9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, December 20, 2011

Bila YanaMIB post pasal cincin risiknya yang hilang...

..... My teringat cincin tunang My yang hilang sejak Hari Raya yang lepas!!! uwwwaaaaa

Memang sudah sedia maklum My ni jenis yang kaya dengan sifat lalai dan ambil mudah akan barang-barang peribadi.... Suka letak entah mana-mana pastu bila nak guna baru terkial-kial mencari! Sama lah macam kes My hilang purse haritu.. Kat opis tak pernah berlaku kecurian kot. My puas mencari tapi tak jumpa.. My ingatkan orang ambil siap hantar email kat semua staff kat level ofis My ni kot-kot diorang ternampak. Siap dah report polis, renew IC, and batalkan semua kad-kad ATM hoke! 2 hari lepas tu jumpa balik di sebalik fail-fail kat workstation! boleh??? Ye.. My sememangnya sangat cuai..-..-

Kes sebelum-sebelum ni pernah tertinggal henpon di McD masa pergi lunch.. Dah half way baru perasan henpon takde! Datang balik mekdi memang takde lah kan n tak ingat pun letak kat mana..-.-' Nasib baik tinggalkan contact number kat orang mekdi.. Lepas tu ada orang call bgtau ada customer jumpa n bagi kat pekerja dia. Mungkin jumpa di tempat nak amik sos tu! Nasib baik customer tu tak amik kalau tak?? Memang careless tahap cipan hoke!

Nak sebut kes-kes kecuaian lain toksah cakaplah.. banyak sangat dah.. tu lum cerita lagi henpon tertinggal dalam fitting room..-..-  henpon tertinggal dalam toilet...-..- henpon tertinggal kat opis selepas balik waktukerja...-..- dan sebagainya!!! arghhhh perangai My yang cuai ni memang tak boleh dibendung lagi...T_T

Berbalik kepada cincin tunang tanda ikatan yang lum nak halal dengan enchek tunang tu.. hilang macam tu je! My tak boleh nak recall kat mana cincin tu sebabnya.. seingat My seminggu sebelum nak balik raya tu memang My takde pakai cincin langsung! biasanya lepas pakai cincin My akan letak je atas almari tempat My letak alat-alat makeup tu tak pun masukkan dalam bekas cincin. Sepanjang seminggu tu memang takde cincin langsung. My fikir takpela taknak pakai..nak pakai masa raya nanti. So, memang tak cari langsung n tak teringat langsung pasal cincin. n sepanjang seminggu tu memang My tak perasan pun cincin tu takde atas almari tu.. My fikir.. owh mungkin cincin ada dalam bekas. 

Sampailah on the day My nak balik bercuti. Masa dah kelam kabut nak masuk all the things dalam kereta.. My capai bekas cincin.. sambil bukak nak pastikan cincin ada.. sekali bila bukak..OMGeee!!! where is my rings????!!! why empthy??? Dua-dua cincin hoke risik dan tunang!!! takde!!! My puas menyelongkar atas almari.. dalam bekas itu bekas ini... nothing!!! seingat My.. My takde pakai! Takkanlah My tertinggal kat mana-mana masa tengah solat??? ala janganla!!! Dahla My memang jenis suka tanggal cincin kalau nak ambil wuduk..T_T
tinggal kenangan~ (sila abaikan jari2 yg dompok..-.-)
Balik cuti raya tu memang tak tenang.. Sampai menangis lah My... yela, enchek tunang mesti kuciwa kalau tau My hilangkan cincin tu. haih~ Balik dari cuti raya My ada cari lagi.. tapi tak jumpa.. Sampailah one day tu masa tengah lepak-lepak dalam bilik My ternampak cincin risik kat celah-celah almari dalam bilik!!! gembira kemain lagi!! Tapi mana cincin tunang?? tak nampak pun..T_T My puas lah menonggeng-nonggeng cari tapi takde jugakkk!!! n akhirnya My pasrah dan redha menerima kehilangan cincin tunang tersebut..T_T Enchek tunang pun terpaksa redha nak buat macam mana dia memang sedia maklum akan perangai bakal isterinya yang satu ni..-.-'

So.. korang sila lah jaga cincin tunang tu sebaiknya! jangan jadi macam My.. lum tua lagi penyakit lupa penyakit nyanyuk penyakit lalai dah menimbun-nimbun! -..-

okbai!

3 comments:

mas saari said...

akak pulak cincin kahwin yang hilang...huhuhuuu

cik chinta said...

makan gingko..ihihi...

saharinasaharudin said...

hihi,sma la.rin pun kekadang careless jgk.plus,plupa ckit.mama rin advice mkan kismis bnyak2. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers