9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, June 30, 2011

Wardina berehat dua bulan daripada mengacara MHI gara-gara blogger

Berita yang tidak asing lagi, mengenai Wardina Saffiyah yang semakin menular dan hangat diperkatakan gara-gara dia menghadiri satu majlis anjuran Parti Pembangkang baru-baru ini. 

My agak lambat sikit hapdet pasal perkara ni mungkin sebab My takde 2 hari lepas kerana balik ke kampung atas pemergian nenda terchenta. Jadinya, My cari dan gali di laman-laman akhbar dan sesawang apakah punca atas kemelutan yang berlaku. Oooo... atas sebab itukah Wardina dikecam? Adakah kerana itu Wardina ditohmah dengan bermacam-macam tuduhan?

No wonder lah kelibat Wardina tak kelihatan sebagai pengacara MHI minggu ini. Tak pasti hari terakhir dia mengacara pada hari Isnin baru-baru ini atau minggu lepas. Yang pastinya 2 hari ni dia memang takde. My memang peminat setia MHI. Setiap hari semasa bersiap ke kerja My akan pastikan televisyen di buka untuk menonton MHI. Pelik, semalam M. Zul mengacara bersama Ally Iskandar. Harini Ally Iskandar bersama Nurul shuhada pulak. Biasanya Wardina ada.. Tapi ke mana Wardina? Bila baca tentang kemelut yang melanda dirinya baru My tahu cerita sebenar..
MHI TV
Gara-gara Wardina pergi ke Program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya Ahad lalu, ada mata-mata yang melihat dan telah memfitnah akan kehadirannya ke program itu dengan politik tanah air. Sedangkan Wardina sendiri pada awalnya tidak tahu program tersebut adalah anjuran Parti Pembangkang sebaliknya dia dijemput oleh seseorang individu untuk mengadakan ceramah mengenai keibubapaan.  

Akibat daripada itu, ada sesetengah blogger yang telah menulis artikel berunsurkan fitnah dan mengatakan dirinya turut terlibat dalam aktiviti politik bersama Parti Pembangkang. Yang menyedihkan Wardina adalah apabila gambarnya ketika tidak bertudung dulu disebarkan dengan kata-kata nista dan hina.

Sudahnya, Wardina telah membuat keputusan untuk berehat selama dua bulan walaupun pada awalnya pihak TV3 tidak bersetuju bimbang masyarakat akan beranggapan lebih buruk akan tetapi masyarakat harus faham Wardina sedang mengalami tekanan dan tidak mampu menggalas tugasan dengan sempurna.
MHI TV3
Hurm… kesian kak Wardina. Tak pasal-pasal kena sembur. Sedangkan sebelum ini dah banyak kali beliau bekerjasama dengan badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) tak pernah pun timbul sebarang isu dan salah faham tetapi kenapa kali ini ianya menjadi isu pula? Saja je diorang ni nak provoke hal-hal yang tak sepatutnya menjadi isu sedangkan Wardina orangnya bergaul sengan sesiapa sahaja. Salahkah beliau ingin menyampaikan dan menimba ilmu bersama masyarakat? Ini lah manusia.. buat baik salah.. buat tak baik lagi lah salah kan…-.-’

Buat blogger-blogger yang berkenaan, henti-hentikanlah menulis entry yang berunsurkan fitnah tu. Kalau kamu buat, lagi dapat dosa je. Yang dapat pahala? Wardina Saffiyah gak. Kamu nampak ke apa yang dibuat Wardina ketika Majlis tu? Tu tu yang sebarkan gambar tu… tu lah orang pertama yang dapat dosa besar sebab memfitnah tuh. Sebabkan kamu, orang buat entry.. orang yang baca pun terhasut sama disambut plak dengan komen-komen yang menyokong… haih~ dah jadi fitnah berantai tawuuu… Tak reti dosa pahala ke?  Sedih betul la..-.-’

Dah-dah, pegilah delete entry yang ada unsur-unsur fitnah tu. Kang tak pasal-pasal kena saman plak. Kak Wardina bagi tempoh 14 hari je y’ols… kalau tidak tindakan terpaksa diambil. So, berwaspadalah. Nanti bukan kamu je dapat nama busuk.. blogger-blogger lain yang tak bersalah pun dapat nama. Yela, dalam statement beliau kan sebut kepada ‘blogger-blogger’ yang menulis………… haaa.. kan ke ada perkataan ‘blogger’ di situ… Sentap jugak lah baca sebab kita pun blogger jugak walaupun kita tak buat keje-keje kotor tu kan…-.-’…

Daripada membuat tohmahan dengan cerita-cerita yang kamu tak tahu hujung pangkal ada baiknya kamu dok diam je. Jangan buat apa-apa jangan respon apa-apa takdelah bertambah berat bahu kiri kamu tu kan.. Tak salah nak jadi blogger.. nak buat entry.. Tapi berpada-pada lah.. dan isi tu pun biarlah BERSIH…

Haaa haa.. bukan perhimpunan BERSIH oke… haip!

Buat Kak Wardina… diharap bersabar ye.. Sesungguhnya Allah sentiasa di sisi hamba-hambaNya yang teraniaya… Ada baiknya kak Wardina berehat dan tenangkan fikiran. Moga-moga isu ini cepat reda… dan Kak Wardina pun cepat-cepatlah kembali ke MHI… rindu nak tengok Kak Wardina mengacara…T_T

#okbai

Sumber: Utusan, Google

Spontaneous Thursday #1

Yang ni boleh dikira spontaneous Thursday tak?;D

Apa itu Spontaneous Thursday?
klik SINI

Wednesday, June 29, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS TAIWAN 29 JUN 2011 | PUSINGAN PERTAMA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014


Kehangatan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chinese Taipei (Taiwan) semakin terasa!! Hehe orang lain heboh dok eksaited tengok bola My pun eksaited jugak! Padahal tatao apa-apa pasal bola. Bila orang tengok My pun tengok.. Bila masuk gol.. My pun jerit same….-.-’… Walaupun tatao skill2 permainan bola sepak tetapi My sokong bola sepak tempatan!!! Ho yeh ho yeh…

Lepas keluar office My ke Digi Centre di Time Square ada urusan sikit. So, sampai-sampai rumah je dah setengah jam perlawanan. Tah masa bila jaringan gol tu masuk..-.-' weeehuuuu!!!! cayalah Malaysia! Jaringan pertama dilakukan oleh Safiq Rahim pada minit ke 28.. 
Come on malaysia!! Jangan hampakan harapan kami! Pasti ramai yang berharap squad negara berjaya setelah melihat akan kejayaan mereka ketika menentang Lubnan baru-baru ini.. buat yang terbaik! Jangan over confidence oke! Kalau Malaysia berjaya menentang Taiwan lepas ni bolehlah mereka bertemu Singapura pula..;)

Wooooo!!! betul-betul baru lepas mandi tup-tup Aidil Zafuan menjaringkan gol ke-2 pada minit ke 54!!!!! Cayalah!!!!!!! i lap yu lah Mesia!!!!!!

Demmm... Chen Po Liang berjaya menjaringkan jaringan untuk Taiwan pada minit ke 76!!!!


Ok fine, kita terpaksa akur dengan keputusan penuh Malaysia melawan Taiwan dengan bekalan jaringan:
MALAYSIA 2 - CHINESE TAIPEI 1
(Safiq Rahim, Aidil Zafuan - Chen Po Liang)

Sama-sama kita saksikan pusingan kedua kelayakan di Taiwan pada 3 Julai (6.45pm) nanti!!!

Footnote: ni mesti dorang nak main tadi tak solat maghrib dulu ni... tak pun penonton tuh.. heee~;D

WHAT IS A BUCKET SEAT?

For those who do not know what a bucket seat is...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Now you know..;D

DI SINI AKU BEBAS BERSUARA...

Assalamualaikum korang..
Sahabat Blogger mencari feature untuk bulan Julai.. tak pernah join sebelum ni so instead of ping entry kat fan page je why not My join plak this time kan hehe.


Sebagai penghargaan, entry terbaik akan dipilih untuk dipampangkan belog dan gambarnya di sidebar blog Sahabat Blogger.

Apa yang perlu My buat untuk menang? mudah je! check it out!;)


Sejak bila Berblog

Since 2008. tapi masa tu berbelog untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Menjadi blogger aktif dan tegar sejak awal tahun ini.

Tujuan berblog [40 patah perkataan]
Blog menjadi platform untuk My menyuarakan apa jua perasaan dan pendapat yang terbuku di dada. Kadang-kadang tak semua perkara kita punya kekuatan untuk bercerita dengan orang-orang sekeliling. Jadi blog adalah tempat terbaik selagi tidak melanggar etika berblogging dan menyentuh sensitiviti orang lain. Selain itu, dapat mencari kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat…;)
Apakah matlamat jangka panjang anda terhadap blog anda
Dengan harapan agar suatu hari nanti My semakin maju dalam setiap penulisan di entry-entry blog dan blog dikenali ramai kerana majunya My dalam entry-entry berkenaan..;)
Apakah yang anda pernah perolehi dari blog anda
Kepuasan bersuara dan kawan-kawan baru..;)
Apakah pendapat anda mengenai dunia blogger masa kini [120 patah perkataan]
Dunia blogger masa kini umpama satu trend. Kalau kita lihat beberapa tahun kebelakangan ini blog tidak begitu popular di kalangan remaja-remaja muda. Kalau ada pun tidak semeriah sekarang kira smooth gitu. Namun dewasa ini, blog semakin mendapat tempat di hati semua pelayar internet tidak kira dari pengguna-pengguna yang masih bersekolah, yang belajar di universiti, yang berada di alam pra-pekerjaan, yang telah mempunyai banyak pengalaman dalam dunia pekerjaan mahupun yang dewasa yang dah lebih dulu makan garam. Kalau dulu kita tanya orang, ‘ada friendster??’… semua orang ada friendster.. Sekarang? Semua orang ada facebook.. even budak sekolah yang baru kenal dunia tu pun ada facebook. Seiring dengan itu, blog pula semakin menular. Hampir semua orang yang kita kenal mempunyai blog. Bukan sahaja yang dewasa, yang celik IT je ada blog malah, yang masih setahun jagung yang masih memakai baju sekolah pun dah ada blog! Malah isi-isinya lebih hebat daripada blogger yang lebih dewasa. Ye, tidak dinafikan. My sendiri banyak membuat blogwalking di alam maya ni… Bila My kagum dengan hasil penulisan seseorang blogger My akan cuba baca profile tuan punya blog berkenaan sebelum mengenal pasti dianya masih bersekolah! Wow… amaze me. Budak sekolah boleh menghasilkan penulisan sehebat ini? Budak sekolah boleh menghasilkan blog secantik ini? Hurm… Apapun, banyak mana pun kemunculan laman-laman blogger masa kini, yang menjadi tunjang kepada kejayaannya adalah penulisannya selain semangatnya dalam berblogging. Bukan hangat-hangat tahik ayam je! hehe
Idola anda dalam dunia blogging [2-3 orang pun boleh]
Ben Ashaari, Faizal Fredley, Iqbal Zack dan semua lah otai-otai yang My banyak refer blog diorang sebagai panduan dalam dunia blog..;)

tepek muka diri sendiri dengan jelas!;D
URL Facebook:
 http://www.facebook.com/maizatulakma

Korang!! Takkan baca je??? mehla join sekali!!


GOODLUCK! ;) 

Wordless Wednesday

Kenangan bersama Arwah Nenda terchenta 2 tahun lalu..
Al-fatihah~

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Assalamualaikum.. My kembali bekerja hari ini setelah bercuti 2 hari (walaupun entitle 3 hari cuti..-.-') kerana pemergian nenek ke rahmatullah Isnin lalu.. Moga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..

Pada sesiapa yang tahu, hari ini adalah 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432Hijrah iaitu merupakan hari Israk Mikraj. Bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis tak silap My bercuti (cuti umum) hari ini.. Yang lain? sila bekerja oke..;D Mungkin ada di antara anda yang berpuasa hari ini.. tahniah! My tak dapat lah, sebab Allah bagi cuti..-.-'... 

Jadi sempena hari 27 Rejab ni marilah kita mengimbau kembali peristiwa Israk Mikraj untuk memperingatinya selain mengasah kembali ingatan kita pada peristiwa yang pernah kita pelajari semasa di sekolah dulu... ;)



Peristiwa Israk Mikraj


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
·    Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
·    Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
·   Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 
·   Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
·   Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
·   Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
·   Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
·   Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
·   Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
·   Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
·   Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
·   Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
·   Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. 

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, 
"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). 

Wallahua'lam..

source: www.faizalr.com

Tuesday, June 28, 2011

KAU PERGI

Assalamualaikum...

My dah pun berada di KL.. pulang lewat malam semalam dari Kluang, Johor. Ikutkan hati nak tinggal di kampung tahlil 3 hari 3 malam tapi terpaksa pulang juga sebab enchek tunang yang teman sekali balik. Dia kena bekerja harini, nak biarkan dia balik drive sorang tak sampai hati jadinya My pulang juga. Sampai lewat pagi.. My nak ke kerja memang tak terlarat... 

Kalau nenek masih ada.. pastinya nenek tak bagi balik.. Dia akan suruh anak-anak dan cucu-cucu dia tinggal lama lagi....T_T

Semalam tengahari My dapat panggilan daripada abang sepupu. Katanya, paklong beritahu nenek dah meninggal dunia baru je. Tersentak My... bila nama abang sepupu tertera di skrin telefon My dah agak ada sesuatu yang tidak baik ingin disampaikan.. Betul sangkaan My.... nenek yang My masih ada satu-satunya telah pergi menyahut seruan Ilahi....

My call akak yang baru juga dapat berita tu, nak call mak.. My tak sampai hati sebab My tahu mak lemah semangat macam My jugak... Nenek tu ibu mak My... pastinya dia sedih... 

Nasib baik enchek tunang dapat pelepasan. Jadinya dia yang bawa My balik ke Kluang, Johor. Sayangnya, kami tak sempat tengok jenazah arwah.. nenek dah pun dikebumikan.. Masa My datang semua orang dah nak gerak ke rumah dari tanah perkuburan.. Jadinya My dan enchek tunang bersama 2 orang sepupu sahaja pergi ke kubur nenek... My sedekahkan Al-fatihah banyak-banyak pada nenek. Terkilannya My, masa dapat tahu dia tak berapa sihat beberapa minggu lalu My tak berkesempatan pulang menjenguk nenek.. cium pipi nenek...T_T
Bersama arwah nenek pada Aidiladha 2009....
Maafkan My nenek..... Kini, My dah tak punya atuk atau nenek lagi... Arwah atuk sebelah abah dah takde sejak My lahir lagi. Arwah atuk sebelah mak pergi tinggalkan kami masa My form 1.. masa My masih bermanja-manja dengan dia...T_T... Arwah nenek sebelah abah yang banyak jaga masa My kecik dulu pula pergi sewaktu My baru mendaftar untuk masuk belajar degree di UiTM Shah Alam 3 tahun lepas.. Kini, giliran nenek sebelah mak pula pergi tinggalkan kami...T_T

Paksu yang tinggal dengan arwah nenek beritahu nenek pergi sekejap je semalam. Malam tu sampai ke pagi nenek tidur lama sangat.. Bila panggil doktor, doktor suruh kumpulkan adik-beradik sebab nenek dah tunjuk tanda-tanda mahu pergi... Sekejap je, nafas nenek turun naik.. paksu ajar nenek mengucap dan tak lama lepas tu... nenek pergi buat selama-lamanya..... Petang selepas Asar nenek dah dikebumikan.. 
Ramai juga yang tak dapat mengadap arwah nenek termasuk family My dari Segamat, pakcik makcik dari KL, Melaka. Takpelah, kami redha.. lagipun tak elok kalau biarkan jenazah nenek lama-lama. 

Selamat tinggal nenek... moga roh nenek tenang di sana. Moga nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Angah (kakak My yang satu-satunya sempat jumpa arwah) cakap muka nenek senyum je semalam....;) Dapatlah nenek jumpa arwah atuk di sana.... =')

Esok My kembali bekerja... Moga dikuatkan hati My menerima pemergian nenek..... Amin...

Al-Fatihah....~

footnote: eh.. Transformer dah kuar eh korang? heee~ -.-'

Monday, June 27, 2011

Nenek dah takde....T_T

Sewaktu My menaip ni My baru sahaja mendapat perkhabaran dari kampung...


Nenek dah kembali kepadaNya......T_T


Innalillahiwainnailaihiraji'un.... Lepas ni My akan nak balik ke Kluang, Johor...


doakan nenek ye korang... thanks...T_T


**Terkilan tak dapat jumpa nenek masa sakit...T_T

SAYA....

klik banner skrg!!!

KEKANGAN WAKTU MEMBATASKAN...

Assalamualaikum readers!

Exhausted! Tak puas berhujung minggu dah pun kena naik kerja balik. Opss… jangan mengeluh! Senyum.. ikhlas… ;) Bila hari Isnin ni mood bekerja kita baik makanya hari-hari esok would be fine also.. ;)

Mana tak puasnya, Hari Jumaat balik kerja je dah pukul 8 lebih… seperti yang diberitahu company My ada buat Majlis Kesyukuran & Hi-Tea. Jadinya My bertanggungjawab membantu mana yang patut. So, stay la sana sampai majlis habis. Majlis?? Oklah.. berjalan dengan agak baik walaupun My agak kecewa bila PA System & Karaoke tidak berfungsi dengan baik bila mana Majlis berlangsung. Base lari la.. mike problem la.. nak main lagu pun sumbang je bunyi sound system tu. Panggil tuan punya PA yang empunya ni pun dia tak dapat nak buat apa. Dia kata masalah speaker tapi tak sempat lah kan dia nak ke Ampang ambil speaker baru.

Sudahnya, Majlis berjalan macam tu je without happening music even karaoke. At least kalau ada music, karaoke guest pun terhibur lah sikit kan.. -.-’.. Hurm, itu je lah yang My agak terkilan sikit. The rest macam foods.. terbaik! Lagi-lagi dengan adanya durian.. memang guest semua tuju kat durian je la hehe. Makanan kitorang Cuma buahan-buahan tempatan like durian, manggis, dukong, dan rambutan. Pastu ada dua jenis kuih, rojak dan cendol beserta the tarik dan Nescafe! Simple je kan? Yela, baru la hi-tea namanya hehe. Tapi oklah buat menu macam ni tak lah membazir sangat pun. Mana tak habis still boleh tapau bawa balik.

Fuhhh.. abis je majlis lega je rasa. Penat memang penat.. tapi dah itu tanggungjawab kan so harus laksanakan dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara tu tak menjadi. Biasalah, kita merancang Allah menentukan.. ;) Then, malam jumaat tu My tak buat apa pun, mandi-mandi then online saje. Tidur agak awal juga sebab badan dah flat kepenatan..

Pagi Sabtu terpaksa bangun awal sebab nak pergi ke Celcom Centre & Digi Centre seperti yang My ceritakan dalam ENTRY INI. Sampai ke malam dah pergi kenduri, pertama segala baru balik rumah. Malam tu jugak My ke rumah pakcik di Cheras sebab mak abah datang sini. Ahad? Duduk di rumah pakcik je. Sempat jugak lelap beberapa jam lepas pukul 10am tu. Petang around 5 gerak balik rumah… Malam tadi? Lepas mandi, basuh baju, lipat baju and online ada member call ajak lepak. Lepak minum dengan kawan sama belajar (UiTM) yang tinggal berhampiran.. Agak dah lewat jugak lah sampai rumah pun dah 12.30am. Tidur pukul 2am…. Bangun pagi tadi pukul 6am…T_T…

Tu yang tak puas tuh… grrr…Petang ni pulak lepas kerja ada department meeting… adoiyaiii… sabo je la hehe… Macam ni lah dah bekerja kan. Ada komitmen, ada tanggungjawab… So, tunaikan sahaja dengan ikhlas…;)

Oklah, ada kerja yang belum settle. Analyze survey yang dah tamat bulan lepas pun belum siap gara-gara settlekan kerja lain dulu haih~… Masa sekarang gerak pantas sangat sampai My tak menang tangan… Selalu saja rasa tak punya masa yang mencukupi to do this to do that… Nak berbelog pun dah agak jarang-jarang..T_T

Kekangan waktu membataskan My… maaf ye kawan-kawan. Harap-harapnya walaupun My jarang ada y’ols tak lupakan My yang sorang ni ye… -.-’

Selamat bekerja & belajar y’ols…  ok bai!

Saturday, June 25, 2011

GOING TO BE DIGI'an!!!!

Hello readers!!

Oke fine since lately ni My jarang hapdet entry + belogwalking makanya traffic yang rendah semakin rendah.. T_T... mahap incik belog... 

Bukanlah sebab malas. bukanlah sebab tak sudi. bukanlah sebab tak rindu... sob sob..

Tapi dek kerana kekangan waktu.. ditambah busy dengan kerja recently makanya My hanya sempat curi-curi masa berbelog mana yang boleh...T_T

Hari ni walaupun tak bekerja but still.. My tak online daripada pagi tadi. Sebabnya? Pagi-pagi dah bangun untuk ke Celcom Centre bagi menyetelkan masalah bil yang melambung tinggi ke awan!! grrr... 
Sepertimana yang pernah My kongsikan di ENTRY INI, makanya hari ni My terus straight mengadap diorang untuk bertanyakan hal berkenaan bil. Sadly, diorang tak boleh bagi itemised bil on the spot. Kena tunggu lagi 5-7 hari. demmm... Malas nak serabutkan kepala otak yang dah serabut My bayar je all bill amounts until to date. RM300++... clear semua hutang di Celcom 'terchenta' tu...

Untuk membalas dendam dengan Celcom yang sistem lembab macam siput vavi My ke Digi Centre untuk switched account. meaning that still guna number Celcom but tukar talian ke Digi. Dah pakat dengan enchek tunang. Dah lebih 3 tahun setia dengan Celcom tapi asyik terkena je. Makanya harini tak mahu bagi peluang lagi! kita tukar terus!! Dah settle. Tapi kena tunggu 2/3 hari bekerja untuk talian digi aktif. So, kena guna talian Celcom buat sementara waktu.. Tak sabar rasanya nak tunggu!
Lepas settle urusan pertukaran talian di Digi Centre Time Square My ke Datuk Keramat menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan.. Kurang sejam lepak dan berphoto shooting My berangkat ke Pertama dok repair henpon. Di suruhnya tunggu 2 jam.. Dah 2 jam tak siap lagi tambah sejam lagi...-.-'.. Punyalah penat My harini... Sempat gak lelap mata kurang setengah jam kat surau...-.-'... Sudahnya sampai rumah pukul 8 malam....

Sampai rumah My terus mandi-mandi dan bersiap. ke mana? Sekarang dah kat Cheras, kat rumah pakcik. Mak abah datang sini hehe. Siang tadi diorang gi hantar pengantin kat Shah Alam so singgah lepak kL tido satu malam. So, kiran My melawat mak abah kat sini la hehe..

Giler penat badan... tapi mampu lagi type entry ni.. sebab rindu sangat..T_T

ok lah... tu je nak bebel..;D babai!


footnote: oh ye sblm terlupa My nak introduce seorang kawan baik yang baru berjinak-jinak dengan dunia belog, Amira Nadia...;) She's my best friend since form 1. Sampai sekarang masih berhubung malah selalu berjumpa. Gathering dengan Abang Ben beberapa bulan lalu dia ada ikut sama..;) jom jengah ke belog beliau beri tunjuk ajar... My suh start buat entry [un dia tatao lagi..-.-' takpe2 nanti I ajar u ye sayang..;D

meh support kawan blogger baru kita di SINI..;)

thanks y'ols...

VIDEO MAHARAJA LAWAK AKHIR MINGGU 13

heeee... 
rumah den takde Astro...
demmmm..-.-'

So.. sabar je lah menunggu ehsan orang lain upload....-.-'

Ni dah dapat keputusan


Juara: Sepah
Naib Juara: Jozan
Ketiga: Nabil
Keempat: Jambu


Wahhhhh.. cayalah Sepah!!! Nak upload video tapi lambatlah..-.-'


y'ols tengok kat youtube je lah eh..;D


ok bai

Friday, June 24, 2011

KERJA KUAT

Sepanjang dari pagi tadi My berada di tempat untuk diadakan event petang ni. Ni barulah naik ke office dan menjengah ke belog kejap.


Giler.... giler penat sangat korang...T_T


Oklah. My tak boleh cerita panjang ada lagi tugas yang perlu My selesaikan. Dengan panas terik kat luar tadi... kepala dah kena migrain dah..T_T


oklah korang.. nah gambar bukti2 My sangat busy!;D
kerja-kerja pemasangan canopy
pemandangan dari arah tempat event
org2 teknikal.. err yg pmpuan tu bkn my ye hehe
PA system.. testing2 1,2,3
taraaaa!!! durian dah smpai!!!
sebelum start event kitorg dah test dulu..;D
nampak tak muka penat...grr...-.-'
ok bai!

footnote: kalau tak dpt bonus ujung taun ni tatao la nak kate pe..-.-'

Terima Kasih Allah....

Assalamualaikum..

Selamat pagi y’ols… moga ceria-ceria hendaknya di pagi Jumaat yang penuh barakah ni. Nampaknya dek kekangan waktu My tak dapat berkongsi tazkirah lagi harini. Bermakna dah 2 minggu berturut-turut..T_T..

I got things to do.. petang ni selepas habis kerja, ada Majlis Kesyukuran & Hi-Tea atas kejayaan company dapat projek baru. So, My perlu settlekan mana-mana yang patut. Harini datang office pun lewat beberapa minit sebab drive. Faham-faham je lah jalan Kuching tu kalau waktu bekerja mana pernah lengang kan..-.-’.. My bawa barang-barang untuk event tu pasal kena drive hehe.

Sepanjang selepas balik dari Pullman, Putrajaya My sempat publish entry INI sahaja. Malam tadi langsung tak online. Pergi beli barang-barang event.. balik pun dah penat basuh-basuh baju then terus masuk tidur. Pagi ni penat belum hilang lagi dan kembali bekerja…

(Tarik nafas panjang)… bekerja kena ikhlas..;)

Seperti yang My ceritakan dalam ENTRY INI, My nak sangat berkongsi dengan y’ols mengenai ilmu-ilmu yang My peroleh sepanjang berada di Pullman. Pengalaman yang takkan dapat My lupakan sepanjang 3 hari bersama Dato’ Fadzillah Kamsah, Puan Laila dan Prof Mohd Hanim… Pengalaman ini sangat berharga dan terima kasih Malakoff kerana memberikan My peluang memperolah pengalaman sebegini. My bertuah sebab bekerja di sini…;) Izinkan My habiskan dulu kerja hari ini and then bila berkesempatan lepas ni akan My kongsikan dengan semua… benda baik harus disebar-sebarkan.. betul tak?;)

Dan hari ini juga My nak panjatkan kesyukuran yang teramat sangat atas apa yang dah Allah takdirkan untuk My dan keluarga. Beberapa hari ni ada insiden yang agak dahsyat menimpa salah seorang adik-beradik kami. Nak diceritakan pun My rasa tak tahu nak cerita bagaimana. Cukuplah My cakap… Kami bersyukur sangat-sangat… Allah makbulkan doa mak… doa abah.. dan doa kami adik-beradik juga… Menangis My on the phone dengan akak dan mak malam tadi… Sampai tak boleh tidur sebab terlalu sedih dan gembira… Apa yang My harapkan, Allah pelihara dan lindungi kami sekeluarga… Amin…

(mata bergenang..T_T..)

Sepanjang hari ini, apa perubahan yang y’ols telah lakukan? Adakah hari ini adalah hari anda yang lebih baik daripada semalam? Y’ols pasti ke y’ols dah terlalu sempurna? Bukan saja sempurna di mata manusia… tetapi juga di mata Allah…

Mari kita sama-sama muhasabah diri…… yang baik datangnya dari Allah yang buruk datang daripada diri My sendiri..

Wallahua’lam…


SEGMEN: Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London

klik! klik! klik!

Entry yang ringkas, tergesa-gesa tapi padat! Blogger otai buat GA haruslah join.. Ady Budika tu woiiii......0_o

Ady Budika nak pergi bersuka-ria di negara asal My??? mana lagi kalau bukan London.. lalalalalala~ yeke ni Ady...... macam tak boleh caya je...;D

Apapun, ole-ole tu untuk My oke...!!;D

Macam mana My boleh terjumpa blog adybudika.com?? 

Masa aktif balik berbelog dan kenal dengan ramai blogger awal tahun ini, My seringkali ternampak blogger-blogger seperti Ujang, Ben menyebut-nyebut tentang Ady... Dalam pada masa sama My juga baru mengenali blogger bernama Sunah masa tu. and orang selalu kaitkan Ady dengan Sunah.. Perasaan ingin tahu membawa My ke belog y'ols berdua.. Entry-entry y'ols memang besh n jadi santapan My setiap hari..;)

ok done!! selamat bercuti Ady...;)

nak join sila klik header di atas atau klik je SINI

I’m back!!! | Pullman, Putrajaya

Hey korang!!! Demmmm!!! Rindu giler siot kat belog dengan korang-korang semua!!!! Demmmm… menyesal tak bawa laptop.. ada laptop officemate tapi sekali tak boleh nak masuk la. grrr… terpaksa lah tahan sangap nak menaip kat Pullman tuh.. grrr


errr... yang tatao apa yang My maksudkan sila rujuk entry INI oke..;)

Sukacita dimaklumkan My telah selamat sampai pukul 3.30pm tadi. Driver office yang ambil kat Putrajaya. Sampai-sampai je terus naik office oke..-.-’.. Patutnya dah boleh balik terus. Tapi atas komitmen kerja My singgah jugak ke office. Kebetulan tadi lady boss sms tanya pasal event esok. and kebetulan kuasa dua, petang ni ada plak meeting. Ok fine. My datang lah office. Takpelah berkorban sikit. Tak salah pun.. buat kerja kena ikhlas kan kan?;)

Eh tiba-tiba plak berhati mulia My ni kan?-.-’… buang tebiat ke hape??

Eh takla. My kan baru balik daripada shared values punya training. Giler korang nak cakap ni, training tu best sangat-sangat. Superb!!! Training ni di bawah kelolaan company kepunyaan Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah. Hari pertama kami training dengan dia. Best sangat-sangat. Banyak sangat ilmu-ilmu yang Dato’ bagi. Fazilitator hari kedua dan ketiga pun best jugak.
pullman yg santek! 7 star beb!!
Dan My sangat berbesar hati nak share dengan korang semua!!! Seyes!!! Sepanjang kat sana rasa tak sabar je nak kongsi apa yang My belajar sepanjang tiga hari ni.

Rasanya, kebanyakan company ada shared values ni. Bezanya term-term yang setiap company gunakan je. Contohnya macam company tempat My bekerja, Malakoff menggunakan Integrity, Teamwork, Innovation, Excellence dan Harmony sebagai our shared values. Company lain ada lah diorang punya term-term yang lain. and banyak jugak company yang di bawah kelolaan Dato’ ni.

So, inila kursus yang My attend selama 3 hari ni. Next entry nanti My share kat korang hoke! Sekarang ni nak settle kerja dulu. Esok petang ada Hi-Tea event..;)

Badan penat sangat. Tidur pun tak cukup sebab pagi tadi bangun Qiamullail..;) By the way, badan yang montok ni dah semakin mengembang sebab makanan kat sana superb!!!!! heee~

Footnote: eee tak sabarnya nak share dengan korang!;) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers