. Buatnya kawan-kawan kita dari seluruh pelusuk tanah air kot terbuka hati nak datang mahu ada yang melilau mencari kang hehe. So, part ni harus dititikberatkan. Buat sendiri je.. Lepas tu laminate kan dikhuatiri hujan basah plak penunjuk arah tu nanti langsung orang tak nampak hehe. Kalau boleh buat size A3, kalau A4 takut kecik sangat orang dari dalam kenderaan kurang nampak. Nak nak kalau ada banyak signboard orang kawen kat tempat tu kan.. -.-‘

·Sound System

google~
  Biasanya orang kata kalau sesebuah kenduri kahwin takde hiburan, muzik tak meriah betul tak dan biasanya jugak karaoke mesti tak lari dari sesebuah majlis kahwin tu. Tapinya, rumah My nanti takkan ada hiburan berbentuk karaoke. Hanya sekadar menyewa Sound System dan mainkan lagu sahaja terutama lagu-lagu pengantin/nasyid. Sebelum ni rumah mak abah dah pernah buat majlis kenduri untuk 2 orang kakak dan abang. Kami memang tak pernah buat karaoke. Hanya sekadar mainkan muzik supaya majlis tak kelihatan suram. Sebabnya karaoke ni tak berapa elok sangat lah.. Abah My tu very particular sket bab-bab macam ni… tak berkat pulak majlis kawen den kang… J  So nanti kalau korang datang tu jangan plak rasa boring sebab takde sesi karaoke ye hehe..

Hurm... apa lagi ek yang belum masuk list... Rasanya itu sahaja kot? Kalau ada yang tertinggal nanti My akan hapdet lagi oke ..Lepas ni kalau ada masa lagi My kongsikan plak bagaimana persediaan setiap satu checklist tu oke...!

Till then!

18 comments:

Anum said...

betul2
checklist sangat penting

Ku Azhar said...

haaa..yg penting bahagian photographer tau akak!! klau skrng dh ade sorg..better cari photographer lg sorg..cari yg xbertauliah pn xpe..hehehe..bg je rm50 utk whole wedding..sbb better ada backup :)

Liyana said...

wah pjg nye checklist.. goodluck yer, plan btl2 :)

Sunah Sakura said...

terima kasih kongsi checklist.... ahahah~ :p

SoLy SoLicious said...

kad kahwin mesti cukup tuk sy sekeping tau

NiSha said...

hehehe pening kan rasa mcm tak cukup tangan nak wat semua.. tu plus kerja kat office lagi.. hehehe anyway thanks la remaind last checlist ni..
nnti jemput gak ke Wedding Nisha.. Kad nnti Nisha upload kat blog Nisha
chayok..

Cik Ecah said...

bnyak kannn mcm2 benda kene pk...huhu

mas saari said...

zaman sekarang nak kawin kena buat checklist sebab banyak benda nak kena sediakan! masa akak dulu takde pun checklist ni... main beli dan ingat je!

Cik Zana said...

banyaknya benda yg nak kena buat my... kahwin nie susah jugak ya...huhu

Teratak Hami said...

Berapa persalinan? Ambil lebih persalinan, so banyak skit gambar. Pakai baju korea, evening dress, baju cina etc. 11 tahun dulu murah kat Melaka ni. Now tak tahu le pulak.

Photographer termasuk video jugak ke? Kalau ada video, best jugak. 10 tahun akan datang anak2 sure kagum dengan kecantikan ibunya ... hehe

cantekk said...

bile mejlisnye ni my?

cik.mila said...

baru terjah blog kamu..hihi..same la kite, fening kn nk wat prepartion..bila mjlis ni??

dEsiE iMMi said...

Salam cik My

Majlis kt sgmt ey nt? pakai mak andam mane ek? tgh survey2 ni mak andam yg bez. :)

putribongsu said...

amboihhh berjelarrr pjg...mcm xcukup ruangan je nk menulis...hihihihi

athirah said...

BOLEH TAHAN GAK MAJLIS MY NI... HAHAH.. LENGKAP SUME =)


EXCITED NAK THAU BAJET.. TGH SURVEY2 NI... NWAY THANX FOR THE INFO

BeloG MTT said...

Google check list kawen ternampak entri My nihh.. Hehe boleh skodeng skodeng untuk prepairation :P

@zie said...

fuh gugel pnya gugel jmpa list nih..seb baek..blh la dijadikan guideline..tu blom pk bajet lg..fenin2...

KHai said...

Info yang sangat menarik mengenai checklist perkahwinan sebagai panduan bagi mereka yang dah nak kahwin nanti... :)

Entri Terkini :
Checklist Persiapan Perkahwinan Bagi Anda Yang Dah Nak Kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

Kawan-Kawan Saya! ^_^

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers