9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, December 13, 2011

Parah Parah....


Salam korang…

Today macam rasa takde mood sangat. Rasa macam tak cukup tidur. Rasa sakit-sakit tengkuk, seluruh badan. Nak kata ada buat kerja berat-berat takde pun.. -.-’ Entahlah… i just feel like.. a bit exhausted.. Need more enough sleep and rest!!

Masalah tidur My makin menjadi-jadi sekarang ni. Sejak My citer pasal ‘gangguan’ haritu My memang dah tak pernah tidur sendiri dalam bilik kecuali last Sunday bila My cuba tidur lepas pulang dari tidur di rumah mak enchek tunang. Kiranya siang-siang buta la. Ingatkan nak tidurlah dalam sejam dua sebelum bangun semula untuk ke kenduri. And yes… My ada rasa susah nak bernafas pagi tu… My baca ayat Qursi, My lawan.. lawan sampai My rasa boleh bernafas. Entahlah… Adakah hanya perasaan My atau My bermimpi atau betul-betul terjadi??? Ahhhh semakin parah dibuatnya!!

Apa tak parahnya.. asal malam je perasaan My jadi lain. Asal time nak tidur je perasaan jadi tak keruan. My semakin tak berani nak tidur sendiri dalam bilik.Even tidur dengan housemate kat bilik dia pun selepas sejam konfem My akan terjaga dari tidur lepas tu mata segar macam hape! Terus call enchek tunang suh tunggu depan rumah… Jadinya lately ni tidur tu a bit terganggu.. Bila pukul 1 atau 2 pagi baru betul-betul terlena.. pukul 6 pagi dah kena bangun then bape jam sangatlah My dapat tidur?? Tu yang sakit kepala.. sakit tengkuk.. sakit badan macam hape ni!!!adehhhh~

Lagipun rumah sewa teres satu tingkat yang My duduk ni dah tinggal berdua je. Housemate lagi sorang bakal berkahwin Sabtu ini dan dah pun berpindah ke Pulau Pinang. Jadi tinggallah kami berdua. Bila dah berdua rumah jadi sunyi.. bertambah-tambah sunyi kalau member sorang ni tiada kat rumah. Kadang-kadang My ada rumah dia takde.. kadang-kadang My takde rumah dia ada… Dia pun memang selalu balik lambat jadinya My rasa kurang senang bila tinggal seorang kat rumah. Dulu takde pun kronik sampai macam ni tapi sekarang ni… entahlah! Lemah sangat semangat nih…

Uwwwaaaa! My pun tatao apa lagi nak buat ni. Rasanya sebelum ni My tidaklah sepenakut ini… T_T Kadang-kadang bila dah siang tu My ada terfikir.. napelah aku nak takut. Malam ni nak tidurlah sendiri dalam bilik. Sebelum ni selamber je tidur sorang-sorang siap bergelap satu rumah. Tapi bila dah malam bila sampai waktu tidur My tak boleh nak lelap!! Bila dah dapat lelap plak mest setengah jam ke satu jam lepas tu terjaga. Pastu mata jadi segar giler! Dunno why… Isk sob sob….

Entahlah… nak kena azan plak rumah ni kot…. Tunggang tonggek solat, baca Quran, baca Yaasin pun tak jalan.. apelah My ni… -.-’


3 comments:

Anum said...

x pe kena usaha lebih lagi

mas saari said...

mungkin perasaan my je... cuba sebelum tidur tu tenangkan fikiran, jangan fikir sangat!

~@mOi ~~ said...

my, akak nasihatkan awak, pegi la bawak berubat, amik air tawar ker? mende2x ni slagi tak buang.. mmg asyik menggangu jer...setan kan, tmbh lagi org yg tak kuat semangat.. lagi la.. sebelum tito, my kebas tmt tito, baca innalilah3x, mengucap 3x, surah alikhlas, zikir.. insyallah.. akak pon penah kena.. sihir lagi.. dah biasa sgt mende mcm ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers