9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, February 27, 2011

Nak perut idaman? try this

Salam everyone!

Perut yang kempis adalah menjadi idaman semua wanita yang berperut buncit. yelaa kalau dah kurus macam lidi takkan nak kempis lagi kan. Salah seorangnya adalah insan bernama 'aku'....ye....'aku'! T_T Walaupun sedang berdiet akan tetapi perut buncit yang satu ini belum pun menampakkan perubahan mahu kempis. sayang barangkali mahu meninggalkan perutku..T_T... Dah pakai girdle pun dia tetap degil. Bila bukak girdle tu nahhhh kauuu pandang bawah macam tak nampak kaki. *tipu. Jadi demi untuk membanteras gejala perut buncit ini daripada terus berlarutan adalah disarankan untuk aku melakukan sedikit perubahan. err.. sedikit bermaksud perubahan itu tidaklah dilakukan secara mendadak. perlu ada kesedaran diri terlebih dahulu. (ah kauu tak habih2 kesedaran diri.. bagi 3 tahun pun lum tentu kau sedar!) erk.. okay-okay kita bermula dengan secara kecil-kecilan dahulu. (apa kau ingat ini satu perniagaan?!) *bisikan hati memang selalu dengki terhadap my..T_T

Baiklah!! oleh kerana rakan-rakan dietku telah membuatkan aku merasa cemburu di atas keaktifan mereka melakukan senaman, aku juga termotivated oleh mereka! ya.. terima kaseh kawan-kawan kerana sedikit menyedarkan aku. (sedikit je??! memang kau tak sedar diri la my!). err kira oklah daripada takde langsung an an. 

So, dengan bantuan encik google yang mengetemukan aku dengan beberapa tips yang mudah dan ringkas untuk bersenam.. InsyaAllah akan aku gunakan untuk kehidupan seharianku. my! kuatkan semangat! kau boleh!!!

Jom kita tengok apa jenis senaman yang kita boleh lakukan?^_^

Knee Circle
Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

  1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
  2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
  3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
  4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
  5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.
  • Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.
  • Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.
  • Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.
Side Chop
Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

  1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki
  2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
  3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
  4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
  5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan



  • Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.
  • Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ok.
Seat up




Haa.. yang ni aku tak payah bagi explanation la kan (sebab tak jumpa) sebab ni adalah antara senaman yang biasa dilakukan untuk kempis kan perut. sebelum tidur, bangun tidur pun boleh buat an an. (pandailah tapi diri sendiri malas nak buat..T_T). buatlah dalam kiraan 10.. ulang-ulang.. *nanti urat perut terasa tegang.. besh woooo... 


Lain-lain

yang ni y'all click je kat gambar tu and zoom in oke...;) 

Selamat mencuba!! (juga kepada diri sendiri..T_T)




Info:kredit to missyanz, chocoties


Thursday, February 24, 2011

SEGMEN : Tuan Direktor ! Pilih kasih eh !!

Untuk bacaan umum. Sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat
Watak dan lakonan hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia
(gambar : Illustrasi semata-semata. Kredit to Mr. Google Image)


"Kuch Kuch Hotak Hang"

“Lepaskan saya!” jerit Mastura meminta ikatan ditangannya dibuka. Penglihatannya kelam kerana matanya turut di tutup dengan kain.
“hahahahahahahahahaha” terlerai gelak tawa oleh suara-suara yang tidak dikenali oleh Mastura yang telah menculiknya. Mereka seramai 5 orang telah menarik Mastura ke dalam sebuah van ketika dia pulang daripada kolej seusai kuliah. Selepas itu, dia tidak ingat apa-apa setelah sedar daripada pengsan akibat disuntik.

“Aku dengar kau ni anak dato kaya tu ye?” tanya Ujang kepada Mastura yang merupakan kepala kepada kumpulan terbabit.
Mastura hanya diam memprotes kekerasan mereka kerana menculiknya.
“hey! Bila orang tanya tu jawablah!! Yang berikat mata kau je!” kata Usop .
“ahhh!! Jangan sentuh aku! Lepaskan aku!hak tuihhh!!!” balas Mastura sambil meludah kepada penculik yang berada di hadapannya.
“Main kasar ye…” balas Usop. “Berani kau ya... boss! tunggu apa lagi boss.. kita buat 'lauk' je minah ni” sambung Pezol
“rilex-rilex…dia masih berhutang dengan kita” kata Ujang  "penjahat 4, dail nombor ayahnya sekarang” sambungnya lagi.

“baik boss!” penjahat 4 tanpa melengah-lengah masa segera mendail nombor menggunakan telefon bimbit Mastura

“hello Mastura ke??? Mastura kat mana ni? Puas papa call kenapa tak jawab?” suara dato Faizal kedengaran

“hey hey… anak kau dalam genggaman kami sekarang!” kata Ady

“Apa??????” jeng jeng jeng…. “siapa ni? Apa maksud kau anakku di dalam genggaman kau???” balas dato’ Faizal

“eh banyak tanya plak orang tua ni. Anak kau kami culik. Gheti????” Kata Ady lagi

“lambatlah kau bak sini biar aku yang cakap” kata Salem
“hey orang tua sila sediakan wang tebusan 500,000… kalau tidak anak kau kami zasss!” kata Salem


"Aku tak percaya!" jawab Dato Faizal "oooo... tak percaya yee... kau dengar ni" kata Salem


"Papa!!! Papa!!! tolong Mastura papa!!!!" Jerit Mastura apabila telefon didekatkan ke telinganya.

Dato Faizal yang terkejut dengan panggilan terbabit mencengkam dadanya yang kesakitan. Terkejut barangkali. Isterinya, datin Amira yang berada di sisinya terkejut dengan situasi berkenaan “abang! Abang! Kenapa bang?! Siapa yang call?” Lantas Datin Amira mengambil alih menjawab panggilan tersebut. “hello? Anak mama ke tu? Helo?”

“ye ni anak mama… ops silap! Hey orang tua! Anak kau ada pada kami! Sediakan wang 500,000 kalau mahu dia selamat! Tunggu panggilan kami 5 jam dari sekarang untuk diberitahu lokasi dan masa untuk membuat pertukaran wang dan anak kamu! Ingat! Jangan hubungi polis! Kalau tidak anak kau….!” bentak Salem

Tettt tettt tettt… panggilan dimatikan. Datin Amira terkedu.

Datin Amira berfikir dengan siapa harus dia meminta tolong sambil mengurut-urut dada suaminya…

********************************************************

“Vrrroooommmm…..Vrooommmmm”….. kedengaran seperti sebuah kereta berkuasa tinggi sedang menghampiri.

Mereka kaget dan berpandangan sesame sendiri. “Pezol! Pergi tengok siapa tu” arah Ujang

Belum sempat Pezol menjengah tidak semena-mena datang sebuah kereta proton saga lama yang mungkin telah diconvert ke arah mereka! Mereka bertempiaran lari. Dilihatnya seorang lelaki berbadan sasa sedang turun dari kereta.

Ya! Itulah HERO cerita, Azym!

“tak guna…!!”dengan muka bengis Ujang mengarah konco-konconya untuk membelasah Azym.
“Dush! Dush!! Dush!!” satu pun tidak mengena Azym

“Dush..pang pung pang pung!!” tumbukan demi tumbukan mengenai satu persatu daripada mereka

Ujang segera menarik tangan Mastura untuk membawanya lari. Namun dengan kuasa pengarah, Azym melompat ke arahnya dan membelasahnya sehingga separuh mati.

“nenong nenong nenong” siren pula kedengaran

Polis pun datang dan menahan 5 suspek utama Negara yang memang dicari atas kes penculikan dan rompakan. Sebelum berlalu pergi, ketua polis, dato' Ashaari sempat mengucapkan tahniah kepada Azym kerana telah berbakti kepada Negara.

Kelihatan sama adalah kedua ibu bapa Mastura. “Papa!!! Mama!!!” tiga beranak terbabit berpelukan. Mereka sangat gembira kerana anak kesayangan mereka selamat.

“Nasib baik mama terfikir untuk menghubungi Azym untuk membantu kamu” kata datin Amira

heroin tersenyum dan saling berpandangan dengan Azym

lantas Azym menarik tangan Mastura dan berkata “will u marry me?”

Mastura tersipu-sipu malu pantas menjawab….”errr….errr….”
Tiba-tiba ada lagu kedengaran dan tidak semena-mena mereka telah bertukar pakaian dan berada di atas pergunungan yang indah.
 Ya… mereka sedang menyanyikan lagu ‘seiring dan sejalan’ sambil menari dan menikmati suasana pemandangan yang indah. Ala-ala kuch kuch hota hai gitu…siap ada penari-penari latar lagi.
Tidak cukup dengan itu mereka turut berguling-guling di atas tanah. Guling punya guling sampailah berlari-lari di tepian pantai. Azym memercikkan air laut ke arah Mastura…mula-mula sikit, lama kelamaan Mastura terasa kebasahan dan……

Massssturaaaaa!!!!” bentak mira kepada anaknya.

“eh datin Amira …mama.. eh.. kuch-kuch hota hai… err…. ***..” jawab Mastura terkebil-kebil

“datin? mama? Eh masa bila plak panggil mak ni mama??buang tebiat? Inilah dia anak dara! Tido sampai ke tengah hari!! Berangan jadi anak dato’ ke Mastura oiii…memanglah bapak hang tu datuk.. tapi datuk kepada 3 orang anak-anak sedara hanggg…sedarlah sikit hang tu anak penoreh getah je Mastura oiiii…”

“errrrr…errr…”

“kuch-kuch apa hang habaq tadi?? Kuch kuch hota hai? Kuch-kuch hotak hang lah Heroin oiiiii!!! Bangun!! Haih~ ada anak dara sorang ni pun tak bleh diharap!”

“errr… yelaaa….” Jawab Mastura hampa kerana ianya sekadar mimpi semata-mata

Inilah akibatnya kalau giler sangat tengok filim hindusetan!!!

Hero : Azym
Heroin : Mastura
Ayah : Faizal
Ibu : Amira
Penjahat 1 : Ujang
Penjahat 2 : Usop
Penjahat 3 : Pezol
Penjahat 4 : Ady
Penjahat 5 : Salem
Watak tambahan : 3 orang polis

notakakiku: heee~ y'ol ingat my buang tebiat ye tiba-tiba wat cerpen pendek? hehe nak tahu kenapa klik sini

SAYA NAK! SAYA NAK!

Nak join sila kelik sekarang!

Busy bekerja tapi sempat menerjah sebentar ke Blog Bro Ben! 
Yeahhh!!!! selalu terlepas segmen but kali ni tak nak terlepas lagi!!!
Almost 12.00pm!! **cepat2 buat post, hantar link dan sambung buat keje.. heee~



p/s: sorry blog is under maintainance

Tuesday, February 22, 2011

saya masih aktif!!

Hello readers!

Omg! I curi masa untuk berblogging! Sebab banyak benda yang I nak post. If I’m not write this now I’ll forgot it later. Yes.. That’s me.. ‘a short-term’ type.. hehe. u’ols tahu ke what’s that meaning? Ayat kampungnya senang cakap, I ni jenis seorang yang pelupa…T_T..  Nak kata banyak makan semut, tak pun. Takkan dah nyanyuk kot? T_T So, any info yang memerlukan kekuatan daya ingatan memang sepatutnya I kena list down kan dalam paper. If not, ada masanya memang akan lupa la.. huhu. Tapi kalau I tak bukak and baca balik apa yang I dah list down tu pun naya gak hehe.

Okay mari ringkaskan beberapa aktiviti yang I buat lately ni. ‘Eceh macam lah kau ni public figure mahupun blogger terkenal kau nak citer apa kau buat’. Erk. This is my blog, I punya suka lah nak tulih apa kan kan. *sigh~
Last Friday I pergi KPJ Specialist kat Damansara. Why? *tanya diri sendiri..T_T .. Lately ni kan I selalu got headache. Dah sebulan. Dunno why. So, setelah 3 kali I ke klinik yang sama berdekatan office ni so doctor pun refer I to Specialist so I can know further. So, I decided to go there lah buat check up. Siap scan kepala otak I tu.. hehe. But at last, Alhamdulillah takde apa-apa yang perlu dirisaukan. No tumor, no cancer.. mungkin ada sedikit skru yang tanggal..;P Doc kata ia berkaitan dengan otot. Kalau sakit tu continuously ia tidak mungkin migrane yang biasa I lalui. But then, doctor suruh I buat headache diary. Erkkk… Kiranya, I kena buat daily diary and scale kan berapa sakitnya I headache setiap hari. Wah pasni kena buat blog headache plak hehe. So, next month I kena jumpa doctor balik. **Nak duit lah tu. Katapun private hospital kan..;P KPJ Damansara services?? Okayla.. Cuma agak lama kena tunggu doctor sampai…T_T



Last Saturday, since ben is not here I decided to go to my uncle house, my paksu! Da lama giler kot tak jumpa dia. But sebelum ke rumah dia di Cheras I went to Bangi-Kajang meet my old friend merangkap my best friend!! Ke Bangi menunggu Miera & Kak Inaz then we ols pergi Kajang ke rumah my senior, Kak Zana. Asyik berfesbuk je so this time kami betul-betul ke rumah dia sepertimana dia impi-impikan..;P  Miera dah selalu I jumpa, Kak inaz… I baru jumpa dia di facebook about 2 month! Omg! I dah lama giler nak cari dia kot. Tup tup jumpa balik…;) and we meet up live!! Hehe. Last I met Kak Zana masa wedding dia setahun lebih yang lalu. Dan masa tu jugak kali terakhir I jumpa one of my best friend too, arwah Kak Endut@Zaidah yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum puasa yang lalu...T_T.. Al-fatihah~ Anyway, thanks to Kak Zana yang masakkan lunch untuk we ols! Lepas tu kami bertiga sempat ke Putrajaya for photogewdiks time!!! Erk… kami kalau dah depan lensa.. memang tak hingat dunia oke!;P Nanti kita jumpa lagi ya gurlz!!! *and then I went to my uncle house and stay a night there.

My weekend ended with a good day.. walaupun lebih banyak menggewdiks daripada berehat hehe. Then, Monday adalah masa untuk kembali bekerja. But, this 2 days I tak masuk office seperti biasa. I attend 2 days training yang bertajuk ‘Introduction to Innovative and Creative Thinking Skills’. Haritu I main register je training yang I nak attend. Bila pergi MAX (cource place) pagi tadi, jumpa Kak Akmar. Dia tanya ‘my, u tahu tak sape trainer?’ erk.. tak… sebab tak view pun sape trainer.. why?? ‘u tak tengok kat macnet ke?tak tahu sape trainer’? oke, muka dia dah senyum-senyum. Dan I…. TAKKANLAHHHH DIAAA KOTTT!!!... oke! Exactly! He’s the one yang jadi trainer kitorang masa teambuilding last month. Ada case dengan dia masa tu sebab tu lah macam ni… *sekali jumpa lagi dengan dia daaaaaaa. Padan muka haku!

Bila masuk bilik training, dengan harapan dia tak cam I.. but then.. ‘Mai…. I remember you…’…. Oke, fine.. dah tak boleh lari…T_T…. dan course berjalan selama 2 hari…..

At last, habis jugak… and this is such a nice training! And the trainer also… sorry for what I’ve been done in Mappetra last month… Just, please don’t ask me to do that terrible high rope! T_T  I give him 5 out of 5 for this training!!! ;)

Okay, esok kena masuk office seperti biasa. Tiada lagi makanan free seperti 2 hari ini..T_T…  Huh… lots of thing to do. Dear ma’am, can you hire assistant to help me? Practical student maybe? Takut tak tercapai dek akalku dengan kerja-kerja mendatang ni…haiyohhh…T_T…. huh… rilex my… you can do it oke… dun get into stress!

Okay dah mengantuk. **esok pagi nak masak. Bawa bekal gi keje. I’m on diet oke!!;P



Gathering di Bangku Kosong

Salam u'ols.
tengah-tengah merentasi laman sesawang 
tiba-tiba terserempak dengan Hasrul Hassan
Dia pelawa kita semua join his segmen.
segmen ni tade hadiah pun..T_T
Tapi! as a platform buat sesame blogger..;)
great idea kan!


Nak join? Klik je pada gambar tu..;)




Blogger Templates

I'm not at my Blog

Oke dah beberapa hari tak dapat nak hapdate belog sebab busy dengan kerja, kawan-kawan dan boipren. heee.. sekarang tengah attend 2days course.. pastu kena pikir pasal next company programme.. ish..  
Kan besh jadi macam bro Ben Ashaari boleh berblogging setiap masa sampai i pun konpius sebenarnya bro Ben ni koje hape 24 jam boleh berblogging.. satu hari jer ber entry-entry die boleh post...T_T... *jeles.


owh oke. masa dah time! jam 9am ada course. see u then darlinks!!!

Friday, February 18, 2011

AREPNAKBEBEL first giveaway



Oppsss.. di tagged oleh makbed..;P

Nak join sila klik gambar oke..^_^

okay nak tag Putri Bongsu, Wan Hazel, and Kak Hani!!

Tuesday, February 15, 2011

Review: Yoyoy Kamphora Spa

Lately sakit-sakit badan so teringin nak manjakan diri dengan urutan. Before this I pernah jugak berurut dengan seorang akak yang I kenal kat uptown batu caves. Nak pergi massage dengan dia lagi haritu but tak dapat sebab dia menemani anaknya yang sakit barah usus di hospital. Tak sampai hati nak call and tanya lagi lepas tu sebab takut mengganggu. So, I ambil inisiatif lain search kat internet kot-kot ada tempat lain yang I boleh tuju. Tempat-tempat yang menjadi pilihan mestilah yang berdekatan seperti Kepong, Selayang, Damansara ataupun Batu Caves. Nah, jumpa dengan satu spa di Taman Pinggiran, Batu Caves ni. Explore punya explore siap call spa ni berkali-kali tanyakan itu ini dan akhirnya I dengan jayanya today selamat mendapatkan khidmat massage, facial, dan sauna di Yoyoy Kamphora Spa. Mengambil kesempatan public holiday hehe. Tapi tak bermakna i tak ingat untuk memperingati dan berselewat kepada Nabi junjungan kita ok...;) Jom kita review sikit pasal Yoyoy Kamphora Spa..;)

First impressions? 

First time I tahu mengenai spa ni melalui internet. Yela sekarang kan segalanya dihujung jari je watpe bersusah payah nak habiskan minyak pusing-pusing untuk mencari kan kan? hee~ Nak cari spa ni tadelah susah pun. Tapi sebelum pergi mendapatkan khidmat spa ni I survey jalan dulu malam sebelumnya hehe bukan apa takut sesat. Tapi Alhamdulillah tak sesat pun, senang untuk dicari. First time jumpa spa ni kat internet terdetik jugak spa apa ni macam pelik je nama dia? Betul ke tidak ni spa ni? Place kat celah-celah rumah kedai plak tu. Bila tengok kedudukan spa yang agak terlindung and jauh dari bandar I tak rasa ramai yang tahu mengenai spa ni dan ianya tidaklah seeksklusif spa lain kot. This is my first impression ok. But then bila dah jumpa, bila I dah masuk… wahhhhh… betul-betul spa ni hehe. Susunan dan suasana di dalamnya.. mendamaikan.. dan I pasti, setelah bertapak lebih 3 tahun ramai yang dah tahu mengenai kewujudan spa ni lebih-lebih lagi ia juga aktif di laman sesawang dengan update-update terkini di laman web dan blognya sendiri.

How did they welcome you? 

Yoyoy Kamphora Spa terletak di tingkat atas. Naik je tangga dah nampak pintu masuk. Oke tekan loceng sekarang. Cantiknya yang tolong bukak pintu tu hehe. Disambut dengan senyuman.. dan dipersilakan duduk…;)

What happens next? 

She invited me to sit in front of her. I sempat perkenalkan diri dan kemudiannya have a look at some of the services and promotions they provide.

Which treatments did you have? 

Interested dengan februari promotion at their website, awalnya I bercadang nak buat massage dan facial sahaja. But then sampai sana lepas belek-belek the other services and promotion I was influenced to try services that I want in a package which including massage, facial, and sauna. So cuma kena charge additional cost sikit lebih dari what I’ m expected la.  

What were the treatments like? 
Treatments dimulakan dengan sauna. I dah biasa massage and facial but this is my first time bersauna oke. Sebelum ni bersauna dengan cahaya matahari yang panas terik je hehe. So, sebelum sauna sempat tanya, ‘panas tak’? hehe.. Setelah beberapa minit baru terasa hangat dan nah.. seluruh badan dihujani peluh.. Belum cukup setengah jam staff spa tanya sama ada I nak stay sampai setengah jam ataupun oke nak keluar sekarang. Erk. Okelah I pun tak sabar nak massage so I surrender awal huhu. *next time please bring me out only after ½ hour okay… hehe
Kemudiannya treatments diteruskan dengan body massage. Giler sedap oke. Takpe u urut kuat lagi pun I suka. Sakit tapi rasa lebih lega.. huhu. I oke with her massage but then rasa macam tak puas and macam rasa ada angin lagi dalam badan ni. Yela mungkin sebab itu cuma aromatherapy massage so dia taklah urut sampai pecah angin satu badan kan. ngee~ Nevermind but I suka bila urut dah sampai part belakang badan and kepala. Itu point yang paling I suka sebab kat part tu I selalu sakit-sakit. Haih~ kerja duduk dalam office pun sakit…T_T…
Finally, I got my facial pupur. Oke nak bagitahu apa yang dia tepek kat muka I pun I tak tahu so I bagitahu je lah what I’m feeling oke. Mula-mula mestilah dia cuci muka dulu kan. Lepas tu beberapa kali dia tepek the other products mungkin peeling, masker sume lah kot. Nyaman je. Sempat terlelap beberapa saat time nak tunggu masker kering hehe. Cuma masa dia nak bersihkan blackspots kat hidung tu yang sakit sikit…T_T… tapi takpe boleh tahan lagi hehe…

How did you feel afterwards? 

I feel relaxed and refreshed. My body felt looser and my face looked soft and moisturized.

What happens afterwards? 

Apa lagi. Make a paymentlah hehe. But before that I dihidangkan dengan secawan kecil air..thanks..;) but disappointed bila tak dapat any brochure. At least selain dalam web I adalah some copy for my reference in future kan. Tapi takpelah. Suggestion to Yoyoy Kamphora Spa, to provide brochures to customers. It’s part of your marketing strategy too. Other than as customers’ reference perhaps they can pass it to relatives and friends for recommend..;)

Long-term effects 

I don’t felt 100% perfectly relaxed for the rest of the day, maybe lepas balik je dari spa I terus ke Lowyat menemani si dia mencari laptop parts and repair. Menunggu laptop untuk dibaiki lebih 1 jam di kedai yang cuma ada kerusi tanpa tempat menyandar hanya buat tengkuk I sakit oke..T_T..  Dahlah I pening kepala. Ahha this one more thing I noticed that my headache tak hilang pun lepas massage sebab I masih terasa sakit kepala yang berpanjangan. Tak boleh jadi ni tomorrow kena jumpa my doctor, in case kalau perlu pergi specialist for further check up… hope tak ada apa-apa yang serius…T_T…  

Was it worth it? 

Yup. Dengan harga yang berpatutan tetapi memberikan perkhidmatan yang bagus, I think it worth it.

What else could you have? 

Yoyoy Kamphora Spa menyediakan banyak lagi perkhidmatan lain seperti acupuncture, bekam, rawatan untuk resdung, body scrub, waxing, manicure & pedicure and bathing. I think next time I'll try cupping (bekam), as I've found that this treatment has more noticeable results for migrane and backache… and interested also treatments untuk bakal ratu sehari.. hehe.. **gatal

Who do you think would like it? 

Of course! Everyone will like Yoyoy kamphora Spa! Lokasi spa makes it perfect for those yang tak suka dengan kesibukan di tengah bandar, susah nak cari parking. Hehe. Tapi di sini tak susah pun. Jalan pun tak sibuk kecuali di traffic lite…;P The style of the spa is modern enough to attract a younger spa-goer, but it also classy enough for the more experienced spa guest.

Why did you give the spa this rating? 

I’ll give Yoyoy Kamphora Spa a high 4.5 over 5!! The treatment was good. My therapist also was not bad excellence. Looked professional and friendly also. **lupa nak tanya nama hehe. Hurm apa lagi ye? ahhaa the spa. It had lots of lovely decorative touches and plenty of products/services to try..

Would you go again? 

Absolutely. Lepas ni bolehlah I jadi regular customer manjakan diri di sini hehe. Bolehlah 2/3bulan sekali kan? If you ask should I recommend it to u’ols… I will say… Yes!! Recommended indeed!!


So, pada u’ols yang teringin nak manjakan diri bolehlah mencuba. For those yang duduk berdekatan je lah. **Yang jauh kalau teringin why not hehe.. nah, ni map nak ke sana. Kalau tak tahu boleh contact2 I and i'll give the direction..;)

Oklah. For further information click here and here oke..;)

Foot Note : Ingat nak ambil gambar masa dalam spa untuk post entry ni tapi macam tak berani nak capture takut not allowed…T_T  hope lepas ni kalau I datang lagi bolehlah I snap pitcha so u’ols baru pecaye how impressed I am… hehe…;P

Till Then!!

Monday, February 14, 2011

HARAM sambut Valentine's Day aka Hari Kekasih



Salam y'ols..


Any couples are in love out there?? waiting for 14th February for celebrating?? Pasti ramai yang bercadang untuk menghadiahkan bunga dan coklat buat kekasih tercinta. Mungkin juga ada yang telah siap sedia dengan bait-bait cinta untuk diucapkan kepada si dia yang teristimewa.. Tetapi...


Mungkin ramai di luar sana yang masih belum tahu mengenai sejarah hari kekasih mahupun fatwa mengenai pengharamannya. yup.. as muslim, kita diharamkan meraikannya. Let me share beberapa versi sejarah berkaitan hari kekasih.....


(source: cintadearhaniey )
Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.



(source : nurjeehan)

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
U see that? so.. berfikirlah. sekiranya anda menyambutnya.. samalah ibaratnya seperti anda memperingati hari kematian paderi st . Valentine, iaitu paderi kesayangan orang-orang kristian. Samalah seperti anda menyambut hari kejatuhan Islam dan menganggap Islam sebagai agama yang zalim walau hakikatnya anda adalah ISLAM...
Bagi mereka yang mungkin tidak mengetahuinya.. atau tahu tapi buat-buat tidak tahu kerana jahil ilmu agamanya.. mungkin akan tetap menyambutnya bersama kekasih-kekasih tercinta. Untuk tujuan itu mungkin ada di antara anda yang jahil itu merancang untuk keluar bersiar-siar dengan kekasih anda, menghadiahkan bunga.. menghadiahkan bait-bait cinta... dan akhirnya.... membawa kepada perkara yang tidak sihat... hasilnya?? I tak sanggup nak huraikan. anda lihatlah isu-isu kes pembuangan bayi luar nikah yang semakin 
menjadi-jadi dewasa ini... dan fikirlah apa yang I maksudkan...


Mungkin dulu anda tidak tahu, tapi nowadays rasanya dah terlalu banyak diperkatakan mengenai pengharaman sambut hari kekasih. Pandangan-pandangan Islam juga banyak membuktikan dan fatwa juga telah lama dikeluarkan di mana kita diharamkan menyambutnya. Jadi.. apa kata anda? don't you ever dare to get into it. DON'T CELEBRATE!!
Ye..tidak dinafikan, sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan kita suka dikasihi dan mengasihi. Lebih-lebih lagi kepada remaja. Masa kini, remaja yang sedang enak dilamun cinta terlalu taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat. Ketahuilah, Islam memang menggalakkan kita berkasih-kasihan cinta menyintai sayang menyayangi. Cumanya... untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat. Nau'zubillah...


Apa yang I kongsikan di sini, bukan untuk mengatakan yang I ni bagus sangat. I juga tak lepas daripada insan yang punya hati.. punya perasaan.. I juga ada rasa menyintai.. dicintai.. cumanya, perlu beringat.. lebih-lebih lagi I tinggal berjauhan dengan family.. Bila duduk jauh, kita hidup bebas.. tanpa kawalan.. boleh keluar balik rumah pukul berapa je kita suka.. Tapi, jangan mengambil kesempatan atas kebebasan yang kita peroleh. Ingatlah ibu ayah di kampung halaman.. Biar mereka bangga kerana kejayaan kita di perantauan.. bukannya malu, dan kecewa dengan tingkah laku sosial kita yang merosakkan masa depan.


Harus kita semua ingat.. mengikut dan mengamalkan budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui asal-usul sejarah perayaan tersebut, sebenarnya hanya akan menjerumuskan kita sebagai umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah kita...


Bear in mind.. hari-hari adalah hari untuk berkasih sayang dan bukanlah hanya sekali dalam setahun... kalau u'ols nak hadiahkan bunga ke coklat ke.. boleh bagi masa befday si dia kan? masa ulangtahun pun boleh right? heee~  hari-hari biasa pun boleh what... barulah orang kata romantik gitu...;P


Daripada kita sambut hari kekasih yang tah hape-hape tu adalah lebih baik kita sambut hari kelahiran kekasih kita Nabi Muhammad SAW 15 Februari bersamaan 12 Rabiulawal ini...(selasa)....right?? Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan dalam sejarah Tamadun Islam di dalam bulan Rabiul awal...so, ada baiknya juga kita ungkap balik sejarah-sejarah tersebut.... 
Renung-renungkan dan selamat beramal~ (untuk diri sendiri juga...T_T)


Till Then!^_^





Friday, February 11, 2011

Tips : Kurangkan Selera Makan

Seperti biasa, hari ini perut I buat hal lagi. Mentang-mentang harini Jumaat, hari terakhir bekerja di minggu ini slumber laa kau melantak nasi kukus ayam berempah!! Kononnya, ‘takpelah harini last ok zanziii last makan nasi’. Macam tu lah lebih kurang hati berzanzi.. *menci. Habis nasi separuh kau bedal sampai tak tinggal sebutir pun. Tulang-tulang ayam berempah yang lazat kau ratah dengan rakus sehingga kalau tulang tu boleh telan pun kau nak sumbat jugak ke mulut.  Itu nasib baik nasi separuh kalau kau tak cakap kat akak tu mintak separuh konfem nasi yang penuh tu habis kau bedal. Alahai perut…T_T  **perut dah kenyang baru terbit rasa kesal, as usual!

Kalau susah nak kawal nafsu macam ni la jadinya.. Apalagi, dapat internet terus google cara-cara mengatasi masalah kuat makan… tips-tips kurangkan selera makan.. ye harus!! Kerana selera tak pernah luntur maka sebab itu setiap kali, tidak punya perasaan sedar diri dan terus menerus menikmati makanan yang menjadi rubbish dalam perut..hamik kauuu..

Nah, tips-tips kurangkan selera makan untuk kau perut degil:

(Sumber : sumberalam4u)
  • Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan.
  • Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
  • Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
  • Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
  • Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
  • Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
  • Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.
  • Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
  • Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan.
  • Replace your dishes with smaller dishes. This is both a psychological trick and a practical one: you still feel like you have a full plate of food, but you fit less food on a smaller plate.
  • Drink a large glass of water (bubbly water fills you up more) before you sit down to eat.
  • Try not to drink during the meal, which can make you eat more.
  • Spice up your food. It's no coincidence that the spiciest food comes from the poorest areas of the world, where they have to feel fuller on less. Spicy foods make you feel fuller.
  • If you can't eat spicy foods, settle for more flavorful foods. Strong flavors satisfy the taste buds, which signal to the appetite that it's being satisfied. Use plenty of herbs and non-hot spices, salt or salt substitutes, onions and garlic.
  • Eat slowly. This is a common suggestion, but it rarely comes with practical tips on how to do it, other than to force yourself to chew a certain number of times before swallowing. People sitting around a table counting their chomps is a big dampener on table conversation, to say the least. So here are two practical suggestions: reverse your eating hand (right to left, left to right) but be careful not to put the fork through your cheek (!), and put on some soothing music to accompany the meal.
  • Serve up your plate with the correct portions. Do not place platters of food on the table. Decide what quantity each person should eat, and serve it up in the kitchen. If people object, ask them to think of it this way: platters of tempting food on the table is cruel for those who can't permit themselves to eat much.
  • Check the proportions of your food: vegetables should take up more space on your plate than your main protein or starch source. Vegetables have high nutritional value, low calories, and they can make you feel fuller than protein or starches. They're bulky, full of fiber and water, a combination that makes you feel full.
  • Restrict yourself to only one dessert a week. Not so long ago, dessert was a Sunday treat. That's a good tradition to recover. If you crave sweets at the end of a meal, try nature's candy: fruit. A dish of fresh grapes, or peaches, or strawberries, or watermelon, for example, is just as satisfying to the sweet-tooth as high-fat and high-calorie desserts.
  • Set a nice table. When a meal feels special, even if the quantity is small, the experience is more satisfying. Use place mats or under-plates or a table-cloth. Decorate the table with fresh flowers or candles. Use special tableware and glassware for the most humble meal, even when you eat alone. If you can't pamper yourself with an abundance of food, pamper yourself with all the other aspects of the meal. And that includes good company and good conversation!

Hurm.. dah dapat info sila amalkan ye. Jangan sekadar lafaz bismillah kemudian terus melantak langsung tak pandang member kat sebelah. Hampagas betul.


Anyone ada tips-tips lain untuk perut degil I? silalah kongsi…T_T 

Till then!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers