9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, January 31, 2011

Malakoff Teambuilding Orientation Program @ MAPPETRA, Hulu Langat

Salam y'all...

Dah seminggu tak berblogging.. ahhh rindu sudah.. hehe.. I'm quite busy you.. and lately, I just back dari bermalam di tengah hutan 3 hari 2 malam..T_T.. Badan masih sakit-sakit dan tak selesa, but hari ni I gagahkan juga diri pergi kerja..

2 Minggu yang lepas i got an email from Training Dept. Dalam email tu stated bout this program which it is for all EDPs, TDPs and all new comers. Yela, walaupun I dah setahun kat Wirazone+Malakoff ni but I masuk permanent kan August and 2hb ni baru nak confirmed afta 6 month probation. So, indirectly, I pun listed jugaklah as participant... Nak tak nak, kena jugak pergi.. haih.. Dalam keadaan terpaksa I pergi bersama 24 peserta lain yang mostly from Prai, Lumut and Tg Bin, JB... HQ staff adalah 3/4 orang kot termasuk I. 

We ols pergi last Friday 26hb. Bertolak ke MAPPETRA Hulu Langat around 3.30pm dari HQ. Lepas lunch I turun bawah ke Lobby bertemankan kak Sue.. Dengan berat hati I melangkah masuk gak ke dalam perut bas bersama-sama yang lain. peserta perempuan ada 5 orang je..giler tak besh..T_T
I dah tengok tentative.. memang 3 days ni pack giler aktiviti we ols. Sampai-sampai MAPPETRA je terus jemaah Asar. But it is good sebab program ni tak menekankan hanya aktiviti fizikal dan mental but also spiritual. Solat 5 waktu memang we ols kena naik surau solat jemaah sama-sama tau huhu. 1st nite kat sana tak heavy sangat. Just stay in a room and dengar briefing.. Badly, I can't sleep that nite. Dunno why. Badan penat but mata bulat giler tak mahu tidur...Mungkin tak biasa dengan tempat baru kot..
Second day tu, bangun pagi 5.30am. Tidur tak berapa tidur la kan sebab I takleh tidur kan. So dapat tidur-tidur ayam je la. Mandi-mandi and then bersiap untuk jemaah subuh. Lepas tazkirah we ols riadah.. pergh.. sakit urat kaki jogging naik bukit turun bukit!! bukit tu tinggi giler oke! Afta breakfast we ols play Bomb Squad Challenge + Hunt. erk~ my group tak dapat point kot main Bomb Squad tu. ceyt. Masa berehat sangat terhad. Second day aktiviti memang pack. lepas lunch and zohor we ols kena masuk hutan plak for abseiling and high rope. Perghhhh.. Ini memang paling I tak suka oke. I memang gayat pada ketinggian.. Memang sebelum naik lagi I dah bagi warning that i can't do that and nah kauuu.. menangis sambil abseiling and lama jugak sangkut masa buat high rope sebab tak berani nak melangkah!! tempat tu giler tinggi and menakutkan!!!! lepas kena marah bagai i gagahkan diri gak but still menjerit dan menanges ask for help!!! i hate myself at that part!!!!! and sorry kat u ols yang kena continue buat high rope keesokan hari sebab I punya pasal..T_T..
Malam tu.. dah penat.. Tapi kitorang masih ada aktiviti.. Nite jungle trekking. Before masuk hutan I harap sangat dia tak letak kami sorang2. Ni pun I takut jugak but then ok je. Sebab we ols kena masuk hutan tu dengan berpandukan penunjuk arah yang diorang dah letak. I oke je, tak rasa takut sangat pun sebab ada ramai kawan-kawan lain. n I bawa torchlite. Yang naya nye jalan licin dan becak. Yela hujan kan... naik bukit turun bukit... masuk sungai keluar sungai. kasut.. baju.. sah-sah lah lencun satu badan. Dan yang paling sadis... risiko digigit pacat!!!!!!! Keluar je hutan we ols jerit-jerit sambil perhatikan badan masing-masing. Bukak kasut dan stoking hamik kau!!! ada pacat yang sedang menggemuk di kaki I oke!!! I pakai stoking 2 layer + masuk kan seluar ke dalam pun dia still boleh masuk!!! we ols yang perempuan balik bilik and gi bilik air sama-sama cek pacat kat badan masing-masing before mandi. I punyalah takut nak bukak. Nasib badan takde pacat gigit. Cuma masa tengah mandi tu tiba-tiba nampak pacat besar dekat tuala yang bergantung. dari mana lah dia datang cepat-cepat panggil bella tolong buangkan!!! haihhhh!!!! and badly lagi... I tak boleh tidur jugak malam tu!! tidur kul 4pagi buat projek satu hal... dah masuk tidur yang tinggal baki masa lagi sejam lebey tu pun still tak dapat tidur! Badan penat giler oke buat mata I memang tak boleh lelap.. Dahlah masa atas katil tu masih terasa-rasa macam ada pacat kat kaki, badan.. pastu mata segar je tak boleh lelap. takut giler I berjaga sorang-sorang.. sudahnya I tutup muka pakai bantal sambil peluk yaasin.. pejam mata je sampai 5.30am....T_T... masa solat subuh duk la tersengguk-sengguk sebab tak tidur...T_T....

Last day, lepas riadah sikit we ols masuk hutan untuk flying fox plak. Masa ni badan giler dah sengal-sengal oke! I belum pape dah menangis! I menangis sebab hape... malas nak cerita but then I kena plak flying fox kan...haih risau jugak~ Before this I pernah jugak main abseiling and flying fox.. mase PLKN 5 tahun yang lalu. abseiling tu memang I surrender dulu masa PLKN pun I teresak-esak masa turun tau. I bukan sengaja atau mintak perhatian but i memang lemah semangat!!! I gayat pada ketinggian!! rasa nak pitam je tengok tempat tinggi tu!! Masa buat flying fox dulu I okay tak nangis mungkin sebab benda tu menggelungsur je and buat tu macam duduk kan and masa tu pun buat tak berapa tinggi and jauh merentasi kolam je. Yang dekat MAPPETRA ni I tengok flying fox dia giler jauh!! pastu kiri kanan ada pokok buluh oke! But oleh kerana rasa marah and tercabar pagi tu, I gagahkan gak diri naik dan cuba buat!! I did it!!! Rasa puas giler lepas jerit kat penghujung tu! Pada u ols yang ingat I jerit sebab takut sori sikit I jerit sebab I release oke!!! **Tapi giler macam nak tercabut jantung masa mula-mula turun tu!!! fuhhhh!!! enaf oke.. lepas ni tolong jangan suruh I buat keje-keje giler tu lagi...lagi-lagi high rope tu...T_T...


 Hujan tak henti-henti sejak hari pertama we ols kat sana. 3rd day lagi lebat hujan but we still dalam hutan meneruskan permainan... Afta flying fox we ols bersiap sedia for paintball plak. I tak pernah main oke so ni kiranya festime la. Tapi bukan macam paintball biasa sebab ini main dalam hutan. Scary oke sebab kalau time jadi defend tu tatao penyerang datang dari arah mana. I duk belakang-belakang je sembunyi takut kena tembak. hahahaha..  dok lah situ sampai 10 minit game over...;P... dah tahu camne main paintball memang pasni tobat tanak main dahlah. tengok they ols kena tembak macam sakit je..T_T... Baju, kasut lencun habis. Nasib baik bawa 2 pairs of shoes.. Haih.. nak mandi satu hal. Tengahari tu lepas habis paintball balik mandi-mandi dan bersiap. hujan makin lebat.. arghhh sakit kepala..T_T


Petang tu presentation of project by group. Group kami tak payah cakapla... sia-sia je tidur kul 4am.. hehe.. Congrates to group lain yang kreatif-kreatif tu.. Lepas dengar ucapan daripada trainer dan tetamu terhormat, Dato' Hassan Ali... we ols bersiap sedia untuk pulang!! ahhh memang tak sabar oke!!! 
Lepas minum petang and asar.. we ols pun gerak pulang... walaupun penat yang teramat-amat sangat but we having a good day!! (err yeke??)... Apapun, thanks to ol of u yang terlibat and nice to know y'ols!!! Ada rezeki kita jumpa lagi...^_^

**Niat hati nak MC keesokan harinya.. but today.. I berjaya ke office.. syabas my!! hehe
**I need massage!!! badan giler sakit ni..T_T

Monday, January 24, 2011

Induction : 3rd week Atkins (No menu Hapdate!)

Salam.. hai u ols! Pejam celik pejam celik kejap je dah 3 minggu dalam tahun 2011 ni kan kan? n… dah 3 minggu ‘sepatutnya’ I dalam Atkins!!! Kenapa ada ‘…’ untuk perkataan ‘sepatutnya’ tu? Huhhhh!! Ni nak habaq ni. T_T..

Minggu pertama Atkins I memang bersemangat.. giler kentang tak sentuh makanan-makanan yang dilarang. Minggu kedua?? Anda pun boleh lihat pada minggu lepas punya post kan? Agak kesal dan kecewa disitu.. sebab.. dengan jayanya I telah mengkhianati badan sendiri dengan mengkantoikan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ahhh! Jangan jadikan ia sebagai alasan la my! Jangan salahkan kawan kalau ko kononnya terpaksa makan prosperity. Jangan salahkan company punya event ko terpaksa menjamu selera dengan hidangan yang diberi dengan rakusnya ( eh eh masih sopan ketika makan oke). Sudahnya, ada beberapa hari di minggu kedua yang I telah kantoi.. hurm…. Bila nak makan.. selalu I kata.. ‘ala sikit je nihhhh…’… bila perut dah kenyang.. ‘ahhh menyesal nya bedal ol this rubbish!!!’…T_T…

Minggu ketiga Atkins.. bila dah start kantoi sikit-sikit.. I dah mula berani membuat kesilapan lebih drastik! Walaupun I tetap makan makanan yang dibenarkan masa Atkins but!!! I akhiri minggu ketiga dengan kesilapan terbesar bila terpaksa makan nasi!! Itupun sebab I balik kampung ke halaman ayahanda bonda.. Owh bukan terpaksa tapi memang nafsu makan sedang menguasai diri I ketika itu dan tanpa berfikir panjang I telah menjamu selera dengan kejamnya tanpa mengasihani perut sendiri! Ahh kejamnya kau my sebab mengkhianati aku! *bisik si perut terchinta. Ahhhhh!! Seperti biasa, bila tekak mula mengeluarkan sendawa tanda kekenyangan… muka kekesalan mula terpancar. Maafkan aku perut….T_T… So, I decide untuk tidak hapdate menu bagi minggu ini sebab apa yang I buat tu dah sia-sia bila I khianati badan sendiri…………………..

Akan tetapi! Bila dah banyak terkantoi tidak bermakna I kalah. Tidak juga bermakna I putus asa. I masih mahu kurus. I masih mahukan pinggang kerengga. Ye.. masih mahu!!! T_T… Untuk menebus kesalahan itu.. I akan ‘re’muhasabah diri.. ye.. kesedaran yang perlu I cari! My.. fikirlah yang terbaik untuk kebaikan perutmu! Isk. Untuk itu, I akan berusaha lagi. Bila dah bersedia, I akan lakukan re-induction. Ye! I akan melakukannya! Err.. sebab apa I kata ‘bila dah bersedia’? Sebab.. petang esok ada jamuan farewell untuk boss I.. so, sebelum I cakap I kantoi di minggu ke-4 Atkins baik I cakap awal2 yang I mungkin akan makan rubbish lagi hehe. So, xkan ada la post untuk 4th week of Atkins hehehe.. Pandai tak I melepaskan diri.. *nakal! Anyway guys.. Bila dah re-induction nanti I’ll update my menus as usual.. Eh jangan risau tak ambil masa lama. Maybe around this week. Maybe next week huhu.. n I akan pastikan all my menus suci dan bersih without any rubbish!! Ini bukan perjanjian but sebagai pembakar semangat!! Moga I sedar dan bangun balik!!! Chaiyok my!!

Eh all atkiners out there. Jangan jadi macam I oke! But kalau u ols pun terjebak jangan cepat putus asa!! Bangun balik! Buat re-induction oke hehe..

Bukanlah nak menyeksa badam atau diri sendiri.. but nak bagi badan ni belajar disiplinkan diri.. Nak kurus bukan untuk chantek je.. but nak bagi badan sihat! Lemak banyak tak chantek.. plus badan pun tak sihat!!! Heee…

Till then!! 

Sunday, January 16, 2011

INDUCTION: 2nd week of Atkins – Banyak kantoi!!

Salam.

Err.. hai.. apa khabar u ols hrni?err.. dengan rasa bersalah pada diri sendiri I menaip entry ini.. Dengan rasa kesal teramat sangat I post jugak entry ini.. Dengan harapan moga I sedar akan kesilapan diri yang nak tak nak terpaksa I maafkan..T_T..

I have done my 1st week of Atkins I janji nak post entry seminggu sekali je kan (update menus), so kali ni nak listkan menu I for the whole 1 week ni hehe. Plus, I perlu membuat pengakuan sebab rasa bersalah yang amat sangat..T_T..

Eh sebelum tu I nak update menu I untuk minggu ini.. What are they?


MONDAY
Breakfast     :     Half Boiled Egg
Lunch          :     Ayam goreng berempah + Sayur kobis goreng
Dinner         :     I tak makan oke..


TUESDAY       
Breakfast    :     Telur Separuh Masak
Lunch         :     Okay!!! I mengaku I salah!!! I 'ter' makan MEKDI oke!! ye.. I ulang.. Mekdi!!!                        uuuwwwwaaaaaaaaaaa...! I makan prosperity ayam!!!! uuwaaaa.....
Dinner        :     Tak ingatlah makan apa...T_T

WEDNESDAY
Breakfast  :     Telur sparuh masak
Lunch       :     Ayam goreng 3 ketul + telur dadar
Dinner      :     Ayam goreng 3 ketul


THURSDAY
Breakfast   : Telur+ayam grg 2 ketul
Lunch        : Ikan talapia sambal + sawi goreng + tauhu sumbat + kentang goreng sambal
Dinner       : Tak ingat jugakkkk..T_T


FRIDAY     
Breakfast    :   Telur Separuh Masak
Lunch         :   Sayur kangkung goreng + ikan goreng
Dinner        :   Tauhu Sumbat!!!! (I baru tahu tak boleh makan oke!!) 


SATURDAY
Breakfast    :  Tak breakfast sebab pentingkan tidur...@_@
Lunch         :  Ayam goreng + Sayur kangkung goreng 
Dinner        :  Sate!!!!!!!!


SUNDAY
Breakfast    :  Tidur..T_T
Lunch         :  Sardin + Bayam goreng + Telur Hancur 
Dinner        :  Sardin
Dah tanak cakap banyak sebab minggu ni banyak kantoi! menci! 


**Dah dua minggu ni I pening kepala je... kenapa ek? adakah kena mengena dengan atkins?T_T

Saturday, January 15, 2011

Movie Overview - Filem Seram Mesia pun terbaik what!

Salam u ols..

Harini I nak story mory pasal filem plak! dalam masa sebulan ni I dah tengok 3 filem seram Malaysia. What are they? Hantu Kak Limah Balik Rumah, Damping Malam dan yang terbaru.. Khurafat! Jom kita review filem-filem tersebut...^_^

Hantu Kak Limah Balik Rumah (4/5) 
Filem Komedi Seram arahan Mamat Khalid ini merupakan kesinambungan kepada cerita 'Zombi Kampung Pisang beberapa tahun yang lalu. Mengisahkan Husin lakonan awie yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin(Ummi Nazira)), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu (Zami Ismail) mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Cecita cecita..hehe

Rupanya Hantu Kak Limah tu bukanlah hantu. Kak Limah tu sakit jiwa rupanya. Mayat yang diorang jumpa tu mayat pembantu rumah Kak Limah. hahah. lawak tak hingat. Lagi-lagi masa diorang lari lintang pukang and masa Johan bawa radio gi buang air hahah. Eh tapi lawak-lawak pun ada part seram u ols. citer punya citer rupanya che nin lakonan ummi nazeera dan Ayu lakonan avaa vanja tu rupanya dah mati!!! erk~

Apapapun, citer ni besh! tak rugi la tengok. pecah gak la panggung dengar penonton berdekah-dekah ketawa huhu. Tahniah kepada Mamat Khalis sebab baru dua hari masuk panggung dah cecah 1.2 juta!!!

Damping Malam (2/5)
Mengisahkan Wadi (Ahmad Idham) dan isterinya Ku Khalira (Amy Mastura) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama Nuraiza. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. Nuraiza pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. Nuraiza diasuh oleh ibu saudara Ku Khalira yang tinggal bersama mereka yang dipanggil Umi Siah oleh Nuraiza. Umi Siah seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. Umi Siah sangat menjaga Nuraiza kerana dia tahu keistimewaan yang Nuraiza ada. Ku Khalira sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. Ku Khalira dan Wadi selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi Nuraiza yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat Wadi tetapi ada sedikit kebimbangan buat Ku Khalira yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah Nuraiza. Selama ini Nuraiza tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, Hasni dan Syarifah. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu Erna dan Nadia yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. Nuraiza belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama Hasni dan Syarifah. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan Erna dan Nadia yang mahu mengenakan Nuraiza, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka Nuraiza mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.
Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. Nuraiza saja yang nampak dan ia semakin menakutkan Nuraiza sehingga membuatkan Nuraiza histeria. Bagi Erna pula itu semua lakonan dan tipu helah Nuraiza untuk tarik perhatian. Sehinggalah Erna dan Nadia sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. Wadi dan Ku Khalira dimaklumkan, mereka datang dan bawa Nuraiza pulang untuk merawatnya. Umi Siah terlalu menjaga keselamatan Nuraiza maka tegas tidak benarkan Nuraiza ke asrama semula tetapi Wadi tidak setuju. Ku Khalira sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. Nuraiza beritahu apa yang dia nampak tetapi Wadi tidak percaya. Apabila Nuraiza sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak Nuraiza ada di sana.
Apabila Nuraiza tidak ada semula di rumah, rumah Wadi tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang Nuraiza lalu, juga menganggu penghuni rumah Wadi. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat Umi Siah, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu Raja Sarah pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. Wadi mula mengesyaki juga Umi Siah sehingga ada insiden yang berlaku buatkan Wadi percaya Umi Siah mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau Umi Siah dari rumah. Umi Siah cuba terangkan keadaan sebenar tetapi Wadi tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. Uutaz Bakri ialah sahabat lama Wadi sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. Ustaz Bakri terasa unsur negatif itu di rumah Wadi dan meminta Wadi banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila Wadi yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Apa yang terjadi?
Rupanya selama ini isterinya, Ku Khalira ada pendampingnya. Atas hasutan kawan, Ku Khalira telah berjumpa dengan seorang bomoh untuk mendapatkan pendamping atas alasan tidak mahu kehilangan suami dan keluarganya. Akhirnya, Aiza anak mereka yang menjadi mangsa kerana Ku Khalira gagal membuat perjanjian semula dengan tok bomoh disebabkan tok bomoh itu telah meninggal dunia. Aiza akhirnya mati akibat perbuatan terkutuk ibunya sendiri....T_T
Citer ni biasa je. takde lah besh sangat tapi takde lah terlalu tak besh plak huhu. Kurang menarik. kurang seram (errr.. tutup mata gak tengok huhu).. pelakon pun jimat giler huhu. kalau tengok bape orang pelakon je yang terlibat menjayakan filem ini huhu.. apapun kepada tuan director.. try again! ^_^
Khurafat (4/5)
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam agama. Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan (Shamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna (Sabrina Ali). Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah. 
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Rupanya, yang khurafat itu adalah Johan sendiri. Dalam babak semasa Johan mendukung mayat Anna, masa itulah di flash back kembali zaman silam si Johan. Rupanya dialah yang membuat perjanjian dengan syaitan suatu masa dulu di mana perjanjian itu dibuat adalah untuk mendapatkan Anna yang pada mulanya tidak menyukai Johan. Akibat daripada melakukan perjanjian itu, Anna telah jatuh hati dengan Johan. Namun, Johan mungkin terlupa di mana syarat perjanjian tersebut, dia tidak boleh meninggalkan Anna walau apa jua sekalipun sampai mati. Sampailah pada suatu masa bila Johan tidak tahan dengan perangai Anna, lalu dia meninggalkan Anna dan mengahwini Ayshah yang solehah. Akibatnya? Anna tidak boleh hidup tanpa Johan dan masih mahukan Johan walaupun dia telah berumah tangga. Itulah balasan yang Johan dapat akibat perbuatan sendiri. Akhirnya dia mati bersama-sama jenazah Anna.. Nau'zubillah....

Cerita Khurafat ni memang seram giler oke! Memang beri kesan sangat kepada penonton. Kalau pada mulanya I rate 3.5 but atas pujian ramai I up kan 4/5!! syabas Syamsul!! Walaupun ini pertama kali membawakan filem seram tapi memang patut diberi pujian! I dah balik rumah pun bulu roma tak turun lagi oke! dan yang tak bleh belah I boleh tidur kat bilik housemate gara-gara takut nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Teringat-ingat..T_T...
Apapun, tahniah kepada semua pengarah, lakon layar segala! Moga di masa-masa akan datang dapat menghasilkan banyak lagi filem-filem yang bermutu! then tadelah rugi kami beli tiket wayang..^_^
Kepada yang belum menonton filem-filem di atas.. tunggu apa lagi?! hehe..
**Tak berkesempatan tengok lagi satu filem seram.. 'Janin'...

Thursday, January 13, 2011

Kes budak kena sula 1999 – masih ingat lagi tak?

Salam u ols.

Owh patutnya dah lama hapdet pasal menda alah ni. Tapi disebabkan kebizian so terpaksa pospon sebab kalau nak hapdet kena refresh kan mind balik dan kembali ke zaman 1999 di mana ketika I masih di bangku sekolah. Sekolah rendah plak tu.. darjah 6… Panggil doraemon dan request untuk kembali ke zaman tersebut. Ahhh napa aku sangat chumel tika itu? Kurus!!! Tapi gelap sedikit berbanding sekarang. (maknanya sekarang semakin chumel + santek!) Ahhaaa.. yang pastinya.. ramai juga yang minat kan kan. auuwww.. blushing~ eh eh apa nih! Sila kembali ke dunia nyata! Blink!! Oke sudah. Berbalik kepada tajuk utama.

Kes budak kena sula pada tahun 1999. Ha… u ols yang sama muda macam I tu.. Ingat lagi tak pada kisah ini? Seyesly I masih ingat lagi oke. Sebab apa I ingat? Sebab budak ni. Macam tak besh je panggil budak. Nama dia Mohd Shah oke. So kita panggil Shah oke..^_^.. so budak shah ni. Eh ‘budak’ lagi. Saudara (pun bolehhh..;P) shah ni sebaya dengan I. Yup! Masa kejadian tu umur dia 12 tahun. Same as me oke! And tahun ni dia nak masuk 24tahun. Sama jugaklah dengan I oke! (alamak kan dah kantoi umur..T_T..). I ingat lagi kes ni masa tu masuk majalah 3. Masa tu I muda remaja lagi. Eh bukan masih kanak-kanak oke belum akil baligh pun lagi hehe so dengan akal kanak-kanak I tak bolehlah nak ingat dan faham semuanya kan. Tapi yang mengingatkan I pada kes ni sebab masa tu kes ni dianggap serius. Yela sampai kuar tV, paper, malajah 3 lagi kira serius la tu kan. apela.

Apa yang I ingat, Shah ni menjadi mangsa apabila pulang dari sekolah (tak silap I la) then jumpa la dengan si penyula ni. Dah nasib tak menyebelahi shah dia menjadi mangsa kekejaman si bekas penjenayah tu. Ye! dia adalah bekas banduan yang baru 4 bulan dibebaskan selepas 20tahun iaitu sejak 1985 meringkuk dalam penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat. Mohd Shah yang ketika itu masih kecil telah disula dengan kejam apabila sebatang kayu ditusuk ke dubur sehingga ke lehernya. MasyaAllah.. sedihnya, sehingga ke hari ini dia masih menderita di atas kekejaman itu. Penjenayah terbabit? Hanya dikenakan penjara 20tahun dan 20sebatan. Patutnya hukum sula jugak kan kan??!

That time I ingat lagi, I sangat kesian dengan Shah ni. Yela rakan sebaya kot.. masa tu u ols tau? I siap tulis surat bagi semangat pada dia tau. Sebab nak bagi duit masa tu I belanja pegi sekolah 70sen je.. mana boleh menyimpan..T_T.. So, I gantikan dengan mengutus surat hehe. I dapat alamat dia daripada Majalah 3 la. Masa tu Zakiah Anas kot pengacara ke norzie pak wan chik. Tah I pun lupa.

Okay untuk info lebih lanjut sila rujuk article di bawah. Kredit to encik google.

DULU:

JOHOR BAHRU 13 Julai - Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.

Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.

Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

''Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),'' kata Hakim Siti Mariah.

Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu. 

Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ''Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.''

Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian. 

Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Oleh: MIR AZRI SAHARUDDIN

Malaysian 'devil with a human mask' to be whipped, jailed

KUALA LUMPUR, July 18 (AFP) - A Malaysian judge described a grasscutter who
pushed a stick into a boy's anus as a "devil with a human mask" and added
whipping to his 20-year jail sentence, a report said Sunday.

High court judge Malik Isham ordered Roslan Imun be given an additional 20
strokes of the cane for shoving a 60 centimetre-long stick into the anus of
the unidentified boy last month.

"You are a devil with a human mask. The heinous and inhuman offence you had
committed had caused inexplicable pain and trauma to an innocent
12-year-old boy," the judge was quoted as saying by the New Sunday Times.

"It took doctors five-and-a-half hours to surgically remove the stick from
the boy's anus. How dare you do this to a little boy?

"Society has to be protected from monsters like yourself. The court has a
duty to revise the judgement based on the facts of the case. I am therefore
using my discretionary powers to enhance the earlier sentence by ordering
that you be also given 20 strokes of the cane," Malik added.

The move came after prosecutors appealed to the high court to include
whipping, after Roslan was sentenced Tuesday to 20 years' jail for the
crime.

During mitigation, the 30-year-old had appeared remorseful and said he
deserved to be whipped.

"Hopefully, (God) will forgive me for my sins," he reportedly said.

Following his arrest, Roslan had told police he also killed another boy in
a similar way.

His latest crimes came just four months after an early release from a 1985
20-year jail sentence for manslaughter after raping a minor who
subsequently died, the newspaper added.

TERBARU(kosmo! & Utusan):

KULAIJAYA – Walaupun telah 11 tahun berlalu, mangsa sula, Mohd. Shah Abdul Razak, 23, dari Bandar Tenggara di sini masih menanggung azab kesakitan tanpa ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu membiayai kos perubatannya.
Lebih menyedihkan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM70 sebulan pada tahun 1999 itu pun telah dihentikan tanpa sebab pada 2002.
“Saya tidak diberitahu kenapa bantuan itu dihentikan tetapi sebagai ibu, saya sanggup ikat perut demi membiayai kos perubatannya.
“Sejak suami meninggal dunia empat tahun lalu, saya hilang punca kerana saya ada lima orang anak lagi yang masih bersekolah dan perlu ditanggung,” kata Jamilah Daud, 49, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Setiap bulan, kata Jamilah, dia terpaksa mengeluarkan kira-kira RM500 bagi membiayai rawatan Mohd. Shah bagi memulihkan kecederaan pada dubur dan kos membeli beg takungan najis.


KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.


Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.

Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar. Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.

Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.
Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.

“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.
Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.
Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.

Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.
Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200
Hurm, sekarang dah bekerja an, dah ada duit I ingat nak donate sikit pada Shah. Moga dengan bantuan yang tak seberapa itu dapat meringankan beban dia dan keluarga. Tak silap I coming February dia nak operate lagi. lagipun ayah dia dah meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Plus, my head dept pun very pity with him and include dalam our plan in 2011 to do a collection to help him. Kiranya it’s part of our csr jugak la. Hurm, InsyaAllah..

Ok u guys yang bermurah hati nak menghulurkan bantuan kepada mohd shah bolehlah disalurkan kepada:

Nama:            MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAZAK (adik)
Acc Maybank: 151164240443
Nombor Tel:   07-8966970 atau 017-7893200
Alamat:         Mohd. Shah Abdul Razak atau Jamilah Daud, 
No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar                   Tenggara, Kulaijaya, Johor.


Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda! ^_^

Wednesday, January 12, 2011

Bila Raya Cina Hampir, dapat Buah limau Free

Hurm.. seperti biasa.. dah dekat-dekat cina nak raya ni mesti ada yang bermurah hati bagi buah limau free.
Harini dah dapat 2 biji limau free. Sedap ni.. adoiii.. gatal je tekak ni.

Dalam hati berkire-kire nak makan ke tak nak makan ke tak…isk

Try check balik jumlah carb dalam buah oren… and… here it is…
So.. terpaksa tahan nafsu makan..

Limau? Masih ada kat workstation. Kak Sue dah offer nak tolong makan bagi pihak..T_T..

Owh sila bagi saya masa satu hari untuk berfikir…sob..sob…

Tuesday, January 11, 2011

facebook will be closed within 2 months?




Salam all

Berita separa tergempar ni bukan baru sahaja I dengar but dah banyak sangat orang duk sebut-sebut sampai jadi bualan untuk hot chat di Hot Fm pagi tadi taw haha. So.. untuk people di luar sana yang addicted sangat dengan facebook bagaimana perasaan u ols? Hehe. I pun suka berfesbuk jugak but tadelah sampai dalam kategori ‘addicted’..;P But for me, let say lah facebook tu ditutup for sure my life pun effect gak. Tak banyak pun sikitlaaaa.. (eceh tak mengaku banyak tu..;P)

Hurm, jom kita tengok apa pros and cons sekiranya facebook ni ditutup. Ini pada diri I la, tataolah u ols maybe boleh share sama..;)

Kalau ada fesbuk….
·        Tak rasa bosan. Ada benda nak buat. Tak sunyi
·        Ramai kawan. Kawan2 yang dah lama tak jumpa boleh jumpa balik!;) Kawan-kawan sekampung yang tak pernah bertegur sapa dah macam kenal lama..;P
·        Boleh tengok kawan-kawan punya latest update!
·        Jimat. Ada hal boleh text post kepada kawan kat situ je. Tayah membazir seposen anta sms..;P
·        Nak kawen boleh tagged je invitation tayah susah-susah print card wangi-wangi2..;P
·        Boleh share gambar dah kurus..!;P

Kalau tade Fesbuk….
·        I sunyi
·        Kena buat account friendster balik sebab acc lama dah close!
·        Hilang kawan. Sebab kebanyakan kawan jumpa balik dalam fesbuk so tadelah num fon diorang so kalau nak kawen mesti ssh nak jemput..T_T..
·        Cost hidup meningkat sebab dah tade fesbuk kena plak hantar sms, surat, email bagai. Kalau pakai fesbuk senang. Bayar berukband tiap2 bulan sume orang boleh di tag sekali..T_T
·        Dilabel sombong sebab kalau kawan sekampung sebelum ni jumpa tak pernah bertegur, jumpa kat fesbuk dah boleh huhahuha so lepas ni kalau jumpa mesti buat tak tahu je..;P
·        Tak boleh share kat orang gambar dah kurus..T_T

Hish teruk jugak kan kalau fesbuk dah tak ada? Haih~ siapa lah yang bawa virus facebook ni…sampai den pun terlibat sama..T_T

Apepun.. hakikatnya, inilah berita yang I dengar. So, untuk mengetahui lebih lanjut I pun search la dengan bantuan incik google. So di antara petikan-petikan berita berkenaan adalah:
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

“Facebook is completely excessive; I must end all this madness. All the pressure is now managing this company has ruined my life,” Zuckerberg said in a statement as claimed weeklyworldnews.com.

“After 15 March, everything will be closed. If you want to look back at your photos, we recommend immediate download from the internet. You will never again take it up our cap,” he said.

“Frankly, this is the best way. Without up, people will go out and create friendshipsthat’s true. It is always a good thing” he said.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

Until now, the only site weeklyworldnews.com who wrote stories is about going to the closing up. There is no official media reported, because the site is only weeklyworldnews.com. The content is far from the truth.

Hurm.. so.. apa pandangan u ols? Adakah ini benar atau rumours semata-mata? Tapi kancuba kita lihat plak di mana baiknya kalau fesbuk ni ditutup serta –merta?

·  Kita dapat balik life macam dulu. Tadelah hidup depan screen computer je..
·  Ada masa untuk bersua-muka dan bersosial dengan kawan-kawan, tadelah dengan hanya melalui fesbuk je. Cost belakang kire..
·  Tak membazir masa. Boleh buat plak hobi lain sebagai contoh tengok tv.. bercucuk tanam.. berjogging..;P
·  Tadelah kerja-kerja u ols di office terbengkalai. Pastu kpi decrease.. bonus tak dapat tahu plak salahkan boss.. haha. (eh I buat kerja oke. I bukak fesbuk tyme lunch n habis waktu kerja je oke…sila pecaye.. ;P)
·  Tadelah wujud masalah sosial di kalangan kita. Dengan racism nye lah itu lah apa lah. Orang kata kerana mulut badan binasa ha ni kerana jari tak pasal-pasal kau malu. Sebagai contoh sila ambil contoh ini. renung-renungkan dan selamat beramal..;P

Walaubagaimanapun, I ada jumpa ini di nota facebook by Mohd Zulfadli

Namun, berita ini hanya bohong semata-mata di mana laman web itu adalah milik sebuah akhbar tabloid yang banyak mencipta isu-isu dan berita sensasi. Kiranya, cerita rekaan.

Jika difikirkan secara logik dan fakta, laman FB tidak mudah ditutup begitu sahaja kerana:
1. Tiada pengumuman rasmi oleh pihak Facebook seperti melalui blog mereka. Ini adalah saluran paling rasmi dan boleh dipercayai.

2. FB bukan hanya milik Mark sahaja, tetapi beliau juga mempunyai rakan-rakan niaga dan juga pelabur (funder). Untuk menutup perniagaan FB, Mark perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak tersebut. Malah perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Ia tidak semudah itu kerana keputusan bukan hanya di tangan Mark sahaja.
3. Jika Mark mahu berhenti daripada tekanan kerja, beliau tidak perlu menutup FB, sebaliknya hanya cukup menarik diri (meletak jawatan) dari Facebook. Kemudian tetap mempunyai Share (pegangan saham) di mana walaupun beliau tidak bekerja, beliau tetap akan mendapat berjuta-juta USD.
4. Perniagaan Facebook bernilai billion ringgit (USD). Mana mungkin bisnes ini ditutup begitu sahaja. Jadi ia tidak perlu ditutup, sebaliknya pegangan saham oleh Mark boleh dijual atau dikurangkan jika benar dirinya tidak mahu melibatkan diri lagi.
Pelajaran: Elakkan diri mudah mempercayai berita daripada sumber ketiga, lagi-lagi pihak itu tiada kredibiliti. Dalam kes ini, pihak WWN adalah tidak kredibel kerana mereka memang suka mereka-reka cerita sensasi.

Hurm. So.. apakah kesahihannya? Apapun, fesbuk ada ke tade ke.. apa ada hal. Sebelum ada fesbuk ni boleh je kita hidup kan kan? Biarlah… yang buat fesbuk pun bukan orang kita..;P (sapa-sapa yang pakar dalam bidang ini mungkin boleh cipta plak laman sosial untuk Malaysian?.. bernas tak idea I..;P..) So agak-agak pada siapa-siapa yang sure tak sure fesbuk akan ditutup atau tidak bolehlah start copy/save balik gambar-gambar dalam album yang dah tade dalam simpanan u ols.. hehe.

Till then!  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers